Pages

Saturday, March 31, 2012

Earth Hour : Akan Jadi Kempen Mengarut Jika.....

Apa itu Earth Hour?

Earth Hour merupakan kempen yang dipelopori oleh World Wildlife Fund (WWF) bermula pada 2007 di Sydney, Australia dimana 2.2 juta individu dan hampir 2000 perniagaan bersepakat untuk memadamkan lampu selama satu jam. Tujuannya untuk menunjukkan protes terhadap pemanasan iklim global yang disebabkan kesan rumah hijau serta penggunaan tenaga dan sumber yang berlebihan. Kemudian, kempen ini mula mendapat sambutan dari seluruh dunia dari setahun ke setahun.

Kenapa Dilaksanakan Pada Waktu Malam?

Pada waktu malam, generator atau power plant iaitu stesen-stesen jana kuasa akan bekerja pada beban yang paling tinggi disebabkan penggunaan yang maksimum pada waktu malam. Lebih-lebih lagi banyak stesen janakuasa menggunakan sumber arang batu dan gas asli sebagai bahan bakar utama mereka. Jadi, Earth Hour ini diadakan untuk mengurangkan beban pada stesen jana kuasa tersebut. Lantas mengurangkan penghasilan karbon dioksida.


Kelemahan Earth Hour

Sebenarnya, kesan dari Earth Hour yang dijalankan adalah tidak seberapa, dan hanya cuma dapat mengurangkan beberapa percent sahaja dari gas rumah hijau iaitu carbon dioksida C02). Dan setelah cukup tempoh satu jam Earth Hour tersebut, semua orang pasti akan membuka kembali suis lampu mereka serentak. Ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik naik secara mendadak, menyebabkan beban kepada janakuasa meningkat secara drastik. Menambah lebih banyak beban kepada stesen janakuasa berbentuk arang batu dan petroleum, menyebabkan lebih banyak pelepasan sisa karbon daripada kadar biasa.

Tak Guna Jika Sekadar Tutup Lampu Sahaja

Kempen Earth Hour adalah sesuatu yang sia-sia jika anda hanya menutup lampu semata-mata sedangkan barangan elektrik yang lain dibiarkan terbuka. Contohnya, aircond dan peti sejuk menghasilkan tenaga haba yang jauh lebih tinggi daripada lampu dapat mengurangkan penghasilan gas CFC. Aku pun tak faham kenapa kempen tersebut hanya menekankan suruh tutup lampu sahaja.

Jangan Pasang Lilin

Bila dah tutup lampu, mesti ramai yang pasang lilin. Tahukah anda, lilin adalah sejenis hidrokarbon yang mengeluarkan gas rumah hijau sama seperti yang dikeluarkan oleh bahan bakar penjana elektrik (diesel, gas asli dan arang batu). Sama saja seperti anda membuka semua alat elektrik di dalam rumah. Belum lagi bab bahana lilin.

Kempen Jadi Mengarut Jika...

Ye.. Tutup lampu mungkin hanya satu simbolik bagi kempen Earth Hour. Tapi, tidak ada gunanya jika kita support Earth Hour, tapi selepas itu kempen hanya tinggal kempen tanpa langsung meninggalkan kesan dan kesedaran. Begitu juga jika kita buat bodoh dengan kempen kitar semula, masih membuang sampah merata-rata, membazir air, merokok dan lain-lain yang berkaitan. Tidak lupa juga, projek Lynas.

*Rujukan : Wikipedia, Selangor2u , Jejaka Terhangat , 8TahunMencari


SZ : Bumi yang tua makin tenat...

Friday, March 30, 2012

Perihal Tauliah Berdakwah dan Prosedur Masuk Islam

Imam Hoslan mula popular berikutan insiden beliau membaling kasut ke arah panel hakim (tapi tak kena) dan dihukum penjara setahun serta-merta atas kesalahan menghina mahkamah. Semalam, tersebar berita yang Imam Hoslan berjaya mengislamkan 2 orang banduan ketika di penjara. Tapi, hari ini keluar pula berita penafian daripada Jabatan Penjara mengenai perkara tersebut. So, yang mana satu betul ni?

Jabatan Penjara menafikan laporan media bahawa bekas imam Hoslan Husin, yang kini ditahan di penjara berhubung kesalahan menghina mahkamah, telah mengislamkan dua orang banduan di Penjara Kajang.

Berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan di penjara dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya oleh banduan lain. Misalnya, sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk Islam, proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan. -Sinar Harian


Perihal Tauliah Berdakwah dan Prosedur Masuk Islam

Apa yang aku nak sampaikan di sini, bukan mengenai Imam Hoslan sangat. Sebab aku tak nak politikkan isu ini. Usaha dakwah Imam Hoslan mengislamkan banduan tu, biarlah ia menjadi urusan antara imam tu dengan Allah Yang Maha Mengetahui. Dan lebih penting, hidayah itu hanya milik Allah. Apa yang Imam tu buat ialah berdakwah samada secara perbuatan atau lisan. Jika banduan tersebut mengucap di hadapannya, maka Islamlah dia. Bab pihak penjara tu kata tak ikut prosedur pun memang lah betul. Tapi, takkan sebab tak ikut prosedur banduan yang mengucap dua kalimah shahadah tadi tu tak Islam lagi?

Zaman nabi dulu ada pakai tauliah ke? Kalau masuk penjara sebab baling kasut bukan murtad apa masalahnya? Nabi Yusuf a.s. pun masuk penjara kerana fitnah, tapi dia masih lagi seorang Nabi. Ramai lagi para ulamak yang dipenjarakan kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Apakah ulamak tersebut tidak layak sebagai ulamak dan ilmunya tidak wajar diikuti? Malangnya perbandingan sekarang dengan zaman Nabi tidak boleh diguna pakai puak jahiliah zaman moden, sebab nanti dia suruh kita jual kereta, naik unta. Hempas laptop, tulis atas kayu.

Sebenarnya, nak masuk Islam hukum asalnya tidak perlu pun berjumpa orang yang ditauliahkan kerajaan untuk menjadikan ianya sah. Nak masuk Islam syaratnya mudah sahaja. Hanya perlu mengucap dua kalimah shahadah, Allah jadi saksi. Kalau seorang kafir tiba-tiba sempat mengucapkan kalimah syahadah 5 saat sebelum mati walaupun ditanam di jirat tetap masuk syurga sebab yang penting Allah SWT tahu.

Kalau ada seseorang kafir berjumpa kita dan berkata "Aku mahu masuk Islam". Bolehkah kita tangguh? Bolehkah kita suruh dia tunggu dan suruh dia jumpa pejabat agama terlebih dahulu untuk mengucap 2 kalimah shahadah? Jika dalam perjalanan ke pejabat agama dia meninggal sebelum sempat mengucap 2 kalimah syahadah dan sekiranya dia menuntut tanggungjawab dari kita kerana tidak mengIslamkannya di akhirat nanti, apa kita nak jawab depan Allah?

Cuma prosedur tersebut diadakan untuk penambahbaikan dan memudahkan rujukan sahaja. Kena ada Jabatan Agama tengok sebab boleh keluarkan sijil masuk Islam, tukar i/c untuk tulis 'Islam' dekat bawah gambar dan lain-lain. Sebab nanti bila muallaf tu mati, kalau tak ada bukti dia masuk Islam, takut nanti keluarga dia yang kafir tuntut mayat dia. Takkan nak pergi tanya mayat, "Betui ka hang masuk Islam?". Takkan kita sanggup nak tengok jenazah tu diuruskan dengan cara kafir? So, urusan pensijilan semua tu lebih mudah.


SZ : Nak buat maksiat, pelbagai kemudahan disediakan. Tetapi nak laksanakan Islam kena ikut protokol. Nak masuk Islam macam-macam halangan. Tetapi nak murtad semudah menari di tiang? Eh!

Thursday, March 29, 2012

Suria KLCC Terbakar (Gambar)


KLCC terbakar? Seriously? Bila dengar saja berita KLCC terbakar, dalam kepala korang mesti terbayang-bayang macam dalam gambar di atas kan. Sebenarnya, hanya kebakaran kecil yang berlaku di dapur restoran Chinoz On The Park di aras bawah Suria KLCC petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang tu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah tu.

Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit. Alhamdulillah...

*Maklumat lanjut Berita Harian

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil. Gambar yang di atas tu, photoshop je. Cuma sekadar bayangan yang bermain di minda orang ramai bila dengar berita, "KLCC terbakar! KLCC terbakar!". Mahu tak kecoh. Yang terbakar cuma dapur restoran di Suria KLCC je sebenarnya. Yang di bawah ni gambar sebenar di tempat kejadian.




SZ : Entry ini telah di'updated' semula selepas Isya' dgn berita lebih lengkap. Petang tadi quick update sebab dah nak Maghrib, kena offline.

Penari Tiang Melayu Didenda RM25 Sahaja?


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

*Berita lanjut - Kosmo

Buat tiger show kena denda RM25 ja? Besok-besok, buat lagi. Apa ada hal? Gaji sah-sah lumayan. Setakat RM25, celah gigi ja. Nak jadi penari tiang jugak lah kalau macam ni. lol


Meanwhile in KELANTAN...

