Pages

Friday, August 31, 2012

MERDEKA Hanya Sekadar Laungan?


Apa itu Merdeka? Yang terlintas di kepala otak anda apabila mendengar perkataan Merdeka pasti lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman, jalur gemilang, wajah Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, perarakan perbarisan dan cuti umum bukan? Tidak lupa juga tema merdeka yang paling awesome sepanjang 55 tahun ini, Janji Dicapati. Di kalangan pelajar pula, Merdeka bermaksud bebas daripada azab exam. Adakah merdeka hanya sekadar laungan?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu. Jadi, tidak hairanlah jika hari ini kita dapat lihat semakin banyak manusia yang bebas melakukan dosa dan maksiat kerana kita berada di negara yang merdeka. 'Merdeka' dari sistem pemerintahan dan undang-undang Islam. Jadi, buatlah dosa sekerap mungkin, semoga jalan ke neraka dapat ditempuhi tanpa sebarang halangan.

Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah :

“Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Apa maksud sebenar erti kemerdekaan menurut perspektif Islam?

Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum :

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.


Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan Nabi?

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan zahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Jadi, adakah kita benar-benar sudah MERDEKA?

Kita megah melaungkan kalimah MERDEKA. Tapi, merdeka hanya menjadi sekadar laungan. Hakikatnya kita masih belum faham erti sebenar kemerdekaan. Kerana kita masih belum mencapai merdeka sebenar. Jiwa yang merdeka bukan terletak pada megahnya mengibarkan jalur gemilang semata-mata.







SZ : Dulu masa kecik, orang sebut "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!".. Tapi aku sebut "PENDEKAR! PENDEKAR! PENDEKAR!".

Thursday, August 30, 2012

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi


Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.




Aku tertarik untuk share benda ni sebab lebih kurang macam sama saja dengan perkahwinan impian aku. Terutamanya no.3 tu. Aku pernah cakap, yang aku akan suruh bini aku pergi basuh muka dia pada waktu tu jugak kalau dia pakai mekap tebal. Kalau tak, jangan duduk sebelah aku. Tak perlu menipu aku dengan kecantikan palsu kerana aku terimanya seadanya. Aku taknak tanggung dosa isteri aku pada hari pertama pernikahan kami. Ingat ye bakal isteri aku yang masih tidak diketahui siapa gerangannya. Heheh..




SZ : Lama tak update, sekali update bab nikah daaa.. Mungkin aku akan update satu lagi isu berkenaan suami isteri yg aku tak puas hati bila free nanti.

Saturday, August 4, 2012

Bazir Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan. Janji diketupati.

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ketiga Ramadhan dah. Pejam celik pejam celik, lagi 14 hari nak raya. Pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih rupanya aku tak update blog. Pejam celik pejam celik, mujur mata aku tak pejam tak celik-celik dah. Tuhan masih bagi nyawa untuk aku bayar hutang dosa. Hang pun sama!

Untuk rekod, aku masih lagi bertahan tidak menjejakkan kaki di Bazar Ramadhan pada tahun ini. Malangnya rekod tersebut terpaksa dileburkan pada petang ini di bazar sekitar Sg Petani kerana aku akan menghadiri majlis iftar group Kami Blogger Utagha (KBU). Aktiviti ke bazar adalah sebahagian daripada tentatif program tersebut.


Bercerita mengenai Bazar Ramadhan, eloklah kiranya kita mengumpat mengenai keburukannya. Memandangkan bercerita tentang kebaikan pasti mengundang kebosanan. Manusia kan suka mengumpat yang buruk huduh ja. heheh.

Satu hal yang aku perhatikan sesetengah orang tu. Masa bulan lain, punyalah berkira dengan perut sendiri. Makan nasik sekali sehari saja. Makan waktu lunch pakej sekali dengan breakfast+dinner sekali hadam. Tapi, bila tiba bulan puasalah perut kita ni jadi macam orang mengandung, mengidam makanan pelik. Kalau bulan lain, nak cabut seringgit sehelai dari wallet pun fikir 18kali. Tapi, masa bulan puasa, kita dengan kayanya habiskan lebih dari RM10 hanya untuk sekali makan ketika berbuka. Padahal beli punya banyak tapi makan tak habis pun.


Kat bazar tu, melilau berjam-jam sebab rambang mata tak tahu beli yang mana selain sibuk mencuci mata. Suasana di bazar seperti yang kita sedia maklum sering dihiasi aweks cun yang malas masak berkeliaran membeli juadah. Tidak kurang makcik-makcik yang menjadikan anak gadisnya sebagai pelaris. Teringat pulak awek roti jala kat bazar Alor Gajah dulu. Aku tak pernah miss beli roti jala yang beliau buat. Walhal bukannya sedap sangat pun. Sedap mata memandang saja.

Kalau dah terlalu manjakan nafsu, Bazar Ramadhan dah jadi Bazir Ramadhan. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan untuk berjimat cermat bertukar sebaliknya dengan aliran tunai semakin deras. Bukan setakat bazir duit dan makanan yang tak habis. Malah membazir masa, tenaga dan pahala. Selain hikmah puasa itu sendiri untuk mendidik jiwa menghayati penderitaan orang-orang yang terpaksa hidup dalam kelaparan.



Nak lagi jimat, berbuka ja kat masjid. Malah berbuka di masjid lebih berdisiplin. Sebab kalau berbuka kat rumah, dah nak masuk isyak baru kalut nak solat maghrib. Oleh kerana terlalu leka terbongkang depan TV mengusap perut yang memboyot akibat mentekedarah melahap ketika berbuka.

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)



SZ : Kurus puasa, tembam dosa.