Pages

Wednesday, October 17, 2012

Kenapa Kucing Jantan 3 Warna Sukar Ditemui?

Kucing jantan 3 warna susah nak jumpa? Aku pun baru tahu hal ni 2 tahun lepas bila seorang kawan aku yang merupakan pecinta kucen datang rumah. Dia tak percaya kucing aku yang 3 kaler tu lelaki jantan sehinggalah aku menunjukkan anatomi berkantung dua di celah kelangkang kucing aku sebagai bukti kejantanannya. Wah! Tak sangka pulak aku ada kucing yang spesisnya rare, hanya 1 nisbah 3000 di dunia ni.

Kawan aku cakap, orang tua-tua kata, barang siapa yang mempunya kucing jantan 3 warna, pemiliknya adalah orang yang bertuah. Ada harta karun di kawasan rumah (Puas aku korek halaman rumah aku, tak jumpa pun. 'Harta karun' kucing aku ada la.) Menurut mitos, Kucing jantan berbelang 3 warna juga dianggap sebagai ‘Raja Kucing’ dan memiliki tanduk emas. Kucing jantan 3 warna sangat sukar ditemui sebab ketika melahirkan anak kucing berbelang tiga jantan, induk kucing akan memakan anaknya itu. Jadi, barang siapa yang menemui dan menyelamatkan kucing ini sebelum dimakan induknya, akan memiliki kesaktian yang membawa keuntungan yang besar dan dihormati orang di sekelilingnya. Haha.. Patutla aku boleh terbang. Untunglaaa.. lol.

Ini kucen saya. Nama beliau Nomey. Nomey suka tido. Hari-hari Nomey tido.


Jika campuran 3 warna tersebut samar-samar, bercampur dan kurang jelas macam kucing aku tu, ia dikategorikan sebagai dilute tortoiseshell  (Aku pun tak pasti apa kaitan kura-kura dan stesen minyak shell dengan kucing 3 warna tu). Manakala, jika campuran 3 warna tersebut tidak bercampur, nampak jelas dan nyata tompokan warnanya, ia dikategorikan sebagai calico.


Kenapa Kucing Jantan 3 Warna Hanya 1:3000?

Menurut Jean Bungartz, seorang ahli genetik kucing dalam bukunya yang berjudul “Die Hauskatze, ihre Rassen und Variet├Ąten” menjelaskan bahawa warna kulit kucing sangat bergantung pada gen seksual yang disebut kromosom X dan kromosom Y. Hampir semua warna tortoiseshell ini berlaku pada kucing betina sama ada jenis pedigree atau tidak. Sebab tu kalau jumpa kucing 3 warna tengah jogging tepi jalan sambil berbogel, cuba lihat alat sulit beliau. Kebanyakkannya mesti betina. Tapi kalau jantan, jangan lepaskan peluang untuk kidnap beliau. Sebab, kucing jantan 3 warna ni sangat mahal di Amerika dan Eropah. Boleh jual kat Ebay. (Amaran: hukum mencuri adalah berdosa besar)

Ok, sambung. Sifat betina mempunyai sepasang kromosom X (XX). Warna tortoiseshell berlaku kerana gen dominan warna bulu (oren dan hitam) pada kromosom X mengalami fenomena X-tidak aktif, di mana satu atau salah satu kromosom X itu terpadam secara rawak. Purata nisbah lebih kurang 1:3000 warna tortoiseshell boleh berlaku pada kucing jantan. Jika ini berlaku, kucing jantan tortoiseshell akan bersifat tidak normal kerana akan mempunyai 2 kromosom X (XXY) sedangkan sifat jantan mempunyai hanya 1 kromosom X (XY). Kucing warna tortoiseshell jantan diklasifikasikan memiliki sindrome klinefelter - bersifat mandul dan mesti dikasi bagi mengelakkan warisan baka tidak normal akibat kromosom sex yang tidak stabil.

Owh! Patutla aku tengok kucing aku tu macam lembut ja. Asyik kena buli saja dengan kucing-kucing gangster. Nak ngorat pun tak pandai. Kesian pulak aku tengok. Dah la nama agak keperempuanan. Nomey. Alalala Tomey kononnya. Haish.. Sapa yang boh nama dia tak tau. Tapi Nomey baguih. Dengar cakap. Beliau seorang yang pendiam dan jarang bercakap. Ya.. Kucing mana boleh cakap kan.

