Pages

Friday, May 25, 2012

Salah Faham Konsep Hak Cipta Terpelihara

Ada yang merungut, kenapa sesetengah blog tidak membenarkan copy-paste. Kedekut ilmu ke hape? Blog yang menceritakan tentang Islam pun ada copyright? Tak ikhlas ke nak sampaikan ilmu? Nak kejar nama semata-mata la tu. Poyo perasan popular. Puiii!!!

Ehemm.. Harap bertendang kepada awak-awak yang ada kelebihan boleh baca fikiran dan judge isi hati orang tu. Itu adalah hak seorang penulis yang wajib dihormati. Mereka ada sebab tersendiri. Anda tiada hak untuk pertikai pendirian mereka. Jangan guna statement "hak cipta terpelihara hanya milik Allah" dan ayat "sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat" semata-mata nak menghalalkan perbuatan copy-paste bulat-bulat.

it's a copyright.. not your right to copy..


Kenapa Pentingnya Memberi Kredit?

Bagi memudahkan pembaca merujuk kepada penulis asal artikel tersebut. Dalam Islam pun dah diajar cara-cara yang betul untuk berkongsi ilmu. Lihat saja pada setiap hadis, dinyatakan siapa periwayat hadis tersebut dan diberitahu daripada siapa hadis-hadis tersebut diambil. Inilah disiplin ilmu dalam Islam. Sehinggakan sarjana-sarjana barat pun mengakui ketelitian disiplin ilmu dalam Islam. Itu yang mereka tiru dalam cara penulisan tesis mereka. Antara sebab berlambaknya hadis-hadis dhaif yang lemah tu, sebab kes tak 'credit' kepada sumber asal yang betul la. Itu yang hadis tu jadi lemah kerana perawi asalnya tidak jelas siapa. Nampak?


Hak Cipta Terpelihara hanya milik Allah?

Memang benar Hak Cipta Terpelihara hanya milik Allah SWT. Bumi ini juga hak milik Allah. Tapi adakah kita boleh sesuka hati pasang khemah dan buat unggun api kat kawasan rumah orang lain? Bolehkah kita sukahati kutip buah durian luruh di dusun orang dengan alasan hak cipta terpelihara hanya milik Allah? Sedangkan si pemilik dusun tu tanam, siram dan baja pokok tu sehingga berbuah selama bertahun-tahun lamanya. Kita pulak senang hati saja melahap tanpa izin. Lainlah pokok itu berada di hutan yang sememangnya tumbuh secara semulajadi.

Begitu juga dengan hasil penulisan. Adakah hasil tulisan dan karya seseorang itu terhasil dengan sendirinya? Penulis ada hak ke atas setiap artikel yang dihasilkan. Dengan masa yang terbuang berjam-jam buat research. Otak yang terseliuh berfikir nak hasilkan artikel menarik hatta tengah melabur pun otak berputar. Jari-jemari yang lenguh ketika terbongkok menaip. Kadang-kadang terpaksa menahan lapar dan bersengkang mata ketika gigih menyiapkan artikel. Kos elektrik dengan internet lagi. Ada yang terpaksa abaikan isteri dan anak-anak demi pembaca. Jadi, adakah mereka tiada hak di atas hasil usaha peluh mereka?


Salah Faham Konsep Hak Cipta

Cuba fikir. Kenapa kita mesti bayar sejumlah wang untuk mendapatkan senashkah Al-Quran? Bukankan itu kalam Allah? Sepatutnya boleh ambik macam tu jela kan kat kedai? Cuba fikir, kenapa semua buku-buku yang dijual ada label Hak Cipta Terpelihara? Sepatutnya disedekah macam itu sajala kan kepada orang ramai? Cuba fikir, kenapa cikgu-cikgu sekolah dibayar gaji. Sepatutnya, kenalah ikhlas kan nak sampaikan ilmu? Camtu?


Rasulullah SAW bersabda: “Perkara paling yang kamu boleh dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. -halaqah.net


Hak cipta terpelihara juga diiktiraf dalam Islam. Kesatuan Ulama Fiqh sedunia telah bersidang pada tahun 1988 dan keputusannya bernombor 43 (5/5) mengiktiraf hak cipta, hak nama syarikat dan produk. Maka haramlah menjual dan meniagakan barangan yang telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu. Hak ini termasuklah, karangan kitab Islam atau yang lainnya. Perbincangan ulama berkaitan hujah mereka yang tidak mahu menerima hak cipta dalam ilmu juga telah dibincangkan panjang lebar dan berakhir dengan terbukti kukuhnya hujah mereka yang mengiktiraf hak cipta termasuk kitab-kitab berkaitan Islam yang dikarang. -Ustaz Zaharuddin



Memang benar ilmu itu tidak boleh diniaga dan merupakan hak Allah. Tapi, jangan salah faham konsep hak cipta versi manusia ini. Hak cipta yang dilindungi itu bukannya ilmu. Yang dilindungi itu sebenarnya adalah cara menzahirkan ilmu tersebut samada dalam bentuk penulisan, lukisan, rupa bentuk, karya atau hasil kerja. Jadi, hak cipta yang dimaksudkan tersebutlah yang dimiliki oleh si penzahir tersebut. Segala keputusan sama ada nak kenakan harga, percuma, boleh di'copy’ atau tidak, ataupun diwakafkan, empunya hak itulah yang akan menentukan.

Contohnya, kau ada beli buku agama. Lepas habis baca, terpulanglah nak amalkan ilmu itu ke tak. Samada nak mengajar orang lain pulak dengan cara penyampaian kau tersendiri. Ini tidak. Berjam-jam dia mengarang, kau copy bulat-bulat senang hati je tak sampai 2minit. Dia ada selit cerita personal dalam tu pun kau sebat. Nampak bebenor pemalasnya. Entah kau baca ke tidak artikel tu. Jangan fikir nak untung kejar duit saja. Jangan salahguna hasil kerja orang lain. Gunalah hak mereka itu dengan cara yang betul mengikut saranan syarak dan juga undang-undang.

So, tak payah nak persoal keikhlasan orang lain. Soal ikhlas atau tidak, biar Allah yang tentukan. Keikhlasan seseorang tu, tak ada sesiapa pun yang tahu hatta dirinya sendiri. Ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Siapa yang boleh jamin dia solat khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah? Apakata, jika kau tu ikhlas sangat nak sebarkan ilmu, taiplah sendiri. Kalau diri tu dah pemalas sangat nak memikir dan menaip, mintak izin kat penulis asal untuk copy-paste. Ini bukan soal berkira atau kedekut. Ini soal adab.

*********************

Sebelum ini, aku pernah benarkan orang copy maklumat di sini tanpa perlu meminta izin pun. Tapi keizinan tersebut telah disalahguna oleh individu yang tak bertanggungjawab tidak mematuhi adab copy-paste. Terutamanya blogger yang hanya mengejar traffic dan wang semata-mata. Akibatnya, aku pernah difitnah kononnya mencuri hasil karya orang lain [rujuk sini!]. Padahal itu memang hasil karya aku. Aku tak kisah pada mulanya. Tapi siapa tak terkilan bila kena tuduh. Jadi, aku mengambil keputusan drastik untuk disable fungsi highlight di blog ini buat seketika.

