Pages

Friday, December 6, 2013

Jumaat Terakhir Sebelum Bergelar Suami

Salam A'laik..

Alhamdulillah hari ini aku diberi sedikit kesempatan dan kerajinan untuk update blog yang sudah lama terbengkalai. Janji tinggal janji konon nak kembali aktif berblogging sebelum ini. Tapi apakan daya aku sibuk dengan hal lain. Kumpul duit nak kahwin. Heheh. Eh, nak kahwin dah?

Bagi yang belum tahu, hari ini adalah Jumaat terakhir sebelum aku bergelar suami. Aku sedang meniti minggu terakhir kehidupan sebagai seorang bujang.

Jadi, dikesempatan ini, saya Mohd Solihin bin Mohd Zubir dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati ingin memaklumkan kepada Tuan/Puan/Saudara/Saudari rakan-rakan sekalian bahawa saya bakal dinikahkan pada 11 Disember 2013 bersamaan 8 Safar 1435H. Sementara majlis walimah sebelah perempuan akan diadakan pada 12 Disember keesokan harinya. Manakala majlis bagi pihak lelaki pula bakal dilangsungkan pada 15 Disember 2013.

Majlis walimah di pihak aku diadakan secara sederhana sahaja. Bagi yang mengenali diri ini, jemputlah hadir. Satgi cakap tak jemput pulak kan? Hehe. Yang tidak dapat hadir, sebesar hama pun aku tak berkecil hati. Cukuplah doa kalian dari kejauhan mengiringi majlis aku nanti mudah-mudahan ianya diberkati dan diredhai Allah SWT. InsyaAllah.

Entry ini hanyalah sebagai hebahan bahawa aku akan bernikah. Bagi mengelakkan timbul fitnah jika ada sesiapa ternampak dan menuduh aku keluar bermaksiat dengan bukan mahram. Ceh. Bajet retis semua orang kenal. Haha.. Gurau je.

Doakan selamat semuanya.




SZ: Ramai jugak sebenarnya yang request entry berkenaan isu itu isu ini. Tapi maaflah, tak berkesempatan. Aku pulak bukan jenis main taip kelam kabut asal boleh je. Harap-harap bila dah berumahtangga nanti, akan ada lebih ruang untuk aku update blog.Sayang sebenarnya kat blog ni.

Tuesday, October 8, 2013

Aku Hulur Tangan Nak Bersalam Dia Buat Bodoh

Malam minggu yang lepas aku ke kedai makan ada meeting pasal bisnes. (Ceh. Poyo gila bunyi. Dah macam drama korporat kat tv.) Sampai je, dah ada 4 orang lelaki tengah tunggu kat meja. Dua orang tu aku memang kenal sebab kawan aku. Dua orang lagi aku tak kenal sebab baru first time jumpa. Dah jadi kebiasaan kalau jumpa orang aku akan bagi salam dan hulurkan tangan untuk berjabat. Suci kan perangai i.


"Tidaklah dua orang Muslim saling bertemu kemudian berjabat tangan, kecuali akan diampuni (dosa-dosa) mereka berdua sebelum mereka berpisah." - HR Abu Dawud & At-Tirmidzi


Aku pun start salam sorang demi sorang. Sampai giliran mamat yang keempat, dia boleh buat bodoh je masa aku hulur tangan nak salam dengan dia. Aku bagi salam sekali lagi sambil hulur tangan kat dia. Dia boleh buat donno hadap tablet, pandang aku pun tak. "Bapak kerek gila mamat ni. Macam bagus je", bisik hati nurani ku yang suci murni ini.

Lepas tu baru kawan aku siku sambil cakap, "Tu pompuan la." Akak tu pun hulur business card yang tertera jelas nama beliau siap berbinti. Memang sah nama seorang perempuan Islam.

Dem. Malunya aku. Mati-mati aku ingat lelaki. Dengan rambut pendek. Pakai tshirt dengan seluar jeans.

Tapi, persoalannya sekarang, siapa yang patut malu sebenarnya? Aku atau dia?

Aku patut malu sebab hulur tangan nak bersalam dengan bukan mahram dan tidak dilayan atau dia yang patut malu sebab cara pemakaiannya membuatkan aku keliru kejantinaan beliau?

Sayang la. Kalau dia tahu hukum bersentuhan dengan bukan mahram itu haram, pasti dia juga tahu hukum tidak menutup aurat itu juga haram. Tapi, masih buat tak tahu hukum yang dia sudah sedia tahu.

Tapi, itulah hakikatnya. Ramai manusia sedar akan dosa yang mereka buat, tapi masih buat tak tahu. Aku juga tak terkecuali.

Muhasabah diri.



SZ: Mujur. Kalau tak, batai ayaq semayang pokcik.

Monday, September 30, 2013

Kenapa Hati Tidak Bahagia?

Sesetengah orang sering merungut:

“Kenapalah dengan aku hari ni, asyik nak terjatuh je”
“Sakit betul la hati tengok muka dia”
“Menyampah betul..asyik dia je yang dapat”
“Hari ini hari malang akulah…”
“Kenapa hari ini rasa macam nak marah orang je”

Kesemua rungutan dan kata-kata di atas menunjukkan hati kita yang tidak bahagia. Selalu ada perasaan sakit hati, dengki dengan orang lain, hidup tidak terurus, selalu rasa susah dan kelam kabut.

Cuba kita semak semula. Adakah perkara-perkara yang kita terlepas pandang?

“Patutlah..solat subuh pukul 7.30 pagi..”
“Patutlah…aku ambil wuduk tadi, main basuh je..tak buat betul-betul”
“Patutlah..aku tak solat subuh”
“Patutlah…aku ni tak pernah menghadap Illahi”
“Patutlah…zakat aku tak bayar lagi”
“Patutlah…Aku keluar rumah tadi, tak salam mak ayah”
“Patutlah…sebelum pergi kerja tadi, aku maki hamun jiran sebab jemur baju kat pagar rumah aku…”
“Patutlah…aku marah kat orang yang minta sedekah tadi”

Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati. Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

TAPI!!! Ada sesetengah orang yang:

Sombong tapi berjaya…
Tak pernah solat, tapi kaya..
Tak pernah bayar zakat, tapi hidup tak sengasara pun..
Tak bersedekah…tapi happy je..

Mereka tidak sedar, nikmat juga merupakan salah satu daripada ujian Allah s.w.t.

Kaya, bahagia, berjaya hanya sementara sahaja bagi mereka yang tidak patuh kepada Allah. Apabila suatu hari Allah tarik kebahagiaan mereka, mereka tiada langsung tempat bergantung kerana Allah telah melupakan mereka kerana mereka lupakan Allah. Melainkan mereka melakukan taubat kepada Allah. 

Bahagiakanlah hati dengan selalu melakukan amal kebaikan dan jaga tutur akhlak. Allah selalu bersama orang yang suka buat baik.

*Perkongsian artikel Ustazah Aida Hartini dalam risalah e-Usuluddin, KUISAS



SZ: Bila hati saya rasa gundah gulana memikirkan sesuatu perkara, saya bisik dalam hati seraya berkata, "Ahh.. Dunia ja semua ni.."

Wednesday, August 21, 2013

Maksud Lambang Helang Pada Bendera Mesir



ADA ORANG CAKAP SIMBOL HELANG PADA BENDERA EGYPT TU AGENDA YAHUDI DAN AMERIKA?

Ok, meh nak bagi sikit info berkenaan logo tu.


1. Lambang negara Mesir adalah helang emas dengan kepala menghadap kanan (sudut pandang helang).

2. Lambang ini disebut "Helang Salahuddin" dengan cakar tengah menggenggam pita tertulis nama rasmi negara Mesir dalam Bahasa Arab: جمهورية مصر العربية, (Jumhūriyyat Miṣr al-ʿArabiyyah) yang bermaksud Republik Arab Mesir.

3. Helang ini mengenakan perisai di dadanya berwarna merah, putih, dan hitam iaitu warna Bendera Mesir, tetapi dalam susunan vertikal, sedangkan dalam bendera Mesir warna disusun secara horizontal.

