Pages

Sunday, February 24, 2013

Manusia Umpama Haiwan.. Seghupo Natey!


Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,


"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.
"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.


Maka puak-puak macai mula memanfaatkan isu tersebut sebagai modal memburuk-burukkan TGNA dan PR. Di'spin'nya kenyataan TGNA. Walhal TGNA bukan tuju kat penerima BR1M pun. Rujuk video INI! 

Kalau ye pun, aku tak nampak pun apa yang masalahnya dengan perumpamaan tersebut. Bukankah sejak bangku sekolah kita telah diajar dengan peribahasa dan simpulan bahasa? Aku tertarik dengan dialog di bawah yang banyak dikongsikan di laman sosial sekarang ini.


Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la!


Kadangkala kita memang sering mengumpamakan seseorang itu dengan sifat binatang. Ada yang kaki belit macam ular, ada yang bijak macam kancil, ada yang busuk macam kambing, ada yang ganas macam harimau, ada bising macam murai dan banyak lagi peribahasa atau simpulan bahasa yang menggunakan haiwan sebagai perumpamaan. Berikut adalah contoh ayat:-


1. Mak Minah tu sendiri perangai tak betul, macam mana nak didik anak dia. "Bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul." Ohmai.. Mak Minah adalah Ketam?

2. Robin Van Persi adalah ayam tambatan pasukan Manchester United musim ini. Ohmai.. RVP adalah ayam?

3. Aku tengok Jib tu asyik ikut je apa yang Mah suruh. Dah macam kerbau kena cucuk hidung. Ohmai.. Jib adalah kerbau?

4. Ayah saya garang macam singa. Ohmai.. Ayah saya singa? Err.. Atau saya anak singa? LOL.


Penulis hebat, Hamka juga pernah menggunakan haiwan sebagai perumpamaan.


"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja." -Hamka.




Malah dalam Al-Quran sendiri Allah SWT ada memberi perumpamaan menggunakan haiwan.


Firman Allah SWT: ““Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu umpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”.” (Al A’raf: 179)



Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. ( Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )


So?




SZ: "Woi vavi! Apa lu merepek ni? Lu cakap supa hanjeng la bai!" Ok, itu carutan. Bukan perumpamaan. Ada otak, pikiaq! Jangan jadi otak udang. Jangan jadi bodoh macam lembu.

Tuesday, February 19, 2013

Berpolitik Jangan Jadi Macai


Istilah macai ni asalnya dari perkataan pencacai yang membawa maksud kuli batak yang akan melaksanakan apa saja suruhan dari orang atasan. Direbranding menjadi macai bagi merujuk kepada penyokong tegar sebuah parti yang aku rasa tak perlu disebut. Tugas macai adalah membela, mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dan apa saja berkaitan dengan parti yang dianuti mereka walaupun hakikatnya sudah terang lagi berspotlight bahawa pihaknya salah.

Sebenarnya kedua belah pihak samada di pihak kerajaan atau pembangkang, masing-masing ada yang berperangai macai. Ini semua disebabkan budaya politik di Malaysia yang lebih bersifat taksub kepartian. Taksub kepartian, jika partinya salah, tetap dipandang partinya itu betul. Ada beza antara taksub kepartian dan menyokong kebenaran. Sepatutnya, jika parti yang disokong ada membuat kesilapan dan kesalahan, perlulah ditegur. Bukannya sengaja membutakan mata demi mempertahankan parti yang disokong dan mencari kesalahan orang lain pula bagi mengalih isu.

Disebabkan perangai macai, dunia politik menjadi kotor. Budaya fitnah dan membuka aib orang lain semata-mata ingin menjatuhkan lawan masing-masing, hujah-hujah dangkal yang disulami caci maki, peras ugut dan samseng, bercakaran sesama sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Ego mempertahan kebathilan dan mencari salah orang lain adalah perangai macai yang butakan kebenaran. Pihak yang benar difitnah, pihak yang tidak benar terus dilindungi malah disanjungi. Paling menyedihkan bila penasihat agama yang dilantik hanya jadi pengampu semata-mata mahu menjaga periuk nasi. Sekaligus membuatkan masyarakat yang jahil agama makin keliru.

