Pages

Saturday, September 29, 2012

Gula-Gula Smartphone

Sana-sini sembang pasal Bajet 2013 yang dibentangkan Najib semalam. Isu yang paling mendapat perhatian adalah isu gula dan smartphone. Jadi, aku nak komen isu tu je. Owh yaa.. Sebelum ada yang melenting dan cakap aku tak bersyukur, aku nak tanya adakah aku sebagai rakyat tiada hak untuk memberikan pendapat dan komen? Lain orang, lain cara penerimaannya. Rileks sudah. Kita bincanggggg..

Gula

Tergelak melihat tajuk-tajuk berita yang menggunakan tajuk "Subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo". Kenapa tidak terus straight to the point mengatakan "Harga gula naik 20sen sekilo"? Ada beza ok. Kaedah psikologi digunakan untuk mengelirukan sesetengah rakyat. Hasilnya, ada juga yang bersorak bila Najib mengumumkan subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo. Tak faham apa itu subsidi la tu.

Alasan gula dinaikan kerana ramai rakyat Malaysia yang menghidap diabetes. Tapi, adakah pengeluar makanan dan minuman akan mengurangkan gula dalam produk mereka? Contohnya, kalau kuih tawar macam biskut mayat, siapa nak beli? Alamatnya harga naik la. Paling tidak pun, kuih akan semakin mengecil.

Lepas ni bolehla tempek gambar kaki pesakit diabetes kat setiap packet gula sebagai kempen kesedaran kurangkan pengambilan gula macam kat kotak rokok tu. Tapi, rokok harga mahal macamana sekalipun, letaklah gambar yang mengerikan macam mana sekalipun, tetap perokok tegar beli. Apatah lagi gula yang merupakan keperluan.


Smartphone

Rebat pembelian smartphone 3G sebanyak RM200 diberikan untuk belia berusia 21-30 tahun berpendapatan kurang RM2000. Sebanyak 300juta diperuntukkan untuk itu. Apa rasionalnya?

Smartphone bukanlah satu keperluan tetapi lebih kepada kehendak. Ada ke yang sanggup nak beli smartphone harga RM1-2K semata-mata nak dapat rebate RM200? Sepatutnya kerajaan galakkan belia jimat berbelanja, bukannya bermewah-mewah. Lagipun, kalau dah kemaruk sangat nak pakai smartphone, sekarang dah banyak yang murah dan mampu milik tanpa perlu rebate pun. Eh, ada tak smartphone harga RM200? Boleh dapat free. lol.

Jangan diorang deal dengan pengedar smartphone untuk letak harga RM200 lebih daripada harga semasa dahla. Contohnya, letak harga RM1000. Lepas tolak rebate, jadi RM800. Walhal sama saja harga tu kalau kita nego. Rebate RM200 hanya untuk mengaburkan mata belia. Tup tup tiba-tiba nanti deal pulak dengan mana-mana pengeluar smartphone untuk jadi pengedar tunggal, kemudian letak jenama 1Malaysia macam netbook yang tak berkualiti tu. Hancur la..

Kalau benar nak tolong belia, lebih baik rendahkan nilai prepaid dan kadar panggilan. Baru jimat bil harian. Ini aku baru topap RM10 semalam, 2 hari dah kong. Padahal tak guna sangat pun. Ntah celah mana diorang sedut caj-caj tersembunyi tu. Dan aku rasa golongan belia berusia 21-30 tahun macam aku ni lebih memerlukan harga rumah dan kereta mampu milik. Bagi yang masih belajar, mungkin perlukan pendidikan percuma. Tapi, kalau dah susah sangat, manfaatkan saja 300juta tu untuk subsidi gula. Lainlah kalau smartphone tu boleh menghasilkan gula setiap kali direndam dalam air.



Masyarakat sedang sakit dengan masalah sosial, masalah ekonomi, masalah iman dan berbagai lagi masalah. Yang mereka perlukan ialah ubat bukannya gula-gula. Ubat yang paling berkesan untuk masyarakat kembali sihat ialah ISLAM. -ilmi-islam.com

p/s : Owh ya.. Kepada yang asyik nak cakap, "tak reti bersyukur dengan kerajaan tu", eloklah merajinkan diri untuk baca ni... Pak Menteri, Tolong Ajarkan Saya Erti Kesyukuran!



