Pages

Thursday, January 31, 2013

Drama Melayu Memang Tak Islamik Sejak Dulu

Drama Sahara yang ditayangkan di Astro Prima kini dikecam hebat kerana dikatakan telah mencemar imej muslimah yang berpurdah dan menutup aurat. Selain memberi gambaran buruk mengenai suasana sebuah sekolah agama/pondok di mana pelajar lelaki dan perempuannya tidak menjaga batas pergaulan, berpelukan dan berpegangan tangan antara bukan mahram, dan menjerit 'i love you' dari atas menara surau ala-ala bollywood. Selain ustazah yang tidak memberi contoh yang baik dengan imej tudung bersanggul bonggol unta.


Sebenarnya, drama 'islamik yang tak islamik' ni bukanlah perkara baru. Ianya sudah lama berlaku. Jadi, aku lebih suka memberi pandangan yang berbeza berkaitan kontroversi Drama Sahara ini. Berikut adalah kategori drama yang ingin aku ketengahkan.

1. Drama Islamik yang tak Islamik

Pengarah atau penulis skrip cuba memberi gambaran jalan cerita yang berimejkan Islam. Tetapi, Islam yang digambarkan mereka hanya sekadar imej wanita bertudung, seorang pak ostad berkopiah bersongkok, aksi pelakon bersolat dan mengaji Quran. Akan tetapi, pada masa yang sama dicemari adegan-adegan yang tidak senonoh dan melampaui batas syariat dengan alasan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada penonton tentang jalan penceritaan tersebut. Ianya jelas haram walaupun untuk tujuan dakwah. Kerana matlamat tak menghalalkan cara.

2. Drama Melayu yang tak Islamik

Drama seperti ini lagi berlambak. Memaparkan aksi pelakon muslim yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri seorang yang beragama Islam. Adegan bercinta dan berpasangan dalam lakonan ala-ala romantis dan sweet couple kononnya. Jalan cerita projek juta-juta tapi pekerja wanitanya berpakaian bagai perempuan murahan. Bila tension atau frust putus cinta, pergi kelab, mabuk-mabuk, menari terhuyung-hayang. Langsung tidak unsur islamik walau sedetik cuma. Jenis ini lebih terang lagi ber'spotlight' keharamannya.

012-2001848.. nombor yang tertera di belakang.. err..

Persoalannya, kenapa kita hanya menentang filem/drama 'islamik yang tak islamik'?

Bagaimana dengan drama melayu yang langsung tak islamik? Bukankah ianya turut memberi gambaran negatif terhadap umat Islam keseluruhannya? Apa pandangan orang bukan Islam terhadap cara hidup kita seperti yang ditonjolkan dalam drama atau filem?

Kita tidak boleh salahkan orang kafir yang menghina Islam dan mempersoalkan kenapa Islam menindas wanita dengan memaksa mereka bertudung dan sebagainya (Merujuk kes Patrick Teoh). Kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang Islam. Kita sepatutnya salahkan diri sendiri yang beragama Islam tapi tidak menunjukkan nilai-nilai Islam kepada mereka.

Dan aku terpandang dua tiga komen yang berbunyi begini,

1. Ish.. Apa ni. Pakai purdah tapi pegang-pegang.

2. Semua drama berunsurkan Islamik jangan ada sentuhan antara bukan mahram.

Nampak tak, sudah ada salah faham di situ? Sebenarnya, kau berpurdah atau tidak, kau tetap tak boleh pegang pasangan bukan mahram. Takkan drama berunsur Islamik saja tak boleh ada adegan bersentuhan? Sedangkan pasangan suami isteri yang sah pun tidak dibenarkan melakukan aksi ghairah untuk dipertontonkan di khalayak ramai. Selagi kau ISLAM, kau tak boleh buat semua yang Islam tegah!