Jadi, buka semula pintu hati dan minda yang tertutup dan jumud itu. Kalau pemimpin dan parti anda samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terbukti salahnya, jangan bersikap bias tanpa hujah serta fakta yang kukuh. Jika terbukti dia salah, perlulah diakui, ditegur dan dibawa ke muka pengadilan. Hakikatnya, tidak ada parti yang sempurna sekalipun dikelilingi para ulama dan ostad ostazah. Apatah lagi yang dikelilingi kaki betina, kaki togak, kaki makan rasuah dan kaki busuk.

Keadilan, biar ia datang daripada pihak mana sekalipun, itulah yang menjadi keutamaan kita. Yang kita inginkan adalah kebenaran dan keadilan dalam berpolitik. Berpolitik jangan jadi macai. Politic is not about partisan. Pertimbangan utama kita adalah kebenaran dan keadilan sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Maidah yang bermaksud :


“Dan janganlah sampai kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu menghalang kamu untuk berlaku adil kepada mereka. Berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan taqwa.” [Al-Maidah :8]




SZ: Tak tahu pilih yang mana? Pilih yang kurang kecacatannya daripada terus membiarkan yang zalim dan korupsi bermaharajalela.

Friday, February 15, 2013

Bantuan Untuk Pak Mie dan 500 Ekor Anjingnya

Mungkin ramai yang lebih mengenali page dan Blog Kaki Motong yang popular dengan kucing bernama Hero yang dua kaki depannya dipotong oleh manusia kejam tidak berhati perut. Tapi, tidak ramai yang mengenali Pak Mie dan Mak Intan yang turut menghabiskan kehidupan mereka dengan berbakti terhadap haiwan terbiar seperti anjing dan kucing selama bertahun-tahun.

Pak Mie dan Mak Intan telah meneroka tanah lapang di Tanjung Bendahara, Alor Setar untuk dijadikan tapak pusat lindungan haiwan terbiar. Bermula dengan hanya memberi makan ditepi jalan, mereka kini membawa balik haiwan yang sakit dan mengalami masalah. Hari ini terdapat lebih kurang 500 ekor anjing dan 200 ekor kucing terbiar mendapatkan perlindungan di Animal Shelter Pak Mie. Ada yang diambil dari kawasan sekitar Alor Setar, ada juga yang dihantar insan-insan prihatin dari serata Semenanjung Malaysia.



Walaubagaimanapun, menurut maklumat rakan yang sering melawat Animal Shelter Pak Mie, sekarang ini mereka sedang menghadapi krisis pemilikan tanah. Di mana tanah yang diduduki Pak Mie berkemungkinan besar perlu dikosongkan atas arahan pihak berkuasa. Terdapat aduan daripada pihak swasta dan persendirian tentang Shelter Pak Mie yang menyebabkan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.

Justeru, jasa baik pencinta haiwan dan seluruh hati yang sayu dengan pengorbanan dan keazaman Pak Mie dan Mak Intan berbakti pada haiwan amat ditagih agar dapat menyalurkan bantuan dan menyebarkan secara meluas semua info tentang mereka. Semoga segala usaha ini mendapat perhatian pihak yang berpengaruh dari dalam mahupun luar negara untuk campur tangan dalam krisis yang dihadapi Pak Mie dan Mak Intan bagi membolehkan Animal Shelter itu meneruskan operasinya.

MD AZMI BIN ISMAIL 
012-4090489
Jalan Tanjung Bendahara, 
Belakang Taman Sultan Abdul Halim,
Jalan Indah Water, Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Hong Leong Bank : 16451 482714



p/s: Untuk melihat lebih gambar dan video, boleh layari Blog Pak Mie Shelter.

p/s: Kalau rasa nak melawat Pak Mie dan Mak Intan, boleh minta tolong rakan saya, Taufiking.com. Dia kerap ke sana. Update mengenai Pak Mie pun boleh baca kat blog beliau.