SZ : Macam aku cakap semalam, ada baiknya jika ada bajet untuk Maahad Tahfiz.

Hikmah Rasulullah SAW Berdakwah Dengan Kasih Sayang Terhadap Orang Kafir


Kenapa Rasulullah saw pernah melarang membunuh kafir yang menghina Islam? Apa hikmahnya?

Merujuk kepada kisah Tsumamah bin Utsal, seorang Raja Yamamah yang membuat percubaan untuk membunuh Rasulullah saw setelah menerima surat daripada baginda yang mengajaknya memeluk Islam. Maka, darahnya juga telah dihalalkan oleh Rasulullah untuk dibunuh oleh para muslimin ketika itu. Akan tetapi, dalam satu pertempuran dengan para sahabat, Tsumamah berjaya ditawan dan diikat pada tiang masjid untuk menunggu keputusan Rasulullah menjatuhkan hukuman.

Akan tetapi, Nabi SAW memerintahkan para sahabat agar melayani Tsumamah dengan baik. Membuatkan para sahabat terkejut. Walaupun sebelumnya Nabi SAW telah menghalalkan darah Tsumamah, tetapi baginda tidak memerintahkan para sahabat membunuhnya, bahkan memerintahkan untuk melayaninya dengan baik. Sungguh mulia akhlak yang Rasulullah tonjolkan. Pulang dari Masjid, Nabi SAW menemui para isterinya dan memerintahkan untuk mengumpulkan makanan yang dimiliki untuk melayani Tsumamah dan tawanan yang lainnya. Baginda juga memerintahkan beberapa sahabat untuk memerah susu sebagai minuman mereka. Selepas 3 hari ditawan, Tsumamah pun dilepaskan.

Setelah dilepaskan, Tsumamah merenung kembali apa yang telah terjadi. Beliau tersentuh dengan layanan yang diberikan walhal Rasulullah dan para sahabat berpeluang untuk membunuhnya dengan mudah. Lalu pintu hidayah mula terbuka. Tsumamah kembali ke masjid, di depan para sahabat yang sedang berkumpul, dia dengan lantang mengucapkan dua kalimah syahadah untuk menyatakan keIslamannya. Kemudian dia menghadap Nabi SAW seraya berkata :

"Ya Muhammad, Demi Allah, dahulu tidak ada wajah yang paling aku benci kecuali wajahmu, tetapi hari ini, wajahmu menjadi wajah yang paling aku cintai. Demi Allah, dahulu tidak ada agama yang paling aku benci kecuali agamamu, tetapi hari ini, agamamu menjadi agama yang paling aku cintai. Demi Allah, dulu tidak ada tempat yang paling aku benci kecuali tempatmu, tetapi hari ini, tempatmu adalah menjadi tempat yang paling aku cintai."

Nampak tak? Rasulullah mengembangkan syiar Islam dengan penuh kelembutan, kesabaran dan kasih sayang. Bayangkan jika Baginda asyik berperang sahaja dengan orang kafir, apa akan terjadi? Tanpa kasih sayang untuk menyelamatkan manusia-manusia yang kafir, nescaya Islam hanya akan berkembang hanya di kalangan sahabat-sahabat Baginda sahaja. Mungkin juga Islam tidak akan berkembang ke negara kita ini. Jika tidak dengan cinta Rasulullah itu, agama yang kita anuti sekarang mungkin sama dengan agama si kafir yang menghina Islam itu. Nauzubillah...

Syukurlah kita telah dilahirkan dalam keluarga Islam. Bayangkan jika kita lahir dalam keluarga kafir, adakah kita sanggup meninggalkan keluarga yang kita sayang semata-mata untuk menyarung 'baju' Islam?



SZ : Aku pun hangin jugak dengan orang yang persenda agama aku. Tapi, itulah kelemahan kita. Iman lemah. Tak boleh nak sabar.

Friday, September 28, 2012

Halalkah Darah Kafir Yang Menghina Islam Dibunuh atau Diserang?

