Pages

Monday, July 15, 2013

Anjakan Paradigma Sempena Ramadhan



Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan 1434H.

Dah hampir 3 bulan blog aku berhibernasi. Serius aku sebenarnya rasa agak sangap (baca: gian) nak menaip. Bila ada saja isu baru, nak sangat aku bagi komen dan kupasan dalam blog macam dulu-dulu. Pergh.. Bunyi macam lejen. Konon. Tapi, bila aku taip separuh jalan, aku tiba-tiba jadi blur lantas entry tersebut tersadai di pinggiran. Tersimpan basi dalam draft. Mood blogging ke laut.

Jadi, sempena Ramadhan ni aku berazam untuk kembali aktif berblogging. Dan aku juga ingin membuat satu anjakan paradigma dalam intipati entry aku selepas ini. InsyaAllah selepas ini aku akan update apa saja yang aku rasa nak update termasuklah life story aku. Asalkan blog ini bernyawa. Selain tujuan aku nak jadikan blog ni sebagai arkib kenangan hidup aku. Nama pun personal blog kan. Kau ade? Tapi takdela sampai benda common macam minum teh petang-petang pun aku nak update dalam blog. Loser gila camtu.

Dan aku akan terus berkongsi apa sahaja ilmu yang bermanfaat hasil pembacaan dan rujukan dari sumber yang sahih. Kadang-kadang, bila kita tulis dan olah semula ilmu baru yang kita dapat membuat kita lebih ingat dan hadam. Dan itu juga cara aku nak cari saham akhirat. Entry politik? Ermmm.. Ntahla. Rasa macam dah bosan dengan mainan politik sekular ni. Sebab tak semua orang matang berpolitik dan boleh terima perbezaan pendapat. Jadi, eloklah rasanya aku neutralkan diri buat masa ini. Mengikut terma dan syarat. Haha.

Anjakan paradigma dalam hidup? Nak berubah jadi lebih baik dari sebelumnya. Menjadi seorang yang lebih positif. Aku mahu lebih serius membina kerjaya dan kestabilan hidup biar seiring di dunia dan di akhirat. Umur pun dah makin meningkat. Bila nak kahwin? Entah. Kadang-kadang bila terlalu mengharap sangat pun, kita boleh jadi terlalu lalu lalu lalu kecewa. Gitu. Sehebat mana pun kita merancang, hebat lagi perancangan Dia. Dia juga yang Maha Kuasa membolak-balik hati kita. Biar hendak seribu daya ke, biar hendak seribu dalih ke, jika Dia kata Kun Fayakun. Siapalah kita nak melawan ketentuan-Nya.

Jadi, maafkan aku andai pernah sakitkan hati kalian semua sebelum ini. Get ready untuk entry-entry yang lebih poyo dan bajet lepas ni. Heheh. Selamat berpuasa.



SZ: Harap semangat berblogging ni tak hot-hot chicken shit ler.. heheh.


11 360 juta komen:

the malay male said...

selamat kembali

Nurzakiah Hanum said...

sama-sama maaf ya

diana said...

kan?sayang je ada blog,follower ribu2,domain bayar tetiap tahun,tapi biar jer tersadai..kalau gitu nak je akak suruh kamu bayarkan domain akak tetiap tahun..nak??

diana said...

memang kesian .kat kampung suami pernah ada ynag datang minta sedekah..tapi orang kampung ada yang tengok depa datang diaorang tutup pintu..bukan susah pun setakat nak derma seringgit tu kalau dah tak de duit banyak..tak de duit bagi makan pun dia ambik..

Muhammad Syahmi said...

Dah lama juga tak baca blog ni. Ingatkan dah tak nak berblog dah...

Hansyirah Takezur said...

cecey... tudiaaa. azam ramadhan abam SZ tu. sibuk sangat berbisnes gamaknya sampai lesap sementara dr dunia blogging.

Sya_Merpati Putih 88 said...

selamat kembali berblogging sz...
semoga dapat lebih banyak idea2 yg segar lagi bernas..
semoga success selalu..
selamat berpuasa..:)

Solihin Zubir said...

@diana : amboi kak. ayat pedas makan dalam tu. ok2. insaf. hahaha..

Solihin Zubir said...

@Muhammad Syahmi : maafla. agak bz lately. tambahan mood blogging kelaut. hehe..

Solihin Zubir said...

@Hansyirah Takezur : haha.. gitu la.. sebok cari nafkah. haha..

Solihin Zubir said...

@Sya_Merpati Putih 88 : insyaAllah. semoga Allah permudahkan. sama2 la kita. selamat berpuasa. :-)