Ye. Larangan copy-paste di blog ini sebenarnya hanyalah bersifat sementara. Kerana aku ada sesuatu yang aku ingin hasilkan sebelum bersara sebagai seorang blogger prolifik. Jadi, aku kena pelihara isi kandungan blog ini sebelum cita-cita aku tu tercapai. Tapi, kalau nak jugak, bagitau. Dan aku pernah bagi salinan tersebut kat orang yang mintak izin cara sepatutnya Aku bukanlah seperti apa yang disangkakan oleh awak-awak yang ada kelebihan boleh baca fikiran dan judge isi hati orang tu


p/s : Entry ini aku taip dari pagi semalam. Banyak kali juga aku edit dan susun balik nak bagi ringkas. Tapi, tak boleh. Sory buat yang malas baca panjang. Tapi, kalau nak baca panjang ni pun dah malas, ada hati nak judge orang? Ada hati nak copy-paste dengan 'ikhlas'? Heheh..


SZ : Nampak macam marah ka? Tak pun. Cuba baca dengan nada manja dan romantis. Heheh..

Sunday, May 20, 2012

Nikah Mut'ah : Seronok Tapi Haram

Masa tengah mentekedarah nasik depan talibesen siang tadi, aku tertengok Nona. Tertengok tanpa niat ok. Ada story pasal nikah mut'ah. Tak sangka, selain memaparkan Neelopa, Nona juga memaparkan slot ilmiah sebegitu. Jadi, tidak salah rasanya aku men'nona'kan sebentar blog ini demi berkongsi cerita tentang Nikah Mut'ah bagi yang tak tengok Nona.



Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.

Cara Nikah Mut'ah

Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.

Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah

Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Dalil Pengharaman

Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Kesimpulan

Jika dilihat pada cara perlaksanaannya, Nikah Mut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan zina dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata-mata. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam, kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.


SZ : Harap tak ada puak syiah yang serang aku kat ruangan komen ni. Kat Malaysia ni dah makin banyak puak syiah. Bahaya.

Saturday, May 19, 2012

Dilema Suami : Nak Pilih Isteri atau Anak?

Pernah tak berhadapan dengan situasi terpaksa membuat pilihan sukar melibatkan antara dua nyawa? Situasi diluah mati emak, ditelan mati bapak, dikemam bunuh diri? Contohnya, seorang suami yang sedang berhadapan saat getir di mana isterinya mengalami komplikasi ketika proses bersalin. Doktor memberitahu bahawa hanya satu nyawa sahaja boleh diselamatkan. Nak pilih isteri atau anak?

Jika ditanya pada si ibu tersebut, mungkin dia akan memilih untuk mengorbankan nyawanya supaya bayi tersebut diselamatkan. Tapi, bagi aku adalah lebih baik selamatkan nyawa isteri. Sebab anak boleh buat projek lain sampai berbakul-bakul. Melainkan anda tak sayang bini dan memang berhasrat nak cari lain. Giler kejam.



Bagaimana pula jika mengikut pandangan agama?

Bagi yang beragama Kristian atau katolik, mereka akan berusaha menyelamatkan si anak dan mengorbankan si ibu. Supaya setelah anak itu lahir dia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan bagi tujuan menebus dosanya. Kerana dalam ajaran Kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa yang dikenali sebagai 'dosa waris' atau 'dosa asal'. Bayi yang baru lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya, dia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa iaitu Ketua Paderi atau Pope. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Bagi yang beragama Islam pula, kita sepatutnya berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi. Kerana dalam ajaran Islam, setiap manusia yang baru lahir ibarat kain putih yang suci tanpa sebarang dosa. Tidak perlu bimbang yang bayi tersebut akan masuk neraka.  Anak yang tidak dapat diselamatkan tersebut, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci di mana tempat mereka di syurga sudah terjamin. Itu lebih baik daripada membiarkan anak itu menempuh dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat. Dengan terselamatnya si ibu, mudah-mudahan akan diberi rezeki untuk mengandung lagi dan mendapat ganti yang lebih baik.


Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anutlah yang akan menentukan jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam belajar dan terus belajar sampai meninggal.

rujukan : tgokjum



SZ : Dilema bukan sejenis buah. Tetibe.

Wednesday, May 16, 2012

5 Kelebihan Menjadi Seorang Guru

Kerjaya sebagai seorang guru ini merupakan satu kerjaya yang sangat unik dan mempunyai banyak keistimewaannya. Jadi, sempena Hari Guru pada 16 Mei hari ini, saya selaku Pengetua Blog SZ.com ingin berkongsi dengan anak-anak semua mengenai kelebihan menjadi seorang guru. Mak saya cikgu. So, saya senaraikan serba sedikit apa yang saya nampak pada mak saya untuk bacaan anak-anak sekalian.



1. Panggilan Cikgu

Antara kerjaya yang menggunakan nama kerjaya tersebut sebagai panggilan adalah Guru selain doktor dan chef. Baik murid-murid, mahupun orang kampung semua akan memanggil anda Cikgu sehinggalah anda mati.  Contohnya, Cikgu Zubir, Teacher Norhaliza, Ustaz Aaron, Ustazah Neelofa. Kerja Bomba ada dia panggil kau Bomba Ramli? Posmen Saad? Tukang Paip Roslan? Hado?


2. Dikenali Ramai

Bukan hanya dikenali dikalangan guru. Tapi juga dikalangan murid-murid. Jika seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah sahaja selama 30 tahun, bayangkan berapa ratus ribu student yang mengenalinya. Itu belum lagi yang jenis pindah randah sekolah. Semakin banyak sekolah yang diajar, semakin berkembanglah network anda. Ke mana saja anda pergi, anda akan akan disapa oleh murid anda jika terserempak dengan mereka. Hatta sehingga mereka sudah bekerjaya sekalipun nanti. Bukankan itu retis?

Pergi bank, "Eh! Cikgu. Dah 100 tahun tak jumpa. Saya kerja bank sekarang."

Pergi kedai makan, "Eh! Cikgu rupanya. Tak apa. Hari ini saya belanja, tak payah bayar. Saya tauke restoran ni."

Pergi tandas awam, "Eh! Cikgu silap orang ni. Saya bukan student cikgu." (Ini satu hal jugak bila jumpa cikgu, lari. Sebab malu dulu malas belajar. Itu yang kerja jaga toilet je sekarang.)

Itu belum dikira yang datang berhari raya ataupun kenduri kendara. Penuh dengan kenalan yang terdiri daripada rakan secikgu, murid-murid mahupun mak bapak murid.


3. Dapat Banyak Hadiah

Jika anda seorang cikgu yang awesome, pasti akan lebih disayangi ramai murid. Maka, makin bertimbunlah hadiah yang bakal diterima terutamanya setiap kali tiba Hari Guru. So, jadilah cikgu yang awesome. Bagi yang mempunyai murid yang berpendirian bahawa Hari Guru mesti disambut hari-hari macam Hari Ibu, untungla. Eh. ;-p


4. Cuti Banyak dan Kerja Separuh Hari

Ini antara satu sebab orang suka cakap, "Kalau nak cari isteri, carilah yang kerja sebagai cikgu." Sebab apa? Sebab dapat luangkan masa yang lebih bersama family. Bila anak sekolah, mak pun pergi sekolah. Bila mak cuti, si anak pun cuti. Cuti panjang pulak tu. Tapi gaji tetap jalan. Ye dop? Kerja pulak separuh hari. Bagi yang mengajar pagi, pukul 2.00 dah boleh lepak kat rumah. Bagi yang rajin, boleh buat side income or part time. Kalau nak kupas bab kelebihan ada isteri cikgu ni memang banyak.

p/s: Tapi cikgu sekarang dah tak macam dulu. Sistem dah lain. Kerja menimbun.