Isu hina Islam terus hangat diperkatakan. Dan yang terbaru, seorang pemuda India didakwa mengeluarkan statement menghina Allah dan Rasul yang boleh dianggap sangat keterlaluan. Maka sejurus selepas itu, muncul sekumpulan pemuda yang mendakwa diri mereka 'pejuang fisabilillah' mula bertindak ganas melancarkan serangan ke rumah pemuda India tersebut. Maka, habis binasalah harta benda di rumah si penghina Islam tersebut termasuklah 'rumah Tuhannya'. Mujur suspek tiada di rumah. Jika tidak, pasti lunyai juga pemuda bernama Gopi tersebut dikerjakan sekumpulan 'gangster beriman' kononnya itu.


Antara hujah dan dalil yang digunapakai oleh 'pejuang fisabilillah' ini bagi menghalalkan perbuatan ganas mereka adalah seperti di bawah :

"Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". [Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud].

Berdasarkan hadis di atas, halalkah darah kafir yang menghina Islam dibunuh atau diserang?

Berikut adalah fatwa Sheikh Hussein Halawa, Ketua Setiausaha Majlis Fatwa Eropah merangkap Timbalan Pengerusi kepada Sh Yusuf Qardhawi berkenaan isu ini :

Kisah tersebut berlaku di zaman Ummah ditadbir & dipimpin Khalifah Ali r.a dan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Bentuk hukuman itu sesuai untuk zaman dan persekitaran tersebut. Saya telah duduk berbincang dengan para ulamak dan kami tidak setuju dengan tindakan menyerang atau membunuh mana-mana kafir yang menghina Islam di zaman kini. (Di dalam khutbah Jumaat 14/09/2012 Sheikh Hussein Halawa telah berpesan kepada Ummah agar melakukan protes secara aman dan tidak sekali melakukan apa-apa tindakan ganas terhadap provokasi video menghina Nabi Muhammad saw).

Kenapa Ummah perlu serang atau membunuh mereka yang jahil sedangkan sudah terang di dalam Al-Quran bahawa kaum-kaum ini memang akan memaki hamun Islam dan RasulNya tetapi kita hendaklah bersabar dan mengambil tindakan susulan penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan.

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." [Ali Imran:186]

Sh Dr. Muhammad Ibrahim timbalan Sh Hussein Halawa mencelah dan menambah kepada hujah mengapa kafir yang jahil tidak boleh diserang atau dibunuh berdasarkan firman :


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [An Nahl:125-128]


Kesimpulannya, memang Rasulullah SAW ada mengarahkan sahabat baginda membunuh, tetapi ada juga yang baginda tidak mengarahkan berbuat sedemikian. Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW arahkan, atau benarkan bunuh, mereka adalah orang yang masyarakat mereka sendiri tidak hairan jika dia dibunuh. Mungkin kerana sikapnya yang memang buruk, bukan sahaja kepada Rasulullah SAW.

Namun bagi mereka yang memang lemah, hanya sekadar mampu berkata-kata, atau mereka yang jika dibunuh akan menimbulkan fitnah semula kepada Islam, atau pada zaman di mana jika ummat Islam membunuh orang yang menghina Rasulullah SAW, maka Islam yang akan mendapat keburukannya, (contohnya seperti sekarang ini umat Islam dilabel sebagai terrorist) maka Rasulullah SAW jelas tidak mengarahkannya dan melarangnya.

Kerana itu, ketika Sumayyah RH dibunuh, Rasulullah SAW tidak benarkan sesiapa menuntut bela. Sebab itu kala Abdullah ibn Ubay bin Salul hendak dibunuh oleh para sahabat, baginda melarangnya.

Ini semua menunjukkan ada situasi-situasinya, dan kita perlu bijak menilai di manakah situasi kita.


**Rujukan : FB Ameno World dan Hilal Asyraf


Apa hikmah Nabi tidak membenarkan kafir yang hina Islam dibunuh dan perlu berdakwah dengan kasih sayang terhadap orang kafir? Tunggu next entry..



SZ : Nak berjihad atau nak tunjuk gangster?

Saturday, September 22, 2012

Diana Amir Bertunang Dengan Kawan Sekolah Aku?

