Pages

Wednesday, June 27, 2012

Cara Paling Mudah Khatam Al-Quran Dalam Masa Sebulan

Pada zaman Rasulullah saw, ada para sahabat Nabi yang mengkhatam al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Tapi, Nabi saw ada memberi pesan, kalau nak khatam dalam masa yang singkat, jangan khatam kurang dari 7 hari.


Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.” Aku berkata: ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.” Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.” (HR al-Bukhari)


Ini supaya kita membacanya dalam keadaan baik, tidak gopoh dan membacanya dengan penuh penghayatan. Kalau baca kelam kelibut pun tiada gunanya juga. Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya. Di samping itu, supaya kita tidak melupakan tugas dan peranan harian kita menempuh aktiviti duniawi. Tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun kena jaga.

Memang ada dalam riwayat menceritakan beberapa tokoh salafussoleh yang mampu khatam dalam masa yang lebih singkat dari 7 hari, terutamanya pada bulan Ramadhan. Tapi, mereka melakukannya kerana mereka faham akan kemampuan mereka membacanya dengan tartil, tajwid yang betul, faham makna dan penghayatan. Sambil tidak mengganggu aktiviti harian dan tugasan mereka. Contohnya Imam Syafi'e diriwayatkan mampu khatam al-Quran sebanyak 60 kali dalam bulan Ramadhan. Masha Allah! Hebat!


Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari

Di sini ingin dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk al-Quran dalam tempoh sebulan.


Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci al-Quran. Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut

*Perkongsian dari : Shah Muzir




SZ : Manusia ni kadang-kadang kena tunjukkan rahsia atau shortcut untuk buat sesuatu. Aku la tu.

Tuesday, June 26, 2012

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Pada Musim Haji

Oleh : Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.


Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: (2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)


Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun.


Firman Allah Ta'ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)


Akhuirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman



*sumber : fb Ustaz Zahazan Mohamed



SZ : Kalau depa buat jugak PRU musim haji, ambik pikiaq sendiri la sapa yang patut hangpa undi.

Monday, June 25, 2012

Latar Belakang Dr Mohamed Morsi Presiden Baru Mesir


Biodata & Latar Belakang

Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah. Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini. Difahamkan kelima-lima orang anaknya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau sendiri dan isterinya juga adalah hafiz/hafizah al-Quran.

Pengajian tinggi Dr. Mursi apabila beliau berpindah ke Kaherah dengan melanjutkan pendidikannya di Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 hingga 1975. Selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama (Cairo) pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya memperoleh Sarjana Kedoktoran, memperolehnya pada tahun 1982 di Universiti Southern California.

Beliau dilantik untuk menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof. di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali dari Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985 hingga tahun 2000 di Universiti Zaqaziq.


Dakwah dan Politik

Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke gelanggang dakwah dan konsisten membela dan memperjuangkan keadilan dan kebebasan, menentang segala bentuk kezaliman dan kekejaman. Beliau yang aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin ini, ikut bertarung dan terpilih sebagai ahli parlimen tempoh 2000-2005. Dan pada pilihanraya parlimen 2005, Dr. Mursi meraih suara terbanyak, mengalahkan musuh politiknya daripada Nasional Demokratic Party (NDP) parti Mubarak, namun keluar keputusan yang tidak berpihak, hingga dilakukan pemilihan semula yang memenangkan parti Mubarak.

Permasalahan lain yang menjadi perhatian utamanya adalah berkaitan Palestin dan Al-Quds, sebagai permasalahan Umat Manusia yang mempunyai hati nurani, dan tidak hanya permasalahan Bangsa Palestin sahaja, tapi menjadi permasalahan bersama umat Islam. Dr. Mursi terpilih sebagai ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah. Selain itu, Dr. Mursi juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr. Muhammad Mursi sangat terkenal dalam bidang akademik melalui pelbagai kajian dalam bidang industri yang menyentuh pengeluaran hasil bumi Mesir, malah mempunyai puluhan kajian dalam menyelesaikan kajian permukaan logam yang dianggap sebagai bidang utama kepakarannya, sehingga kajiannya diiktiraf oleh NASA pada tahun sekitar lapan puluhan yang lalu.


Penjara dan Penangkapan

Dr. Mursi antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim, perjuangan, pengorbanan, diri, jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Sedar dengan akibat yang akan hadapinya, melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara, pengusiran, dan sebagainya, adalah istilah yang tidak pernah lepas dari benak para pejuang.

Sikapnya yang terus menentang tindakan dan perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr. Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demonstrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 orang anggota Ikhwanul Muslimin di depan bangunan Mahkamah Cairo dan bangunan mahkamah Al-Jala di ibu negara Cairo, dan menghuni jeriji besi selama 7 bulan.

Dr. Mursi juga pernah ditangkap bersama-sama dengan sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin yang lain, pada hari Jumaat pagi, yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan demonstrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr. Ahmad ditangkap di saat Dr.Muhammad Mursi mencalonkan diri pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasinya dalam politik selama lima tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula dari pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al Banna, yang syahid terbunuh secara misteri, malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al- Farigili, Abdul Qadir Audah, hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Rujukan : Mohammad Azhan , Wikipedia



"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!



Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!



SZ : Semoga di Malaysia juga bakal mendapat pemimpin yang berlatarbelakang hebat seperti ini. InsyaAllah.

Saturday, June 23, 2012

Pengalaman Menyaksikan Saat Pengebumian Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Tanggal 23 Jun 2012, genaplah 10 tahun pemergian seorang mujahid terulung dan pemimpin yang sangat aku kagumi iaitu Almarhum Dato' Haji Fadzil bin Mohd Noor. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta kerana masalah jantung. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Yang mana jarak rumah aku dengan pusara Ustaz Fadzil hanya memakan masa 30 saat jika menaiki motosikal.

Masih segar lagi dalam ingatanku peristiwa 10 tahun lepas. Ketika itu, aku masih di tingkatan 3, Maktab Mahmud Alor Star dan menetap di asrama. (Almarhum Ustaz Fadzil juga merupakan seorang bekas pelajar Maktab Mahmud dan pernah menjadi tenaga pengajar di situ pada tahun 1967). Sebaik sahaja aku dan kawan-kawan mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian Ustaz Fadzil, kami bergegas menaiki bas awam ke Pokok Sena. Sepanjang perjalanan kami menaiki bas, jalanraya sangat sesak. Penuh dengan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu ke sana untuk memberikan penghormatan terakhir.


Setibanya di sana, aku tergamam melihat lautan manusia memenuhi jalanraya antara Pokok Sena dan Kuala Nerang. Ramai juga yang berebut-rebut mahu mengambil bahagian mengusung keranda Almarhum untuk disolatkan. Solat jenazah yang diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz pula terpaksa dibuat secara berulangkali kerana terlalu ramai yang ingin menyembahyangkan jenazahnya. Sehinggakan ada yang berjemaah di bumbung terbuka banglo seorang hamba Allah.

Jangan salah faham. Ni bukan solat jenazah. Ini solat maghrib ke asar ntah. Aku pun dah lupa.

Subhanallah.. Jika di dunia Allah dah tunjuk bagaimana jutaan umat manusia mengiringi pemergian beliau, apatah lagi di akhirat kelak. Terasa meremang bulu roma aku setiap kali melihat gambar-gambar dalam akhbar sisipan khas sempena pemergian beliau yang masih tersimpan rapi sehingga sekarang. Seumur hidup aku, itulah kali pertama dan terakhir aku menyaksikan fenomena sebegitu.


Semasa hayatnya, Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah. Dan doanya supaya mantan Perdana Menteri Tun M dipanjangkan umur supaya sempat melihat kebangkitan umat Islam di bumi Malaysia. Alangkah indahnya jika Almarhum Ustaz Fadzil masih ada untuk sama-sama melihat kebangkitan anak muda dan revolusi yang berlaku pada masa kini. Secara peribadi, aku lebih suka jika dapat ber'PerdanaMenteri'kan Almarhum Ustaz Fadzil. Seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan.

Aku juga membesar dengan mengikuti ayah aku menghadiri ceramah-ceramah beliau di Muassasah Darul Ulum. Setiap kali hari raya, aku dan keluarga tidak akan melepaskan peluang  menunaikan solat sunat hari raya berimamkan Ustaz Fadzil di Muassasah dan mengambil peluang bersalaman dengan beliau. Suasana di Muassasah ketika itu sangat meriah jika hendak dibandingkan dengan hari ini. Pemergian Ustaz Fadzil memang sangat dirasai.

AL-FATIHAH~~


* KLIK Latar Belakang Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)



SZ : Ini tahun ke-3 aku berkongsi pengalaman ini di blog. Aku tidak jemu mengimbau kisah ini berulang kali. Bukan taksub, tapi kagum.

Friday, June 22, 2012

Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937-2002)




Latar Belakang Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini "Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir. Beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah Illahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir Illahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu. Beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan


Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. (Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh.

Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.

Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini: kata beliau:

"Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasullullah S.a.w itu mendapat sambutan dari kalangan muda.

Rasulullah menyebut dalam hadisnya : "Golongan mudalah yang membantu perjuangan dakwah"

Itulah antara sebab kaum Quraisy tidak senang, mereka mahu golongan muda mereka hidup berpoya-poya, mereka mahu golongan muda mereka menghabiskan masa dengan hiburan, mereka mahu golongan muda mereka tenggelam dalam kesesatan.

Inilah cita-cita kaum Quraisy, dalam kebingungan golongan muda, dalam kesesatan golongan muda dalam kemungkaran yang dilakukan oleh golongan muda mereka boleh meneruskan kezaliman dan kejahatan.

