Pages

Monday, January 7, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 : Kenapa Mesti Turun?


1. Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112  yang bakal dilangsungkan pada 12 Jan 2013 nanti bolehlah dianggap sebagai bapak segala perhimpunan. Kerana perhimpunan tersebut bakal menggabungkan himpunan Bersih, himpunan Hijau, himpunan Oren, Royalti dan pelbagai lagi NGO sebagai alternatif meluahkan rasa amarah rakyat setelah pelbagai tuntutan demi tuntutan diabaikan oleh kerajaan semasa.

2. Namun, seperti biasa akan ada pihak pro kerajaan semasa yang akan melabel peserta himpunan tersebut sebagai tidak bersyukur dengan negara kita yang sudah sedia ada aman ini katanya. Himpunan seperti itu akan membuatkan negara ini kacau bilau. Lucutkan kerakyatan peserta-peserta himpunan ini. Hantar mereka duduk Palestin. Bersyukurlah. Bersyukurlah. Blerghhhhhh.. Owh yaaa.. Himpunan kali ni tidak dipengerusikan oleh Ambiga kan? So?

3. Bagi yang kononnya neutral atau bencikan politik dan tak mahu ambil tahu hal politik pula akan berkata, daripada pergi ke himpunan kebangkitan tu, lebih baik bangkit tahajjud. Lepas ni ada la tu yang nak create gambar perbandingan himpunan kebangkitan vs bangkit tahajjud. Lepas tu, "Like & Share jika setuju". Heheh.. Memang betul kita disuruh berdoa. Tapi berdoa semata-mata tanpa usaha, pun tak cukup. Pergi himpunan semata-mata tapi tak solat dan berdoa pun tak guna. Biarlah seiringan.

4. Ulama, tok guru, ustaz-ustaz pun ramai yang turun kan sebab sudah muak dengan karenah Umno/BN. Haram celah mana perhimpunan ni? Syeikh Yusuf al-Qardhawi dan lain-lain ulama muktabar dunia juga berpendapat HARUS mengadakan demostrasi aman lebih-lebih lagi ia dibenarkan oleh perlembagaan sebagai cara untuk rakyat menuntut keadilan dan menyuarakan hak serta pendirian mereka. Malah gabungan suara rakyat yang ramai lebih didengari dari menyuarakannya bersendirian. Upsss.. Lupa. Syeikh Yusuf al-Qardhawi tu kan khawarij bak kata Ulama Muda Umno. Aku nak ikut ulamak. Aku takmau ikut ular dalam semak yang hanya tahu meneropong dari jauh.

5. Bro. Ini perhimpunan aman bro. Sebenarnya santai je bro lebih kurang macam Jom Heboh dan himpunan agung umno tu. Bezanya himpunan ini tak ada artis Kpop dan seksi. Hoi. Kenapa orang Umno/BN boleh buat perhimpunan secara aman tanpa sebarang gangguan, tapi bila penyokong Pakatan Rakyat nak berhimpun, dilabel pula sebagai himpunan haram. Tak cukup dengan pelbagai provokasi dan fitnah, siap sembur water canon, bom asap, sepak terajang segala. Bagi ceramah pun kena serang puak samseng. Bagi kuliah dalam surau kena baling kasut. Ini apa perangai ni? Siapa sebenarnya yang jadi penyebab himpunan yang asalnya aman bertukar menjadi huru-hara?

6. Sehingga ke hari ini aku masih terkesan melihat video dan gambar-gambar perhimpunan bersih 2.0 dan 3.0. Setiap kali melihatnya, rasa meremang dan berkobar-kobar melihat amarah rakyat yang sebelum ini bisu ditindas kezaliman. Jadi, aku nekad akan turun ke bapak segala perhimpunan ini. Aku mahu jadi sebahagian daripada gelombang kebangkitan rakyat. Bro. Ini bukan soal parti. Taksub kepada parti hanya akan membuatkan kita buta kebenaran. Ini soal kesejahteraan rakyat. Buat apa lagi nak simpan kerajaan korup macam tu? Aku lebih rela memilih Pakatan Rakyat daripada memilih Umno. Kenapa? Itu aku akan jelaskan dalam entry yang lain dengan lebih terperinci. Mesti baca nanti! Bagi celik sikit mata tu.

