Pages

Thursday, January 31, 2013

Drama Melayu Memang Tak Islamik Sejak Dulu

Drama Sahara yang ditayangkan di Astro Prima kini dikecam hebat kerana dikatakan telah mencemar imej muslimah yang berpurdah dan menutup aurat. Selain memberi gambaran buruk mengenai suasana sebuah sekolah agama/pondok di mana pelajar lelaki dan perempuannya tidak menjaga batas pergaulan, berpelukan dan berpegangan tangan antara bukan mahram, dan menjerit 'i love you' dari atas menara surau ala-ala bollywood. Selain ustazah yang tidak memberi contoh yang baik dengan imej tudung bersanggul bonggol unta.


Sebenarnya, drama 'islamik yang tak islamik' ni bukanlah perkara baru. Ianya sudah lama berlaku. Jadi, aku lebih suka memberi pandangan yang berbeza berkaitan kontroversi Drama Sahara ini. Berikut adalah kategori drama yang ingin aku ketengahkan.

1. Drama Islamik yang tak Islamik

Pengarah atau penulis skrip cuba memberi gambaran jalan cerita yang berimejkan Islam. Tetapi, Islam yang digambarkan mereka hanya sekadar imej wanita bertudung, seorang pak ostad berkopiah bersongkok, aksi pelakon bersolat dan mengaji Quran. Akan tetapi, pada masa yang sama dicemari adegan-adegan yang tidak senonoh dan melampaui batas syariat dengan alasan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada penonton tentang jalan penceritaan tersebut. Ianya jelas haram walaupun untuk tujuan dakwah. Kerana matlamat tak menghalalkan cara.

2. Drama Melayu yang tak Islamik

Drama seperti ini lagi berlambak. Memaparkan aksi pelakon muslim yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang yang beragama Islam. Adegan bercinta dan berpasangan dalam lakonan ala-ala romantis dan sweet couple kononnya. Jalan cerita projek juta-juta tapi pekerja wanitanya berpakaian bagai perempuan murahan. Bila tension atau frust putus cinta, pergi kelab, mabuk-mabuk, menari terhuyung-hayang. Langsung tidak unsur islamik walau sedetik cuma. Jenis ini lebih terang lagi ber'spotlight' keharamannya.

012-2001848.. nombor yang tertera di belakang.. err..

Persoalannya, kenapa kita hanya menentang filem/drama 'islamik yang tak islamik'?

Bagaimana dengan drama melayu yang langsung tak islamik? Bukankah ianya turut memberi gambaran negatif terhadap umat Islam keseluruhannya? Apa pandangan orang bukan Islam terhadap cara hidup kita seperti yang ditonjolkan dalam drama atau filem?

Kita tidak boleh salahkan orang kafir yang menghina Islam dan mempersoalkan kenapa Islam menindas wanita dengan memaksa mereka bertudung dan sebagainya (Merujuk kes Patrick Teoh). Kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang Islam. Kita sepatutnya salahkan diri sendiri yang beragama Islam tapi tidak menunjukkan nilai-nilai Islam kepada mereka.

Dan aku terpandang dua tiga komen yang berbunyi begini,

1. Ish.. Apa ni. Pakai purdah tapi pegang-pegang.

2. Semua drama berunsurkan Islamik jangan ada sentuhan antara bukan mahram.

Nampak tak, sudah ada salah faham di situ? Sebenarnya, kau berpurdah atau tidak, kau tetap tak boleh pegang pasangan bukan mahram. Takkan drama berunsur Islamik saja tak boleh ada adegan bersentuhan? Sedangkan pasangan suami isteri yang sah pun tidak dibenarkan melakukan aksi ghairah untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Selagi kau ISLAM, kau tak boleh buat semua yang Islam tegah!

Jadi, pandangan aku, sepatutnya kita boikot kesemua jenis filem yang aku jelaskan di atas. Nak buat filem jugak, pastikan semua pelakon menutup aurat samada di dalam filem atau luar filem. Buat jalan cerita yang benar-benar berlandaskan syariat Islam 100%. Rujuk kepada para alim ulama yang berlambak di Malaysia ni. Jadi, semua kaki drama petang-petang tiada pilihan lain. Itulah yang sepatutnya berlaku walaupun pada hakikatnya mustahil untuk terlaksana selagi kita semua tak ubah cara hidup kita sebagai seorang muslim sejati.

