Pages

Tuesday, February 12, 2013

Haram Pakai Songkok dan Kopiah di Sekolah?

Dulu masa sekolah rendah, aku mula terjebak memakai songkok masa darjah 4. Puncanya setelah aku dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Dalam surat perlantikan tu ada dicatatkan salah satu etika pakaian seorang pustakawan, kena pakai songkok. Tapi, minggu pertama saja semua pustakawan pakai songkok. Lepas tu habis songkok melayang kecuali aku yang masih kekalkan songkok di kepala. Mungkin sebab malas nak pakai minyak dan sikat rambut.

Naik darjah 5, entah macam mana suatu hari tu aku terlupa nak tanggalkan kopiah lepas solat subuh. Jadi, aku terpakai kopiah putih ke sekolah dan menyebabkan ramai mata yang memerhati aku sehinggalah seorang kawan tegur yang aku pakai kopiah putih pada hari tu. Dan sejak hari itu, aku pakai kopiah putih ke sekolah sehingga tamat darjah 6. Masa tu, rasanya ada 4-5 orang saja pelajar yang pakai kopiah atau songkok termasuk aku.

Masuk Tingkatan 1, aku ke sekolah agama. Kat situ semua pelajar sememangnya diwajibkan pakai songkok. Dan pada masa tu, aku bukan saja pakai songkok di sekolah, tapi memakai kopiah ke mana sahaja aku pergi sesuai dengan imej aku sebagai seorang budak sekolah agama yang baik dan insaf. Tapi, cuma bertahan sampai darjah 3 sahaja. Naik darjah 4, kopiah dah melayang. Dah mula bajet ensem tayang rambut. Pi sekolah pun, songkok pakai kat tangan. =.='

Tapi, Alhamdulillah. Sekolah aku tak pernah haramkan pelajarnya memakai songkok atau kopiah.



Ini pula aku nak kongsi cerita pengalaman seorang pengalaman hamba Allah di facebook bernama Ebit Lew yang mana sekolahnya dulu mengharamkan pemakaian songkok dan kopiah.

Teringat masa di sekolah dulu. Satu hari diharamkan di sekolah saya untuk pakai songkok ataupun kopiah. Saya dipanggil oleh guru dan diminta untuk tidak memakai songkok. Macam-macam sebab diberikan antaranya ingin seragam, kedua elak simpan rambut dan ketiga pakai songkok tapi tidak solat.

Ketika itu saya masih baru masuk sekolah menengah. Saya berkeras juga untuk memakai songkok disebabkan semangat agama yang berkobar-kobar. Satu hari saya melawan seorang ustaz-ustaz yang diminta menegur saya. Salah seorang dari mereka melempang saya dan sangat marah. Saya masih kecil dan tidak ada adab lagi. Saya cuba tahan lempang itu.

Masa itu saya merajuk dengan ustaz itu. Saya dan kawan-kawan lain semuanya merajuk dari untuk ke surau kerana banyak guru-guru ke surau yang tahu pasal perkara itu tapi tidak membantu saya . Saya solat 5 waktu di masjid lain.

Satu hari guru yang sangat hormat baru tahu kejadian itu.. Dia guru sekolah lain..Dia datang rumah saya dan dalam keadaan marah kata. Jom kita pergi pukul ustaz yang lempang kau. Mereka tidak tahu nilai orang pergi masjid. Mereka orang baik. Kita memang dari lubang najis. Allah ambil kita dan kita baru nak mula jadi baik. Mereka halau kita macam tiada nilai. Dia lupa agama ini bukan milik orang alim sahaja. Agama ini untuk semua orang.

Malam itu saya ikut cikgu tu. Tapi saya berusaha menghalangnya. Janganlah cikgu. Malu buat macam ni. Akhirnya kami cuma pergi minum. Perlahan-lahan dia bagi nasihat pada saya begitulah nilai iman bila kita diuji dengan orang masjid sendiri dan di kalangan ahli agama juga. Cikgu tadi menceritakan pengorbanan perasaan ini adalah pengorbanan yang sangat besar.

Rupa-rupanya, cikgu itu cuma cuba layan perasaan saya. Lepas itu bila saya mula percaya padanya. Baru dia bagi nasihat. Seorang cikgu boleh bagi nasihat pada seorang budak macam saya yang berumur 14 tahun. Tapi dilayan seperti seorang dewasa. Saya dan semua kawan-kawan saya terus ke masjid dan mengikuti semua program seperti biasa.

Ditakdirkan Allah, sekejap sahaja pengetua itu ditukarkan jauh. Semoga Allah beri hidayah kepadanya. Saya pernah lihat siapa sahaja yang menghina agama ini, antara 2 keputusan untuknya, satu mereka diberi hidayah dan kedua mereka hilang apa yang mereka sangka kemuliaannya.. Semoga Allah selamatkan kita semua.

Nilai seseorang hanya difahami oleh orang yang banyak bagi masa untuk dakwah dan pujuk rayu manusia kepada Allah. Orang yang tidak bagi masa untuk dakwah dan pujuk rayu manusia tidak akan pernah faham.

Oleh: Ebit Lew



SZ: Sekarang, cuma pakai kopiah masa hari raya, pi masjid, pi kenduri. =.='

6 360 juta komen:

Sya_Merpati Putih 88 said...

erm..masa sy sekolah dulu tak pernah pulak cikgu2 larang dak2 lelaki pakai songkok atau kopiah....ok ajer..

tapi kalu ade yg larang tu memang tak patut betul lah..

zana fahmi said...

alaaa...akk terkomen guna fb suami ler Solihin..:-)

Sunah Sakura said...

subhanallah...perkongsian yang betul2 buat kita berfikir jauh...bersyukurlah bila kite ni tak pernah dilarang pakai songkok or kopiah kat sekolah kan...sebab kite ni pakai tudung...erk!

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

nadz ruslan said...

Ada betulnya larangan tu atas sebab 'student simpan rambut' dsb sebab selalu terjadi macam tu.

masalahnya jadi dekat orang yang nak pakai dengan niat telus, lurus.

satu hari saya ke kedai, ternampak sorang budak perempuan dalam pakaian kurung sekolah. Rambut dia dye warna pink, dengan tindik 2-3 plus rantai 'stylo'. saya terpana sekejap. "di pekan memang buleh ka pakai macam tu pi sekolah?" saya blur sekejap. oh rupanya bila ke sekolah dia cover pakai tudung.

nasib sekolah tak haramkan tudung sekali atas sebab takut student simpan rambut karat/love byte.

p/s- songkok kopiah ni menda mudah. kalau cikgu rasa student salah guna, suruh dia angkat songkok. kalau ada ekor, potong, berwarna, botakkan.

Muhammad Syahmi said...

Pengetua sekolah tu 'panas' kot tengok anak murid pakai songkok atau kopiah.

Doakan agar dia menerima hidayah Allah.

Ayumi said...

Segarang-garang pengetua sekolah saya. Beliau tetap 'check' rambut pelajar laki dan perempuan. Ini Kerana pengetua sekolah harian saya turut memakai songkok. Manakala perempuan tidak dapat lari dari masalah. Ini kerana setiap hari sebelum pulang ke rumah wajib solat zohor di sekolah, makanya semasa ambil wuduk, guru-guru wanita akan perhati.