SZ: Bila tengok couple berpegang tangan, "oh so sweet" kononnya. Tapi mereka lupa, pegang anjing tidak berdosa.

Wednesday, February 13, 2013

Syukur Saya Dapat BR1M 2.0

Alhamdulillah.. Syukur. Tadi saya telah berjaya menghadirkan diri ke majlis penganugerahan BR1M 2.0 walaupun saya sengaja pergi lewat semata-mata untuk mengelakkan diri dari mendengar ceramah pemimpin BN kawasan tempat saya yang tujuan utamanya tidak lain tidak bukan untuk berkempen mempromosi diri sempena PRU13 yang bakal tiba nanti.

Setelah melalui beberapa prosedur yang mana saya terpaksa beratur panjang sebanyak 3 kali dengan penuh kesabaran dan semangat berkobar-kobar, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segumpal wang kertas berjumlah RM250 tunai. Sesungguhnya, wang kertas bernilai RM250 tu sungguh besar nilainya bagi saya sebagai seorang rakyat marhaen yang masih bujang dan tidak makan rasuah. Dengan tidak semena-mena, persepsi saya terhadap Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah berubah.

Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga  kepada Kerajaan BN di atas pemberian BR1M ini. Saya cukup terharu dengan usaha para menteri yang terpaksa berjimat cermat dan mengikat perut malah ada yang menggunakan wang hasil dari amalan menabung sejak kecil semata-mata ingin mengumpul dana BR1M ini yang saya kira nilainya jutaan ringgit. Penyokong parti pembangkang sepatutnya berasa malu untuk menerima pemberian ini kerana itu adalah duit poket para menteri BN.

Bagi saya, janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta, memberi pendidikan percuma dan menurunkan harga barangan lain tidak akan membantu saya menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. Tapi, saya yakin bahawa dengan pemberian BR1M RM250 ini, masalah kewangan saya akan selesai.

Saya akan gunakan wang tersebut untuk mengisi minyak motor, menolong meringankan beban ibubapa saya menanggung kos pembelajaran adik-adik saya di IPT. Malah, saya juga akan guna duit tersebut untuk membeli kereta, membeli barang keperluan dapur seperti gula, membeli smartphone, membayar bil elektrik dan membelanja kawan saya makan choki-choki. Saya akan manfaatkan RM250 itu dengan sebaiknya selama 4 tahun dengan berhemah. Syukur.

Dengan ini, saya berjanji dengan sepenuh hati akan memberi sokongan 100% terhadap Barisan Nasional untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU13 nanti. Sekian.



SZ: Orang bagi kita ambik.

Tuesday, February 12, 2013

Haram Pakai Songkok dan Kopiah di Sekolah?

Dulu masa sekolah rendah, aku mula terjebak memakai songkok masa darjah 4. Puncanya setelah aku dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dalam surat perlantikan tu ada dicatatkan salah satu etika pakaian seorang pustakawan, kena pakai songkok. Tapi, minggu pertama saja semua pustakawan pakai songkok. Lepas tu habis songkok melayang kecuali aku yang masih kekalkan songkok di kepala. Mungkin sebab malas nak pakai minyak dan sikat rambut.

Naik darjah 5, entah macam mana suatu hari tu aku terlupa nak tanggalkan kopiah lepas solat subuh. Jadi, aku terpakai kopiah putih ke sekolah dan menyebabkan ramai mata yang memerhati aku sehinggalah seorang kawan tegur yang aku pakai kopiah putih pada hari tu. Dan sejak hari itu, aku pakai kopiah putih ke sekolah sehingga tamat darjah 6. Masa tu, rasanya ada 4-5 orang saja pelajar yang pakai kopiah atau songkok termasuk aku.