*Rujukan: dearcats , susah.net

Ini mayat Bobob. Kucen oren saya yang meninggal dunia setahun yang lepas.

Owh ya. Hari ini genap setahun pemergian kucing oren aku, Bobob yang pandai mengurut tu. Beliau telah pergi menghadap Illahi setahun yang lepas pada tanggal 17 Oktober 2011.

p/s : Baca kisah kematian Bobob di entry Bobob Si Kucing Yang Pandai Mengurut Sudah Mati






SZ : Orang kata, lelaki yang suka kucen ni romantik orangnya. Orang la kata. Uhuk uhuk.. ehem ehem.. Awat tiba-tiba sakit tekak ni? Uhuk uhuk.. ehem ehem..

Monday, October 15, 2012

Tak Rasa Bersalah Ke? Atau Tak Sedar Diri?

"Janganlah jadi orang munafik yang mana tiga ciri yang ada pada orang munafik adalah apabila bercakap, dia akan bercakap bohong, apabila berjanji, janji itu akan dimungkiri dan apabila diberi amanah, dia akan khianati. Kalau berjanji, janji mesti ditepati! Jika tidak, Allah akan melaknat orang yang memungkiri janji," kata seorang lelaki berantai di leher ditemani isterinya yang menonjolkan rambut di khalayak ramai ketika melancarkan satu program.


Sementara itu di sebuah shopping complex,

"Astaghfirullahalazim.. Apalah nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang. Pakai seksi-seksi padahal sekolah tak habis lagi. Yang perempuan pun hisap rokok selamber je. Mak bapak diorang ni tak reti jaga anak ke?", kata seorang bapok berbaju kurung bertudung litup sedang memilih pakaian dalam di KFC.


Sementara itu di TV30,

"Dalam video tu bukan saya. Takkanlah saya nak buat benda tak senonoh macam tu. Saya tahula nak beza mana satu dosa dan pahala," komen seorang artis wanita berambut pink dan berskirt pendek ketika ditemuramah wartawan Melodah.


Sementara itu di Twittiaq,

"Solatlah di awal waktu. Janganlah kita sengaja melewatkan solat. Lebih afdal jika kita solat berjemaah di masjid", tweet seorang pemuda separuh bogel hanya bertuala ketika azan maghrib sedang berkumandang.


Sementara itu di Fesbaq,

"Klik LIKE jika anda sayangkan Allah. Klik SHARE jika sayangkan Rasulullah SAW. Jangan klik apa-apa jika sayangkan syaitan!", taip seorang gadis ber'defaultpicture'kan gambar beliau yang tidak menutup aurat.


Sementara itu di blog szlihin.com,

"Nak jadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kenala kerja kuat. Jadilah baik, jangan banyak buat maksiat bla bla bla pot pet pot pet..", kata seorang SZ yang realitinya hanyalah seorang mamat poyo bajet bagus yang hipokrit.



Ya benar. Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan. Sebab jika kita tengok orang yang bagi nasihat tersebut, kita mungkin takkan dapat ambil intipati nasihatnya. Malahan mungkin bertambah menyampah. Maka terkeluarlah perkataan, "Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku!".

Tapi, kalau boleh janganlah kita sakan menghukum orang itu berdosa dan munafik sedangkan dosa yang kita buat lebih besar dan jelas kelihatan terpampang. Tak rasa macam serba salah ke? Ataupun kita ni jenis manusia tak sedar diri?




SZ: Rasa awkward bila aku sendiri buat apa yang aku dok condemn.

Thursday, October 11, 2012

Apa Itu Buku Jalanan?




Soalan-soalan yang sering ditanya mengenai Buku Jalanan. (FAQ)

1.Buku Jalanan ni apa dia?
Buku jalanan ni adalah sebuah aktiviti di bawah kelolaan kolektif anak-anak muda yang mengelarkan diri mereka rakan kepada Mas Joko. Ianya merupakan sebuah perpustakaan yang tidak mengamalkan birokrasi sebagaimana yang kebiasaannya bagi sebuah perpustakaan tipikal di Malaysia. Atau dalam bahasa mudahnya, perpustakaan terbuka atau street library. Pengunjung buku jalanan boleh membaca serta meminjam buku dengan percuma tanpa ada sebarang komisen dan duit kopi yang perlu diberikan buat pengerak buku jalanan.