4. Jika lambang helang ini muncul di atas bendera Mesir, maka warnanya adalah seluruh emas dan putih.

5. Ketika Mesir bersatu dengan Syria dalam Republik Arab Bersatu (1958-1961), dan sepuluh tahun selepasnyanya, Mesir mempertahankan nama rasmi dan dua bintang hijau bendera persatuan Arab muncul di bahagian putih perisai.

6. Pada kurun 1972-1984, Helang Salahuddin digantikan dengan Helang Emas Quraish, sebagai simbol Federasi Republik Arab.

7. Helang sebagai simbol Salahuddin hingga kini masih diperdebatkan oleh arkeologi. Simbol helang ditemukan di tembok barat benteng kota Cairo yang dibangun oleh Salahuddin, sehingga banyak yang menganggapnya sebagai simbol Salahuddin.

8. Lambang Hlang Salahuddin digunakan sebagai simbol gerakan nasionalisme Arab dan muncul dalam Lambang Iraq, Lambang Palestin, dan Lambang Yaman, dan dulu pernah digunakan oleh Libya.

9. Meskipun demikian, helang sebagai simbol sebenarnya bukan hal baru dalam kebudayaan Mesir bahkan sejak zaman Mesir Kuno.



p/s: So, celah mana keyahudian dan keamerikaannya? Ada fakta lain, bawak mai nak tengok.




SZ: Saya boleh bunuh semua helang ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan beberapa ekor kepada kamu agar kamu kenal siapa Yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh helang. lol.

Tuesday, August 20, 2013

Kaut Untung Atas Penderitaan Mangsa Perang?


Untuk makluman pembaca yang masih belum tahu, aku ada menjalankan perniagaan tshirt secara online. Kebanyakan design yang aku create adalah berkisarkan isu semasa. Antaranya design yang melibatkan krisis peperangan di Gaza, Syria dan Mesir. Sebenarnya tujuan aku buat entry ni bagi menjawab tuduhan dan sindiran segelintir makhluk yang berfikiran negatif mengatakan aku sanggup mengambil untung hasil daripada penderitaan mangsa perang. "Menangguk di air yang keruh". Mungkin itu peribahasa yang sesuai.

Di bawah ini adalah salah satu komen yang aku printscreen.



Sememangnya aku dah jangka pasti akan ada mulut longkang dan hati busuk yang sinis menyindir aku mengambil kesempatan mengeksploitasi penderitaan mangsa-mangsa perang. Aku bukanlah jenis pentingkan diri sendiri nak buat macam tu demi kepentingan peribadi. Sebab itu aku lebih suka melabel design tersebut sebagai jualan amal dimana sebahagian hasil keuntungan akan disalurkan ke tabung mangsa perang tersebut. Itu salah satu cara aku memberi infaq dan berkongsi rezeki. Selain kaedah 'memaksa' orang bersedekah melalui jualan amal. Orang kita ni kan macam susah sikit nak keluar duit saja-saja kalau tak ada barang.

Selain tu, ia satu bentuk solidariti yang dapat menimbulkan kesedaran orang ramai apa sebenarnya yang berlaku di sana. Contohnya, bila orang yang jenis tak ambil tahu hal isu semasa ni tengok kita pakai tshirt "Pray for Egypt", mungkin dia akan tanya, "Eh, apa yang terjadi kat Egypt?". Pakai tshirt 'R4BIA', dia pasti akan tertanya-tanya apa maksud R4BIA. Macam hangpa semua dok tukar avatar simbol 4 jari warna kuning kat pesbuk tu la. Nampak? Its called awareness.

Di bawah ini salah satu bukti sumbangan yang aku pernah buat ketika Projek Gaza di penghujung tahun 2012.



Aku tunjuk bukti ni sebab atas permintaan beberapa hamba Allah yang bersungguh mahu aku lampirkan bukti sumbangan derma tersebut. Mungkin was-was dengan kejujuran aku. Bagi mengelakkan fitnah dan prasangka berterusan, aku pun publish di page. Tapi, bila aku tunjuk bukti tu, ada pulak yang cakap aku menunjuk macam bagi replika cek besar dalam tv tu. Alahai... Dah nama pun manusia. Ada saja yang tak kena. Nak puaskan hati semua orang sangat mustahil.

Demi Allah, tak terlintas langsung niat aku nak menunjuk dan riak dengan derma yang tak seberapa itu. Keikhlasan aku, biar Allah saja yang nilai.

Dan,

Seeloknya, sebelum bertindak melulu bersangka buruk dan pertikai usaha kecil orang lain, eloklah tanya diri sendiri dulu, apa usaha anda untuk bantu mereka yang menderita di sana. Istiqamah membaham burger Mekdi sambil menghisap rokok Dunhill di Starbuck pada waktu Maghrib?





SZ: Hikmah lain yang aku dapat, jualan tshirt amal tu akhirnya menjadi perintis untuk aku membuka cabang perniagaan baru. So, sudi-sudilah jenguk page Lubok Clothing. Eceh. Sempat promot.

Sunday, August 18, 2013

R4BIA : Maksud Simbol 4 Jari


Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.



Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki

1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.

3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.

sumber: Mesir Kini





SZ: Pejuang DP bermusim? Yang penting, niat. Bukan hanya ikut-ikutan.

Saturday, August 17, 2013

Konflik Mesir : Fakta Penting dan Punca Pergolakan Berlaku


Berikut saya kongsikan beberapa fakta penting berkaitan krisis pergolakan yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, untuk tatapan dan pengetahuan anda semua.


Fakta 1

Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah!

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!


Fakta 2

Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.


Fakta 3

Bercakap tentang pilihan raya parlimen Mesir yang buat julung-julung kalinya diadakan secara telus dan adil apabila hampir-hampir tiada penglibatan pihak tentera dan penipuan oleh pihak pemerintah, parti Al-Hurriyah wal 'Adalah (Freedom and Justice Party) yang merupakan sayap politik kepada Ikhwanul Muslimin, telah menang besar apabila memperoleh 37.5% daripada jumlah undi, diikuti oleh Parti Salafi an-Nur (27.8%) dan Parti al-Wafd (9.2%). Kedua-dua FJP dan an-Nur merupakan parti yang berasaskan ideologi Islami; maka secara tidak langsung parlimen Mesir telah didominasi oleh mereka yang mahu memperjuangkan Islam. Hal ini jelas memberi ancaman kepada golongan liberal di Mesir.

Pada mulanya FJP tidak berhasrat untuk menghantar wakil bagi bertanding jawatan Presiden, kerana bukan itu yang mereka mahukan. Namun setelah melihat mudharat andai mereka tidak bertanding, dan maslahat yang lebih besar yang perlu dipertahankan, mereka memutuskan untuk menghantar Khairat Shatir untuk bertanding jawatan tersebut.

Namun atas masalah teknikal yang remeh dan kecil, penamaan Khairat Shatir sebagai calon Presiden terpaksa dibatalkan. Muhammad Mursi yang ketika itu merupakan Presiden FJP telah dihantar sebagai pengganti. Beliau menang dalam pilihan raya Presiden tersebut secara rasminya pada 24 Jun 2012 dan menjadi Presiden Mesir pertama yang dilantik secara undian demokrasi.


Fakta 4

Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.

El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya.


Fakta 5
Telah terdedah rahsia penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pendedahan ini ada dilaporkan di al-Jazeera.

Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.


Fakta 6

Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka.

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.


Fakta 7

Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jeneral Abdul Fatah as-Sisi

Fakta 8

Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin?

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli.

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.


Fakta 9

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula 14 Ogos 2013 apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013.

Namun, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, penuh kepura-puraan mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir.


Fakta 10

Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi?

Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.

Itu adalah alasan yang mereka gunakan.

Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi memerlukan kuasa magis untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata.

Namun, 'dosa-dosa' Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:

-Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
-Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
-Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
-Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
-Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
-Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
-Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.
[Sumber: bersamadakwah.com]

Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.


Sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku di Mesir walaupun ia hanya gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah.

#PrayForEgypt


*Artikel ini adalah ringkasan dan perkongsian dari sumber asal: Angel Pakai Gucci
*Untuk terjemahan dalam Bahasa Inggeris: realjeet.blogspot.com




SZ: Bila kita menaip perkataan #PrayForEgypt, adakah kita benar-benar berdoa atau hanya sekadar menaip? Tanya diri sendiri.