Masuk Tingkatan 1, aku ke sekolah agama. Kat situ semua pelajar sememangnya diwajibkan pakai songkok. Dan pada masa tu, aku bukan saja pakai songkok di sekolah, tapi memakai kopiah ke mana sahaja aku pergi sesuai dengan imej aku sebagai seorang budak sekolah agama yang baik dan insaf. Tapi, cuma bertahan sampai darjah 3 sahaja. Naik darjah 4, kopiah dah melayang. Dah mula bajet ensem tayang rambut. Pi sekolah pun, songkok pakai kat tangan. =.='

Tapi, Alhamdulillah. Sekolah aku tak pernah haramkan pelajarnya memakai songkok atau kopiah.



Ini pula aku nak kongsi cerita pengalaman seorang pengalaman hamba Allah di facebook bernama Ebit Lew yang mana sekolahnya dulu mengharamkan pemakaian songkok dan kopiah.

Teringat masa di sekolah dulu. Satu hari diharamkan di sekolah saya untuk pakai songkok ataupun kopiah. Saya dipanggil oleh guru dan diminta untuk tidak memakai songkok. Macam-macam sebab diberikan antaranya ingin seragam, kedua elak simpan rambut dan ketiga pakai songkok tapi tidak solat.

Ketika itu saya masih baru masuk sekolah menengah. Saya berkeras juga untuk memakai songkok disebabkan semangat agama yang berkobar-kobar. Satu hari saya melawan seorang ustaz-ustaz yang diminta menegur saya. Salah seorang dari mereka melempang saya dan sangat marah. Saya masih kecil dan tidak ada adab lagi. Saya cuba tahan lempang itu.

Masa itu saya merajuk dengan ustaz itu. Saya dan kawan-kawan lain semuanya merajuk dari untuk ke surau kerana banyak guru-guru ke surau yang tahu pasal perkara itu tapi tidak membantu saya . Saya solat 5 waktu di masjid lain.

Satu hari guru yang sangat hormat baru tahu kejadian itu.. Dia guru sekolah lain..Dia datang rumah saya dan dalam keadaan marah kata. Jom kita pergi pukul ustaz yang lempang kau. Mereka tidak tahu nilai orang pergi masjid. Mereka orang baik. Kita memang dari lubang najis. Allah ambil kita dan kita baru nak mula jadi baik. Mereka halau kita macam tiada nilai. Dia lupa agama ini bukan milik orang alim sahaja. Agama ini untuk semua orang.

Malam itu saya ikut cikgu tu. Tapi saya berusaha menghalangnya. Janganlah cikgu. Malu buat macam ni. Akhirnya kami cuma pergi minum. Perlahan-lahan dia bagi nasihat pada saya begitulah nilai iman bila kita diuji dengan orang masjid sendiri dan di kalangan ahli agama juga. Cikgu tadi menceritakan pengorbanan perasaan ini adalah pengorbanan yang sangat besar.

Rupa-rupanya, cikgu itu cuma cuba layan perasaan saya. Lepas itu bila saya mula percaya padanya. Baru dia bagi nasihat. Seorang cikgu boleh bagi nasihat pada seorang budak macam saya yang berumur 14 tahun. Tapi dilayan seperti seorang dewasa. Saya dan semua kawan-kawan saya terus ke masjid dan mengikuti semua program seperti biasa.

Ditakdirkan Allah, sekejap sahaja pengetua itu ditukarkan jauh. Semoga Allah beri hidayah kepadanya. Saya pernah lihat siapa sahaja yang menghina agama ini, antara 2 keputusan untuknya, satu mereka diberi hidayah dan kedua mereka hilang apa yang mereka sangka kemuliaannya.. Semoga Allah selamatkan kita semua.

Nilai seseorang hanya difahami oleh orang yang banyak bagi masa untuk dakwah dan pujuk rayu manusia kepada Allah. Orang yang tidak bagi masa untuk dakwah dan pujuk rayu manusia tidak akan pernah faham.