5. Ganjaran Pahala Yang Berpanjangan

Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

Begitulah tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah dan Islam.

*****************************

Ok, cukuplah setakat 5. Nak senarai dan kupas semua, 1001 malam pun tak habis.



p/s : sila klik Jenis-jenis Guru



SZ : Tak dapat jadi guru di sekolah, jadi guru kepada isteri dan anak-anak nanti pun jadi la..

Tuesday, May 15, 2012

Simbolik Avatar "Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike"

Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya. Taknak tukar, diam sudah. Tak perlu perlekeh usaha orang lain. Takut-takut nanti anda pula yang berada di tempat mereka.

Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu.  It's called awareness!


Simbolik Penukaran Default Picture (DP)

1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.

3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.

4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah.

5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.

6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.


Apa hukum mogok lapar?

Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal  mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :


“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"


Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.


p/s : KLIK Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin

p/s : Sila Pilih Avatar Kegemaran Anda.. KLIK SINI!

p/s : klik Mogok Lapar Berjaya Tundukkan Israel



SZ : Kalau tukar default picture tapi tak berdoa pun tak jadi jugak..

Monday, May 14, 2012

Manchester United Nyaris Champ20ns

loading failed

Manchester United nyaris muncul juara EPL dan hampir memalukan para haters yang sudah mula orgasm sejak 2 minggu yang lalu dengan penyebaran gambar yang menganjing fans MU. Menunjukkan betapa desperatenya mereka kerana bukan selalu dapat bahan fans MU yang bongkak dan kacak. Akan tetapi, mereka lupa yang bola itu bukannya bulat seperti yang selalu diperkatakan oleh Hasbullah Awang. Kerana guru matematik mengajar bahawa bola itu sebenarnya berbentuk sfera. Pelbagai kejutan boleh berlaku. In football, never speak too soon. Dan ini terbukti dalam perlawanan terakhir semalam. Yang mana ianya turut mencetuskan debar di kalangan fans Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang sudah semestinya ingin melihat kegagalan pasukan hebat MU.

Disebabkan sudah terlalu biasa menjulang trofi pada setiap musim, tiada apa yang mampu menggambarkan kekecewaan penyokong setia Manchester United pada musim ini. Perasaan fans MU telah diperkotak-katikkan oleh QPR yang memberi harapan palsu sebelum dimusnahkan oleh 2 gol pantas Edin Dzeko dan Kun Aguero pada masa kecederaan. Tambah pedih apabila hanya tewas dengan jumlah perbezaan gol dengan Manchester City. Sekaligus menjadikan penentuan kejuaraan liga musim 2011/12 ini yang paling epik, klasik, penuh dramatik dan mendebarkan sehingga ke wisel penamat perlawanan terakhir. Tidak hairanlah jika EPL dilabel sebagai liga paling menghiburkan di dunia.


Kekecewaan yang dialami membuatkan sesetengah peminat lupa bahawa MU sebenarnya telah pun menjulang piala 'cap talam' pada awal musim iaitu Community Shield. Sekurang-kurangnya boleh juga talam tersebut digunakan untuk makan nasi secara berjemaah sekaligus merapatkan ukhuwah di kalangan para pemain dan pegawai. Selain itu, para pemain MU bolehlah mengadakan gotong-royong menggilap trofi yang memenuhi kabinet. Manchester United bukanlah abang yang kejam. Niat suci murni memberi peluang kepada adiknya Manchester City merasa memegang trofi EPL setelah 44 tahun kempunan adalah satu tindakan yang wajar diberi pujian dan layak mendapat Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh Sultan England.

Di sini aku tidak mahu bercerita tentang kejayaan Liverpool menduduki tangga ke-8 liga. Bukan juga ingin bercerita tentang kejayaan Chelsea menduduki tangga ke-6 dan bakal tewas kepada Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara nanti. Apatah lagi ingin bercerita tentang almari trofi Arsenal yang bersawang sejak 7 tahun lalu dan sudah mula dipamerkan di Mudah.my untuk dijual. Tetapi, ingin mengucapkan tahniah kepada fans Man City yang kebanyakkannya terdiri daripada lalang mahupun adik-adik yang baru hendak mengenal erti bola sepak. Kerana jika anda mengaku bahawa anda adalah penyokong setia Man City sejak bayi adalah tidak masuk akal. Tahniah diucapkan buat Manchester City. Mereka beraksi hebat musim ini. They deserved it!



Semoga kegagalan MU pada musim ini akan menyedarkan Pak Alex bahawa duit bukannya boleh dibawa masuk kubur. Usah terlalu kedekut berbelanja untuk membawa masuk pemain hebat. Kerana itu semua telah dibuktikan dengan keborosan Pak Arab di Etihad. Mereka membuktikan bahawa falsafah 'Money can buy trophy' bukan omong kosong.

Walauapapun berlaku, kami di Manchester United mempunyai falsafah.

Man Utd will always be the winner in our heart. Once a red, always a red. We will always keep the red flag flying high. United we stand, divided we fall. We will never give up. We will be back next season. Even stronger than before! Respect! Believe! Glory-glory Man United!


p/s : Tergelak tengok orang yang emo gaduh pasal bola sampai ajak bertumbuk kat luar. Saiko-menyaiko ni best beb. Tapi jadi cacat bila ada yang cacat otak sampai maki hamun mak bapak apa cita? Janganlah Suarez sangat. Berperang saraflah secara profesional. Why so serious? Why so butthurt? Chill la...



SZ : Boring la lepas ni bila EPL cuti. Tak sabar nak layan Euro pulak.

Saturday, May 12, 2012

Asal-Usul Hari Jururawat dan Panggilan Misi

Memandangkan hari ini merupakan Hari Jururawat Sedunia, eloklah kiranya aku berkongsi dengan kalian yang mempunyai awek, isteri, bonda, rakan dan saudara yang bekerja sebagai jururawat mengenai sejarah dan asal-usul Hari Jururawat Sedunia. Tidak lupa juga kepada semua manusia yang pernah mendapat rawatan daripada seorang jururawat sejak tali pusat anda belum dipotong lagi. Ayuh kita ambil tahu serba sedikit tentang akak Misi kita ni.

topi nurse

Asal-usul Hari Jururawat Sedunia

Pada tahun 1953, Dorothy Sutherland daripada Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Amerika Syarikat menghantar cadangan kepada Presiden Eisenhower untuk mengisytihar Hari Jururawat pada bulan Oktober tahun berikutnya. Walaubagaimanapun pengisytiharan tersebut tidak pernah dibuat, tetapi pada tahun berikutnya Minggu Jururawat Kebangsaan dianjurkan dari 11 hingga 16 Oktober, menandakan ulangtahun ke-100 misi untuk Crimea Florence Nightingale.

Namun, pada bulan Januari 1974, tarikh tersebut ditukar dan ditetapkan pada 12 Mei setiap tahun. Mengambil sempena tarikh lahir Florence Nightingale, yang dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. Beliau membuat banyak pembaharuan dalam sistem kejururawatan dan penjagaan kesihatan. Secara drastik mengurangkan kadar kematian di kalangan tentera dalam perang Crimean sebagai hasil kerja keras, dedikasi dan latihan jururawat yang lain.