Tetapi apabila mereka melihat golongan muda menyahut panggilan Allah, menyahut panggilan Rasul, menyahut panggilan islam inilah yang menyebabkan mereka tidur tidak lena, makan tak lalu. Yang menyebabkan mereka tidak senang dengan Islam dan kebangkitannya di akhir abad ke 14 dan di awal abad ke15 ini, ialah keran Islam mendapat sambutan golongan muda. Inilah menyebabkan Amerika tidak senang, Rusia tidak senang, Yahudi tidak senang dan Khadam-khadam mereka pun tidak senang. Bila Tuan mereka tidak senang maka khadam ikut tidak senang juga. Menjadi satu perkara biasa khadam ini ikut tuan. Kadang-kadang ia berlagak lebih dari tuan.

Russia sedang dalam ketakutan sekarang untuk menghadapi mujahidin Afghanistan walaupun ia kuasa besar kerana ia melihat Mujahidin Afghanistan itu sendiri dari golongan ummat Islam Afghanistan, dari mereka yang berumur 15 tahun hingga ke 70 tahun. Inilah golongan yang menyertai gerakan mujahidin di Afghanistan."

Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Ustaz Fadzil menyedari ulama mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam masyarakat, mereka kelompok yang mewarisi amanah ilmu daripada nabi SAW. Ulama disepanjang zaman menjadi benteng pertahanan Islam diseluruh belahan dunia Islam, berdadad dengan kezaliman pemerintahan seperti Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Nawawi, Imam Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

" Peranan ulama seperti yang diterangkan oleh sumber-sumber itu ialah menyampaikan Islam, melaksanakan Islam dan memperjuangkan Islam. Peranan ‘ulama’ dalam kehidupan ialah memikul tanggungjawab dakwah Islamiyyah dengan menyeru manusia kepada Islam. Mereka juga wajib menerangkan hukum Allah bagi semua persoalan hidup yang dihadapi oleh masyarakat dalam semua peristiwa yang berbangkit dan diantara kewajipan dan peranan ‘ulama’ juga ia menjelaskan kepada pemerintah, menegur dan mengkritik pemerintah dan melaksanakan Al-Amru Bil-Makruf dan Nahyu Anil-Munkar.

Tanggunjawab Ulama, seperti menegur, mengkritik pemerintah dan memberi penjelasan kepada pemerintah merupakan "kerja politik" yang mesti dipikul dan disedari ‘ulama’. Oleh yang demikian tidak boleh sama sekali membiarkan adanya ‘Ulama’ (juhhal) yang sanggup menyatakan bahawa Islam tidak boleh dicampur adukan dengan politik atau politik tidak ada kene mengena dengan Islam."

Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi

Penglibatan dalam Politik

Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985).

Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983.

PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia.

Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989.Beliau menghadapi saat-saat sukar dalam penglibatannya sebagai pimpinan iaitu peristiwa Memali, ustaz merupakan Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dimana dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan kes ini.

Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu.

Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995.

Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414.

Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen).

Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS.

Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, almarhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya.

Ustaz menunjukkan keprihatinan yang mendalam terhadap mangsa kezaliman ISA, beliau semasa memimpin PAS sentiasa peduli kepada keluarga mangsa ISA, tidak lokek menghulurkan bantuan kewangan dan menyuarakan isu ini disemua peringkat. Beliau turun naik ke Bukit Aman merudingkan pembebasan mangsa ISA, terrmasuk meminta pihak berkuasa membatalkan waran tangkap terhadap ustaz Ibrahim Libya. Semasa menjadi ketua Pembangkang di Parlimen, ustaz Fadzil menyokong kuat Gerakan Mansuhkan ISA.

Beliau juga sangat prihatin dengan isu antarabangsa yang menimpa umat Islam, dengan latarbelakang sebagai pimpinan pelajar, pimpinan belia Islam, ustaz sentiasa bersama dengan penderitaan umat Islam sedunia. Beliau tidak kekok untuk turun berdemonstrasi bersama anak muda, disiram dengan pancutan air kimia yang menyengat kulit, dibom gas pemedih mata. Di perhimpunan aman seperti di lebuhraya KESAS, dihadapan kedutaan asing, beliau dengan lantang menyemangati anak-anak muda dan peserta bantahan, kadang tanpa segan sebagai pemimpin ummah untuk membakar bendera Israel atau Amerika.

Almarhum bukan sekadar galak membakar perasaan para demonstran tetapi juga melibatkan diri secara langsung dalam situasi antarabangsa. Apabila tentera Russia meninggalkan Afghanistan , beliau bersama tokoh gerakan Islam antarabngsa yang lain seperti Sheikh Mustapha Masyhur qazi Hussain terus bergegas ke Afghanistan untuk mendamaikan kumpulan yang bertelingkah.Begitu juga , apabila berlaku reformasi di Indonesia, parti-parti Islam seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ustaz Fadzil bersama pimpinan PAS hadir ke Jakarta, mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam yang diketuai oleh Hamzah Haz. Nasihat beliau kepada teman-teman di Jakarta supaya tidak memperbanyakkan parti Islam, kukuhkan saf untuk berhadapan dengan musuh yang bersatu.