Bayangkan jika kaca TV kita hanya menayangkan cerita berunsurkan Islam 100%. Semua pelakon sememangnya menutup aurat dan menjaga batas pergaulan samada di dalam dan di luar filem termasuklah penonton. Semua muslimah menutup aurat dengan sempurna termasuklah isteri-isteri menteri dan sultan. Owhh.. Alangkah indahnya suasana sebuah negara Islam jika begitu.



SZ: Walaupun drama indon petang-petang tu ntahapahapa, aku rasa diorang punya drama/filem islamik lebih islamik.

Monday, January 14, 2013

Ulasan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


1. Tanggal 12 Januari 2013. Telah berlangsungnya Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka. 1 juta rakyat yang mahu bangkit menumbangkan kerajaan korup telah turun berkampung di Kuala Lumpur sejak malam sebelum lagi. Aku adalah sebahagian daripada detik bersejarah tersebut. Tidak ingin aku lepaskan peluang terakhir ini. Kerana selepas PRU13, mana mungkin aku akan menyertai bangsa UMNO/BN pula berdemo menentang Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu. Heheh..

2. Himpunan Shamsidar? Entah apa yang bermain di benak fikiran mereka yang sengaja menamakan Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai Himpunan Shamsidar. Aku tergelak besar memikirkan lawak seperti itu. Tiba-tiba kaitkan Shamsidar dalam hal ni? Jelas sekali mereka terdesak untuk mengaburi mata rakyat. Bagi yang tak tahu, Shamsidar tu sebenarnya isteri Azmin Ali. Hadoi. Tak habis-habis nak bodohkan rakyat. Bodoh sangatkah rakyat hingga sanggup nak turun 1juta orang di jalanan semata-mata kerana bini Azmin yang entah apa sumbangannya kepada negara. Lain la kalau nama Himpunan Kebangkitan Rosmah. Ada jugak rasionalnya bagi akronim HKR. lol.

3. Boleh lihat sendiri bagaimana amannya perhimpunan kali ini berjalan tanpa sebarang huru-hara seperti yang dibesar-besarkan media perdana sebelum ini. Rakyat tidak perlu lagi berpedih mata dengan bom asap, tidak perlu lagi bermandikan water canon. Sekarang nampak tak siapa sebenarnya penyebab berlakunya rusuhan seperti sebelum ini? Tak nampak? Anda sengaja butakan mata.

4. Bila rakyat dibenarkan berhimpun tanpa sekatan, polis pun senang buat kerja aku tengok. Tak perlu nak pukul sepak terajang orang sampai berdarah-darah. Tak ada pula kereta polis terbalik. Polis baik, rakyat pun baik. Siap tepuk tangan dan bergambar dengan abang-abang polis tu lagi. Aku syak, polis pun dah mula sedar yang kerajaan sekarang menunggu masa untuk rebah. Aku tengok, ada polis yang macam boring tak tahu nak buat apa pun ada. Mungkin sebab tu ada yang duduk melepak bersembang sambil hisap rokok tu. Bersangka baik, mungkin polis tu tengah break. Sehinggakan Unit Amal yang terpaksa buat kerja mengawal lalu-lintas.

5. Ketika Bersih 2.0 dan 3.0, point yang sering digunakan adalah Ambiga. Sikit-sikit Ambiga. Kali ni Ambiga tak ada, mati kutu dibuatnya nak cari point burukkan perhimpunan. Akhirnya, alasan yang digunakan, sebab bawa kanak-kanak bawah umur. Kemonlaaa.. Yang hangpa tu boleh pulak paksa budak-budak join perhimpunan. Beb. Himpunan aman beb. Aman. Tak bahaya pun kalau fru dan trak merah tak ada atas jalan raya. Yang jadi bahaya tu, sebab hangpa la.

6. Himpunan Maksiat? Amboii.. Salah orang kemain lagi kan hangpa nampak. Yang bini pemimpin hangpa tak tutup aurat tu bukan maksiat? Konsert kpop tu bukan maksiat? Memang tak dinafikan. Aku sendiri nampak pompuan pakai seksi terjojol dadanya yang bengkak tu berjalan dengan pakwe beliau. Yang lelaki pakai rantai leher, bersubang di telinga pun ada. Tapi yang terlintas di fikiran aku ketika itu, "Tak sangka. Golongan macam ni pun benci dan muak dengan kerajaan sekarang. Golongan macam ni pun inginkan perubahan? Macai patut malu."

7. Solat salah kiblat? Uiii.. Nampak bebenor terdesak nak cari kesalahan orang. Kiblat salah tanpa disengajakan, bukannya dosa. Yang dosa tu, sengaja tinggalkan solat. Kira okla ada kesedaran juga nak solat daripada terus lalai menghadap konsert kpop.

