Pages

Monday, March 18, 2013

Lelaki Berjanggut dan Berjambang Lebih Awesome

Bagi sesiapa yang mengenali aku, aku sekarang ni tampil dengan imej baru. Berjambang. Aku juga sekarang ini tengah ciwi dan poyo menjaja jambang aku yang mengundang rasa cemburu lelaki yang tidak mempunyai hormon jambang dan beberapa wanita yang berkeinginan berjambang. Antara kritikan yang aku terima dengan imej terbaru ni ialah, macam wolverine, macho (ehem2..), nampak gangster, serabut tak terurus, nampak alim, macam pak arab, pakistan, tak ada duit nak beli shaver, sibuk sampai tak sempat bercukur dan pelbagai lagi persepsi dari segenap lapisan masyarakat.



Sebenarnya, aku menyimpan jambang bukan sekadar fesyen dan menukar imej semata-mata. Nak tahu apa kelebihan lelaki berjanggut dan berjambang berbanding mat-mat jambu?


1. Sunnah

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:- "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)


2. Malaikat Menadah Air Wuduk Yang Jatuh Dari Janggut

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat”.


3. Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Subhanallah!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang bersama dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.


4. Menyerlahkan Sifat Kelakian

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol, sasa, seksi dan lebih menyerlahkan sifat kelakiannya. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik. Hasil kajian itu dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.


5. Jimat dan Memudakan

Simpan jambang dapat menjimatkan duit daripada membeli shaver dengan kerap. Masa bercukur di dalam toilet juga dapat dijimatkan sebab hanya perlu mencukur misai dan merapi bahagian yang tertentu. Dan anda akan terasa sangat muda apabila anda tiba-tiba mencukur licin jambang anda. Heheh. Ini teori aku.

Rujukan:-




SZ: Semoga entry ini dapat mengubah persepsi negatif terhadap lelaki berjambang dan menaikkan lagi saham aku. Dear jodoh-jodoh! Come to papa! I'm awesome. Heh. =.='

20 360 juta komen:

Anonymous said...

first!!

best post mcm ni.
semiga sedara dipercepatkan jodoh. - student di Mesir.

imantizz_truper said...

hensem ka? ^_^

cute..mungkin...hehehehe

Sunah Sakura said...

tu diaaaaa...fakta A to Z semata2 nak explain hang punya sebab simpan jambang...ehhhhh..heheheh..apepun, memang suka tengok lelaki berjanggut, sejukkkkkkkk je... :)

Anis Izzati said...

Erk, berjambang ? tak suka yg berjambang tebal, kalau berjambang nipis masih boleh diterima lagi :)

Hansyirah Takezur said...

heh. baca tajuk daripada bloglist pon dapat agak pasal apa. hoho. kat instag pon penuh gambar dengan style baru. -.-"

ok, got all your points here. haha.

nurdani said...

memang handsome kalau simpan janggut/jambang ni.

iAmCekbolat said...

yang no 3 tu tak menahan . kah! kah!

tapikan . aku rasa kan lelaki yg berjnggut ni lebih hsem dan matang , hensem tu hm taklah cuma sedapla mata memandang .

:)

Nur Hazlin said...

yeah lg tertarik tgok lelaki yg ade jambang, mcm johnny depp muehehe

Niza Romli said...

Jadi? nak kena suruh suami simpan janggut la ni...

Nor Abdullah said...

Solihin.. hehehe.. actually da baca ni tadi ..pastu lupa nak komen smapailah hang komen di instag kaknor hehehe pasal suami kaknor berjambang masa umur 18 thn hehehe..

Embun Melati said...

Bapakku punya janggut yang panjang.:)

Nafisa81 said...

suami takde hormon jambang..ade janggut jer...

diana said...

pak mertua akak ada jambang..maisara kalau tokwan dia nak dukung memang terjerit2 la takut..hahha..

abnag lan pulak simpan jambang tapi hari gaji je cukur..pelik tak>//hahahah

juicy X said...

amet kalo x cukur jambang mmg alamtnya tidoq luaq..tp janggut wajib ada! :)

Muhammad Syahmi said...

Say memang tak suka nak cukur janggut.

Kalau cukur, nanti nampak macam budak sekolah menengah...

MR & MRS MAKMUM said...

@juicy X


hahah lawak jucy nie

Sya_Merpati Putih 88 said...

huhuhu..sy mmg suka lelaki yg berjanggut...nampak lebih macho, matang dan comel...ehehee..:)

wahhh..jodoh2?? ramai nyer jodoh kamu..mahu pasang empat kah..? huhuu..:p

Amna Qadeeja said...

amboi, tak kesah nak berjanggut tp jangan tebai sangat hihi

adi putra said...

beruntung la kan org ada janggut nie...
hehehehe

adi putra said...

bess nya org berJanggut ni...