Pages

ABOUT

Assalamualaikum wbt kepada yang beragama Islam dan Salam Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam...



1. Blog ini telah diasaskan pada 9 Jun 2010.

2. 100% hak milik Mohd Solihin b. Mohd Zubir

3. Menggunakan domain greensyndicate.blogspot.com di awal penubuhan sebelum bertukar ke domain sendiri, www.solihinzubir.com. Walaubagaimanapun, domain tersebut telah dicuri pada Disember 2011. Dan kini menggunakan domain www.szlihin.com sebagai domain baru.

4. Segala ilmu yang ada di dalam blog ini adalah hasil rujukan pelbagai sumber samada dalam bentuk lisan, penulisan, buku, atau video tetapi diolah semula cara penyampaiannya mengikut kreativiti tersendiri.

5. Aku bukanlah ustaz, ulamak, imam besar, tok guru mahupun tok kadi. Aku hanya insan biasa yang penuh dosa dan mencari jalan pulang menjadi hamba-Nya yang diredhai.

6. Aku semakin hari, semakin sibuk dengan kerjaya. Masa untuk blogging semakin terhad. Apatah lagi blogwalking macam dulu.

7. Nak cakap aku sombong, poyo, bajet bagus, berlagak alim, kedekut, tak ikhlas, nak kejar nama, perasan popular atau apa saja sangka buruk yang dilemparkan terhadap aku, terpulanglah. Nanti pandai-pandailah cari aku kat padang Mahsyar untuk minta maaf.

8. Aku kalis provokasi. Nak butthurt, emosi, mencarut dan memaki hamun kat sini, make sure lidah hang kebal gunting neraka.

9. Jangan benci aku jika kita berbeza pandangan. Bukankah imam mazhab juga berbeza pendapat? Sila bersikap profesional. Nak benci jugak, lantak pi kat hang la. Haters gonna hate.

10. Hang UMNO ka, PAS ka, MU ka, Arsenal ka, Bersih ka, Kotor ka, Pekida ka, Double 7 ka, Tiz Zaqyah ka, semua aku layan sama rata sebagai sahabat. Aku hanya 'gaduh' dalam 'gelanggang'. Bukan meleret sehingga bermasam muka ke hal lain yang tiada kaitan.

11. Berikan teguran jika aku salah. Aku bukan maksum yang terpelihara daripada dosa.

12. Jangan segan dengan aku. Aku ok je dengan semua. Mungkin pemalu skit. Heheh.

13. Nanti aku tambah lagi kalau ada..


ada masa kita melawak... ada masa kita serius...



-Solihin Zubir
24 Mei 2012 (Updated!)