Oleh: Ebit Lew



SZ: Sekarang, cuma pakai kopiah masa hari raya, pi masjid, pi kenduri. =.='

Monday, February 4, 2013

Perkongsian Ceramah Penyanyi Farah Asyikin

Kenal Farah Asyikin? Penyanyi yang pernah popular dengan lagu 1000 Penipuan dan Hello. Mula dikenali ketika menjadi salah seorang peserta Malaysian Idol musim kedua dan mendapat tempat ketiga. Juga pernah menyertai One in a Million (OIAM) musim pertama dan berada dalam kedudukan top 5. Kini dia sudah berhijrah dan mula mendalami Islam setelah melakukan solat taubat pada bula Februari 2012.

Jumaat malam yang lepas, aku pergi ceramah penutup Karnival Kedah Sejahtera PAS Kawasan Pokok Sena. Antara yang dijemput menyampaikan ceramah di atas pentas selain Mahfuz Omar dan Anwar Ibrahim adalah Farah Asyikin.



Berikut antara intipati penyampaian beliau yang lebih bersifat perkongsian yang aku rasa wajar untuk dikongsi di sini.

1. Menceritakan pengalamannya ke Gaza. Katanya, rakyat Palestin tidak pernah memaki hamun pihak Zionis Israel di atas kekejaman mereka. Sebaliknya mereka mengucapkan alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk mereka mati syahid. Berbeza dengan kita di sini yang suka bertengkar dan memaki hamun jika ada perbezaan ideologi politik.

2. Rakyat Gaza berebut-rebut untuk berkahwin bukan kerana nafsu semata-mata. Sebaliknya mereka berkahwin untuk melahirkan lebih ramai para mujahidin dan mujahidah Islam.

3. Beliau pernah dijemput untuk menyertai acara ambang tahun baru 2013 di Selangor baru-baru ini. Yang mana ia telah menarik puluhan ribu hadirin dengan kehadiran penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus. Tetapi beliau telah menolak jemputan tersebut semata-mata untuk menghadiri satu lagi jemputan ambang tahun baru yang juga berkonsepkan Islam di Langkawi.

4. Walaubagaimanapun, acara tersebut hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Sehinggakan pihak penganjur terpaksa meminta maaf kepadanya atas acara yang gagal menarik kehadiran orang ramai itu. Akan tetapi, beliau tidak kisah. Malah sangat terharu penonton yang hadir tidak berganjak walaupun dibasahi hujan. Baginya, penduduk Langkawi lebih memerlukan acara seperti itu. Sebuah pulau yang dikelilingi dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral.  Jika populariti yang dikejar, lebih baik dia memilih untuk menyertai program di Selangor.

5. Beliau sangat berharap ingin melihat lebih banyak aktiviti-aktiviti berkonsepkan Islam diadakan di Malaysia ini. Yang mana aktiviti tersebut bebas maksiat dan mengasingkan kedudukan antara penonton lelaki dan wanita seperti di Kelantan misalnya. Beliau meluahkan rasa kagum dengan PAS yang berjaya merealisasikan aktiviti sebegitu. Jadi, dia menyeru semua orang agar merealisasikan perkara itu dengan cara menukar kerajaan yang baru. (Tanpa menyebut kerajaan sedia ada jauh dari landasan tersebut)

*************************

Ok. Itulah antara intipati perkongsian Farah Asyikin yang aku dapat kongsikan. Kagum juga dengannya. Kerana tidak henti-henti meluahkan kata-kata merendah diri dan agak lucu melihat gelagatnya di pentas disebabkan agak gelabah dan gementar mungkin. Tambahan pula terpaksa menyampaikan ceramah di hadapan para ustaz dan ustazah yang hadir serta ulama yang disegani seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tahniah Farah Asyikin atas perubahan positif yang ditunjukkan. Semoga beliau dan kita semua terus istiqamah dengan kebaikan. InsyaAllah.


Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."



SZ: Tak pernah lagi dengaq artis yang berhijrah masuk amno. :'(