Tadi aku ternampak ex-schoolmate aku, Taufik Naim share satu gambar kat dalam group facebook sekolah aku dulu, Maktab Mahmud Batch 00-04. Gambar Diana Amir bersama tunang beliau yang juga merupakan ex-schoolmate merangkap ex-classmate aku? Biaq betoi? Mulanya aku ingatkan depa ni saja main-main gambar photoshop. Maklumlah aku mana nak layan rancangan hiburan macam Melodi dan Galaksi segala tu. Rupa-rupanya memang betul sebab banyak blog-blog hiburan dah mula sebarkan gambar tersebut.

Gila! Sekali lagi aku terpinga-pinga macam tak percaya. Hoi! Kawan sekolah aku! Hahaha.. Takdak angin, takdak ribut, dah bertunang dengan retis. Tapi, baguih la sebab merahsiakan pertunangan. Sebab memang itu yang digalakkan dalam Islam. Tapi kalau dah nama retis, sembunyi macam mana pun wartawan korek jugak sampai dapat.


Menurut laporan blog-blog hiburan yang suka buat palatau, tunang Diana Amir merupakan seorang ustaz. Mungkin sebab depa tengok dia pakai kopiah putih, terus cop kata ustaz. Sebenarnya dia merupakan seorang lecturer. Tapi, kira boleh jugaklah dianggap Ustaz sebab ada latar belakang agama yang baik. Belajar pulak kat antara sekolah agama yang elit kat Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Star. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama yang terkenal seperti pasangan suami isteri pengacara Semanis Kurma, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor iaitu bekas Presiden PAS dan ulama yang disegani serta ramai lagi nama yang tak tersebut. Cewah! Up saham membe-membe..

Siapakah nama penuh tunang Diana Amir merangkap kawan sekolah aku ni? Haha.. Biarlah rahsia. Cukuplah sikit-sikit. Privacy orang kena jaga. Yang mana tau tu, tau la. Nak dedah lebih-lebih, tak elok pulak memandangkan diorang baru saja mengikat tali pertunangan, belum lagi nak kenduri kahwin. Tunggu jelah Abg Roti Kaya dengan Abg Nara hangpa tu bukak fail siasatan. Nak tau jugak, pandai-pandai la hangpa rasuah aku. lol.

Yang aku boleh bagitau, tunang Diana Amir ni ada saudara kembar. Adik kembar dia model, pernah jadi duta produk dan dok berkawan jugak dengan golongan retis ni. So, potensi untuk si abang mendapat jodoh retis tu ada. So, tak menghairankan sangat sebenarnya. Benar, artis juga manusia biasa yang tidak perlu dikecohkan dan dipelikkan pun sebenarnya. Tapi, sudah lumrah dunia bahawa yang popular itu akan mendapat perhatian ramai.

Kat bawah ni ada gambar aku dengan si kembar ni masa form 3, lepas PMR. Bukti beb. Bukti. Waktu ni la nak tumpang populariti pun. Untung-untung, dapat edjas Neelofa ka, Rosnah Mat Aris ka. Tarbiah bagi insaf sikit. Heheh.. Tiz Zaqyah dah dapat dulu. Kah3.. K, lawak ja. K, tak lawak. K, bye..

Si kembar yang dalam bulatan merah tu. Habib yang duduk tu. Adik kembar beliau yang diri tu..
Aku? Cari la sendiri.. Terer teka la..

Inilah yang dikatakan jodoh kuasa Allah. Kadang-kadang Allah swt dah atur jodoh kita semua tanpa kita semua jangka pun siapa dia sebenarnya jodoh kita. Hingga kita sendiri pun rasa macam tak percaya.

Tahniah Diana Amir! Tahniah kawan saya, Habib! Ehh.. terbagitau nama pulak.. Alaa. Dah kecoh pun kan nama dia Habib. Doakan saja yang terbaik buat mereka. Semoga kekal bahagia dunia akhirat. Amin!




SZ : Aku pulak nak pilih retis mana? *selak katalog majalah Mangga* LOL

Saturday, September 15, 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari

Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.



Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!





SZ : Aku pun sembang ja kencang. Pakat-pakat muhasabah diri la kan.