7. Depa cakap, perhimpunan ni akan menyebabkan peniaga kerugian. So, sambil ke sana aku nak buka gerai, nak test market betoi ka rugi. Boleh dapat harga special kat sana nanti. Nak tahu aku buka gerai apa, hangpa pi LIKE page facebook.com/MyLubok tu. Support la sikit. Heheh.. Aku akan update lokasi aku kat situ nanti. Sambil menyelam minum ayaq der.

p/s: Biaq pi la nak kata apa pun. Mulut orang tobat kita tak bleh tutup baq hang. Mulut tempayan bleh lagi kalau nak tutup. Heheh.

p/s: Baca entry Debat Bersih 3.0 (FAQ)




SZ: Jumpa aku kat Stadium Merdeka 12 Jan nanti. Aku pakai topeng vendetta. Keh3.. Mampoih nak cari.

15 360 juta komen:

Blog Asyraf said...

Dulu ambiga jadi pengerusi bersih 3.0 depa kata ikut kapiaq, kali ni apa alasan depan pulak? kekeke.

Haryz Khairuddin said...

dulu buat kat jalan raya kata halang lalu lintas.. pastu bengong suruh buat dalam stadium. ni dah mintak nak buat dalam stadium ada jugak hal x setel. apa kes pulak kali ni..??

CHOR19 said...

lokasi tang mana ni? dataran merdeka pa?

AZRUL AZMI said...

Maaf jika ayat saya sebentar nanti kurang selesa untuk di dengari...

Jika berkesempatan, saya memohon untuk penulis blog ini untuk membuat satu entry untuk menjawab persoalan saya.

Soalan saya berbunyi:

" Apakah jaminan Pakatan Rakyat yang anda lihat, yang memungkinkan mereka mampu untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan demi tuntutan yang diabaikan oleh kerajaan sekarang"

Maaf jika soalan yang tidak berapa jelas... Kerana saya sendiri kurang jelas dengan motif sebenar perhimpunan ini...

Faris Al-Muhandisu said...

jumpa di sana bro. aku nak amik gambaq dengan hang. hehe

Nafisa81 said...

jgn lupa amik gambar...org jb nak tgk juga

AyaSofia said...

nak join...

esyad said...

nk join..aritu py xsmpat nk join..huhu tegakkan kebenaran..^_^

ManusiaHairan said...

@AZRUL AZMI

SIMPLE..Kalau bagi pandangan sahaja, semua boleh diputar belit, cakap nak menang... apa kata bagi je PR pegang kerajaan 1/2 musim.. tengok sendiri diorang dapat buat tak bila resources semua da dapat..tak puas hati, boleh mengundi tukar kerajaan lagi..ke mmg xleh mengundi lagi?

sekarang pun kerajaan PR pn da buktikn di negeri2 yang ditawan spt Selangor..apa tak boleh nk pk pjg ape yang boleh dibuat kalau pegang kerajaan Malaysia??

cik Azrul boleh buat Entry pulak menjwb persoalan saya..
"Apakah yang Barisan Nasional buat selepas 55tahun memerintah negara??berlumba2 bina pencakar langit??berlumba2 makan harta rakyat??"

لين Si Pipi Merah said...

Key EL, Aku Datang!

http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/01/key-el-aku-datang-1-juta-himpunan.html

Anonymous said...