Segala kenangan dengan lelaki berhati emas ini sangat mengesankan , beliau mampu mengingati nama-nama anak buah dengan baik, bertanya khabar, mengambil berat, seolah ayah kepada sebuah keluarga besar.

Perjalanan akhir yang memilukan

Sang murabbi ini telah mewakafkan hidupnya untuk perjuangan Islam, semenjan zaman muda yang tidak pernah lelah. Kehadirannya dalam masyarakat disedari oleh ummat, beliau mengharungi zaman payah perjuangan , melepaskan jawatan sebagai penjawat awam untuk meranduk medan juang yang penuh getir, terjahan fitnah menerkam bertubi-tubi namun beliau terus mara tanpa menghiraukan penistaan . Ustaz sentiasa mengambil berat dan peduli maka wajarlah disayangi oleh ummat,didoakan selepas meninggalkan alam yang fana ini.

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia ramai menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh almarhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah.

Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata mengalir air mata kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am, sarat dengan makna yang mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu.



AL-FATIHAH



SZ : Sebak

Wednesday, June 20, 2012

Tok Guru Yang Belah Mulut Aku Ketika Bayi, Maut Dirempuh..

Hari Ahad lepas, sementara menunggu masakan tengahari siap, aku membelek-belek akhbar Metro Ahad bertarikh 17 Jun 2012 yang dibeli pada pagi tersebut. Kebiasaannya, seorang lelaki sejati seperti aku membaca akhbar bermula di bahagian belakang terlebih dahulu. Tetapi hari itu, entah kenapa aku memulakan bacaan dari bahagian depan seperti kebanyakan manusia normal yang lain.

Selak punya selak hingga ke mukasurat 8, aku tertarik pada tajuk "Tok Guru Dirempuh". Terpampang juga di situ gambar seorang warga emas. Aku amati wajah tersebut, kelihatan sangat familiar. Aku pun meneruskan bacaan. Bait-bait ayat laporan berita tersebut tambah meyakinkan aku.

"Tok Lang Sahak?". Aku terus ke dapur menunjukkan berita tersebut kepada Mak aku bagi mendapatkan kepastian. Memang benar. Tidak syak lagi. Itu memang Tok Lang Sahak. Innalillah...


Tok Lang Sahak merupakan panggilan aku kepada arwah. Kami tidak mempunyai pertalian darah. Beliau cuma seorang sahabat baik arwah Tok Wan aku yang juga merupakan seorang Tok Guru di Pondok Lebai Ali di Tualang yakni kampung tempat aku tinggal dulu. Beliaulah yang membelah mulut aku ketika bayi dulu. Dan beliau jugalah yang membawa aku menjejak tanah buat pertama kali selepas kelahiran. Disebabkan Tok Wan aku telah meninggal dunia sejak ayah aku belum bernikah lagi, jadi ayah aku menjemput Tok Lang Sahak untuk melakukan upacara tersebut.

Belah mulut adalah istilah kepada tahnik. Tahnik bermaksud memamah kurma dan menggosok kurma yang dimamah itu menggunakan jari ke mulut bayi. Juga boleh dilakukan dengan menggunakan manisan lain seperti pisang atau madu. Selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh seperti imam, ulama atau tok guru. Ia merupakan sunnah Rasulullah. Manakala upacara pijak tanah pulak ialah membawa bayi keluar rumah dan memijak tanah buat pertama kali sambil membaca doa-doa tertentu. Difahamkan ini pula cuma adat.


p/s : Disebabkan ada yang tak tahu belah mulut tu apa, aku akan terangkan secara detail dalam entry akan datang.


Arwah Tok Lang Sahak mendukung aku keluar rumah untuk pijak bumi buat pertama kali.
Lokasi : Kampung Keriang Menora, Tualang. Sekitar tahun 80-an.

Tak sangka Allahyarham pergi dalam keadaan tragis. Mungkin ada hikmahnya juga berita kemalangan tersebut masuk paper. Kalau tak, mungkin kami sekeluarga tidak tahu mengenai kematiannya. Kerana ayah aku dah lost contact dengan anaknya, Pak Cik Ahyad sejak beberapa tahun selepas kami berpindah. Disebabkan berita kematian ini sudah terlambat, kami tidak sempat menatap jenazahnya buat kali terakhir. Hanya mampu menziarahi pusara dan keluarganya sahaja.

AL-FATIHAH...



SZ : Godek-godek album lama boleh buat air mata menitis. Membangkitkan nostalgia.

Friday, June 15, 2012

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”



1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.



Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!



p/s : Klik Siapa Umat Islam Rohingya?

p/s : Lebih banyak gambar bukti pembunuhan umat Islam Rohingya oleh puak Rakhine dan polis, KLIK documentary evidence

p/s : Dapatkan maklumat terkini mengenai isu Rohingya di facebook Kami Bersama Umat Islam Rohingya



SZ : Euro tu euro jugak... Hal umat Islam jangan lupa..

Siapakah Umat Islam Rohingya?

Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta tentera Myanmar (Burma).

Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap kemanusiaan di abad ini.

Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.

Pelarian Rohingya yang dilayan seperti hamba di Thailand


Siapakah umat Islam Rohingya?

Umat Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.

Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.



Apakah nasib mereka?

Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.


Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :

a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.

b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayah Arakan

c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.

d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran



e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan

f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar

g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.

h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar serta merta ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

i) Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka


Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama. Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.

Diheret ke tengah lautan dalam dan dibiarkan di dalam kapal yang telah dicabut enjinnya

Bahkan ramai di kalangan 'orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.

Tiada siapa yang mahukan mereka! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka. Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Pelarian Rohingya di Acheh


Kenapakah mereka dilupakan?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Keceriaan mereka, kegembiraan kita.

Dari Nu’man bin Basyir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda :

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.” Hadith riwayat Muslim.


sumber : zainurrasyid






SZ : Sayu melihat penderitaan mereka.

Monday, June 11, 2012

Sejarah Kad Kuning dan Kad Merah Dalam Bola Sepak


Adakah kad kuning dan merah telah digunakan sejak bola sepak diperkenalkan? Kad kuning dan merah ini diperkenalkan hanya pada Piala Dunia tahun 1970. Tetapi inspirasinya bermula pada Piala Dunia tahun 1966 ketika pertemuan England bertemu Argentina pada peringkat suku akhir.

Pengadil perlawanan ketika itu Rudolf Kreitlein yang berasal daripada Jerman telah mengadili perlawanan itu. Dia telah memberikan arahan kepada kapten Argentina, Antonio Rattin untuk keluar padang kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain lawan. Walaubagaimanapun, Rattin tidak mengendahkan arahan tersebut kerana tidak faham bahasa yang ditutur oleh pengadil Jerman tersebut. Pengadil tersebut hanya tahu berbahasa Jerman dan Inggeris. Jadi, ia satu kesulitan untuk menjelaskan kepada Rattin. Sehingga memaksa seorang pengadil bertugas yang berbangsa Inggeris, Ken Aston yang mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa Argentina masuk ke padang untuk menyuruh kapten Argentina itu keluar padang.

Rudolf Kreitlein

Disebabkan kesulitan ini, Ken Aston terfikir perlunya komunikasi universal yang dapat difahami semua orang ketika pengadil memberi peringatan kepada pemain atau mengeluarkannya dari padang. Dengan demikian, pengadil tidak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang mungkin tidak difahami pemain. Idea itu muncul apabila dia melihat trafficlight dan dia telah mengutarakan cadangan tersebut kepada FIFA supaya pengadil dibekalkan kad kuning dan merah. Kad kuning untuk memberi peringatan kepada pemain yang melakukan kekasaran. Manakala kad merah untuk kekasaran yang teruk, dan pemain yang menerima kad merah itu mesti keluar segera dari padang.

Idea itu diterima FIFA. Pada piala dunia 1970 pertama kalinya kad kuning dan kad merah digunakan. Akan tetapi, sepanjang kejohanan tersebut berlangsung, hanya satu kad kuning yang dilayangkan serta tidak ada kad merah yang diberikan. Walaupun idea ini datang daripada seorang pengadil yang berbangsa Inggeris, tetapi tidak digunapakai serta merta dalam Liga Inggeris dan hanya digunakan pada tahun 1976. Disebabkan pengadil kemudiannya terlalu mudah melayangkan kad dan diprotes banyak pemain, penggunaannya sempat dihentikan pada tahun 1981 dan 1987.

Yang menariknya, idea ini diaplikasikan dalam pertandingan hoki. Bahkan, kad-kad peringatan dalam sukan hoki ini menggunakan tiga warna lampu isyarat iaitu hijau, kuning, dan merah. Hijau untuk peringatan, kuning untuk mengeluarkan pemain sementara waktu, dan merah untuk mengeluarkan pemain secara kekal.

Ken Aston

rujukan : adamjuni



SZ : Kepada yang tak faham bahasa, bersyukurlah jika ada yang memberi kad kuning (amaran) di atas kesalahan anda. Sebelum anda dilayangkan kad merah keluar padang (dihumban ke neraka).

Saturday, June 9, 2012

Tempahan Rainbow Al-Quran









It's available with 3 sizes:
Small (Without Translation): RM 80 (Including Postage)
Medium (Without Translation): RM 100 (Including Postage)

Believe me you won't regret buying this beautiful holy Quran.
You would have a collection of expensive clothes, shoes,
why don't our holy Quran? :)

PM UMMAH SENTRAL TO ORDER :)

#PRE ORDER


p/s : Tempahan sesi pertama akan ditutup pada pukul 12tgh malam besok (10 Jun 2012). Tempahan sesi kedua akan dibuka pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan pelbagai lagi produk hebat, sila layari :






SZ : Dah beli, jangan tak baca pulak. Buat hantaran pun comey. :D

Friday, June 8, 2012

Join Euro 2012 Fantasy League - Ada Hadiah Menanti Anda!