Wednesday, September 12, 2012

Bom Kelab Malam dan Bunuh Kaki Maksiat

Kisah yang ingin dikongsi ini disampaikan oleh Syeikh Muhammad Metwally Al Shaarawy..


Pernah pada suatu hari, aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di negara-negara umat Islam seluruh dunia, halal atau haram hukumnya?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat syaitan untuk membawa mereka ke neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu, kumpulan kamu dan syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”


Sabda Rasulullah s.a.w : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah s.a.w maka Baginda pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda s.a.w : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah?

Baginda s.a.w menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.


Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah s.a.w pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"


sumber : facebook

***************************

Nampak? Tapi, ada antara kita bila tengok orang buat maksiat saja, kita maki hamun dan hina dia. Jika ada yang buat maksiat mati kena belasah misalnya, kita cakap padan muka. Walhal kita sepatutnya malu kerana gagal berdakwah kepada mereka. Kita sepatutnya sedih kerana tidak sempat menyelamatkan saudara seagama kita daripada dilemparkan  ke neraka.

Renung-renungkan. Jangan sampai termenung.




SZ : Lagi bagus, haramkan saja pusat hiburan, kelab malam dan segala aktiviti yang mempunyai unsur maksiat ni.

Sunday, September 9, 2012

Opp Opp Opp Aku Pang Hang Lagi Style

Opp Opp Opp.. Biasanya digunakan oleh kita sebagai isyarat berhenti atau stop. Sebagai contoh, brader-brader yang jaga parking akan cakap "Opp Opp Opp" sebagai isyarat kepada driver yang tengah reverse kereta nak masuk lot parking supaya stop takut terlanggar tembok atau kereta lain. Begitu juga jika rakan kita menuang air ke dalam gelas kita, kita akan cakap "Opp Opp Opp.." kalau kita hanya mahu minum setengah gelas sahaja. Selain digunakan oleh pihak polis dalam operasi mereka mencegah jenayah, misalnya Opp Opp Ops Statik dan Opp Opp Ops Sikap. Juga biasa terpacul dari mulut orang yang terkejut atau melatah, "Opp Opp Oppocot, Opp Opp Opah kau.." Upsssss.. Terlebih sudah aku melalut.

Syawal baru-baru ini yang sepatutnya diiringi dengan laungan takbir sebagai tanda kemenangan umat Islam, tiba-tiba dilanda fenomena Oppa Gangnam Style yang tak berapa nak stai sangat sebenarnya di seluruh pelusuk dunia. Aku pada mulanya malas nak ambik port sangat dengan benda alah macam ni sebab aku bukanlah peminat muzik k-pop yang menjadi kegilaan gadis-gadis. Sebab aku cuma layan lagu-lagu berunsurkan kemelayuan seperti keroncong, ghazal dan etnik kreatif sahaja. *mata ke atas, tangan ke dada*


Disebabkan tidak mahu dikatakan ketinggalan keretapi kononnya, aku pun menekan butang search di YouTube bagi mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya pada Hari Raya ke-7. Bila ada yang cakap kat aku, "Baru nak kecoh pasal Gangnam? Benda tu dah lama la. Masa bulan puasa lagi." Cewah.. Bajetnya beliau. Maka, aku pun dengan bongkaknya meng'reply', "Aku sibuk beribadat bulan puasa lepas. Nak online internet pun tak sempat. Dok online dengan Tuhan." Heheh.. Kelihatan agak riak, takbur dan ujub di situ kan. Walhal aku sibuk tidur ja. Heheh.. Aku pun tak tahu apa benda yang dia mencarut dalam lagu tu. Bila tengok video klip tu, standard lagu k-pop la kan kena tonggek tayang bontot. Lantas aku memalingkan pandangan ke arah jalan yang benar. Ok, fine. Nampak benor nipunye. Keji betul.