Minggu Jururawat Antarabangsa (IND) pula disambut di seluruh dunia setiap 6-12 Mei, bagi menghargai sumbangan jururawat kepada masyarakat.

*rujukan : Billy Info

Asal-usul Panggilan Misi Terhadap Jururawat

Memandangkan panggilan jururawat seperti skema dan terlalu baku bunyinya, aku syak pasti ramai yang lebih gemar menggunakan panggilan nurse terhadap jururawat. Tidak kurang ada yang memanggil dengan panggilan 'Misi'.

Tapi, tahukah anda dari mana datangnya panggilan Misi tersebut? Menurut seorang pesara jururawat, Anne Frances. Sebenarnya tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana asalnya panggilan misi tersebut. Bagi Frances, di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan British.

Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya. Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar. Kemudian, penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu mula serasi dengan panggilan 'Misi' sehinggalah ke hari ini.

*rujukan : persepsiku-wmr

akak2 dan makcik Misi.. kan comey tutup aurat..

Persoalan

1. Kenapa kebanyakan awek-awek nurse ni comey lotey? :D

2. Boleh ke sambut Hari Jururawat ni? Tak haram ke? Hargailah hari jururawat hari-hari.. Takkan sehari je? Heheh.. ;-p




SZ : Aku baru selamat 'bedah' gigi pagi tadi. Allah dah ambik balik sebatang gigi yang dipinjamkan kepada aku. Mohon adakan sambutan Hari Doktor Gigi Sedunia bagi mengenang jasa doktor gigi.

Thursday, May 10, 2012

Isu Hari Ibu Haram (Sekadar Pandangan)

Isu yang hangat diperdebatkan sekarang ini ialah bilanya keluar titah daripada majoriti seorang dua ustaz dan alim ulamak mengatakan Hari Ibu haram disambut kerana sejarah dan asal-usulnya yang dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Dinamakan "Mothering Sunday", ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Ada di antara amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.


Baiklah. Jika Hari Ibu diharamkan atas sebab sejarahnya yang berkait rapat dengan amalan non-muslim, maka saya sebagai seorang yang masih cetek ilmu agama dan langsung tidak layak mendapat gelaran ustaz apatah lagi tuan guru dengan rendah dirinya ingin mengemukakan hujah dan pandangan bagi menyuarakan ketidakwajaran pengharaman Hari Ibu secara mutlak seperti di bawah.

1. Hari Bapa
Idea pengasasan hari bapa dicetuskan oleh Ms Sonora Louise setelah beliau mengetahui akan adanya sambutan Hari Ibu pada sekitar tahun 1909. Beliau berfikir bahawa mengapa tidak juga diadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa seorang bapa selain daripada jasa ibu. Maka, Hari Bapa pun mula disambut di seluruh dunia.

p/s : Hari Bapa tidak ada kena mengena dengan upacara keagamaan non-muslim. Cuma hasil inspirasi daripada sambutan Hari Ibu. Jadi, adakah Hari Bapa halal? Oh.. Ini tidak adil. Hukum yang dijatuhkan tidak boleh berat sebelah kerana akan menyentuh sensitiviti kaum ibu yang pasti rasa tertindas. Maka, haramkan juga sambutan Hari Bapa dan sambutlah Hari Bapa setiap hari?

2. Hari Guru
Di Amerika Latin, Hari Guru jatuh pada 11 September, sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Manakala  di India, Hari Guru disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Manakala di Malaysia pula disambut pada 16 Mei setelah diusulkan dalam Laporan Razak pada 1956.

p/s : Jika Hari Guru boleh ditukar tarikh dan disambut di Malaysia tanpa mengambil kira asal-usul dari negara lain, mengapa tidak Hari Ibu? Oh yaa.. Saya mohon haramkan juga sambutan Hari Guru kerana jasa guru yang tidak terhingga nilainya wajar dikenang setiap masa bukannya dalam masa sehari.

3. Kalendar Masihi
Tahun Baru pertama kali dirayakan pada tanggal 1 Januari 45 SM. Tidak lama setelah Julius Caesar dinobatkan sebagai kaisar Roma, dia memutuskan untuk menyusun semula kalendar baru. Maka bulan yang pertama diberi nama Januari berasal daripada nama dewa Janus, Februari dewa Februus, Mac dewa Mars, April pula dewi Aprilis dan seterusnya.

p/s : Jika mengambil kira asas pengharaman Hari Ibu, mohon haramkan juga sambutan tahun baru pada setiap awal Januari (mmg patut haram pun) dan lupuskan kalendar Masihi. Guna sahaja kalendar Hijrah.

4. Sukan Olimpik
Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus.

p/s : Haramkan penyertaan Malaysia ke sukan Olimpik. (walaupun Malaysia memang tak boleh pergi jauh sgt pun dalam olimpik)

5. April Fool dan Valentines Day
Tidak mahu mengulas panjang asal-usul hari tersebut kerana pastinya ramai yang sudah sedia maklum. Cuma ingin diingatkan, jika April Fool dan Valentine's Day bukan berasal dari sejarah tersebut sekalipun, sebagai umat Islam kita tidak wajar menyambutnya kerana bercanggah dengan akidah dan nilai murni seorang Islam. Jadi, April Fool dan Valentine haram bukan sebab asal-usul tersebut. Tapi memang sebab dah haram dalam Islam.

p/s : Apa masalahnya jika kita menterbalikkan pula kes seperti di atas dalam hal Hari Ibu? Maksudnya, jika Hari Ibu bukan berasal dari sejarah yang dinyatakan tersebut, ini bermakna Hari Ibu halal la kan?


****************************


Ok, cukuplah setakat itu sahaja walaupun banyak lagi yang boleh diketengahkan. Demi menjaga keharmonian motif artikel ini, diminta jangan kaitkan dengan perkara lain yang tiada kaitan. Contohnya seperti mengaitkan haram guna facebook sebab pengasasnya Yahudi, haramnya naik flight yang asalnya dicipta adik-beradik Wright, haram pakai jeans dan sebagainya. Kerana loyar buruk seperti itu bukanlah hujah kukuh dan boleh disifatkan sebagai lari tajuk. Kerana jika dikaitkan dengan hujah loyar buruk seperti itu, habis semua perkara kita tidak dapat lakukan di dunia ini. Jangan terlalu jumud.

Agak-agak kan berapa ramai yang tahu asal-usul Hari Ibu ini sebelum ia hangat disebarkan? Entah-entah, budak-budak Kristian sendiri pun tidak tahu yang hari tersebut asalnya upacara keagamaan mereka. Bagi yang dah biasa ucap Selamat Hari Ibu kepada ibu mereka, pasti merasa janggal tiba-tiba sahaja ia diharamkan. Bagi kaum ibu yang sentiasa menerima ucapan Hari Ibu pula, pasti akan rasa terkilan tiba-tiba sahaja tahun ini anaknya tidak memberi sebarang ucapan seperti saban tahun. Justeru, mengharamkan terus sambutan Hari Ibu adalah kurang wajar.


Mungkin akan ada yang berpandangan seperti ini :

"Hari Ibu tidak wajar disambut pada hari-hari tertentu sahaja. Hari Ibu perlu disambut hari-hari kerana Islam mengajar umatnya supaya menghargai ibu setiap masa."

