Pages

Tuesday, February 19, 2013

Berpolitik Jangan Jadi Macai


Istilah macai ni asalnya dari perkataan pencacai yang membawa maksud kuli batak yang akan melaksanakan apa saja suruhan dari orang atasan. Direbranding menjadi macai bagi merujuk kepada penyokong tegar sebuah parti yang aku rasa tak perlu disebut. Tugas macai adalah membela, mempertahan, mengampu dan menjilat pemimpin dan apa saja berkaitan dengan parti yang dianuti mereka walaupun hakikatnya sudah terang lagi berspotlight bahawa pihaknya salah.

Sebenarnya kedua belah pihak samada di pihak kerajaan atau pembangkang, masing-masing ada yang berperangai macai. Ini semua disebabkan budaya politik di Malaysia yang lebih bersifat taksub kepartian. Taksub kepartian, jika partinya salah, tetap dipandang partinya itu betul. Ada beza antara taksub kepartian dan menyokong kebenaran. Sepatutnya, jika parti yang disokong ada membuat kesilapan dan kesalahan, perlulah ditegur. Bukannya sengaja membutakan mata demi mempertahankan parti yang disokong dan mencari kesalahan orang lain pula bagi mengalih isu.

Disebabkan perangai macai, dunia politik menjadi kotor. Budaya fitnah dan membuka aib orang lain semata-mata ingin menjatuhkan lawan masing-masing, hujah-hujah dangkal yang disulami caci maki, peras ugut dan samseng, bercakaran sesama sendiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Ego mempertahan kebathilan dan mencari salah orang lain adalah perangai macai yang butakan kebenaran. Pihak yang benar difitnah, pihak yang tidak benar terus dilindungi malah disanjungi. Paling menyedihkan bila penasihat agama yang dilantik hanya jadi pengampu semata-mata mahu menjaga periuk nasi. Sekaligus membuatkan masyarakat yang jahil agama makin keliru.

Jadi, buka semula pintu hati dan minda yang tertutup dan jumud itu. Kalau pemimpin dan parti anda samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang terbukti salahnya, jangan bersikap bias tanpa hujah serta fakta yang kukuh. Jika terbukti dia salah, perlulah diakui, ditegur dan dibawa ke muka pengadilan. Hakikatnya, tidak ada parti yang sempurna sekalipun dikelilingi para ulama dan ostad ostazah. Apatah lagi yang dikelilingi kaki betina, kaki togak, kaki makan rasuah dan kaki busuk.

Keadilan, biar ia datang daripada pihak mana sekalipun, itulah yang menjadi keutamaan kita. Yang kita inginkan adalah kebenaran dan keadilan dalam berpolitik. Berpolitik jangan jadi macai. Politic is not about partisan. Pertimbangan utama kita adalah kebenaran dan keadilan sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Maidah yang bermaksud :


“Dan janganlah sampai kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu menghalang kamu untuk berlaku adil kepada mereka. Berlaku adillah kerana itu lebih dekat dengan taqwa.” [Al-Maidah :8]




SZ: Tak tahu pilih yang mana? Pilih yang kurang kecacatannya daripada terus membiarkan yang zalim dan korupsi bermaharajalela.

11 360 juta komen:

Nurzakiah Hanum said...

ermmmmmmmmmm

zulhilmi yahya arif said...

baruje nak pakai anon, walaupun namaku bukan cik non.. ada betuinye ape yg hang cakap ni.. tapi cai2 di belah geng cai2 media massa skang ni lebih banyakle daripad cai2 PR.. itu boleh dilihat pada jam 8pm di saluran kegemaran rakyat cai2.. sekian

diana said...

pilih untuk tengok je..buleh dak??heheh

diana said...

pilih untuk tengok je..buleh dak??heheh

nurdani said...

bila jadi bias ni memang tak patut. kalau salah, tegur. jangan dibutakan mata.

ada sesetengah ni terlalu taksub sampai putus kawan.

wath said...

Aku selalu nk bertanye 1 soalan ni.

Kalau pembangkang menang, sape memerintah?

Sebab aku rase majoriti org y nak kn perubahan ni, nak kan PAS. Masalahnye PAS cume minoriti dalam pembangkang. Aku rase ko penah mention nk post pasal isu ni but then ko tak post. And lama2 aku pun lupa.

Solihin Zubir said...

@wath : mmg nak buat pun. insyaAllah dlm masa yg terdekat.

shameel Iskandar said...

secara jujur, aku masih yakin dgn PR, walaupun ada cai dlm PR tapi lagi banyak cai dlm BN.. Maaf ini pandangan pribadi dan ia tak semestinya tepat dan benar.

the malay male said...

dua dua belah pihak ada macai masing2

KaiRUL said...

yey btl bntulah kami y jahil ni....pndang sekeliling de pro n kontra

Mohamadazhan.com said...

salam bro, moga sihat2 dan moga bisnes bertambah kencang =)

macai detactd,...hg ni mesti kutuk2 UMNO. Kita duduk dalam negara aman, kalau tak suka elok p duduk negara lain.hehe

Selalunya aku lihat macai ini byk cakap bukan atas fakta. Yang byk caci maki, kutuk mgutuk, fitnah, edit gambar2 memalukan, main sentimen kaum, main sentimen bangsa. ajak debat takut.