Pages

Friday, December 6, 2013

Jumaat Terakhir Sebelum Bergelar Suami

Salam A'laik..

Alhamdulillah hari ini aku diberi sedikit kesempatan dan kerajinan untuk update blog yang sudah lama terbengkalai. Janji tinggal janji konon nak kembali aktif berblogging sebelum ini. Tapi apakan daya aku sibuk dengan hal lain. Kumpul duit nak kahwin. Heheh. Eh, nak kahwin dah?

Bagi yang belum tahu, hari ini adalah Jumaat terakhir sebelum aku bergelar suami. Aku sedang meniti minggu terakhir kehidupan sebagai seorang bujang.

Jadi, dikesempatan ini, saya Mohd Solihin bin Mohd Zubir dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati ingin memaklumkan kepada Tuan/Puan/Saudara/Saudari rakan-rakan sekalian bahawa saya bakal dinikahkan pada 11 Disember 2013 bersamaan 8 Safar 1435H. Sementara majlis walimah sebelah perempuan akan diadakan pada 12 Disember keesokan harinya. Manakala majlis bagi pihak lelaki pula bakal dilangsungkan pada 15 Disember 2013.

Majlis walimah di pihak aku diadakan secara sederhana sahaja. Bagi yang mengenali diri ini, jemputlah hadir. Satgi cakap tak jemput pulak kan? Hehe. Yang tidak dapat hadir, sebesar hama pun aku tak berkecil hati. Cukuplah doa kalian dari kejauhan mengiringi majlis aku nanti mudah-mudahan ianya diberkati dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah.

Entry ini hanyalah sebagai hebahan bahawa aku akan bernikah. Bagi mengelakkan timbul fitnah jika ada sesiapa ternampak dan menuduh aku keluar bermaksiat dengan bukan mahram. Ceh. Bajet retis semua orang kenal. Haha.. Gurau je.

Doakan selamat semuanya.




SZ: Ramai jugak sebenarnya yang request entry berkenaan isu itu isu ini. Tapi maaflah, tak berkesempatan. Aku pulak bukan jenis main taip kelam kabut asal boleh je. Harap-harap bila dah berumahtangga nanti, akan ada lebih ruang untuk aku update blog.Sayang sebenarnya kat blog ni.

11 360 juta komen:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat pengantin baru SZ...

Ewahhh bujang terlaris abad ni haha

IzZ said...

tahniah..!semoga selamat segalanya dan perjalanan anda diberkati Allah..^____^

Anonymous said...

Tahniah. Semoga ALLAH redha. :)

muhammad fauzi said...

بارك الله لكما، وبرك عليكما وجمع بينكما فى خير

muhammad fauzi said...

بارك الله لكما، وبرك عليكما وجمع بينكما فى خير

Anonymous said...

Selamat pengantin baru solihin. semoga dapat menjadi suami yang soleh kepada isteri yang solehah. InsyaAllah

qarr jalil said...

selamat pengantin baru bro.
akhirnya. soalan 'bila lagi?' tu da terjawab. haha

Nur Hamizah said...

Barakkallahu fik. Moga dirimu dan pasanganmu diberkati Allah. Amin Moga berkekalan hingga ke syurga Allah. Amin ^_^ Maka menangis la duhai syaitan yang durjana itu

Kembara Si Faqir said...

Mabruk ats perkahwinan n selamat tahun baru :)

Miss Meen said...

Moga moga lepas nikoh ni bykkan tips kebahagiaa rumah tangga naa hehehee....

MR & MRS MAKMUM said...

SELAMAT PENGANTIN BARU SZ SEMOGA PERNIKAHAN NIE D LIMPAHKN RAHMAT & KASIH SYG ALLAH HINGGA KE JANNAH ~