Jadi, pandangan aku, sepatutnya kita boikot kesemua jenis filem yang aku jelaskan di atas. Nak buat filem jugak, pastikan semua pelakon menutup aurat samada di dalam filem atau luar filem. Buat jalan cerita yang benar-benar berlandaskan syariat Islam 100%. Rujuk kepada para alim ulama yang berlambak di Malaysia ni. Jadi, semua kaki drama petang-petang tiada pilihan lain. Itulah yang sepatutnya berlaku walaupun pada hakikatnya mustahil untuk terlaksana selagi kita semua tak ubah cara hidup kita sebagai seorang muslim sejati.

Bayangkan jika kaca TV kita hanya menayangkan cerita berunsurkan Islam 100%. Semua pelakon sememangnya menutup aurat dan menjaga batas pergaulan samada di dalam dan di luar filem termasuklah penonton. Semua muslimah menutup aurat dengan sempurna termasuklah isteri-isteri menteri dan sultan. Owhh.. Alangkah indahnya suasana sebuah negara Islam jika begitu.



SZ: Walaupun drama indon petang-petang tu ntahapahapa, aku rasa diorang punya drama/filem islamik lebih islamik.

17 360 juta komen:

Anum said...

ermmmmm
macam2 isu kan

SAL said...

kannnnnn...
alangkah indahnya kalau pelakon menutup aurat mereka dan jalan cerita berunsurkan betul2 Islam :)

Nafisa81 said...

dah jarang tengok drama. sebab anak2 tgk TV Ceria dan katun je. panggung wayang pun dah 5 tahun tak pernah melintas

KY said...

tengah panas isu tentang citer ni, KY pun tak nak kata apa, lg pun kalau citer berislamik ni KY lebih minat tengok citer dr seberang, mereka lebih ditel sebelum membuat sesebuah citer islamik ni..banyak contoh citer yg kita mampu beri mcm ketika cinta bertasbih, dalam mihrab cinta kan?

diana said...

Ye betul.tak paham akak apasal kena buat kat sekolah agama.nak buat drama gitu buat la kat sekolah cina ke sekolah omputih ke...saja nak merosak kan imej islam je..

~cik atin~ said...

betol. betol. betol. bukan hanye jalan cerite yang perlu islamik. keseluruhan citer termasuklah krew yang terlibat perlu islamik :)

keri ikhwan said...

dah lama dah boikot cerita2 Melayu ni. tengok cite katun doremon lg bagus

nabByla said...

salam...

lama rasanya tak singgah sini.. abg solihin sihat ke ?


btw rajinyee abg solohin layan drama melayu. bella kdg2 meluat tgk.. huhuhu...

Pearl Kaz said...

comment dalam blog ni ( http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/54161-hot--astro-prima-dikecam-kerana-sahara ) masuk isu duit raya.. cmne?

qasehraihan said...

owh ada drama gini yer..nmpak sgt xnengok tv.hoho

pak solihin...permohonan mengeshare kt fb ye...xbg pon nk share ugek.hakhak..

Hansyirah Takezur said...

sokong! entah apa la yang nak ditunjukkan pengarah & krew2 semua bdasarkan lakonan diorang tu? realiti? realiti hak tuih.. mana ada camtu. ni dah melampau gila2 dah kot.

teringat pulak kata2 seorang artis tu masa tu program tv9 ke apa tah.
‎"Nasib baik TV3, boleh sentuh-sentuh (lelaki perempuan) sikit. Kalau tv Al-Hijrah, memang tak dapat dah"

what the...?

Solihin Zubir said...

@nabByla : wassalam.. Alhamdulillah sehat..
btw, tak pernah tengok pun drama tu. n bukan kaki drama pun. tertahu sbb semua pakat dok kecoh ja..

kat umah, astro pun tarak. heheh.

ctpayong said...

harap mereka dapat buat pembetulan...

Aretikz said...

Gara2 kecoh, baru aku tahu drama Sahara.. kalau x.. ilmu setakat tahu Apa itu Gurun Sahara kot.. hehe..

Syafik Coklat said...

ulama kat Malaysia semua makan gaji buta .

Mialia said...

yes betul.. xkesah la filem islamik ke tak.. kalau dah nama islam tu mana boleh pgg2

bai baizura said...

haha. macam2 skang ni citernye. pelik2 lahai.