Memang benar kena hargai ibu setiap masa. Tapi, adakah semua orang dapat entertain ibu diorang setiap hari macam korang yang soleh dan solehah tu? Entah-entah yang duduk jauh tu nak call ibu seminggu sekali pun berat nanang. Jadi apasalahnya jika sambutan Hari Ibu ini dapat memberi galakan kepada anak 'derhaka' yang jarang memberi perhatian terhadap si ibu? Mereka pasti tersentak tatkala terlihat atau terdengar iklan Hari Ibu dimainkan di kaca tv mahupun corong radio.

Mewujudkan satu hari khas untuk merai ibu kita dengan lebih special daripada hari biasa juga sekurang-kurangnya lebih memberi kesan memori manis jangka masa panjang. Bayangkan jika kita memberi ucapan Hari Ibu setiap hari. Ianya tidak ubah seperti mengucapkan "selamat pagi" pada setiap pagi mahupun "i love you" setiap kali mengucup pipi si ibu. Ianya akan menjadi lebih kepada tabiat kebiasaan sahaja. Tidak akan wujud perasaan istimewa yang lain daripada hari lain. Seolah-olah seperti mengucapkan Happy Birthday setiap hari? Apekah? Jadi, ucapkan juga Selamat Hari Guru setiap hari. Tidak lupa juga Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Wanita, Hari Merdeka, Pusat Pakaian Hari-Hari dan Harihari Mau Malaya. Lelelelele..

Penutup

Jadi, aku masih tegas dengan pandangan aku bahawa tak salah mewujudkan hari khas bagi menghargai ibu. Diulangi, sekadar pandangan. Jika masih ingin mengaitkan Hari Ibu dengan Kristian, maka pilih saja tarikh lain sepertimana yang dilakukan untuk Hari Guru di Malaysia. Kerana point di sini adalah bagi meraikan Hari Ibu. Bukannya mempertahankan sambutan Mother's Day yang berasaskan upacara Kristian yang memang jelas haram jika disambut oleh orang Islam.

Rujukan : wikipedia , matnorz88 , cinta-syamsudin , lenggangkangkung

nak bagi kad macam ni hari-hari? keh3.. sms pun berat.

p/s : Baca juga pandangan dia ni. Sila klik Halal Haram Hari Ibu.

p/s : Pandangan Hamka Kereta Mayat, klik sini!

p/s : Baca juga maksud hadis Menyerupai Sesuatu Kaum sebelum menggunakannya sebagai dalil hujah.



SZ : Sekadar luahan pandangan daripada seorang anak mak dan ayah yang 'derhaka'.

Wednesday, May 9, 2012

Buruknya Lelaki Mencarut.. Buruk Lagi Perempuan Mencarut..

Mencarut merujuk kepada perbuatan memaki hamun ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Mencarut bukan saja mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya malah mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Orang yang suka mencarut itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Boleh juga dianggap kurang ajar. Samada mempunyai ibubapa yang tidak mengajar tertib kepada anaknya ataupun salah diri sendiri yang memang tidak boleh diajar.

Antara punca manusia mencarut adalah disebabkan beliau tidak dapat mengawal emosi. Cara meluahkan rasa marah dan benci terhadap seseorang akibat tidak mampu melawan nafsu amarah dan bisikan syaitan.  Dan juga disebabkan beliau tiada point untuk membalas hujah, maka maki hamun adalah ending terbaik baginya. Loser! Malah, ada juga yang menjadikan carutan dan kata lucah sebagai 'zikir' harian.

"Vuduhpunyavetinasyundel. syiallah puih @%#$!*&$ tak reti jaga baby! jilaka betei. vangangsyetanlahanot gotodahell blablablabla..."

Manusia-manusia yang kononnya masyakarat prihatin biasanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap si pelaku maksiat dengan mencaci-maki beliau. Dan ada yang kononnya sayangkan Islam pula, turut melontarkan kata kesat terhadap orang yang menghina Islam. So, apa beza anda dengan si pelaku maksiat dan si kafir tersebut? Akhlak anda sama sahaja!

Sepatutnya anda berdoa agar orang yang melakukan kesilapan tu diberi hidayah. Kata-kata carutan dan penghinaan langsung tidak memberi faedah dan penyelesaian. Tetapi lebih menghangatkan keadaan dan menyalakan api permusuhan sahaja. Malah hanya menambah dosa yang sedia ada berbakul-bakul itu.

Itu belum lagi masuk bab mencarut dalam hal politik, bab bola dan segala macam bab lagi.


Apa Hukum Mencarut?

Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :

“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.”

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).


Kepada orang yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Ye.. Aku tahu ada yang nak cakap tok imam pun mencarut. Aku pun mencarut. Kita manusia yang punya iman senipis kulit bawang. Tapi, janganlah 'kentut' depan orang ramai. Jangan tunjuk kat orang yang kita tu 'busuk' dan 'pengotor'. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut tanpa segan silu depan khalayak. Tak cool pun mencarut.

Tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai. Manakala perkataan tidak baik dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis. Najis dikaitkan dengan segala yang tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan yang sesuai kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.

Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut. Takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...  "Ya Allah, peliharalah lidah kami"

Buruknya lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut...

*rujukan : ciktom.com , iluvislam , halaqah.net 


SZ : Tak hensem la mencarut...

Tuesday, May 8, 2012

Kenali Siapa Mahram Anda dan Batas Pergaulan




*Credit kepada siapa yang membuat poster ini. Maaf kerana pemilik asal tidak dapat dikesan. Semoga anda beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah swt.


Klik link di bawah untuk pemahaman lanjut....



SZ : Illustrasi menarik untuk simpanan dan rujukan sendiri yang masih jahil.

Sunday, May 6, 2012

Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Nak kenal bakal suami atau isteri, couple bukanlah cara terbaik. Kalau kamu ber'couple', berkawan sehingga 20 tahun sekalipun, kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya. Kerana setiap yang bertunang atau yang ada perasaan sebelum nikah itu sedang berdusta. Tidak menjadi dirinya yang sebenar. Ketika ber'couple', kita hanya akan mengenal seorang pacar. Bukan seorang suami. Sebab itu buang masa saja ber'couple'. Dengan berkahwin, kita akan lebih mengenalinya dengan sebenar-benarnya dan se'detail-detail'nya. If you know what i mean.


Jadi, bagaimana cara seorang muslimah nak mengenali bakal suaminya?

Dalam Islam, ada konsep merisik. Maksud merisik di sini, kamu minta wali kamu samada abang, ayah atau datuk, tanya kawan-kawan atau jirannya tentang dia. Jadi, dia tiada peluang untuk menipu. Kamu juga boleh stalk facebook dia untuk tengok cara dia bercakap dan melayan perempuan lain di facebook. Akan tetapi, kita hanya mampu berhukum apa yang luaran, kerana Allah lebih tahu maksud dalaman seseorang. Maka, benda luaran yang boleh kita nilai sebagai kayu ukur, yang paling penting sekali ialah cara dia tawarkan cinta. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu, bermakna dia hanya persembahkan cinta yang rapuh dan sementara. Cinta tersebut tidak akan memberi kebahagiaan.