Wednesday, August 7, 2013

Puasa dan Raya Terakhir Sebagai Bujang?


"Tahun ni, last aku puasa dan beraya sebagai seorang jejaka bujang.
Next year dengan bini pulak. Hoyeah!"


Ok, itu sebenarnya status facebook ketika bulan puasa tahun 2011. Sekarang dah tahun 2013, tapi aku masih lagi bujang tegar trang tang tang ting tong. Nampak tak betapa perancangan Allah SWT itu lebih hebat. Jika Dia tak izinkan jodoh aku sampai, maka tidak akan sampailah ia walau aku berusaha sehabis daya sekalipun.

Ala.. Lagipun waktu tu memang tengah excited nak menikah walaupun calon masih samar. Memang bajet nak bercinta lepas nikah je masa tu. Asalkan kahwin. Tapi sekarang, aku rasa macam dah melepasi zon desperate mencari rusuk kiri tu. Yela.. Bila dah start sibukkan diri sekarang ni, memang tak terasa sangat kesunyian tu. Tambahan perasaan aku pernah diperkotak-katik, rasa macam dah tawar hati nak fikir pasal tu. Eceh.. Poyolah kau. Kadang-kadang ja kalau hangpa nampak aku dok berjiwang tu, aku tengah lepaskan perasaan sunyi la tu.

InsyaAllah, pencarian akan diteruskan. Haha.. Sejujurnya, aku pun tidak pasti siapa sebenarnya jodoh aku. Seperti aku katakan tadi, perancangan Allah itu lebih hebat. Sedangkan yang bertunang pun boleh putus malah ada pasangan yang sudah mahu akad nikah besok hari pun, boleh batalkan majlis. Kun Fayakun. Allah kata jadi, maka jadilah ia. Doakan saja yang terbaik.

Jadi, di kesempatan ini aku nak buat ucapan la sikit. Nak berpantun, dah biasa orang buat. Nak upload gambar ketupat, lemang segala bagai pun dah biasa sangat. Nak edit taruk gambar sendiri, tak sempat. Tambahan aku ni pemalu. Miow. So, juz nak ucap,

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Maafkan segala dosa aku kat hangpa semua. Aku sentiasa maafkan hangpa. Aku malas nak heret dosa sesama manusia ke mahkamah akhirat. Leceh. Dosa sama Tuhan pun dah berbakul nak kena tanggung nanti. So, kira setel la k. :-)




SZ: Makin tua ni, makin kurang feel nak beraya. Ada anak, syok jugak. :3

Monday, July 29, 2013

Tips Nak Handle Rasa Sedih Bila Tengah Frust Menonggeng

Mungkin kau dan aku, terlalu berbeza..
Cintamu di hati, hanya sandiwara..
Kata dan janjimu, mudah kau persia..
Di balik senyum aku sengsara..

Kebanyakkan kita kalau tengah frust bercinta, mesti nak melayan lagu jiwang ja 24jam kan. Kadang-kadang tu keluar drive kereta tanpa arah tujuan sambil buka radio feeling sorang-sorang dengar bait-bait lirik yang kononnya kena dengan masalah hangpa masa tu.

Siksanya mengakui kau teman biasa.. 
Terpaksa ku terima itu hakikatnya..

Tinggalkanku, perlahan-lahanku terima..
Semakinku sakit, semakin kau bahgia..

*Creetttt.. Creetttt..*
(Bunyi kaset lekat. Err.. Gitu ke bunyinya?)




Amboih! Kemain kau feeling kan. Meh sini aku nak bagi tips sikit cara nak handle perasaan hangpa bila tengah frust bercinta.

1. Jangan dengar lagu-lagu jiwang. Nanti lagi bertambah kesedihan di hati tu. Budak tengah nangis, kau pergi tampar dia, lagi kuat la dia meraung sakit. Macam tu jugak dengan hati kita yang terluka. Yang pergi tabur garam dengan perah limau atas luka tu, lagi la pedih oi.

Cuba taruk plaster kat hati yang terluka tu. Dengarlah lagu-lagu yang berkonsepkan ketuhanan dan islamik sikit. Sedikit sebanyak jadi penawar hati. Contohnya, kau dengar lagu zikir taubat ke. InsyaAllah akan rasa tenang je jiwa tu. Ataupun dengar lagu Negaraku ke, lagu kebangsaan Nigeria ke. Asalkan bukan lagu tangkap leleh macam New Boyz dan Anuar Zain. Blerghhh...


2. Kau baca berita dan ambil tahu mengenai penderitaan orang lain. Contohnya kisah saudara seIslam yang ditindas di Palestin, Syria dan lain-lain yang berkenaan. Selami perasaan dan hayati kesusahan dan kesengsaraan hidup mereka. Kau rasa diorang ada masa nak bercinta feeling-feeling bagai? Kau rasa diorang ada masa nak baring dengar lagu-lagu jiwang tu. Hari-hari dengar bunyi letupan je. Diorang kahwin pun sebab nak lahirkan lebih ramai para mujahid. Alahai.. Penderitaan yang diorang lalui lebih menyayat hati la dari kisah cinta kau tu.


3. Istighfar banyak-banyak. Bisik dalam hati, cakap "Dunia ja semua ni. Tak payah nak frust sangat sebab manusia. Nanti mati jugak natang tu." Ok, kurang sopan sebut natang. Ya, lebih baik kita kejar kebahagiaan di akhirat nanti. Dah dia bukan jodoh kita kat dunia ni, nak buat macam mana. Ajal maut dan jodoh kan di tangan Tuhan. Tu kan qada dan qadar. Redha je la. Takkan nak salahkan Tuhan.

Dekatkan diri dengan Tuhan. Bukannya terus jauh dengan Tuhan. Banyakkan solat sunat, berdoa, berzikir, dan baca Al-Quran. InsyaAllah hati kau akan rasa tenang je bila bercinta dengan Tuhan. Sebab Allah takkan pernah sesekali bagi harapan palsu dan kecewakan hamba-Nya. Allah kan Maha Mencintai. Jadilah orang yang soleh dan solehah. InsyaAllah jodoh yang lebih baik akan datang bergolek. Bersangka baik dengan Allah.


4. Jangan menyendiri. Kadang-kadang bila menyendiri akan menjerumuskan kau buat benda-benda bodoh. Keluar bersosial dengan kawan-kawan. Buat aktiviti yang lebih berfaedah daripada melayan perasaan sedih tu. Keluar bermain futsal, mendaki Bukit Broga dan menangkap rama-rama misalnya. Keluar hayati keindahan alam. Jangan keluar merempit atau pergi konsert Metalicca plak. Atau kau sibukkan diri dengan kerjaya.


5. Last sekali, kau buka blog aku. Kau ulang baca tips ni. Jika kau seorang gadis, bisik dalam hati, "Owner blog ni belum kahwin." Sekurang-kurangnya kau akan rasa, rupanya masih ada lelaki single kacak di dunia ni. Jadi, tanpa melengahkan masa, cepat-cepatlah isi borang di SINI!


Sekian dari saya, Dr Love anda. Choy~~




SZ: Aku faham. Its really hurttttt.. But, rilek brader, brader rilek. Play safe.

Monday, July 22, 2013

Jangan Swastakan Kebaikan

Selalu kan kita dengar ayat-ayat yang lebih kurang begini bunyinya...

"Bulan puasa ni, tak baik menipu."

"Hari jumaat ni, tak baik mengumpat orang."

"Dah macam ustazah je aku tengok bila kau pakai tudung."

"Berjubah berserban, dah macam tabligh."

"Kat Mekah ni, tunjuklah akhlak yang baik."


Errr.. Adakah selain bulan puasa, menipu itu baik? Selain hari jumaat kita boleh mengumpat? Peguam, kerani bank, selebriti, makcik cleaner tak perlu tutup aurat? Jubah dan serban itu uniform eksklusif untuk jemaah tabligh sahaja? Keluar dari tanah haram kita boleh amalkan akhlak yang buruk?