2. Habih tu macam mana hangpa nak bagi pinjam?
Peminjaman dilakukan kepada pengunjung atas dasar percaya. Peminjam hanya perlu meninggalkan nombor telefon dan nama sebagai rekod kami.

3.Sapa yang nak pinjam buku hangpa?
Kami mensasarkan remaja-remaja, pelajar-pelajar, peminat-peminat buku dan juga penduduk setempat yang kebiasaannya beriadah di sekitar lokasi buku jalanan. Tidak lupa juga pasangan kapel dan mat-mat rempit yang berkeliaran di situ.

4.Bila nak bagi balik buku?
Pemulangan buku biasanya dibuat dua minggu selepas buku jalanan yang sebelumnya, di tempat yang sama. Namun, tiada masalah sekiranya pengunjung ingin meminjam lebih lama daripada tempoh itu. Tapi kalau dah dekat setahun pun baca tak habis lagi, hang mengeja ka?

5.Hangpa bagi pinjam buku-buku tu takdak orang curi ka?
Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengunjung dan pembaca di buku jalanan. Bagi kami, orang yang membaca adalah orang yang bertamadun dan mencuri buku adalah sesuatu yang patut dimalukan.

6.Hangpa dapat mana semua buku tu?
Kebanyakan buku-buku ini adalah koleksi peribadi penggerak-penggerak buku jalanan dan juga sumbangan orang awam dan penulis-penulis buku itu sendiri.

7.Hangpa selalu buat time bila?
Kebiasaannya akan dijalankan di waktu sekitar 5 petang hinggalah ke senja bergantung kepada cuaca. Kekerapan yang biasa diamalkan adalah setiap dua minggu sekali.

8.Buku jalanan ni kat mana lagi ada?
Buku jalanan mempunyai banyak cawangan lain seperti di Jitra, Ipoh, Shah Alam, Padang Kota, Dataran Pahlawan, Kota Kinabalu, Seremban, Buku Jalanan TITI, dan Kuching. Hangpa jangan dok buat main. Ingat lekeh ka?

9.Dalam semua buku jalanan, yang mana paling ramai abang-abang hensem?
Sudah pasti buku jalanan Tasik Jitra.

10. Saya dah taktau nak tanya apa dah, saya stop tanya boleh dak?
Tak boleh. Hang kena tanya lagi satu soalan.

11. Abang Solihin Zubir pi dak Buku Jalanan ni?
Aku takdak abang. K,bai.

p/s : Sumber asal FAQ di atas dipetik dari geng Buku Jalanan Padang Kota bagi memberi penjelasan kepada yang tertanya-tanya apa menatang Buku Jalanan tu. Ditokok tambah oleh aku untuk lebih kesan dramatik.


Jadi, aku dengan sukacitanya ingin memaksa kalian semua untuk menghadirkan diri ke Buku Jalanan Jitra 3.0 pada Hari Sabtu ini bersamaan 13 Oktober 2012. Lokasinya di Tasik Darulaman, Jitra. Event kali ini agak menarik kerana melibatkan kolaborasi bersama ZineSatuMalam menganjurkan Puisi Satu Petang Jitra #2. Kali ini bertemakan zombie makan otak-otak secara santai. Maklumat lanjut, pi ushar kat blog sahabat saya yang merupakan orang kuat Buku Jalanan Jitra, Taufiking.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, tiada ajal mendatang, aku akan pi Buku Jalanan Jitra 3.0 Sabtu ni. Sapa yang nak bergambar or mintak sain aku tu, tolong sedia duit sorang 10 ringgit. Mintak tolong beratuq, jangan berebut. Jangan risau, semua dapat.

Todiaaaa.. Punyala bajet! Kah! Kah! Kah!




SZ : Daripada dok pi jadi ulat bulu atau kutu kat tepi tasik tu, lebih baik jadi ulat buku.

Wednesday, October 3, 2012

15 Soal Jawab Orang Kafir Yang Persoalkan Kebenaran Islam

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.



Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.


**sumber asal artikel ini dipetik dari fb dan disunting semula untuk penambaikan.



p/s : Sebaik-baiknya, jika anda tidak yakin untuk menjawab soalan-soalan seperti di atas bersendirian, eloklah bawa orang itu berjumpa dengan orang yang lebih alim dalam hal agama untuk menyelesaikannya. Ini hanyalah sebagai perkongsian dan rujukan.