Cinta itu boleh lenyap bersama lenyapnya sebab. Contohnya, jika dia tawarkan cinta kerana kecantikan anda, tidak mustahil nanti dia akan menjadi suami yang bermata keranjang. Begitu juga dengan lelaki. Jika perempuan tawarkan cinta kerana terpesona dengan kekayaan anda, jangan terkejut jika nanti dia menjadi seorang isteri pisau cukur dan materialistik. Jika suami dipecat kerja, dia tidak mampu nak hadapi susah senang bersama. Itulah bahayanya jika kita ambil sebab-sebab yang sementara kerana sebab sementara itu boleh lenyap. Bercintalah hanya kerana akhlak dan agamanya dan yang paling penting kerana Allah.

Masalah keruntuhan rumahtangga sebenarnya boleh dielak mulai sekarang. Kalau kita bercinta sebelum nikah, syaitan akan jadikannya sebagai modal penting untuk rosakkan alam rumahtangga kita. Contohnya, jika kita berkahwin dengan orang yang kita couple, kita akan dapat azab curiga. Kita akan rasa sangsi dengan kesetiaan suami kita. Kerana sebelum berkahwin pun dia sudah berani mengorat anak dara orang (iaitu anda). Sebelum bernikah pun dia sudah berani membuka jalan-jalan menuju zina, apatah lagi selepas berkahwin.

Dan kalau kita bernikah dengan orang yang bukan kekasih kita dulu, akan ada sifat membanding-bandingkan yang mana lebih bagus. Bila ada kenangan lampau, susah untuk kita melupakannya. Itulah bahana ber'couple' sebelum nikah walaupun kita masih boleh berusaha untuk melupakannya. Sedangkan tidak adil kita membandingkan seorang suami dengan seorang kekasih. Sebab masa berkasih, yang kita cari hanya keindahan dan keseronokan. Setelah berkahwin, kita kenal kelemahan dan kebaikannya. Jadi, kita mesti cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Bersedia untuk terima dia seadanya dan hidup susah senang bersama.


p/s : Dipetik daripada video Forum Cafe Cinta oleh Ustazah Fatimah Syarha. Diterjemah ke dalam bentuk penulisan sebagai rujukan dan muhasabah diri sendiri. Untuk kupasan lanjut dan lebih faham, tengokla video di bawah. Best.




SZ : Sebab tu aku bertekad taknak couple2 dah. Bila ada yang tanya aku dah ada calon belum, aku hanya akan cakap tak tahu. Aku akan hebah setelah benar-benar confirm tarikh perkahwinan.

Saturday, May 5, 2012

I'm HOT... So, Please Do Not Touch Me!


Semalam aku ada posted gambar kat atas ni di facebook. Nampak gayanya ada jugak yang tak faham maksud tersirat gambar tersebut. Ada juga yang salah faham. Tak mengapa. Meh sini nak explain.

I'm HOT : Ramai yang pelik bila seorang muslimah yang lengkap menutup aurat sempurna dan berpurdah dilabelkan sebagai 'hot'. Sebab istilah hot sering dikaitkan dengan hot chick yang seksi-meksi tu.  Hot yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah 'kepanasan api neraka'. Maksudnya, jangan sentuh dia kalau tak nak merasa panas api neraka.

Anonymous : Lelaki yang pakai topeng Anonymous tu pula bagi menggambarkan seseorang yang tidak dikenali. Bila dah tak dikenali, secara automatik ia akan dilabel sebagai bukan mahram. Maka haramlah bersentuhan antara bukan mahram. Tengoklah gayanya seperti ingin menyentuh muslimah tersebut.

"I'm hot. So, please dont touch me because you are anonymous. Not my husband."

Kadang-kadang, kita tengok perempuan yang lengkap menutup aurat itu masih tidak menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram. Sebab itu wujudnya persepsi negatif masyarakat yang tak bertudung terhadap wanita bertudung. Sebab itu juga wujudnya alasan tipikal wanita yang degil tidak mahu menutup aurat  yang mengatakan "bertudung tak semestinya baik".

"Harap tudung je labuh, tapi perangai....?"

Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang buat perangai? Tegurlah si pemakai tudung, bukannya tegur tudung. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Sekurang-kurangnya mereka dah terlepas dari azab siksa tidak menutup aurat. Memang benar yang bertudung itu tak semestinya baik. Tapi, orang yang baik pasti akan menutup aurat. Sebab, tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan Pencipta-Nya.

Memakai pakaian sexy itu HOT.. Memakai purdah itu BEAUTIFUL..
Neraka itu HOT.. Syurga itu BEAUTIFUL..

p/s : Idea nak edit gambar di atas diperolehi selepas baca entry di blog akak Nailah Azman. Kebetulan pula aku terjumpa gambar muslimah dengan lelaki pakai topeng anonymous tu, rasa macam sesuai pulak dengan tagline tu. Lalu terdetik idea nak create poster tersebut. Kalau nak, bolehla print and tampal di dahi.


SZ : Bagi aku, yang berpurdah memang nampak hot pun. Lebih hot daripada yang seksi-meksi tu.

Friday, May 4, 2012

Bertumbuk Ala Gangster dan Fighter Sejati

Memang seronok kalau dapat pukul orang. Tambahan bila tengah marah membuak-buak, dapat lanyak orang memang puas hati.  Kau akan rasa diri kau macam kuat giler. Tapi, kau pasti akan rasa bersalah dan menyesal selepas itu. Itupun kalau dalam diri kau masih punya iman dan sifat belas kasihan. Kalau kau tak rasa apa-apa malah berbangga, itu tandanya kau seorang yang zalim. Lu lanyak orang cara pengecut, lu canang dekat kawan-kawan lu, lu bangga. Nampak sangat lu macam budak baru nak up. First time pukul orang la tu.

Ramai-ramai pukul sorang.. Cara bacul..

Ala Gangster

Pukul orang cara gangster ni bukanlah sifat seorang fighter sejati. Sebab lu hanya berani bila lu ramai. Lu hanya tunjuk langsi bila lu ada kabel besar. Bila lu sorang-sorang, lu goyang. Memang betul bersatu kita teguh itu sifat terpuji. Ramai gaduh ramai, itu cerita lain. Tapi, kalau ramai-ramai pukul sorang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Belum lagi part guna pistol. Itu sifat orang bacul. Kalau lu rasa nak tunjuk power sangat, one by one la kan. Baru ada ball. Kalau lu sorang bantai ramai macam Tony Jaa tu, lagi gua respek. Itu lagilah betul-betul super duper power.

Kadang-kadang lu tak sedar. Lu hanya diperguna oleh orang-orang atas. Lu punya brader hello lu orang kumpul budak turun bila ada job. Sedangkan lu punya brader rileks lepak kat Aloha sambil togak air botol cap Harimau. Ini sifat brader yang tidak bertanggungjawab. Lu orang pulak berjuang mati-matian kononnya, sampai lebam berdarah sana-sini. Lu punya kepala taiko tak payah cakaplah. Ok, dah nama pun big boss. Kasi la can beliau goyang kaki kan.

Tapi, jika hendak dibandingkan dengan dulu, kaedah perang dia punya kepala duduk depan sekali. Rasulullah ke, puak parsi ke, Rom ke, Spartan ke, dia punya ketua atau panglima duduk depan sekali. Firaun dulu pun bila perang dia duduk depan sekali. Tapi zaman sekarang, dia punya kepala cuma rileks dalam bilik aircond. Pantau saja dari jauh pakai binocular. Bagi order guna walkie-talkie sambil makan choki-choki. Hipotesis yang dapat dibuat, semakin tinggi pangkat lu, semakin ke belakanglah lu ketika bertempur.

