Pages

Friday, February 15, 2013

Bantuan Untuk Pak Mie dan 500 Ekor Anjingnya

Mungkin ramai yang lebih mengenali page dan Blog Kaki Motong yang popular dengan kucing bernama Hero yang dua kaki depannya dipotong oleh manusia kejam tidak berhati perut. Tapi, tidak ramai yang mengenali Pak Mie dan Mak Intan yang turut menghabiskan kehidupan mereka dengan berbakti terhadap haiwan terbiar seperti anjing dan kucing selama bertahun-tahun.

Pak Mie dan Mak Intan telah meneroka tanah lapang di Tanjung Bendahara, Alor Setar untuk dijadikan tapak pusat lindungan haiwan terbiar. Bermula dengan hanya memberi makan ditepi jalan, mereka kini membawa balik haiwan yang sakit dan mengalami masalah. Hari ini terdapat lebih kurang 500 ekor anjing dan 200 ekor kucing terbiar mendapatkan perlindungan di Animal Shelter Pak Mie. Ada yang diambil dari kawasan sekitar Alor Setar, ada juga yang dihantar insan-insan prihatin dari serata Semenanjung Malaysia.



Walaubagaimanapun, menurut maklumat rakan yang sering melawat Animal Shelter Pak Mie, sekarang ini mereka sedang menghadapi krisis pemilikan tanah. Di mana tanah yang diduduki Pak Mie berkemungkinan besar perlu dikosongkan atas arahan pihak berkuasa. Terdapat aduan daripada pihak swasta dan persendirian tentang Shelter Pak Mie yang menyebabkan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.

Justeru, jasa baik pencinta haiwan dan seluruh hati yang sayu dengan pengorbanan dan keazaman Pak Mie dan Mak Intan berbakti pada haiwan amat ditagih agar dapat menyalurkan bantuan dan menyebarkan secara meluas semua info tentang mereka. Semoga segala usaha ini mendapat perhatian pihak yang berpengaruh dari dalam mahupun luar negara untuk campur tangan dalam krisis yang dihadapi Pak Mie dan Mak Intan bagi membolehkan Animal Shelter itu meneruskan operasinya.

MD AZMI BIN ISMAIL 
012-4090489
Jalan Tanjung Bendahara, 
Belakang Taman Sultan Abdul Halim,
Jalan Indah Water, Alor Setar, 
Kedah Darul Aman
Hong Leong Bank : 16451 482714



p/s: Untuk melihat lebih gambar dan video, boleh layari Blog Pak Mie Shelter.

p/s: Kalau rasa nak melawat Pak Mie dan Mak Intan, boleh minta tolong rakan saya, Taufiking.com. Dia kerap ke sana. Update mengenai Pak Mie pun boleh baca kat blog beliau.



SZ: Bila tengok couple berpegang tangan, "oh so sweet" kononnya. Tapi mereka lupa, pegang anjing tidak berdosa.

9 360 juta komen:

Taufik said...

Yay! dah keluaq. Jom p melawat pak mie bila2 hang free

Siti Safiyyah said...

mulia sungguh hati insan2 yg sayangkan haiwan seperti Pak Mie, Mak Intan, Papa Hero dan lain2 ni kan.. moga2 tempat perlindungan haiwan mereka dapat diselamatkan.. :)

Solihin Zubir said...

@Taufik : sory lmbt skit keluaq. baru sempat. ni pun byk copy ayat hang balik ja. haha.. insyaAllah aku free, aku rojer hang.

Solihin Zubir said...

@Siti Safiyyah : tak mampu kita nak jadi mcm diorang. hanya mampu tolong dgn usaha yg kecil ini saja..

Kakzakie said...

Kenapa pula tanah itu perlu dikosongkan. Pihak berkuasa kenalah fikir sama. Selalu membuat rakyat kena usaha atas dasar kerjasama sesama rakyat tapi yg 'di atas' macam tak nampak pun... maaf dari kakak SZ.

diana said...

pihak berkuasa tu orang ke apa??hehehhe

Hansyirah Takezur said...

mulianya hati diorang...

Anonymous said...

Salam br.
Tahniah atas perihatin saudara menulis article ini.
Teruskan usaha murni ni kerana Allah Taala.

Nor Abdullah said...

Solihin. Assalamua'alaikum

Kaknor pernah dengar ceramah seorang guru .. tak ingat.

Katanya,, manusia dan haiwan ada batasnya.. Kita layan mereka sekadar hak dia sahaja.. memang kita perlu beri bantuan.. dan sebagainya.. tapi sehingga melnggar hukum agama dan menjadikan hak diri manusia lain di lupakan adalah salah..

Hak sesama manusia perlu kita lebihkan .tak silap kaknor..katanya.. kalau kita dah boleh beri bantuan pada yang fakir miskin.. anak jiran yang tak cukup makan dan pakai kita bantu. jika da tak ada jumpa satu pun orang susah baru kita boleh jaga haiwan sampai tara ni ..

Kaknor suka kita bantu haiwan tapi tak setuju cara dia :) Sampaikan diri sendiri tiada tempat tinggal dengan baik

Rumah yang ada anjing tidak di masuki Malaikat :) Hadis saheeh.. Solihin blh cari :)

wallahu'alam