8. Peserta HKR dibayar? Ceh! Sikit-sikit dibayar. Mungkin anda semua sudah biasa dibayar untuk turun berhimpun, sebab tu kami juga dituduh begitu? Ingat kami semua macam hangpa ka bila nak berhimpun perlu dibayar, dipaksa angkut dengan bas? Malah kami yang kena keluarkan duit hulur sumbangan untuk dana PRU13 lagi adala. Hangpa sedap saja ambik duit rakyat untuk tarik orang. Dahla baju pun free. Kami semua kena beli baju sendiri. Tak pernah lagi aku tengok orang jual dan design baju Umno/BN. Baju Asalkan Bukan Umno adala. Yelaa.. Jenis nak harapkan sumbangan saja.

9. Siapa cakap peniaga rugi? Apa yang aku nampak, para peniaga tersenyum lebar. Mahu tak senyum. Untung berlipat kali ganda kau tahu. Jual air mineral botol kecik tu RM2. Gilo. Tapi dah dahaga punya pasal, belilah jugak. Biasalah. Bila permintaan tinggi, tawaran terhad, maka harga pun tinggi la. Owh yaa.. Aku pun berbisnes jugak kat sana. Aku jual tshirt. Dan tshirt yang aku jual tu sold out. Datang kena usung kotak berkotak. Balik lenggang kangkung senang hati. Celah mana depa kata peniaga tak boleh cari makan?

10. "Peserta himpunan tak ramai. Gambar edit." Ceh. Itu je modal yang digunakan. Dengki lettew. Jeles lettew. Setakat ambil gambar masa orang belum masuk stadium atau masa orang dah mula bersurai bolehla. Dahla tak pandai mengira. Tak pergi, cakap macam pergi. Aku sendiri terpaksa bersesak jugak nak masuk ke stadium yang sudah padat. Itu belum dikira yang ada kat parking bawah, dan yang masih di jalanan. Walaupun terpaksa berjemur di bawah cahaya terik mentari, rakyat sedikit pun tidak mahu berganjak atas semangat berkobar. Biarpun kulit terbakar, masih tidak mampu mengubati hati yang terbakar selagi yang korup tidak ditumbangkan.

gambar edit? seriously? kah3..




p/s: Lihat lagi koleksi gambar dan video dari kamera henset cabuk aku di SINI!




SZ: Orang suruh bangkit, nak tidoq jugak. Biaq pi. Heheh..

Monday, January 7, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 : Kenapa Mesti Turun?


1. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang bakal dilangsungkan pada 12 Jan 2013 nanti bolehlah dianggap sebagai bapak segala perhimpunan. Kerana perhimpunan tersebut bakal menggabungkan himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

2. Namun, seperti biasa akan ada pihak pro kerajaan semasa yang akan melabel peserta himpunan tersebut sebagai tidak bersyukur dengan negara kita yang sudah sedia ada aman ini katanya. Himpunan seperti itu akan membuatkan negara ini kacau bilau. Lucutkan kerakyatan peserta-peserta himpunan ini. Hantar mereka duduk Palestin. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Blerghhhhhh.. Owh yaaa.. Himpunan kali ni tidak dipengerusikan oleh Ambiga kan? So?

3. Bagi yang kononnya neutral atau bencikan politik dan tak mahu ambil tahu hal politik pula akan berkata, daripada pergi ke himpunan kebangkitan tu, lebih baik bangkit tahajjud. Lepas ni ada la tu yang nak create gambar perbandingan himpunan kebangkitan vs bangkit tahajjud. Lepas tu, "Like & Share jika setuju". Heheh.. Memang betul kita disuruh berdoa. Tapi berdoa semata-mata tanpa usaha, pun tak cukup. Pergi himpunan semata-mata tapi tak solat dan berdoa pun tak guna. Biarlah seiringan.

4. Ulama, tok guru, ustaz-ustaz pun ramai yang turun kan sebab sudah muak dengan karenah Umno/BN. Haram celah mana perhimpunan ni? Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan lain-lain ulama muktabar dunia juga berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka. Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Upsss.. Lupa. Syeikh Yusuf al-Qardhawi tu kan khawarij bak kata Ulama Muda Umno. Aku nak ikut ulamak. Aku takmau ikut ular dalam semak yang hanya tahu meneropong dari jauh.

