Pages

Sunday, February 24, 2013

Manusia Umpama Haiwan.. Seghupo Natey!


Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,


"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.
"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).
"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.


Maka puak-puak macai mula memanfaatkan isu tersebut sebagai modal memburuk-burukkan TGNA dan PR. Di'spin'nya kenyataan TGNA. Walhal TGNA bukan tuju kat penerima BR1M pun. Rujuk video INI! 

Kalau ye pun, aku tak nampak pun apa yang masalahnya dengan perumpamaan tersebut. Bukankah sejak bangku sekolah kita telah diajar dengan peribahasa dan simpulan bahasa? Aku tertarik dengan dialog di bawah yang banyak dikongsikan di laman sosial sekarang ini.


Seorang atok memarahi dua orang cucunya, Ali dan Abu yang suka bergaduh..

Atok: Korang ni macam anjing dengan kucing.. pantang jumpa asyik nak bergaduh..

Ali: Sampai hati atok cakap kami haiwan....

Abu: Ali! Itu peribahasa la!


Kadangkala kita memang sering mengumpamakan seseorang itu dengan sifat binatang. Ada yang kaki belit macam ular, ada yang bijak macam kancil, ada yang busuk macam kambing, ada yang ganas macam harimau, ada bising macam murai dan banyak lagi peribahasa atau simpulan bahasa yang menggunakan haiwan sebagai perumpamaan. Berikut adalah contoh ayat:-


1. Mak Minah tu sendiri perangai tak betul, macam mana nak didik anak dia. "Bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul." Ohmai.. Mak Minah adalah Ketam?

2. Robin Van Persi adalah ayam tambatan pasukan Manchester United musim ini. Ohmai.. RVP adalah ayam?

3. Aku tengok Jib tu asyik ikut je apa yang Mah suruh. Dah macam kerbau kena cucuk hidung. Ohmai.. Jib adalah kerbau?

4. Ayah saya garang macam singa. Ohmai.. Ayah saya singa? Err.. Atau saya anak singa? LOL.


Penulis hebat, Hamka juga pernah menggunakan haiwan sebagai perumpamaan.


"Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja." -Hamka.




Malah dalam Al-Quran sendiri Allah SWT ada memberi perumpamaan menggunakan haiwan.


Firman Allah SWT: ““Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu umpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai”.” (Al A’raf: 179)



Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. ( Ayat 43 & 44 : Surah al-Furqaan )


So?




SZ: "Woi vavi! Apa lu merepek ni? Lu cakap supa hanjeng la bai!" Ok, itu carutan. Bukan perumpamaan. Ada otak, pikiaq! Jangan jadi otak udang. Jangan jadi bodoh macam lembu.

8 360 juta komen:

Prince of Noob said...

natey bewookkkk

nurdani said...

tepat. kalau yang tak faham perumpamaan ni memang susah

Kumbang Jingga said...

Takde salahnya umpamakan manusia seperti haiwan..bende2 gini tak yah lah nak dipertikaikan..bende baik..bagi duit kt rakyat bukannya amik duit dr rakyat walaupun sebelum ni dh byk amik duit rakyat hehe...duit yg najib bg tu bukan duit najib pun duit rakyat gak..bg pun kpd rakyat yg bukan kaya pun...bg bila dekat pilihan raya memang meragukan tujuannya..harap klau pembankang menang next PRU brim ni diteruskan..klau subsidi diberikan dlm bentuk lain conthnya mcm turunkan harga minyak..golongan yg memang sudah kaya raya juga menikmati subsidi tu.sekadar pendapat...

Shiqin Sunshine said...

huhu....tula pasal....ni ckp TGNK hina rakyat lah apelah.... tah pape....perumpamaan TGNK ni ok lg la klu nak dibndingkan dgn sharipah aritu....tetibe cite pasal binatang...lari topik betol...

Nik Muhammad Jameel said...

sia-sia cikgu BM mengajar perumpamaan..hahaa

adam narzuan said...

xsangka plak wartawan kat malaysia sekarang ni agak kurang pandai.. kurang pandai ke terlebih pandai??

hehehe.. Kasi tukar.. Ini kali lahh..

diana said...

hohoho...
rasa nak je print lepas tu bagi kat orang2 yang asyik tengok tv3..orang yang tak mo langsung lihat media lain selain tv3.heheh..fb tak mau..twitter tak mau..harakah tak mau..nak tv3 je...ekekek

Hansyirah Takezur said...

bidasan paling hebat pernah saya baca pasal isu ni. nice!