Memandangkan kejohanan bola sepak kedua terbesar iaitu Euro 2012 bakal melakukan sepak mula kurang beberapa jam dari sekarang, eloklah kiranya aku mengambil kesempatan menjemput kalian semua yang gila bola untuk join fantasy football anjuran Blog SZ.com bagi menghangatkan lagi demam Euro kali ini. Ada hadiah!

Sebelum bercerita pasal hadiah, lebih afdhal kita cerita cara nak join game ni dulu.

1. Mula-mula, kena register dan log-in di http://en.euro2012fantasy.uefa.com

2. Lepas tu, boleh la pilih players yang anda rasa mampu mendapat banyak point untuk pasukan anda. Pandai-pandailah predict sendiri.

3. Contohnya seperti di bawah. Hebat tak team aku? Kah.Kah.Kah.


4. Sebenarnya, mustahil untuk dapatkan team macam di atas. Sebab dia cuma bagi 100.0 untuk beli player. Dan boleh pilih 2 player sahaja dari satu team. So, pandai-pandailah bajet.

5. Nak dapat bajet lebih, kenalah mintak kat Pak Arab Man City tu. Reserve pun boleh beli harga juta-juta.

6. Hadiah berupa sebuah hamper dan jam tangan Roscani beserta pakej percutian 3 hari 2 malam ke Eropah.

7. Ok, aku tau hangpa pun tahu aku tipu. Manalah mampu nak bagi hadiah macam tu. Kalau menang Akademi Al-Quran, berbaloi la jugak kalau aku nak sponsor hadiah macam tu. Heheh..

8. Tapi jangan risau, hadiah tetap ada. Barang siapa yang berjaya muncul juara, akan mendapat sehelai jersey pasukan yang muncul juara. Contohnya, jika Jerman muncul juara, anda akan mendapat jersey Jerman.

9. Berita baik, pemenang juga diberi kebebasan untuk memilih jersey team kegemaran mereka jika pasukan yang menjadi juara Euro 2012 kali ini adalah team yang dibencinya. Walaubagaimanapun, semua itu tertakluk kepada budi bicara pihak penganjur.

10. Ada 2 league yang aku buat. Berikut adalah kod untuk join.

  • Head-to-head leagues :  234957-90042
  • Classic leagues :  234957-90038
p/s : Tak boleh nak copy? Salin la sendiri. Anggap jela tu sebagai Yuran penyertaan. Haha..

11. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan risau. Tiada yuran penyertaan mahupun cas tersembunyi. Game ini juga tiada unsur perjudian dan riba. Hadiah juga disponsor dari sumber yang halal.

12. Tarikh tutup penyertaan : 3 jam sebelum kick-off Poland vs Greece malam ni.



SZ : World Cup 2010 aku sokong Spain. Spain menang! Euro kali ni aku rasa nak sokong Jerman pulak. Walaupun sebenarnya aku masih sayangkan Spain dan ada sedikit rasa cinta pada Belanda. Aku setia pada Man United. Tapi, part nak pilih pasukan negara ni yang lalang sikit. Haha..

Sunday, June 3, 2012

Laporan Aktiviti Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darulaman Kedah

Ada seorang sahabat aku yang merupakan penyokong UMNO/BN meminta aku menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang berlangsung ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darulaman tempoh hari. Jadi, aku pun meluangkan masa merajinkan diri untuk berkongsi dengannya bagi membuktikan perhimpunan ini tidak memerlukan aktiviti yang berunsurkan maksiat bagi mengisi rohani dan memantapkan akidah para belia. Juga tidak perlu membazir jutaan ringgit menjemput 'ustazah-ustazah' dari Korea bagi menarik ratusan ribu orang ramai bertandang ke stadium.

Ada yang tak percaya dengan ratusan ribu orang memenuhi stadium mengatakan ini gambar edit. Haha.. lawak. Aku saksi tempat kejadian. Memang real. Terimalah hakikat..


Berikut adalah laporan ringkas berkenaan aktiviti yang dijalankan ketika Himpunan Hijau tersebut.


TARIKH : 1 JUN 2012 (JUMAAT)
TEMPAT : STADIUM DARULAMAN, KEDAH.

Masa : 4.30 petang

1. Kuliah Asar oleh Ustaz Azhar Idrus
-Video Ceramah Part 1-5, KLIK SINI!

2. Sketsa : Belantan Pusaka Durjana oleh Bob Lokman

Masa : 7.00 malam

1. Solat Maghrib Berjemaah
2. Solat Hajat dan Munajat
 -dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa
3. Solat Isya' Berjemaah

Masa : 9.00 malam

1) Kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis, YB Dato' Mahfuz Omar.

- Majlis dimulakan dengan Al-Fatihah.
- Himpunan Hijau ke Putrajaya akan melakukan sesi jelajah ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

2) Mukadimah daripada tuan rumah, YAB Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.

- Laungan azan bergema di Stadium Darul Aman, merupakan pertama kali dalam sejarah selama 60 tahun lalu sejak penubuhannya.
- Akan terus mempertahankan Kedah dari jatuh ke tangan UMNO/BN.
-Mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Pusat kerana memilih Kedah sebagai tuan rumah untuk program gergasi ini.