Adakah dosa hanya berbuah pada bulan Ramadhan? Adakah malaikat Raqib dan Atid bercuti pada hari Jumaat? Adakah menutup aurat hanya diwajibkan untuk golongan ustazah? Bukankah jubah dan serban itu pakaian sunnah Rasulullah? Adakah Allah hanya ada di Mekah dan Madinah?


Ehem. Apakata.. Ye, apakata kita...

Jangan swastakan kebaikan pada mana-mana bulan, mana-mana hari, mana-mana jemaah, mana-mana pangkat atau bidang, dan mana-mana tempat sekalipun.

Nak jadi taat, kena tunggu Ramadhan.

Nak jadi baik, kena tunggu Jumaat.

Nak ikut sunnah nabi, kena masuk tabligh.

Nak pakai tudung labuh, kena jadi ustazah.

Memang tak dinafikan semua itu boleh dijadikan modal permulaan untuk kita jadi lebih baik.

Memang bagus bila ada yang niat mahu khatam Al-Quran dalam masa sebulan di bulan Ramadhan, sentiasa bersujud di sejadah, dan mula bertudung menutup aurat. Tapi yang tak bagusnya, bila menjelang Syawal, Al-Quran kembali berhabuk di rak, sejadah jadi alas iron baju, tudung mula jadi kain buruk.

Tunggu Ramadhan tahun depan pulak baru nak start insaf dan jadi baik semula?


Yang sebaiknya,

Jadilah hamba Allah yang bersifat Rabbani. Jangan jadi hamba yang ramadhoni, makki dan madani. Yang taat kepada Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja, jadi telus ketika ketika berada di Mekah sahaja atau jadi baik kerana berada di Madinah. Jadi baik berjuzuk, berwaktu, bertempat.

Jangan swastakan kebaikan. Dosa pahala bukan bermusim. Allah itu sentiasa ada setiap masa dan ketika di mana sahaja. Muhasabah diri.

Fafirru Ilallah.. Berlari pulang kepada Allah.




SZ: Aku juga. Konon nampak baik di sini. Hakikatnya masih mencari ruang keluar dari kegelapan dan kejahilan.

Thursday, July 18, 2013

Bayangkan Jika Perempuan Dibenarkan Poligami



Topik hot di facebook hari ini. Poligami.

Ramai yang melahirkan rasa terkilan terutamanya kaum hawa apabila mendengar berita Ashraf Muslim berkahwin lagi satu di Thailand. Sehinggakan aku yang seiras Ashraf Muslim turun merasa tempias kecaman tersebut. Ok. Sila jangan muntah dengan sengaja di siang hari. Batal puasa.

Terbaca satu nukilan luahan hati Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim yang mungkin agak kecewa dengan tindakan suaminya. Aku tertarik pada rangkap berikut:

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.


Agak pedih dan menusuk di situ.

Memang poligami tu tak haram. Tapi, cara tu mungkin agak tak kena. Tambahan majoriti perempuan tidak suka dimadukan. Apatah lagi dengan cara begitu. Terasa seperti ditipu dan dikhianati.

Ok. Kepada para suami dan bakal suami sekalian. Meh kita semua pakat-pakat bayangkan. Andaikata perempuan dibenarkan poligami. Apa agaknya perasaan lelaki terpaksa bermadu berkongsi isteri dengan lelaki lain?

Ohoi! Tobat aku tak mau. Tengok orang yang aku minat mention nama laki lain kat facebook pun jeles nak mampoih dah. Tu baru crush. Tak jadi bini atau awek lagi. Ini tiba-tiba kalau dapat berita bini kita kawen lagi satu kat Siam. Gila. Mesti menyirap punya la.

Ok. Kita masuk sikit hal dalam kelambu. Bayangkan malam tu giliran madu kita bersama dengan isteri kita. Tiba giliran kita tidur sorang-sorang dalam bilik malam tu. Mesti rasa sunyi tak ada 'bantal peluk'. Mesti terbayang-bayang, apa agaknya isteri aku tengah dok buat dengan madu aku tu. Ohoi. Bayangkan kita terpaksa kongsi isteri? Bayangkan! Mampukah kita? Kalau wanita sampai boleh gaduh tarik rambut. Silap haribulan kita boleh bertumbuk beb dalam hal ni. Haha.

Di sini, aku bukannya nak pertikai pasal poligami. Aku pun tahu tak boleh pertikai sesuatu yang menjadi sunnah Nabi dan dibenarkan dalam Islam. Aku pun tahu antara hikmah perempuan tidak dibenarkan berpoligami sebab nanti kita tak dapat nak trace anak dalam kandungan tu nak ber'bin'kan suami yang mana.

Tapi sekadar ingin mengajak kaum lelaki sekalian menyelami perasaan wanita andai kita di tempat mereka. Jangan kemaruk nak pasang lagi satu sehingga mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan mereka.

Dan sebelum kita kata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi, adakah sunnah Baginda yang lain kita dah laksanakan? Adakah yang wajib sudah ditunaikan? Dan pernahkah kita terfikir, kenapa Nabi berpoligami? Sila baca Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kalau kau rasa kau mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kau. Kalau kau rasa isteri kau sememangnya mengimpikan payung emas, teruskan niat kau nak berpoligami itu. Tiada siapa menghalang. Sesungguhnya kau insan bertuah. Dan kepada wanita yang tidak suka poligami, jangan pertikai lebih-lebih pasal poligami. Takut lari akidah. Bahaya.

Sekian, dari saya pejuang hak wanita. Jodoh-jodoh sekalian, sila undi saya sebagai calon suami pilihan. Kehkehkeh..


p/s: Apa-apapun, doakan yang terbaik sudahla buat mereka. Tap payah nak emo dan kutuk lebih-lebih. Jadikan sebagai pengajaran.


SZ: Dengan serius aku nyatakan, aku tak berhajat nak madukan isteri aku nanti. InsyaAllah.. Aku ni pesen setia teghok kalau dah betoi sayang. Cewah.. Up saham. Up saham. lol.

Monday, July 15, 2013

Anjakan Paradigma Sempena Ramadhan



Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan 1434H.

Dah hampir 3 bulan blog aku berhibernasi. Serius aku sebenarnya rasa agak sangap (baca: gian) nak menaip. Bila ada saja isu baru, nak sangat aku bagi komen dan kupasan dalam blog macam dulu-dulu. Pergh.. Bunyi macam lejen. Konon. Tapi, bila aku taip separuh jalan, aku tiba-tiba jadi blur lantas entry tersebut tersadai di pinggiran. Tersimpan basi dalam draft. Mood blogging ke laut.

Jadi, sempena Ramadhan ni aku berazam untuk kembali aktif berblogging. Dan aku juga ingin membuat satu anjakan paradigma dalam intipati entry aku selepas ini. InsyaAllah selepas ini aku akan update apa saja yang aku rasa nak update termasuklah life story aku. Asalkan blog ini bernyawa. Selain tujuan aku nak jadikan blog ni sebagai arkib kenangan hidup aku. Nama pun personal blog kan. Kau ade? Tapi takdela sampai benda common macam minum teh petang-petang pun aku nak update dalam blog. Loser gila camtu.

Dan aku akan terus berkongsi apa sahaja ilmu yang bermanfaat hasil pembacaan dan rujukan dari sumber yang sahih. Kadang-kadang, bila kita tulis dan olah semula ilmu baru yang kita dapat membuat kita lebih ingat dan hadam. Dan itu juga cara aku nak cari saham akhirat. Entry politik? Ermmm.. Ntahla. Rasa macam dah bosan dengan mainan politik sekular ni. Sebab tak semua orang matang berpolitik dan boleh terima perbezaan pendapat. Jadi, eloklah rasanya aku neutralkan diri buat masa ini. Mengikut terma dan syarat. Haha.