Tapi, apa boleh buat. Itu dah memang adat gaduh cara triad. Peduli apa sejati ke bacul. Janji puas hati. Tapi kan, lu still boleh table talk.

Genji Takiya.. Contoh taiko berkaliber.. Berada di depan sekali bila bertempur.


Fighter Sejati

Lu pernah tengok tak fighter bertumbuk kat dalam gelanggang. Cukuplah sekadar lu tengok kat dalam filem. Fighter sejati takkan bertempur guna senjata kalau lawannya tangan kosong. Katakanlah senjata yang dipegang  lawannya terjatuh pun, dia akan kutip dan serah balik pada tuannya. Sebab dia tidak mahu perlawanan berlangsung dalam keadaan berat sebelah. Jika dia menang dengan cara kotor dalam perlawanan yang berat sebelah, kemanisan kemenangan tidak akan dapat dirasai. Lu rasa best ke menang guna taktik kotor?

Fighter sejati juga tidak akan lanyak lawannya yang sudah lemah hingga mati. Lawan yang tewas juga akan mengiktiraf kemenangan pihak lawannya dengan rela hati disusuli dengan jabat tangan. Silap-silap boleh lepak minum kopi semeja makan roti canai. Mereka bergaduh hanya pada tempat yang sepatutnya. Bukan meleret-leret berdendam melibatkan semua perkara. Tak dapat yang dicari, dibunuh pula family yang dicari. Itu cara kongsi gelap. Seorang fighter sejati hanya tunjuk kuat dalam gelanggang. Bukan pada tempat lain dan juga bukan di keyboard.

Ip Man.. Contoh watak fighter sejati..

Tak payahla pukul-pukul orang. Tak payahla nak gaduh bertumbuk. Lu orang hanya dapat sakit. Sedangkan syaitan bergembira tepuk tangan sambil menyanyi lagu Lady Gaga bila tengok umat Islam gaduh. Gunalah kekuatan dan kesamsengan yang ada dalam diri lu orang tu untuk melaksanakan tanggungjawab lu orang sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Allah turunkan kita kat muka bumi ni untuk bantu dan tegakkan agama Dia. Bukannya bergaduh sesama manusia.

Fighter yang benar-benar sejati adalah yang dapat mengawal nafsu amarah dan bersabar.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari

p/s : Penggunaan kata gantinama 'lu gua' dalam entry ini sekadar ingin membangkit mood gangster. heheh



SZ : Aku bertumbuk dengan pokok pisang je.

Tuesday, May 1, 2012

Perjanjian Hilful Fudhul (Sokongan Rasulullah Terhadap Kafir Quraisy)



Pengenalan

Hilful Fudhul adalah perjanjian yang paling terkenal di dalam sejarah semenanjung Tanah Arab sebelum Islam. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti "perjanjian yang disertai sumpah yang utama". Nama Hilful Fudhul, diambil dari beberapa nama orang yang mengadakan perjanjian sejenis pada masa sebelumnya. Ketiga-tiga nama orang tersebut masing-masing bernama Fadhal, iaitu

Fadhal bin Fudholah,
Fadhal bin Wad'ah
Fadhal bin al-Harist.

Berdasar pada keterangan kitab Siratul Halabiyah, ketiga-tiga orang tersebut telah mengadakan perjanjian yang bertujuan membela, menolong orang yang teraniaya. Kerana peristiwa perjanjian itu memang penting untuk diperingati dan bagi menghormati ketiga-tiga orang tersebut, maka para ketua Quraisy sebulat suara menamakan perjanjian itu dengan Hilful Fudhul.

Sejarah Hilful Fudhul

Diriwayatkan, apabila meninggalnya pemimpin utama kaum Quraisy iaitu Abdul Mutalib bin Hasyim, Bangsa Quraisy dipandang merosot oleh kabilah-kabilah lain sesudahnya peperangan fujjar. Kelemahan ini timbul akibat kesalahan mereka sendiri. Masyarakat arab ketika itu tidak ada kesatuan dan persatuan yang sepakat. Ikatan kaum Quraisy dan kaum-kaum yang lain mulai longgar. Ada di antara mereka yang cuba menguasai kedudukan-kedudukan penting yang sebelumnya. Kedudukan-kedudukan itu hanya dikuasai oleh kaum Quraisy yang berketurunan Abdul Manaf . Semenjak zaman pemerintahan Qusai bin Kilab hinggalah zaman Abdul Mutalib, Kota Mekkah tidak pernah dicerobohi oleh sesiapa. Kecuali pada zaman Abdul Mutalib iaitu pencerobohan oleh Abrahah dan tentera bergajahnya. Umum mengetahui Abrahah dan tenteranya sememangnya tidak terkalahkan oleh pasukan Quraisy dan kaum-kaum yang lain.

Ketidakstabilan ini diambil kesempatan oleh Kaum Hawazin untuk menyerang Kota Makkah. Faktor yang lain ialah di kota Makkah tiada Jabatan Polis dan Undang-undang yang menahan dan menghukum penjahat walaupun di kalangan pembesar yang mencabuli hak orang lain seperti orang yang sedang bermusafir dan sebagainya. Maksudnya jenayah memang berleluasa di Kota Makkah dan tiada pencegahan serta hukuman. Kerana itu, tidak hairanlah jika ada pihak-pihak yang sewenang-wenangnya menindas golongan bawahan, oleh kerana tidak ada keadilan dan hukuman bagi pelaku penindasan dan tidak ada pula lembaga yang menguruskan masalah itu.

Atas daya usaha Az Zubair bin Abdul Mutalib, pahlawan Bani Hasyim, beliau mengumpulkan bani-bani yang terkemuka dari kaum Quraisy di rumah Abdullah bin Jud'an untuk bermesyuarat. Bani-bani yang terlibat adalah seperti berikut :

Bani Hasyim
Bani Abdul Manaf
Bani Abdul Mutalib
Bani Zuhrah
Bani Taim

Keputusan Mesyuarat

Di Makkah dan kawasan sekitarnya selepas ini tiada lagi penganiayaan walaupun ke atas hamba sahaya, orang yang bermusafir, peniaga, penziarah, kanak-kanak, wanita, lelaki dan orang tua. Orang yang menzalimi akan dihukum manakala orang yang dizalimi akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hukuman tidak mengira bangsa, pangkat, keturunan dan warna kulit walaupun di kalangan kaum Quraisy. Sekiranya mereka menganiaya, mereka akan dihukum dengan hukuman yang setimpal .

Pada ketika ini, Nabi Muhammad saw baru berusia 20 tahun dan bagindalah peserta yang paling muda di majlis tersebut. Walaupun begitu, Nabi sudah terkenal dengan seorang pemuda yang sangat jujur lagi amanah, berfikiran cerdas dan tajam. Inilah faktor-faktor yang menyebabkan kaumnya memilihnya menjadi salah seorang ahli mesyuarat yang penting ini .

Mesyuarat ini dikenali sebagai Hilful Fudhul. Hilful Fudhul berasal dari persetiaan 3 orang dari Bani Jurhum. Mereka adalah seperti yang dinyatakan di atas tadi iaitu Fadhal bin Fudholah, Fadhal bin Wada'h dan Fadhal bin Al Harist. Mereka bertiga berjanji akan membela orang yang dianiaya dan menghukum orang yang menganiaya tidak mengira rupa, bangsa, warna kulit dan pangkat dan sebagainya. Di atas peristiwa inilah mesyuarat yang dianjurkan oleh Az Zubair ini dikenali sebagai Hilful Fudhul .