5. Bro. Ini perhimpunan aman bro. Sebenarnya santai je bro lebih kurang macam Jom Heboh dan himpunan agung umno tu. Bezanya himpunan ini tak ada artis Kpop dan seksi. Hoi. Kenapa orang Umno/BN boleh buat perhimpunan secara aman tanpa sebarang gangguan, tapi bila penyokong Pakatan Rakyat nak berhimpun, dilabel pula sebagai himpunan haram. Tak cukup dengan pelbagai provokasi dan fitnah, siap sembur water canon, bom asap, sepak terajang segala. Bagi ceramah pun kena serang puak samseng. Bagi kuliah dalam surau kena baling kasut. Ini apa perangai ni? Siapa sebenarnya yang jadi penyebab himpunan yang asalnya aman bertukar menjadi huru-hara?

6. Sehingga ke hari ini aku masih terkesan melihat video dan gambar-gambar perhimpunan bersih 2.0 dan 3.0. Setiap kali melihatnya, rasa meremang dan berkobar-kobar melihat amarah rakyat yang sebelum ini bisu ditindas kezaliman. Jadi, aku nekad akan turun ke bapak segala perhimpunan ini. Aku mahu jadi sebahagian daripada gelombang kebangkitan rakyat. Bro. Ini bukan soal parti. Taksub kepada parti hanya akan membuatkan kita buta kebenaran. Ini soal kesejahteraan rakyat. Buat apa lagi nak simpan kerajaan korup macam tu? Aku lebih rela memilih Pakatan Rakyat daripada memilih Umno. Kenapa? Itu aku akan jelaskan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci. Mesti baca nanti! Bagi celik sikit mata tu.

7. Depa cakap, perhimpunan ni akan menyebabkan peniaga kerugian. So, sambil ke sana aku nak buka gerai, nak test market betoi ka rugi. Boleh dapat harga special kat sana nanti. Nak tahu aku buka gerai apa, hangpa pi LIKE page facebook.com/MyLubok tu. Support la sikit. Heheh.. Aku akan update lokasi aku kat situ nanti. Sambil menyelam minum ayaq der.

p/s: Biaq pi la nak kata apa pun. Mulut orang tobat kita tak bleh tutup baq hang. Mulut tempayan bleh lagi kalau nak tutup. Heheh.

p/s: Baca entry Debat Bersih 3.0 (FAQ)




SZ: Jumpa aku kat Stadium Merdeka 12 Jan nanti. Aku pakai topeng vendetta. Keh3.. Mampoih nak cari.

Tuesday, January 1, 2013

Top 15 Entry Terhangat Sepanjang 2012

Assalamualaikum wbt..

Tepat jam 12.00 tengah malam semalam, berlabuhlah sudah tirai 2012. Hari ini kita semua dah melangkah ke tahun baru Masihi, 2013. Cepat sungguh masa berlalu. Salah satu tanda kiamat semakin dekat.

Tahun 2012 adalah tahun yang tidak produktif bagi blog aku (boleh lihat sendiri di sidebar). Kehidupan aku sebagai seorang blogger tegar dan rajin blogwalking seperti tahun 2011 seolah-olah semakin meniti penghujungnya. Ini semua kerana kesibukan di dunia realiti telah membataskan masa untuk aku menghadap komputer dan mengetuk keyboard. Tekanan kerjaya dan masalah diri sendiri juga telah membekukan otak.

Ceh! Nak berdrama pulak dah. Straight to da point la kan.



Di bawah ni adalah senarai Top 15 entry blog aku sepanjang tahun 2012. Dikira berdasarkan paling banyak hit. Ok, dah boleh start countdown.


15. Berita Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Terbakar Adalah Palsu

14. Anugerah Skrin di Padang Mahsyar

13. Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari

12. Siapakah Suami Anda di Syurga Nanti?

11. Kisah Siti Musliha Dahulu dan Sekarang

10. Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

9. Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi

8. Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

7. Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

6. Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

5. 10 Ayat Pedas Bagi Alasan Kubur Masing-masing

4. Alasan Berhingus Daripada Amalina Yang Genius

3. Pergaduhan di Sungai Petani

2. Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

1. Debat Bersih 3.0 (FAQ)




Terima kasih kepada yang masih sudi dan tidak jemu singgah di blog hamba Allah ini walaupun dah makin jarang update sekarang. Maafkan aku jika ada entry-entry yang dihasilkan menimbulkan rasa tidak senang terutamanya melibatkan hal-hal yang sensitif. Tak semua orang berfikiran sama. Tapi kita masih saudara se-Islam. Bagi yang bukan Islam, harap kita dapat jadi saudara suatu hari nanti.



SZ: Bila angka umur makin banyak, lagi banyak benda yang nak diuruskan, lagi banyak benda yang nak difikirkan.