Tidak lama selepas itu, muncul para-para ostad tampil membidas fenomena Gangnam yang melanda umat Islam kerana boleh merosakkan akidah katanya. Ya.. Memang benar apa yang diperkatakan oleh para ostad tersebut. Tapi, bagi aku bukan Gangnam sahaja yang merosakkan akidah. Kebanyakkan lagu dan video klip lain juga merosakkan akidah terutamanya lagu-lagu dari barat yang anak muda kita hanya tahu menyanyi dan menghafal lirik tanpa mengetahui maksud lagu tersebut. Biasalah. Jika kita umat Islam ada lagu nasyid yang berunsur ketuhanan, orang kafir juga ada lagu 'nasyid' mereka sendiri yang memuji tuhan mereka. Tapi, kita yang lurus bendul ni, ikut sahaja menyanyi terkinja-kinja macam beruk.

Kemudian, golongan yang taksub mengkaji maksud-maksud tersirat berkaitan Yahudi, Freemason dan Illuminati ini juga tidak mahu melepaskan peluang mencuri perhatian dengan dakyah mereka. Katanya, "Oppa Gangnam Style" tu bermaksud "Saya Seorang Yahudi." Aku syak, itu cuma permainan trollers yang nak troll bebudak yang paranoid dengan benda-benda macam tu. Dan yang terbaru, seperti di bawah ini :


Har.. Mai sini aku nak bagi pendapat..

Alasan yang diberi bila ditegur, "Aku tak kira samada berita tu betul ke tak. Janji aku dah sebarkan untuk kebaikan umat Islam." Walhal, dia yang sebarkan itu sendiri sedang menghina dan menjatuhkan Islam. Bagaimana? Memaparkan default picture yang tidak menutup aurat. Bukankah itu juga menghina Nabi dan Allah? Kerana tidak patuh ajaran yang disampaikan oleh Nabi SAW serta diperintah oleh Allah SWT. Nampak?

Berita bohong sama sahaja dengan fitnah. Matlamat tak menghalalkan cara. Menyebar cerita bohong macam tu hanya mengundang ketawa terhadap umat Islam. Menampakkan umat Islam terlalu paranoid, lemah dan senang ditipu. Aku dah tengok terjemahan lirik lagu tu. Celah mananya yang hina Nabi dan sebut perkataan Yahudi? Yang aku tahu, lirik lagu tu berkenaan gaya hidup orang Korea di sebuah bandar bernama Gangnam yang kononnya sebuah tempat highclass macam kat Bukit Bintang misalnya. Highclass sebab banyak tempat maksiat. Heheh.. Rujuk Maksud Lirik Oppa Gangnam Style

Eh. Aku bukan nak back up Gangnam Style tu. Aku cuma nak tegaskan di sini, lagu Gangnam style patut dipulau bukan kerana kononnya menghina Nabi, ada kaitan dengan Buraq, Yahudi dan segala bagai tafsiran mengarut tu. Tapi kerana ia mempunyai unsur maksiat dan gerak-geri lucah. Tambahan banyak video parody yang menampilkan gadis beragama Islam terkinja-kinja berbaju kurung membuat tarian menunggang kuda ala Gangnam Style. Sesuaikah dengan adab sebagai muslimah? Wajarkah ianya menjadi ikutan? Gangnam secara tak langsung dah menjahanamkan kita semua. Dok Opp Opp.. Aku pang hang baru tau. Lagi stai..

Kononnya Korea nak menjatuhkan Islam? Jangan kerana Gangnam menjadi fenomena, baru kita hendak bertindak memulaunya. Ianya lebih kelihatan seperti hendak mendengki. Bukan sahaja lagu Gangnam yang patut difokus. Lagu-lagu lain juga yang berunsur maksiat patut dipulaukan. Bukan sahaja Korea, seluruh negara dan masyarakat bukan Islam sedang berusaha menjatuhkan Islam secara halus dengan hiburan yang melalaikan. Tetapi kita masih leka dan sibuk dengan hiburan duniawi. Terpukau dengan wajah mereka yang konon jambu dan tarian-tarian yang tak style pun sebenarnya.

Benar. Susah juga sebenarnya nak hidup tanpa lagu di akhir zaman ni. Aku sendiri pun dok melayan jugak lagu-lagu omputeh ni. Tak payah nak muhung la kan cakap aku dok dengar nasyid dengan bacaan ayat Al-Quran saja. Nampak benor bajet alimnya. Tapi, belajarlah untuk berpada-pada dan tidak berlebihan sehingga melalaikan. Dan jangan ghairah menyebar cerita bohong dan fitnah walaupun dengan niat untuk menyedarkan. Sedarkan dengan hujah yang benar.

p/s : Kadang-kadang, ada antara kita ni lebih sibuk mengkaji maksud tersirat berkenaan Yahudi, Illuminati dan Freemason berbanding mengkaji agama sendiri yakni ISLAM!