Hasil daripada mesyuarat di kalangan kaum Quraisy ini tidak sekadar teori dan retorik tetapi ia dilaksanakan dengan begitu baik sekali. Ia berjalan selama bertahun-tahun lamanya. Rasulullah s.a.w amat memandang tinggi perjanjian ini.
Sabda baginda, “Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya.” -Sirah Ibnu Hisyam dan turut diriwayat di dalam Musnad Imam Ahmad 

Sebab disepakatinnya perjanjian ini

Perjanjian yang menafikan semangat kefanatikan jahiliyah yang biasanya timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme (perkabilahan). Disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian ini adalah lantaran dari seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid, dia ditipu oleh penduduk Makkah oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang tersebut telah dibeli oleh Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy namun harganya tidak diselesaikan oleh penduduk Mekkah. Ketika pedagang tersebut meminta tolong kepada sekutunya iaitu Abdul Al Dar, Makhzum, Jumah, `Adi, dan para penduduk Mekkah, tidak ada seorang pun yang mempedulikannya.

Oleh kerana itu, dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan keras di atas sebuah gunung. Kemudian Al Zubair Bin Abdul Muthalib bangun dan bertindak, "Apa kalian ini semua bisu?". Kemudian dengan hal itu mereka yang telah mengikat janji Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al-‘As Bin Wail Al-Sahmy dan mengambil barang dagangan lelaki dari Yaman tersebut. Kemudian memulangkan kepadanya, setelah mereka menyepakati perjanjian Al Fudhul tersebut.

Rasulullah mengungkapkan kesaksiannya pada perjanjian Hilful Fudhul, saat beliau belum diangkat Allah menjadi Rasul :

"Ketika aku bersama para bapa saudaraku turut sebagai saksi dalam persekutuan di rumah Abdullah bin Jud'am, betapa senang hatiku menyaksikan hal itu. Seandainya setelah Islam datang, aku diajak mengadakan persekutuan seperti itu, pasti ku sambut dengan baik.” (Muhammad Al-Ghazaly, dalam Fiqhus Sirah).

Penerapan Kisah "Hilful Fudhul" Dalam Dunia Islam Kontemporari

Peristiwa seperti Hilful Fudhul pernah diterapkan oleh salah seorang ulama yang berpegang kepada manhaj yang haq, manhaj Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Iaitu Fadhilatus Syeikh Abdul Aziz Bin Baz Rahimahullah dan Lajnah Ad Daimah Saudi Arabia. Ketika beliau berfatwa membolehkan Pasukan Amerika berada di Pinggir Padang Pasir Perbatasan dengan Iraq dan Kuwait ketika terjadi pencerobohan oleh Saddam Husein (Tokoh Parti Baats Sosialis) Iraq ke Kuwait tahun 1992. Sebenarnya hal ini bukanlah hanya pendapat Syeikh Abdul Aziz Bin Baz rahimahullah saja. Bahkan Imam Syafi'e rahimahullah pernah menyatakan hal tersebut. Imam Syafi'e Rahimahullah menegaskan bahawa yang menjadi ukuran dalam boleh dan tidaknya tahaluf (yang ertinya secara etimologi dari kata al-hilfu yakni ai al-`ahdu iaitu perjajian, dan sumpah) dengan non muslim adalah kemaslahatan umat (lihat Mughni al-Muhtaj; 4/221).

Saat itu, para ulama Lajnah Ad Daimah yang diketuai beliau berfatwa membolehkan meminta bantuan daripada non muslim dalam hal menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh saudara yang seagama. Apalagi negara tetangga Saudi Arabia sewaktu itu tidak satu pun yang mendokong negeri Saudi Arabia. Bahkan mereka memberi bantuan moral kepada presiden Iraq yang nyata melakukan kezaliman saat itu dengan menceroboh Kuwait dan akan menyerang Saudi Arabia.

Ibrah Hilful Fudhul

1. Keadilan adalah nilai sejagat yang harus dipertahankan. Penyertaan dan dokongan Nabi Muhammad saw terhadap peristiwa tersebut bertujuan untuk memperkukuh sendi-sendi keadilan. Nilai-nilai kebenaran mesti didukung sekalipun muncul dari kaum jahiliah.

2. Hilful Fudhul adalah sesuatu yang utopia dalam kegelapan jahiliah. Hal tersebut sebagai indikasi bahawa tersebarnya virus-virus yang merosak tuntutan moral dan agama pada suatu masyarakat tidak bererti mensiakan nilai-nilai kebaikan yang lain. Sekalipun masyarakat Makkah majoritinya penyembah berhala (paganisme) dan dekadensi moral bermaharajalela seperti zina, riba dan kezaliman tetapi terdapat juga orang-orang yang berakhlak mulia yang mahu menegakkan keadilan dan menolak penganiayaan.

3. Kezaliman dengan segala bentuk dan tipunya bertentangan dengan ajaran Islam. Keadilan hendaknya ditegakkan tanpa memandang warna kulit, agama, dan suku.

4. Pengesahan hukum bolehnya melakukan perjanjian dan kesepakatan antara perbezaan agama dalam hal-hal yang membawa kepada kebaikan dengan mempertimbangkan pencapaian maslahat (kebaikan) dan mafsadat (kerosakan) dari segala aspek.

5. Seorang muslim sepatutnya memiliki nilai positif untuk merealisasikan kebaikan lingkungan dan masyarakatnya, bukan sebagai penonton yang kagum atau terpana melihat hasil yang muncul dari proses tersebut.

Kesimpulannya

Sikap positif Rasulullah saw terhadap Hilful Fudhul menegaskan betapa Islam mendukung sebuah perjanjian yang sarat dengan nuansa perlindungan dan pembelaan hak asasi manusia, walaupun inisiatif dari perjanjian tersebut datang dari kalangan non muslim, dan bahkan sebelum masa kerasulan nabi Muhammad SAW lagi.

Hadis tersebut menunjukkan sikap Nabi SAW yang sangat prihatin terhadap sebarang pakatan atau tindakan untuk menentang kezaliman. Biarpun sumpah setia ini berlaku sebelum kebangkitan Nabi SAW sebagai Rasul akhir zaman, tetapi naluri seorang Nabi sangat terkesan dengan sebarang tindakan yang dilakukan untuk menentang kezaliman .

Rasulullah SAW telah menjelaskan mengenai keterlibatan baginda di dalam peristiwa Hilful Fudhul di zaman jahiliyyah, baginda menyatakan, jika peristiwa Hilful Fudhul (dimana mereka bahu-membahu untuk kemenangan) terjadi di masa kenabian maka Rasul memilih untuk ikut serta di dalamnya. Dalam kesempatan lain Rasul pernah meminta pertolongan Muth’am bin Ady seorang Nasrani untuk kemanfaatan dakwah. Gambaran tersebut menunjukkan sejauhmana semua peluang dan kesempatan digunakan untuk kemaslahatan dakwah.

Wallahua’lam..

Rujukan : tinta mahasiswa


SZ : Panjangkan? Tapi, nak tambah ilmu, kenalah rajin membaca.