Klik imej utk tumbesaran ataupun terus ke Sinar Harian

p/s : Pikiaq sendiri la nowh... Selagi tak laksana undang-undang Islam.

SZ : Mujuq Melayu.. Kalau Islam, marah jugak aku.. #sarcasm

Wednesday, March 28, 2012

Perempuan Umpama Barangan Di Kedai

"Amboiii... Sedap hang ja nak kata kami ni barang kat kedai nowh. Ingat kami ni apa?", kata seorang awek. Amboiiiii.. Cik kak.. Cuba hang rileks sat, hang baca dulu na.. Tak payah nak emo tak ketahuan punca sangat.. Heheh...

*************************

Bayangkan, Perempuan umpama barangan di kedai. Pemilik kedai adalah walinya. Pelanggan pula adalah lelaki. Maka ada 3 jenis barang di kedai...

1. Barang Percubaan (Tester)
Plastik atau balutannya dibuka. Boleh dipegang, dibelek puas-puas, dirasa dan boleh try test sebelum beli. Tak suka, boleh cuba yang lain.

Maksud tersirat : Perempuan yang seksi, tidak menutup aurat dan tidak bermaruah. Rela tubuhnya diratah lelaki yang belum sah jadi suaminya.

2. Barang di Rak Terbuka
Tertutup cantik dengan plastik. Ada yang berkotak dan tersusun rapi dipamerkan di rak secara terbuka. Masih boleh disentuh pelanggan walaupun tidak boleh dicuba.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat tapi tidak menjaga batas pergaulan atau yang jenis bangga mempamerkan kecantikan yang dimiliki.

3. Barang Dalam Almari Berkunci
Barang ini sangat berharga dan berkualiti tinggi. Dibalut cantik dan disimpan rapi dalam almari kaca yang berkunci. Tidak pernah disentuh oleh sesiapa. Kalau nak beli, kena jumpa tuan kedai untuk buka kunci tersebut.

Maksud tersirat : Wanita yang menutup aurat dengan sempurna, tidak pernah disentuh mana-mana lelaki, menjaga batas pergaulan. Kalau nak mengorat dia, kena terus berjumpa dengan walinya terlebih dahulu. Kemudian, masuk meminang dan kahwin.

So, Perempuan nak jadi barang yang mana satu?




Pelanggan pula, kalau nak barang yang baik dan berkualiti tinggi, kenala jadi kaya. Kaya dengan budi pekerti dan akhlak mulia.

Pemilik kedai pula, kenala sentiasa pastikan barang di kedai di jaga dengan baik jangan bagi rosak. Maksudnya, ibu bapa kenala jaga anak-anak dia supaya kekal sebagai 'manusia'.

SZ : The customers is not always right.. and Beautiful things are not always good.. 

Tuesday, March 27, 2012

Siapakah Suami Anda Di Syurga Nanti?

Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

*Rujukan : mediasiber.com

p/s : Kalau sayangkan suami, jadilah isteri yang solehah. Boleh jadi ketua bidadari kepada suami anda di syurga nanti. Itu baru dikatakan bercinta sampai Syurga..

Wednesday, March 21, 2012

Kebencian Terhadap Subjek Matematik



Tahap 1 (Darjah 1 - 3)

Dulu masa aku darjah 1 hingga 3, aku sentiasa skor markah 100 dalam subjek Matematik. Aku boleh dikatakan tergolong di kalangan kanak-kanak ribena yang bijak pandai. Sebab setiap kali exam, aku sentiasa dapat top 3 dalam kelas. Ketika tahap 1, masih belum ada pembahagian kelas budak pandai dan kurang rajin. Bermula Tahap 2, barulah proses pembahagian tersebut dijalankan. Ye.. Aku masuk kelas budak-budak pandai. Ye, aku cuba untuk berlagak pandai ni. Mohon lempang aku.

Tahap 2 (Darjah 4 - UPSR)

Bermula darjah 4, aku dah mula start bencikan Matematik. Ini semua gara-gara aku lambat tangkap bagaimana nak selesaikan masalah bahagi. Nak bertanya, malu. Bodoh sombonglah katakan. Perkara itu berlanjutan hingga ke subjek yang lebih rumit. Aku hanya ternganga dan terus nganga ketika cikgu mengajar di depan. Apabila cikgu round kelas, aku pura-pura tunduk sopan menulis. Sejak itu, ranking aku dalam kelas jatuh mendadak ke tempat ke-7 dan seterusnya berbelas-belas (maksimum 14). Walaupun aku berjaya skor cemerlang semua subjek yang lain, peratusan keseluruhan dicacatkan dengan result Matematik yang sentiasa berada di atas garisan maut. Dalam UPSR, result matematik aku cuma B.

