Pages

Sunday, March 9, 2014

Jangan Takut Naik Kapal Terbang

Berikutan misteri kehilangan pesawat MH370 yang mencetuskan pelbagai spekulasi, ramai yang dah mula rasa takut atau paranoid nak naik kapal terbang. Jadi, aku rasa terpanggil ingin berkongsi penulisan daripada rakan facebook dan juga blogger, saudara Iqbal Syarie yang merupakan seorang 'acting' engineer di AirAsia. Adalah lebih baik kita serahkan kepada orang yang lebih berpengetahuan dalam bidang Aviation membuat kupasan berkenaan sistem keselamatan kapal terbang ini.


Terdapat beberapa sebab anda perlu memilih kapal terbang sebagai pengangkutan.

1. Masa.
Sekejap saja kalau naik kapal terbang. Contoh dari KL ke Kota Bharu. Kalau naik kereta, memakan masa seharian perjalanan. Tapi kalau naik kapal terbang, lebih kurang sejam sahaja.

2. Kos.
Kalau nak kira tambang, kadang-kadang lebih murah (atau sama harga) dengan tambang bas. Tapi kalau macam AirAsia, kena booking awal.

3. Keselamatan.

Yang bab KESELAMATAN ni aku rasa aku perlu highlight dan kongsikan dengan korang.

Jika merujuk statistik di seluruh dunia mengenai kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan, anda akan dapati kadar kemalangan yang melibatkan pesawat adalah sangat rendah. Buktinya, kita boleh tengok sendiri betapa kerapnya kemalangan kereta atau motosikal berlaku setiap hari. Terutamanya pada musim cuti sekolah atau perayaan yang mungkin mencecah ratusan kes sehari.

Tapi kapal terbang, setahun sekali pun tidak. Sekali dalam 2 tahun, 3 tahun, mahupun sedekad pun susah. Ini kerana, ruang udara Malaysia boleh dikatakan 'mesra' kepada kapal terbang. Tak ada salji, tak terlalu banyak hujan-ribut, dan jarang berlaku fenomena yang kita panggil sebagai air pocket, windshear, dan seumpamanya. Perkara-perkara tersebut adalah antara yang pilot tak suka kerana dalam situasi normal, ia akan menyebabkan kapal bergegar kuat, dan dalam situasi yang paling buruk, boleh menyebabkan kapal terbang secara tiba-tiba 'nose-down' atau 'nose-up'. Dan terjunam.

Dan bercakap tentang sistem kapal terbang pula, sebagai 'acting' engineer di AirAsia, aku ingin berkongsi bahawa kapal terbang kita sangat-sangat selamat. Kita ambil contoh kapal terbang B737-400 yang merupakan kapal terbang yang sangat lama, tapi juga sangat boleh diharap dan sudah semestinya selamat.

Sebagai contoh, andai kapal terbang hilang bekalan elektrik (yang mana agak hampir mustahil untuk berlaku total electrical failure). Bekalan elektrik dalam kapal terbang dibekalkan oleh tiga generator, yang mana dua terletak pada enjin dan satu terletak di belakang (yang dipanggil Auxiliary Power Unit, APU). Salah satu sahaja pun sudah mencukupi untuk membekalkan elektrik ke seluruh kapal.

Kalau generator 1 fail, maka kita ada generator 2 yang akan power the aircraft and all the system. Kalau dua-dua generator rosak, kita ada APU untuk supply power. Kalau APU pun rosak juga, kita ada bateri untuk kegunaan minimum selama 30 minit yang mana sangat mencukupi untuk pilot mencari airport terdekat untuk mereka mendarat dengan selamat.

Kita tahu kapal terbang ada dua enjin. Ada juga yang ada empat enjin. Kita ambil contoh kapal terbang yang ada dua enjin. Kalau satu enjin terbakar, maka enjin yang lagi satu sudah memadai dan cukup kuat untuk membawa kapal terbang itu ke airport terdekat. Dan kalau kedua-dua enjin itu mati sekalipun, kapal terbang tetap boleh meluncur untuk ke airport. Andaikata tak sempat sampai ke airport, mereka boleh mendarat cemas di atas permukaan laut (istilahnya: ditching) yang mana kapal terbang Airbus A320 pernah ditching di Hudson River, dengan kesemua penumpang dan anak kapal selamat.