Anjakan paradigma dalam hidup? Nak berubah jadi lebih baik dari sebelumnya. Menjadi seorang yang lebih positif. Aku mahu lebih serius membina kerjaya dan kestabilan hidup biar seiring di dunia dan di akhirat. Umur pun dah makin meningkat. Bila nak kahwin? Entah. Kadang-kadang bila terlalu mengharap sangat pun, kita boleh jadi terlalu lalu lalu lalu kecewa. Gitu. Sehebat mana pun kita merancang, hebat lagi perancangan Dia. Dia juga yang Maha Kuasa membolak-balik hati kita. Biar hendak seribu daya ke, biar hendak seribu dalih ke, jika Dia kata Kun Fayakun. Siapalah kita nak melawan ketentuan-Nya.

Jadi, maafkan aku andai pernah sakitkan hati kalian semua sebelum ini. Get ready untuk entry-entry yang lebih poyo dan bajet lepas ni. Heheh. Selamat berpuasa.



SZ: Harap semangat berblogging ni tak hot-hot chicken shit ler.. heheh.


Monday, May 6, 2013

Analisis Kejayaan Di Sebalik Kekalahan Pakatan Rakyat Dalam PRU13

KEJAYAAN DISEBALIK KEKALAHAN

Parlimen
PRU12 : BN 140, PR 82
PRU13 : BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12 : BN 344, PR 161
PRU13 : BN 275 (-69), PR 230 (+69)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12 : BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta (BN lebih popular)
PRU13 :  BN 5.3 Juta, PR 5.6 Juta (PR lebih popular)

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.0 Juta (76%)
PRU13: 10.9 Juta (82%) - Tertinggi dalam sejarah PRU






Apakah konklusi dari trending yang sangat menarik PRU12-PRU13 ini untuk PRU14 akan datang?

PR Berjaya Pungut 51% Undi Popular & Tambah Kerusi Parlimen.!

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.


Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut: 

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut :

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Bharu dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulungnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

sumber: [ R.A.M.M ]

PR sebenarnya dalam track menuju kemenangan




SZ: keep calm & la tahzan.

Sunday, April 28, 2013

Kenapa Ramai Alim Ulamak Menyokong Perjuangan PAS?

Pernah terfikir kenapa ramai para alim ulamak, ustaz, ustazah dan ilmuan agama turut bersama menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat? Kenapa mereka semua tak pilih UMNO/BN? Apa salah BN? Teruk sangatkan BN sehinggakan ramai alim ulamak tidak mahu menyebelahi mereka? Mesti ada sebab bukan?

Antara ustaz-ustaz terkenal yang menzahirkan pandangan dan kecenderungan politik mereka ke arah PAS atau Pakatan Rakyat ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zahazan, Ust Hasrizal, Ust Haslin Bollywood dan ramai lagi. Tidak kurang juga Dr Maza yang dikatakan bersikap neutral tetapi lebih banyak mengkritik UMNO/BN walaupun dalam bahasa tersirat dan sindiran.

Itu belum disenaraikan lagi ulama-ulama senior dalam perjuangan Islam. Antaranya yang sudah pergi meninggalkan kita seperti Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, TG Yusuf Rawa, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan As-Syahid Ibrahim Libya. Tuan Guru Pondok yang terkenal dan diakui kewarakan mereka turut bersama PAS seperti TG Hj Salleh Musa di Sik, TG Hashim Pasir Tumboh. Tidak lupa juga yang sememangnya memimpin perjuangan PAS seperti TG Hj Hadi Awang, TG Nik Aziz, dan Ustaz Haron Din. Kesemua mereka itu disanjung kerana tingginya ilmu dan kewarakan mereka.


Malangnya, para alim ulamak tersebut dihentam semahunya oleh khadam Umno/BN seolah-olah para ulamak tersebut orang jahil yang tidak tahu isi Al Quran dan Hadis Rasulullah, tidak mampu berkhutbah dan menjadi imam solat jumaat. Tak bersetuju tak mengapa, tapi jangan dimaki dan dicerca. Kelak terkena racunnya hidup merana hati gelita.


Pesan Imam Ibnu Asakir yang dinaqalkan oelh Imam Nawawi Rahimahumallah "Ketahuilah daging ulama itu beracun. Allah akan menyingkap aib dan keburukan orang yang mengaibkan ulama. Barangsiapa yang melepaskan ucapannya terhadap para ulama dengan mencelanya, maka Allah akan timpakan sebelum kematiannya dengan mati hatinya.


1. Kenapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan parti sekular seperti PKR dan DAP di bawah payung Pakatan Rakyat? Kenapa PAS tidak mahu bersama dengan BN buat kali kedua setelah pernah disingkirkan dari BN suatu ketika dulu? Apa yang teruk sangat BN berbanding DAP? DAP tolak negara Islam sebab mereka kafir. Umno yang katanya Islam, kenapa taknak laksanakan negara Islam? Dalam soal ini, siapa lebih teruk? Kafir yang tolak Islam atau orang Islam sendiri yang tolak Islam?

2. Ulamak atau tok guru pondok umno menjatuhkan hukum haram mengundi PAS kerana bersekongkol dengan DAP tapi pada masa yang sama menyatakan wajib undi BN yang turut menolak hukum Islam? Fahamkah anda apa itu Tahaluf Siyasi? Eh, Bukankah dalam BN juga ada non-muslim MCA dan MIC?

3. Alim ulamak PAS tak betul dan sesat? Jadi, adakah alim ulamak umno yang bisu tidak mampu menegur pemimpin mereka malah menuduh ulamak muktabar dunia, Yusuf al-Qardhawi sebagai khawarij itu lebih bagus?

4 Alim ulamak berjubah berserban tidak boleh memimpin negara? Adakah yang berkot bertali leher, bersongkok tinggi, mempunyai isteri seksi sahaja layak memimpin negara? Anda silap. Bukankah Rasulullah SAW yang berjubah dan berserban juga seorang pemimpin negara dan pemimpin seluruh umat Islam?

5. Jangan taksub dengan ulamak PAS? Jadi, taksub pada pemimpin korup tidak mengapa? Yang tidak mampu mendidik anak isteri patuh syariat Allah? Bukankah ulamak itu pewaris Nabi? Tak boleh kah kita ikut pandangan dan perjuangan mereka? Pada siapa lagi yang mahu kita rujuk? Pemimpin yang tidak tahu apa itu najis mughallazah?


Aku menyokong PAS bukan kerana namanya PAS. Aku sokong Pakatan Rakyat bukan sebab namanya lebih dekat dengan Rakyat. Aku tolak Umno/BN bukan sebab namanya Umno/BN. Ini soal apa yang diperjuangkan parti itu. Ini soal siapa yang bersama menyokong perjuangan parti tersebut. Jika majoriti golongan alim ulamak tersebut menyokong UMNO/BN, aku pasti akan turut sokong BN. Masalahnya, TAK! Sebab tu aku pilih PAS dan Pakatan Rakyat. Sebab aku nak ikut perjuangan ulamak!

Jika PAS parti ajaran sesat, ulamak yang menyokong PAS juga sesat. Jadi, bagitau aku apa yang islamiknya dengan Umno dan pemimpinnya?





SZ: Perjuangan Islam dapat menyatukan semua bangsa di dunia ini. Tapi, perjuangan bangsa hanyalah melayukan perkembangan Islam.

Wednesday, April 24, 2013

10 Amanat Untuk Pengundi (Deklarasi Nadwah Ulama')

Berikut adalah deklarasi Nadwah Ulama & Kepimpinan NGO Islam yang berlangsung pada 23 April 2013 di Kolej Universiti Insaniah Alor Setar.