@ManusiaHairan
Selangor ada byk masalah x settle lg jgn buat2 lupa plak. Cakap mmg senang xde klr modal bolehlah. Selepas 55 thn merdeka, apa yg aku lihat antaranya, rakyat suma dpt pendidkàn yg sempurna, org asli kt tgh2 hutan pun pg sekolah dan msk universiti. Makan minum pakai suma cukup. Kdg2 tu tgh bulan keringlah jgk tapi Alhamdulillah xdelah kebulur lg. Org x sekolah pun blh pkai keta kalu dia rajin berusaha. Universiti dgn kolej bersepah sana sini, ko fail spm pun peluang belajar x pernah tertutup. Lain dgn zaman mak bapak korang dulu kalo fail sendiri mau ingatlah! Tu zaman org bersusah payah berusaha bkn mcm kita mkn bersuap suma cukup. Siap ada internet sana sini utk memberi kemudahan kita meludah semula tgn2 yg menyuap kita tu. X gitu2??? Jgn berckp pasal perjuanganlah nk muntah aku pasal korang suma x pernah berjuang habuk pun setakat duduk depan monitor taip atas keyboard. Plg hebat pun turun atas jalan pegi jalan2 kat dataran, sogo or klcc dulu enjoys2, shopping2 sket kot pastu bikin kepoh. Perjuangan??? Perjuangan taik kucing!!! Rakyat merana? Aku tgk rakyat suma terlebih makan adalah. Kalo x reti manage sendiri punya finance, enjoy dulu susah kemudian, beli dulu fikir kemudian, xpayah nk komplen byk mcm pondan. Kebangkitan rakyat. Kena sembur air dh cabut lari bangkit mende? Kebangkitan rakyat di timur tgh menentang kezaliman diktator2 yg memerintah mcm bapak diorg punya selama berpuluh2 tahun tanpa demokrasi. Kebangkitan mereka berdepan dgn peluru, bom, roket. Kebangkitan mereka turun setiap hari bersabung nyawa. "Kebangkitan" korang turun 3-4 bulan sekali selepas bersedap-sedapan main2 dgn smartphone, komputer, tido dlm aircond, terlebih mkn pagi ptang siang malam, berblogging dgn high speed broadband masuk bakul angkat sendiri, bertwitter benda2 x berfaedah biasanya, berfacebooking intai gambar2 org n jaga tepi kain org, menggatal sana sini dgn bkn muhrim, belajar dan bekerja dalam ofis yg selesa dgn aircond dan internet free, keluar rewang2 kat bukit bintang, klcc, etc..shopping, mkn, tgk wayang, dating! Keimanan korang time senang lenang semua cukup xde buat apa pun. Bercakap ttg islam di kala semuanya cukup? Keimanan yg sebenar adalah apabila diuji oleh Allah dgn kesusahan atau kemewahan yg lebih. Cermin je diri msg2 xpayah sembang lebih. Xde duit nk belajar? Ptptn ada, later byr blk. Xnk byr beljar btul2 dpt first class xpyh nk merengek mcm bapok! Nk solat masjid ada sana sini, nk cari mkn halal xde msalah jakim sdh jaga semua. Nk pg haji mmg senang gila tabung haji tatang ko mcm minyak yg penuh. Nk berniaga? Beres...bkk company xsampai sejam pun suma sttle black n white. Nk beli keta, kacaaaangggg..nak suma free??? Haa tggu masuk syurga suma kenikmatan free of charge. Hidup kt dunia ni mmg kena berusaha sepjg masa. Dunia bkn tempat utk bersenang lenang. Kalu usaha, insyaAllah dapat. Si polan tu bunuh org n mkn duit org? Lantak dia kalu betul satu hari balasan utknya amat dasyat. Yakin jelah dgn Allah dan doa baik2. Tak payahlah nk sembang lebih setakat baça kat blog2 atau dgr cakap org. Ada nampak dgn mata sendiri? Tau apa itu fitnah? Faham apa itu fitnah?? Tau apa balasannya??? Perjuangan konon..poyo! Mana 1 juta rakyat? Habuk pun tarak!

Gua komen as anon sbb itu hak gua. Ada masalah??? Ke ko diktator yg xde berani nk publish komen ni? Setakat letak nama pastu komen yes, no, allright baik x payah. Perjuangan konon, geli aku bila budak mentah dan manja ckp pasal perjuangan.

Anonymous said...

hahaha.kesian.taip pjg2. agk2 ada org nk baca ke? hehe lawak doe!

Solihin Zubir said...

@Anonymous : biaqla. kalut pa. hahaha..

Anonymous said...

@Anonymous. Sya baca dan sya setuju dengan tuan Solihin Zubir.

EijA:) said...

salah satu tuntutan if im not mistaken ->menjaga alam sekitar...
nk tergelak pon ada sebab tu adalah kesedaran sendiri...

mcm xpercaya ja xdak sampah dibuang dimerata2 tempat ketika perhimpunan ini berlangsung...hehe...sbb kesedaran sivik dikalangan rakyat malaysia mcm kurang berkaitan menjaga kebersihan alam sekitar yakni the simple thing we can do is buy putting rubbish in the provided place :P