Pages

Tuesday, October 8, 2013

Aku Hulur Tangan Nak Bersalam Dia Buat Bodoh

Malam minggu yang lepas aku ke kedai makan ada meeting pasal bisnes. (Ceh. Poyo gila bunyi. Dah macam drama korporat kat tv.) Sampai je, dah ada 4 orang lelaki tengah tunggu kat meja. Dua orang tu aku memang kenal sebab kawan aku. Dua orang lagi aku tak kenal sebab baru first time jumpa. Dah jadi kebiasaan kalau jumpa orang aku akan bagi salam dan hulurkan tangan untuk berjabat. Suci kan perangai i.


"Tidaklah dua orang Muslim saling bertemu kemudian berjabat tangan, kecuali akan diampuni (dosa-dosa) mereka berdua sebelum mereka berpisah." - HR Abu Dawud & At-Tirmidzi


Aku pun start salam sorang demi sorang. Sampai giliran mamat yang keempat, dia boleh buat bodoh je masa aku hulur tangan nak salam dengan dia. Aku bagi salam sekali lagi sambil hulur tangan kat dia. Dia boleh buat donno hadap tablet, pandang aku pun tak. "Bapak kerek gila mamat ni. Macam bagus je", bisik hati nurani ku yang suci murni ini.

Lepas tu baru kawan aku siku sambil cakap, "Tu pompuan la." Akak tu pun hulur business card yang tertera jelas nama beliau siap berbinti. Memang sah nama seorang perempuan Islam.

Dem. Malunya aku. Mati-mati aku ingat lelaki. Dengan rambut pendek. Pakai tshirt dengan seluar jeans.

Tapi, persoalannya sekarang, siapa yang patut malu sebenarnya? Aku atau dia?

Aku patut malu sebab hulur tangan nak bersalam dengan bukan mahram dan tidak dilayan atau dia yang patut malu sebab cara pemakaiannya membuatkan aku keliru kejantinaan beliau?

Sayang la. Kalau dia tahu hukum bersentuhan dengan bukan mahram itu haram, pasti dia juga tahu hukum tidak menutup aurat itu juga haram. Tapi, masih buat tak tahu hukum yang dia sudah sedia tahu.

Tapi, itulah hakikatnya. Ramai manusia sedar akan dosa yang mereka buat, tapi masih buat tak tahu. Aku juga tak terkecuali.

Muhasabah diri.



SZ: Mujur. Kalau tak, batai ayaq semayang pokcik.

5 360 juta komen:

nurul_diya m. nor al-haj said...

bersabar je la...

Miss Meen said...

Agaknya dia segan dengan hang laa kot...
Kang kalu salam hang anggap dia lelaki...apa org kata pengkid..tomboy sume..
Sbb tuh dia segan nak salam hang sbb pakaian dia xsemegah hehehhe
Hang pun nmpak suci muci je ann haahhaa...

Zaf98 said...

saspen gila baca tajuk nya...
last2, pasal dia pempuan rupanyaaa~
tulah...manusia tak semuanya sempurna.

UMP Auto Inspector said...

Hahaha,ada jugak kes macam ni >.< btw, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami sebarkan maklumat mengenai kempen ini :D Terima Kasih :) http://umpautoinspector.blogspot.com/

diana said...

akak kan ada satu sikap buruk.akak tak selesa berbual,berkawan atau duduk dekat2 dengan perempuan berperwatakan lelaki.jujur akak cakap ni..AKAK GELI...nak cemana entah nak buang sikap buruk nih..