Deklarasi ini didokong oleh:


TOKOH ULAMA

TUAN GURU HAJI SALEH BIN MUSA
TUAN SYEIKH MOHD. ZAINOL ASRI BIN HAJI ROMLI
TUAN GURU HAJI ABDUL MAJID ABU BAKAR AN NADWI
TN.GURU HAJI ABDUL WAHAB BIN HASSAN
TN.GURU HAJI ABDULLAH BIN LEBAI SAMAH Bukit Lada
TUAN GURU HAJI MOHD REJAB BIN MD. AKHIR
TUAN SYEIKH MOHD. RODI BIN ABDUL RAHMAN AL HAFIZ
TN.GURU KHAIRUL ANUAR SHAFII
TUAN GURU HAJI MOHD. NASIR
TUAN HAJI AZMI ABDUL HAMID
TUAN GURU HAJI AHMAD ABDULLAH
TUAN GURU HJ YUSUF HUSIN Pondok Penyarum


NGO-NGO

1.SEKRETARIAT HIMPUNAN ULAMA RANTAU ASIA (SHURA)
2. MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)
3. PERSATUAN ULAMA KEDAH (PUK)
4. ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
5. TERAS PENGUPAYAAN MELAYU (TERAS)
6. PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
7. WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)
8. PERTUBUHAN HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA KEDAH (HESA)
9. PERTUBUHAN DARUL MUSTAFA NEGERI KEDAH (DARUL MUSTAFA)
10. WOMEN’S INITIATIVE FOR RESEARCH, DEVELOPMENT & ADVANCEMENT (WIRDA)
11. PERSATUAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN PELAJAR ISLAM KEDAH (PERSIDA)
12. YAYASAN PAKSI
13. PERSATUAN PERSAUDARAAN MUSLIMAH MALAYSIA (SALIMAH)
14. GERAKAN SOKONG SYARIAH (GESA)
15. INSTITUT PENGEMBELINGAN KOMUNITI (IMPAK)
16. INSTITUT PENYELIDIKAN SYARIAH MALAYSIA (ISRA)


PONDOK & SEKOLAH AGAMA

MADRASAH AL RAHMANIAH Sik
MAAHAD DARUL MUHAJIRIN Gajah Teriak
MADRASAH DARUL MUHTADIN Jeniang
MADRASAH MANABI’ AL-ULUM AL-DINIAH Telaga Batu Jitra
MADRASAH AHMADIAH ADDINIAH AL ISLAMIAH Pondok Ahmad Nahu
MADRASAH AL-ZUHUDIAH Parit Panjang
MADRASAH AHMADIAH Bukit Pinang
MADRASAH ISLAHIAH Pondok Ustaz Adnan
MADRASAH NURUL ISLAM Charok Tok Uban Sik
RIBAT NASRUL MUHAJIRIN Kg.Permatang Kaka
AL MADRASAH AL IMANIAH AD DALAWIYAH Kg. Padang Buluh Nipis
MADRASAH ADDINIAH AL-MARDIYAH Pondok Sg.Kob
MAAHAD AS-SYATIRIE Kg Sg. Dedap Yan
MAAHAD AL-TARBIAH AL-ISLAMIAH AL-WATANIAH Kg Begia, Sik
MADRASAH DARUL ULUM AL BARAKAH Kg Batu Besar Sik
KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM DARUL HIDAYAH Kg. Sungai Mati Lepai
MADRASAH TAKWIYATUL ISLAMIAH Pondok Bukit Lada
PONDOK TN.GURU HJ.HUSSIN DOL Guar Chempedak
MADRASAH TAHZIB AN NUFUS Pondok Ust.Awang Lanai
MADRASAH AL-HIDAYAH AL-HUKMIAH Pondok Permatang Nibong
MADRASAH MUNAWWARAH Parit Panjang, Baling
MADRASAH AL-FALAH AL-SAMANIAH AD-DINIAH Pondok Alor Janggus
MADRASAH AT-TARBIAH Pondok Kg. Landai
PONDOK DARUL SAADAH Sg Limau Baling
PONDOK SEMELING
PONDOK HJ WAN SOLEH Jitra
PONDOK PENYARUM BARU Tobiar, Pendang
MADRASAH JAAFARUL HASANAH Lepai
PUSAT PENGAJIAN TARBIYATUL AULADIYAH Kilim Langkawi
SEK MEN ISLAM DARUL ULUM (SMIDU) Pokok Sena
MADRASAH AT TAKLIMIAH AL KHAIRIAH Tok Keling,
SEK MEN AGAMA AL BAQIYATUSSOLIHAT Langkawi,
MADRASAH AN NUR AL ISLAMIAH Gajah Mati Pendang
AKADEMI ISLAM HAJI ABDULLAH SUBOH Kota Kuala Muda,
SEKOLAH MENENGAH AGAMA IHSANIAH Belantik Sik,
SEK MEN AGAMA MAKARIMUL AKHLAK Langgar
MAAHAD TARBIAH ISLAMIAH Derang
MADRASAH ZUBAIDIYAH Merbok
PUSAT PENDIDIKAN AL-ISLAH Pinang Tunggal
MADRASAH NURUL HIDAYAH Kg.Tembak K.Ketil
MARKAZ AT TA'LIM WAT TARBIAH Pondok Bandar Hilir
MADRASAH SAADATUL WATHONIAH Kg. Tembak K.Ketil
MADRASAH MISBAHUL FALAH Parit Panjang
MADRASAH NURUL ISLAH Parit Panjang
MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN Yan
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN YAYASAN AL HUFFAZ Parit Panjang
INSTITUT PENDIDIKAN ISLAM & TAHFIZ AL-QURAN ABADA Parit Panjang
PUSAT TAHFIZ AL AMIN Lunas
PUSAT PENGAJIAN ISLAM MAAHAD RAUDATUL ULUM Serdang,Kedah
MAAHAD TAHFIZ MUTMAINNAH Sungai Petani
MA'AHAD AL-IMAM AL-SYAFIE Pendang
MAAHAD TAHFIZ AL-BARAKAH Tikam Batu,Sg Petani
MAAHAD QIRAAT AMAL AIMY DZALIFAH
SEKOLAH TAHFIZ SAINS AN-NAJIHIN Kulim, Kedah
MAAHAD TAHFIZ SAIDINA ABU BAKAR Kuala Nerang, Kedah
MAAHAD AS SOLEHAH Kuala Kangkong Alor Setar
SEK. AGAMA AT-TOYYIBAH Changlun
MADRASAH ISLAHIAH DINIAH Memali Baling
SEK. REN. ISLAM DARUL ULUM (SRIDU) Tandop Alor Setar
SEK. INTEGRASI FAIZIN (SAIF) Guar Chempedak
SEK. REN ISLAM DARUL ULUM (SRIDU) Langkawi
SEK. REN ISLAM BURHANUDDIN AL-HELMI Alor Star
SEK. RENDAH ISLAM AN-NUR Gajah Mati Pendang,
SEK. REN ISLAM DARUL ULUM (SRIDU) Kupang, Baling
SEK. RENDAH ISLAM RAUDHATUL MUSLIMIN Sg. Kembal Kuala Ketil
SEKOLAH RENDAH AN-NAIM Kuala Ketil
SEK. RENDAH DARUL HIJRAH Mukim Siong Baling







SZ: Aku nak ikut ulamak. Aku tidak mahu terus dipatuk ular dalam semak.

Thursday, April 11, 2013

Raja Hiburan dan Hedonisme

HEDONISME ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Salah satu faktor penting menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah :

1. Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi diberikan media kepada artis melebihi tokoh ilmuwan. Tokoh akademik, ulama, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian atas apa yang mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis diberi anugerah dan dijulang namanya dengan hadiah lumayan bernilai jutaan ringgit. Artis disanjung, ulama dihina?

Program hiburan sama ada di televisyen, radio atau pun atas pentas terbuka dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program lain. Ada yang membuat 'roadshow' dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis. Pelbagai program realiti tv diwujudkan bagi melahirkan penyanyi dan pelakon pasang siap. Berita hiburan juga memonopoli sebahagian akhbar tabloid dan juga majalah. Kisah kehidupan artis dalam dan luar negara, diberikan liputan yang berleluasa.

2. Sokongan yang padu dari pihak pemerintah yang telah lama berkuasa sejak 55 tahun. Kerajaan Umno/BN tidak pernah rasa bersalah menghalalkan konsert-konsert artis Barat yang terkenal dengan budaya moral dan akhlak yang bercanggah dengan nila-nilai Islam dan Timur.

Antaranya konsert Elton John seorang artis gay di Genting Highland pada 2011. Artis K-pop dari Korea yang berpakaian seksi menjolok mata pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya dengan alasan mengisi rohani para belia. Sanggup membayar RM2 Juta kepada artis k-pop, Psy yang popular dengan Gangnam Style hanya untuk persembahan 5 minit di atas pentas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional di Pulau Pinang. Sedangkan lagu Gangnam Style tidak akan mengenyangkan perut fakir miskin yang lapar.