3) Ucapan daripada Mohd Zaid bin Tandang. (Wakil Selebriti)

-Merupakan Pengacara di TV Al-Hijrah.
-Turut mewakili Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.
- Merupakan kaum suku Iban.
- Mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Gawai' dalam bahasa Iban, dan 'Selamat Hari Kaamatan' bagi suku kaum di Sabah yang meraikan.

4) Ucapan daripada Penyanyi, Wan Aisyah Wan Ariffin (Wakil Artis)

- Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dan popular dengan lagu Janji Manismu.
- Mengakui bahawa 'PAS is for ALL' kerana masih menerima artis sebagai ahli mereka.
- Berpesan kepada pimpinan PAS, 'Sekiranya telah berjaya menguasai Putrajaya, jangan lupakan golongan artis ini.'
- Beliau juga turut merayu supaya para pimpinan PAS sabar dalam proses mentarbiyyah mereka iaitu golongan artis yang ingin berubah.

5) Ucapan daripada Dato' Fauzi Shaari (Wakil Penjawat Awam)

- Merupakan orang ketiga terpenting dalam PDRM.
- Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
-Beliau bercerita detik sebelum beliau bersara, yang mana pernah 'diboikot' segelintir pihak, gara-gara dikatakan 'orang kuat PAS', sehingga dipanggil oleh pihak atasan untuk sesi 'keterangan'.
- Beliau menyelidik terlebih dahulu perlembagaan setiap parti sebelum bersetuju menyertai PAS.
- InsyaAllah, beliau berikrar akan terus bersama dengan PAS, dalam perjuangan menegakkan al-Quran dan as-Sunnah.
- Merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Keselamatan, Unit Amal dan juga PDRM, yang bekerjasama dalam memastikan kelancaran program ini.

6) Ucapan daripada A. Samad Said (Sasterawan Negara)

- Pengerusi bersama BERSIH 3.0.
- Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk, 'Generasi Yang Gagah', ditujukan khas buat anak-anak muda yang mula menunjukkan kebangkitan.

7) Ikrar dan Bai'ah Perjuangan.

- Diketuai oleh Dato' Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS Pusat.
- Semua yang hadir diminta bangun berdiri, mengangkat tangan melafazkan ikrar bersama-sama.
- Ketika lafaz ikrar sudah sampai ke penghujungnya, tiba-tiba kelihatan letupan bunga api di udara kelihatan di luar stadium.
-Letupan bunga api tidak termasuk dalam agenda program. Dipercayai provokasi pihak tertentu.

8) Gimik Perlancaran 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'

-Menampilkan 6 orang bekas Pemain bola Kebangsaan Malaysia. Antaranya, Radhi Mat Din, Farouk Elyas, Feriza Elyas.
- Sebanyak 13 biji bola ditendang ke arah padang, sebagai simbolik PRU ke-13 akan bermula tidak lama lagi.
- Bola bewarna hijau dan berbulat putih disambut oleh hadirin. Siapa cepat dia dapat.
- Lagu 'Hijau Kuning' turut dimainkan di dalam stadium.

9) Sesi Penyerahan Borang Keahlian PAS Prof Dr. Nik Mohd Zin Nik Yusuf (Wakil Pegawai Tadbir), kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.

10) Ucapan daripada Prof Dr. Nik Mohd Zin Nik Yusuf (Wakil Pegawai Tadbir)

- Mantan Ketua Pengarah PTC.
- Menyeru sahabat-sahabat yang sudah pencen, untuk turut serta dalam perjuangan PAS.

11) Ucapan daripada Tuan Haji Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS.

- Dimulakan dengan pantun :

"Sorong papan, tarik papan, Buah keranji dalam perahu,
Beri umpan, kita makan, Sokong BN, kita tak mahu."

- Mengimbau kembali Peristiwa Memali, yang menuntut perjuangan jiwa dalam menegakkan syiar Islam.

12) Ucapan daripada YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

- Bukan sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan Putrajaya, sambil mengaitkan dengan sirah, seperti kisah kerajaan Namrud, penaklukan Kota Konstantinople dan sebagainya.
- Ahli gerakan perlu sentiasa mengawasi masa dan hubungan mereka dengan Allah Ta'ala, kerana itu syarat-syarat untuk mencapai kemenangan samada di dunia, mahupun akhirat.
- Kemenangan bukanlah PERCUMA, perlu dibayar dengan turun ke 'gelanggang'.

13) Ucapan dan Doa Penutup oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

- TG Nik Aziz kecewa dengan isu K-Pop, namun masih lagi menasihati kita untuk terus berdoa, supaya mereka diberikan hidayah.
- Memimpin doa penutup.
-Laungan Takbir dilaungkan buat kali terakhir.