SZ : Aku jarang update. Tapi sekali update, tudiaaa punya meleret panjang. Biaq pi..

Wednesday, September 5, 2012

Tak Sepadan Langsung Pasangan Suami Isteri Tu!

Antara soalan yang biasanya diajukan berkenaan pasangannya jika seseorang tu baru berkahwin ataupun baru dapat pakwe/awek baru ialah "Cun tak?". "Hensem tak?".

Cun ke tak bini dia? Perlukah tanya soalan bini dia cun ke tak? Kalau memang cun, boleh la aku jawab dengan jujur. Tapi, kalau bini dia muka tak seberapa, takkan aku nak straight to da point cakap dia huduh? Bukankah aku dah dikira menghina ciptaan Allah?

Agaknya dah jadi lumrah antara kita suka bertanya dan membandingkan pasangan seseorang. Antara contoh-contoh lain..

1. Kenapa suami hensem, isteri tak lawa? Kenapa isteri lawa, suami huduh?
2. Lelaki tinggi macam galah, kenapa pilih bini yang pendek macam ayam katik? Bini tinggi, kenapa pilih lelaki yang lebih rendah dari dia?
3. Macamana lelaki yang tough macam tu boleh suka pompuan kolestrol macam dia? Pompuan tu body cantik, tapi kenapa pilih lelaki gemuk macam badak air?
4. Anak dara kahwin dengan duda tua bangka? Eurghhh.. Anak teruna kahwin dengan janda anak 18? Eurghhh jugakkk.
5. Suami hitam macam juboq belanga. Macam manalah bini dia yang putih melepak tu boleh berkenan.
6. Suami alim, isteri tak senonoh. Isteri ustazah, tapi suami kaki betina.

Dan macam-macam lagilah yang kita biasa dengar berkenaan perbandingan pasangan yang dianggap enggak cocok ni. Sehingga timbullah pelbagai andaian buruk. Kononnya kahwin sebab nak kikis harta semata-mata, kena calit minyak senyonyong, pakai bomoh dan lain-lain lagi.


Perlu diingat, citarasa dan pemikiran manusia ni tak sama. Mungkin yang alim nak bimbing pasangannya yang kurang baik tu. Mungkin dia bukan terpikat pada rupa paras, tapi pada akhlaknya, Terpikat pada budi, bukan body. Mungkin dia suka yang badan gemuk sebab sedap nak peluk. Suka pasangan yang tua maybe sebab dia lebih matang dan penuh pengalaman. Suka yang kecik genit mungkin sebab senang nak dukung atau lambung. Owh yeahhh.. Hodoh di mata kita, tapi cantik di mata pasangannya.

Nampak tak permainannya di situ? Nafsu masing-masing la kan. Dia punya teman sekatil, lantak dia la nak yang macam mana pun. Siapa kita nak pertikaikannya? Itupun jika kahwin berkiblatkan nafsu la. Yang selalu timbulkan perbandingan macam tu, kahwin sebab nafsu semata lettewww..

Senang cerita, dah tertulis tu jodoh dia. Allah dah tentukan sejak azali. Kita tak payahla nak komplen. Dah jadi mengumpat dan fitnah pulak. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan itu. Bukannya menjadi juri mengkritik pasangan orang lain.

Kecantikan dunia ni tak kekal. Selak kulit muka, nampak tengkorak jugak. Lawa kat dunia ni, kalau masuk neraka, huduh jugak. Kalau kat dunia ni muka hang buruk macam mana sekalipun, masuk syurga nanti, kompom hensem lawa tak hingat punya. Kita yang lelaki ni kena kejar bidadari kat syurga sana. Yang pompuan pulak kena berusaha jadi ketua bidadari kat syurga nanti.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Sahih Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” (At-Tirmizi)


Rujukan : webblog.myjodoh.net




SZ : Jangan komplen sapa bini aku nanti.