kapal terbang Airbus A320 pernah ditching di Hudson River


Seterusnya, andaikata jika instrument dalam kapal terbang pula yang rosak. Contohnya PFD, atau kapal lama panggil EADI yang rosak. Maka pilot boleh change-over kepada display yang sebelah dia. (kalau aku terangkan pun korang tak faham kot). Kalaulah betul semua tu hilang sekalipun, pilot masih boleh menerbangkan pesawat mereka berpandukan ISIS atau nama inggerisnya, Integrated Standby Instrument System yang masih sangat dipercayai. Atau paling teruk, masih ada standy compass (yang macam kompas orang bawa masuk hutan). Jadi pilot masih tahu arah mereka.

Perlu diingatkan bahawa pilot bukanlah macam pemandu teksi. Saya bukan merendahkan pemandu teksi tetapi yang saya tahu, nak memandu teksi tak perlu menghabiskan berjam-jam traning di dalam simulator taxi. Tetapi pilot begitu. Mereka perlu mendapatkan latihan yang secukupnya dan antara latihan itu ialah latihan bagi menangani situasi cemas (sebab diorang ni selalu goyang kaki je dalam normal flight sebab kapal-kapal baru semua pakai autopilot).

Begitu juga dengan apa-apa bentuk repair dan maintenance yang dibuat kepada kapal terbang. Kami (engineers and technicians) adalah kakitangan terlatih. Tapi orang selalu tak nampak kami, sebab kami memang tak glamor. Tapi tanpa kebenaran kami, pilot pun tak berani nak terbang. Haha.

Saya sendiri menghabiskan masa 3 tahun untuk belajar teori, 2 tahun untuk praktikal, dan dekat 1 tahun lagi untuk praktikal (dengan kapal jenis baru. Dulu kapal Boeing 737-400 tapi sekarang Airbus A320), kemudian barulah boleh diberikan izin untuk memegang lesen sebagai jurutera.

Repair kapal terbang juga dilakukan dengan standard yang berbeza dengan repair moto di kedai Ah Chong. Setiap tools, spares, procedures, bla bla bla... semua tu ikut standard. International standard as per DCA Malaysia (Department of Civil Aviation Malaysia), FAA (Federal Aviation Administration) dan EASA (European Aviation Safety Agency).

Kesimpulannya, JANGAN TAKUT NAIK KAPAL TERBANG.

Sebab ajal maut ni, Allah yang tentukan. Kita naik basikal pun boleh mati kalau Allah nak. Tapi yang PALING PALING PALING PALING penting ialah niat kita masa kita naik basikal, motosikal, kereta, dan kapal terbang.

Apakah musafir kita untuk benda baik? Untuk benda bermanfaat? Untuk benda yang Allah redha?

Atau adakah musafir kita untuk bersuka-suka, main-main, enjoy, bla-bla-bla?

Aircraft is best mode of transportation. Trust me, because now everyone can fly.



"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengibas-ngibas sayap mereka di udara? Tidak ada yang menahan mereka (di udara) melainkan Allah"- Surah Al Mulk ayat 19.


* Penulisan ini telah diolah semula serba sedikit dari sumber asal, saudara Iqbal Syarie. Boleh follow FB beliau untuk dapatkan info-info menarik berkenaan pesawat.

p/s: Dapatkan juga update -->> Terkini Kehilangan Pesawat MAS MH370



SZ: Isu ini benar-benar menarik perhatian aku sehingga memaksa aku untuk update blog setelah sekian lama tersadai. Doakan semuanya selamat. InsyaAllah. #PrayForMH370

2 360 juta komen:

Muhammad Syahmi said...

Mudah-mudahan mereka semua selamat.

Saya nak komen lebih-lebih pun, saya bukannya tahu pasal kapal terbang. Kita serahkan sahajalah kepada mereka yang arif dalam bidang ini.

deno said...

ajal di amna-mana.. kalau naik basikal pun kita boleh mati..... semoga MH370 dijumpai dengan semua penumpang dan anak kapal selamat......

p/s: lama tak melawat solihin... baru terjumpa blog ni setelah bertahun juga rasanya tak ke sini.... heeeee^^ solihin apa khabar? deno doakan solihin sihat selalu....! ^_^