14) Majlis tamat sekitar 12.00 tengah malam

- MC (Mahfuz Omar) mengakhiri majlis dengan berpesan kepada semua supaya berhati-hati pulang ke kampung halaman, supaya kita semua dapat bergerak ke Putrajaya dan merebutnya.
- Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-'Asr.


Sekian, wassalam...

p/s : Laporan asal oleh Nurul Aida Abdul Aziz. Disunting untuk penambahbaikan oleh Solihin Zubir.




SZ : Pendirian aku mudah. Aku takkan sokong mana-mana yang menerajui ke arah kemungkaran. Baik Parti Kunci mahupun Parti Tingkap, yang mana lebih ke arah memperjuangkan Islam, aku sokong.

Saturday, June 2, 2012

Suasana Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman Kedah (My Story)


Semalam, 1 Jun 2012 telah berlangsungnya Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darulaman, Alor Star, Kedah. Sebagai seorang anak jati Kedah yang mana rumah aku hanya setengah jam dari stadium, maka tidak wajar rasanya untuk aku melepaskan peluang menghadiri perhimpunan tersebut. Yelah.. Nak pergi perhimpunan 'aman' sempena Hari Belia di Putrajaya tempoh hari, aku tak mampu sebab jauh sangat. Demi memantapkan akidah, aku nekad untuk pergi.

Selepas solat asar, dengan berpakaian serba hijau, aku pun bertolak ke stadium dengan menaiki kereta bersama 4 orang adik aku yang beria betul nak pergi. Semangat anak mudalah katakan. Depa nak sangat dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus secara live. Jadi, aku terpaksa menolak ajakan rakan-rakan aku yang mengajak aku berkonvoi dengan mereka demi meraikan adik-adik aku sempena cuti sekolah ni. Disebabkan jalan sesak yang teramat sangat, kami terpaksa parking kereta di Taman PKNK dan berjalan kaki selama 15minit menuju stadium. Kami bernasib baik kerana masih lagi sempat mendengar kuliah asar Ustaz Azhar yang sudah sampai ke penghujungnya.

Pada sebelah malamnya, orang ramai mendirikan solat maghrib secara berjemaah di padang stadium. Kemudian disusuli solat hajat dan solat isya' berjemaah. Tidak kurang, ada juga yang terpaksa solat di merata-rata di perkarangan stadium disebabkan bahagian dalam stadium terlalu sesak. Setelah solat, aku mengambil peluang untuk meronda di gerai-gerai perkarangan stadium bagi membeli makanan untuk mengalas perut. Alangkah malangnya nasib kami kerana yang tinggal hanyalah karipap sardin. Karipap pun karipaplah.

Setelah membeli karipap dan secawan milo ais, kami pun melangkah masuk ke dalam stadium dengan harapan dapat menyaksikan konsert K-Pop seperti yang disajikan sempena Hari Belia di Putrajaya tempoh hari. Disamping mahu mencuci mata melihat awek-awek seksi berkeliaran bersama pasangan masing-masing. Walaubagaimanapun, niat kami untuk memantapkan akidah dengan nasyid Kepop tidak kesampaian. Niat untuk mencuci mata juga dibantutkan dengan ribuan muslimat yang bertudung labuh dan berpurdah. Yang lelaki pulak berkopiah dan berserban. Kami juga hanya disajikan dengan ceramah agama dan politik. Kah Kah Kah. ;-p

Suasana di dalam stadium tersangatlah awesome mengalahkan perhimpunan agung Umno di stadium Bukit Jalil. Jika menurut kiraan matematik Dr Rais Yatim dan laporan TV3, pasti yang dilaporkan hadir cuma sekitar 10ribu orang sahaja. Tapi, realitinya ratusan ribu orang. Itu belum lagi dikira umat manusia yang berada di perkarangan stadium kerana tidak dapat menembusi pintu stadium yang sangat sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu masuk. Aku pula, hanya mampu berdiri dengan gagah di bahagian tempat duduk bertentangan astaka utama.

Oklah. Cakap banyak pun tak guna. Ni ada secebis gambar dari kamera henpon cabuk aku beserta video dari video cam murah aku. Seperti biasa, sila klik gambar untuk tumbesaran sihat.



Berjalan kaki menuju stadium dari Taman PKNK disebabkan jalan sesak ya amat.

Akhirnya sampai ke destinasi

perkarangan stadium pada sebelah petang yang agak mendung

tak ramai pun kan.

Eh.. Awat kosong ni? Hujan rintik2 bukanlah penghalang.

Kuliah asar Ustaz Azhar Idrus

Sebelah malam..

Aku cuba kira. Ada dalam 2, 3 ratus orang je.

Tak ramai pun kan.

Kelihatan bendera palestin di situ.

ketika melafazkan ikrar berbaiah sumpah setia dengan perjuangan Islam.

Laksa Bersih. Duduk dan makan! Jangan Bantah!

Todiaa... Ayahanda segala printing.

Ketika majlis selesai tepat jam 12malam.








Sekian saja dari saya..



SZ : Dah seminggu aku tak online. Online ni pun sebab nak update pasal Hijau ni. Haha..