Itu belum dikira anak-anak menteri yang terlibat dalam dunia hiburan. Belum tengok video pak dan mak menteri berjoget lagi. Alahai. Macam mana nak memimpin ni? Setakat pakai baju yang tertera tulisan kalimah Allah belum cukup membuktikan anda nak pertahankan Islam.



Jadi, maaf nak cakap la. Antara sebab saya wajib tolak UMNO/BN ketika PRU-13 nanti kerana terbukti UMNO/BN adalah raja hiburan dan hedonisme.

Harapan saya jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah Malaysia selepas PRU-13 nanti, gejala ini dapat dibendung. Semoga program-program hiburan yang melalaikan dimansuhkan. Dan diperbanyakkan program bercorakkan keagamaan seperti yang sudah dilaksanakan contohnya program ceramah ketika sambutan ambang tahun baru di Selangor.

Hiburan pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan berlandaskan syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.




SZ: Aku juga pernah muda. Aku juga pernah gilakan hiburan dan cakna tentang artis suatu ketika. Dan aku sudah pastinya tidak mahu anak cucu aku terjebak dengan hedonisme sama seperti aku. Cewah. Bajet macam tua sangat.

Wednesday, April 3, 2013

Tips Memilih Calon Dalam Pilihanraya Buat Pengundi Atas Pagar

Memandangkan parlimen sudah sah dibubarkan setelah bapak lamanya kita menunggu, eloklah kiranya saya berkongsi tips memilih calon untuk dipangkah pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti buat pengundi sekalian terutamanya yang  masih berada di atas pagar tu. Jangan duduk atas pagar lama-lama sangat. Nanti terjatuh tersontot berdarah montot, sakit woo.. Yang memang dah pasang nawaitu takmau mengundi kononnya takmau ambik tahu hal politik, tak payah dok bising-bising nak komplen macam-macam ye lepas ni. Dok diam-diam. Pi main jauh-jauh.




1. Kenapa saya perlu mengundi?

Pertama, kita perlu perbetulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Ini kerana, dalam politik barat, mereka mencari kuasa dan menjauhkan orang lain. Politik Islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat. Pengundian boleh menentukan masa depan rakyat dan negara. Keputusan yang betul akan menyelamatkan masa depan umat dan negara. Sementara keputusan yang salah akan menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan, atau penyelewengan. Maka pengundian ada nilai yang besar dalam agama ini.


2. Boleh tak kalau saya tak nak mengundi?

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu. Sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Demikian sebaliknya, jika dia memilih calon yang berkelayakan, maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala.


3. Apakah ciri-ciri calon yang patut saya undi?

Secara umumnya mudah sahaja, mesti memiliki dua aspek. Pertama; al-Quwwah atau kuat, dalam bahasa kita kemampuan, kewibawaan, kemahiran yang menjadikan dia mampu memimpin. Kedua: al-Amanah; ada kesolehan peribadi yang akan memelihara dirinya dari melakukan penyelewengan dan pelanggaran hukum. Jika kedua-dua ciri ini kelihatan pada penampilan calon, dia patut kita pilih.


4. Kalau kesemua calon tidak mempunyai ciri-ciri tersebut?

Perlu diakui, tiada manusia dan tiada kerajaan yang sempurna di dunia sekarang ini. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat dan paling ringan bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.


5. Bagaimanakah jika kita tidak kenal latar calon?

Wajib kita kena kenal calon yang hendak kita undi. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.


6. Nak mengundi berasaskan calon atau parti?
 
Sepatutnya, kita tidak boleh mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Islam menyuruh diberikan amanah kepada sesiapa yang layak. Yang akan memikul amanah adalah orang, bukan parti. Akan tetapi, dengan keadaan sistem di negara kita yang mana pemilihan parti akan mempengaruhi kuasa pentadbiran sesebuah negara, situasi menjadi terbalik. Jika memilih calon tersebut boleh menjejaskan mandat yang bakal diberikan kepada parti yang bakal memerintah, di sini kita perlu beri undi berasaskan parti. Selain perlu menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti tersebut.


7. Memilih antara calon muslim dan non-muslim

Larangan berkawan dan menyokong non muslim adalah bagi yang menentang Islam. Dan tiada larangan bagi non muslim yang tidak menentang Islam. Persoalannya siapa yang perlu kita pilih antara calon muslim yang terang-terang menentang, mempersenda dan menolak Islam serta mempunyai imej buruk dari segi akhlak, rekod pentadbiran yang buruk dan penyelewengan berbanding calon non muslim yang lebih bersih imej dan nilai integritinya serta rekod pentadbiran dan pengurusan yang lebih baik dan telus? Takkanlah kita ingin memberikan amanah kepada mereka-mereka yang akan merosakkan dan tidak membawa maslahah kepada negara? Sekiranya calon non-muslim tersebut mampu melaksanakan tugas dengan baik membawa kebaikan buat negara dan Calon Muslim pula sebaliknya, kita perlu memberikan undi kepada yang boleh membawa kebaikan buat negara. Kesimpulannya, tiada dalil qat’ie yang melarang untuk mengundi calon non muslim dalam PRU di Malaysia.


8. Saya tidak mahu libatkan diri dengan sistem demokrasi ciptaan kafir.

Jika musuh ada organisasi yang memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yang berkuasa mencipta undang-undang ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dan lain-lain diduduki oleh puak yang benci kepada Islam secara zahir dan batin? Kuasa eksekutif itu adalah asasi untuk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini. Zaman Nabi s.a.w, kuasa eksekutif itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini seperti di Malaysia khususnya, ia diperolehi melalui pilihanraya. Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pada hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari daripada merebut peluang untuk melaksanakan Islam melalui kuasa?

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipan kepada pejuang Islam untuk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yang khusus bagi menduduki kerusi eksekutif dan menguasai pemerintahan negara untuk menegakkan Islam. Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal seperti solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran sahaja. Kalau itulah sahaja Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah dan berjihad meluaskan kuasa.


*************************************


Rasanya setakat itu sahaja tips yang saya dapat kongsikan dengan kalian tanpa menyebut langsung nama-nama parti yang terlibat. Saya kira pengundi atas pagar adalah pengundi yang bijak dalam membuat pilihan yang tepat. Kerana anda bukan macai yang mengamalkan dasar taksub kepartian. Pengundi atas pagarlah yang akan membawa arus baru dalam sistem politik Malaysia.


Sumber Rujukan:
1. drmaza.com
2. jhanhar.blogspot.com
3. sabahdaily.com
4. arusbaru.my




SZ: Gatai tangan aih nak pangkah undi..

Wednesday, March 20, 2013

Ayat-Ayat Penyedap Hati Bila Kantoi SPM

Tahniah kepada adik-adik SPM yang bakal berjaya memperoleh result yang cemerlang dalam SPM. Dan takziah diucapkan buat yang bakal gagal. Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah, "anda buat, anda dapat". Tapi, jangan risau. Ini abam ada senaraikan ayat-ayat penyedap hati buat adik-adik yang resultnya kurang cemerlang dan tidak lupa juga buat yang kantoi hancur lebur resultnya. Juga boleh digunakan sebagai alasan untuk menyedapkan hati sendiri atau member-member, nak cover malu dan bagi menggalakkan pelempang hinggap di muka.

Selamat mencuba!


**************************

1. "Insan yang cemerlang datangnya dari akal, jiwa yang tenang, jiwa yang mantap. Bukannya SPM!" -Dr Fadzilah Kamtumi.

2. Aku baca buku "if you want to be rich and happy, don't go to school".

3. Idola aku Syed Mukhtar Al-Bukhari, Bill Gates, dan Boon Siew. Diorang tak pandai pun boleh kaya.

Who's the boss?

4. Neil Amstrong tak ambik SPM pun steady ja dia pi bulan. Albert Einstein ada ambik SPM? Takde kan?

5. Kalau semua orang cemerlang SPM, siapa nak kerja kilang, Tesco, Giant, jadi nelayan, buruh, penoreh getah, driver lori, mekanik?

6. Walaupun IQ aku rendah, tapi EQ aku bagus. Kemahiran lebih penting la.

7. Apa ada hal? SPM boleh di'repeat' seberapa banyak yang kau nak. Paper Julai pun ada.

8. Result SPM teruk pun boleh masuk ipt la sekarang ni. U bersepah kat Malaysia ni. Swasta lagi ler berlambak.

9. Biasanya yang SPM kantoi tu lah yang akan skor cemerlang pointer CGPA kat ipt nanti.

10. Aku belajar ikhlas. Bukan semata-mata kerana nak exam. Sengaja aku pura-pura gagal sebagai bukti keiikhlasan aku.

11. Aku sengaja taknak dapat result cantik. Aku taknak kena culture shock kat U nanti. Terutamanya kalau belajar kat oversea macam..... (if you know who i mean)

12. Takpe. Yang penting ada rupa, ada bakat. Boleh jadi artis. Boleh jadi popular walaupun SPM hampeh. Nak masuk Mentor, Pilih Kasih, Raja Lawak tu bukannya diorang mintak sijil SPM pun.

13. Ramli tu tak skor 9A macam anak jiran sebelah pun boleh skor gol untuk Manchester United. Baik aku jadi football player je. Kaya hape. Boleh kahwin dengan retis lagi.

14. Perempuan takpe takde SPM pun. Besok-besok ada la tu orang masuk minang.

15. Bukan boleh bawak masuk kubur pun sijil SPM tu. SPM tu duniawi semata-mata. Yang penting sebenarnya Soalan Padang Mahsyar (SPM jugak).

16. Masuk je sekolah pondok. Jadi Huffaz, hafal Al-Quran. Tak pun ambik STAM, boleh pergi Mesir.

17. Jadi orang yang berjaya tapi tak berguna pun tak boleh pakai jugak.

18. SPM bukanlah penentu masa depan. Tapi, anda sendiri yang menentukan masa depan anda.

19. Spm is something. Not everything. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk menjana yang negatif to positif.

20. Lagi? Ada lagi nak tambah?


p/s: Ini adalah entry repost yang tahun lepas punya. Itulah antara ayat-ayat penyedap hati yang sentiasa kedengaran bila result SPM keluar. Yang baik, jadikan motivasi. Yang loyar buruk tu, tak payah praktik. Heheh.




SZ : Sijil yang paling berharga adalah diri anda.

Monday, March 18, 2013

Lelaki Berjanggut dan Berjambang Lebih Awesome

Bagi sesiapa yang mengenali aku, aku sekarang ni tampil dengan imej baru. Berjambang. Aku juga sekarang ini tengah ciwi dan poyo menjaja jambang aku yang mengundang rasa cemburu lelaki yang tidak mempunyai hormon jambang dan beberapa wanita yang berkeinginan berjambang. Antara kritikan yang aku terima dengan imej terbaru ni ialah, macam wolverine, macho (ehem2..), nampak gangster, serabut tak terurus, nampak alim, macam pak arab, pakistan, tak ada duit nak beli shaver, sibuk sampai tak sempat bercukur dan pelbagai lagi persepsi dari segenap lapisan masyarakat.



Sebenarnya, aku menyimpan jambang bukan sekadar fesyen dan menukar imej semata-mata. Nak tahu apa kelebihan lelaki berjanggut dan berjambang berbanding mat-mat jambu?


1. Sunnah

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Terdapat banyak hadis sahih mengenai saranan tersebut.

Sabda Rasulullah SAW, ”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:- "Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu” (Ibnu Hibban)


2. Malaikat Menadah Air Wuduk Yang Jatuh Dari Janggut

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut.

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda.

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab..

” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat”.


3. Membelai Janggut Lelaki Dapat Menyuburkan Wanita

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Subhanallah!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang bersama dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu.


4. Menyerlahkan Sifat Kelakian

Responden yang ditemui menyifatkan lelaki dengan jambang pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol, sasa, seksi dan lebih menyerlahkan sifat kelakiannya. Lelaki dari kategori ini dianggap paling sesuai dijadikan pasangan romantik. Hasil kajian itu dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.


5. Jimat dan Memudakan

Simpan jambang dapat menjimatkan duit daripada membeli shaver dengan kerap. Masa bercukur di dalam toilet juga dapat dijimatkan sebab hanya perlu mencukur misai dan merapi bahagian yang tertentu. Dan anda akan terasa sangat muda apabila anda tiba-tiba mencukur licin jambang anda. Heheh. Ini teori aku.

Rujukan:-




SZ: Semoga entry ini dapat mengubah persepsi negatif terhadap lelaki berjambang dan menaikkan lagi saham aku. Dear jodoh-jodoh! Come to papa! I'm awesome. Heh. =.='

Tuesday, March 5, 2013

Sejarah Penubuhan Komando VAT 69

Sejak krisis pencerobohan pihak Kesultanan Sulu di Lahad Datu, nama unit Komando VAT 69 sering diperkatakan di mana sahaja. Tapi, tahukan anda apa itu Komando VAT 69 dan sejarah penubuhannya? Pasti ramai di antara kita yang fikir bahawa Komando VAT 69 ini dari unit tentera. Sebenarnya komando VAT 69 ini asalnya anggota polis hutan pada zaman komunis dahulu.



Sejarah Penubuhan

Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan Komando 69 dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment (SAS) telah dihantar ke Fort Kemar, Perak untuk melatih platun percubaan Komando 69. Di akhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama Komando 69. Kalau nak tahu, British SAS ni merupakan komando terbaik di dunia. Sesiapa yang minat game Modern Warfare- Call Of Duty mesti tahu pasal SAS nie.

Objektif penubuhan pada zaman darurat tu disebabkan keperluan pasukan polis perlu untuk mempunyai sebuah pasukan kecil yang berupaya untuk bekerjasama dengan pihak Cawangan Khas dalam menjalankan operasi di negeri-negeri yang diancam oleh PKM.



Sebagai pasukan elit PPH, VAT 69 memiliki kecekapan dalam selok belok peperangan hutan, gerakan ofensif dan operasi sulit. Apa yang menarik, VAT 69 telah mengekalkan pemakaian beret berwarna coklat keperangan (sand colour) yang dianugerahkan oleh pasukan British Air Service (SAS) yang bertanggung jawab melatih group awal VAT 69 pada 23 Oktober tahun yang sama iaitu 1969 bertempat di Fort Kemar di kawasan pendalaman Hulu Kinta Perak.

Pasukan ini satu-satunya unit pasukan khas di negara ini yang diberikan penghormatan untuk menyarung beret yang sama warnanya dengan beret SAS. Secara asasnya VAT 69 boleh disamakan sebagaimana anggota GGK yang merupakan pasukan elit daripada cabang unit infantry dalam tentera darat.


Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan pengganas komunis di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron Komando 69 telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh New Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih Komando 69 yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri.

Pada peringkat permulaan, unit ini pernah dikenali dengan pelbagai nama diantaranya Charlie Force, Special Project Unit (SPU) dan Very Able Troop 69 (VAT 69). Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan diletakkan dibawah tanggungjawab Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ianya dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).



Jadi, dengan sejarah di atas, kita rakyat Malaysia patut berbangga sebab anggota komando kita merupakan salah satunya komando yang dapat memakai beret yang sama warna dengan beret anggota komando SAS yang mana SAS ni merupakan anggota komando terbaik dunia. Satu lagi, komando VAT 69 nie pernah di dokumentarikan dalam Asia Channel. Bak kata orang, komando ni merupakan satu pasukan elit yang tak takut mati. Seperti mana trade mark anggota SAS kat logo diorang "Who Dares Wins", Siapa yang berani menang.

Commando Rest.
Aku penah kena buat ni ramai2 masa kat kolej dulu gara2 kes curi kt hostel, semua kena.. Siksa woi. haha..



Rujukan: http://spkl.webs.com , pensildotcom




SZ: Takziah diucapkan buat wira-wira negara yang terkorban dalam insiden Lahad Datu. AL-FATIHAH. Bagi yang ingin membeli tshirt sambil menderma, boleh ke website MYLUBOK. Saya ada buat jualan amal bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke Tabung Perajurit.