Menengah Rendah (Tingkatan 1 - PMR)

Apabila melangkah ke alam menengah, tahap kebencian aku terhadap matematik semakin membuak-buak. Aku semakin fobia melihat nombor. Dalam kelas, mata memandang ke hadapan, fikiran melayang entah ke mana. Kejap dongak, kejap tunduk. Kononnya sedang khusyuk membuat kiraan. Padahal buku latihan penuh dengan contengan. Jika cikgu garang, dalam hati tak putus-putus berdoa agar jarum jam bergerak pantas. Hasilnya, result PMR aku yang dibarisi 6A, dicacatkan sekali lagi dengan Gred Cacing oleh subjek Matematik.

Menengah Atas (Tingkatan 4-5)

Aku nekad untuk tidak memilih aliran Sains dan Akaun walaupun result PMR aku layak untuk ke aliran tersebut sedangkan orang lain sanggup menebal muka buat rayuan. Tetapi tidak bagi aku kerana tidak sanggup untuk berhadapan dengan subjek Matematik Tambahan yang pastinya lebih menggerunkan dan membuatkan result aku nampak lebih bodoh. Pengecutnya aku pada waktu itu kerana menyerah kalah sebelum berlawan. Pada waktu ini, aku dah mula berani untuk ponteng kelas Matematik kecuali kelas-kelas yang melibatkan cikgu perempuan yang cun. Malangnya cikgu tersebut hanya cikgu praktikal.

Percubaan dan SPM

Ketika percubaan SPM, aku memperoleh gred 9F. Yeah! Antara pelajar paling lampi dalam subjek Math. Seperti biasa, subjek sukar yang lain aku mampu skor dengan cantik dan pernah dapat highscore dalam kelas, tapi tidak bagi Matematik. Menjelang peperiksaan sebenar SPM, aku mengambil tuisyen insentif dengan Mak aku sendiri yang merupakan seorang Teacher tapi mempunyai sedikit kemahiran dalam Matematik. Mak aku sampai nangis-nangis pujuk aku buat latihan Math sebab aku memang dah give-up gila.

Dalam kepala otak aku waktu tu, lantaklah Matematik gagal pun. Asalkan subjek lain semua skor. Sampai macam tu sekali tahap kritikal aku dalam Matematik. Tetapi, setelah di'brainwash' oleh ayah aku bahawa Matematik itu penting, aku pun gagahi juga untuk cuba lulus. Akhirnya, seperti biasa slip result aku dicacatkan dengan Matematik. Aku dapat 7D.

Paper Julai

Disebabkan kegagalan aku untuk memperoleh sekurang-kurangnya Credit dalam subjek Matematik, aku mengalami kesukaran untuk diterima masuk mana-mana IPT. Baru aku sedar betapa pentingnya subjek Matematik. Tiada guna kalau gagal paper Math walaupun subjek lain cantik. Akhirnya Mak aku mencadangkan supaya aku mengambil Paper Julai. Paper Julai? Aku dapat 8E. Kah..Kah..Kah.. Ingatkan bolehla dapat bagus sikit. Lagi teruk ada lah. Rupanya aku masih belum sedar. Aku langsung tak study pun untuk paper Julai. Begitulah kebencian aku terhadap insan bernama Matematik.

Private College (Semester 1)

Disebabkan aku tidak layak untuk join bebudak pandai masuk U, terpaksalah aku membuat pilihan terakhir sambung belajar di kolej swasta. Aku rasa sangat bahagia ketika semester 1 kerana aku tidak perlu bersemuka dengan Matematik. Untuk kali pertamanya result aku bersih tanpa dicacat celakan dengan Math! Aku berjaya skor keseluruhan CGPA 4.00. Indah sangat slip result aku tanpa Matematik.

Private College (Semester 2)

Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya Matematik di tengah hari. Subjek paling dibenci muncul lagi. Aku kembali gusar. Habislah cacat kembali slip result exam aku. Akan tetapi, aku tetap nekad untuk maintain pointer aku kepada 4flat. Jadi, nak tak nak aku kena paksa diri untuk cuba membuka hatiku ini menerima cinta si Matematik yang tidak pernah jemu mengetuk pintu hatiku. Akhirnya, Matematik mula melekat di jiwa aku dan perasaan benci mula terhakis sedikit demi sedikit. Tambahan pula lecturer Matematik yang comel dan sentiasa memberi perhatian terhadap kami sekelas membuatkan aku lebih ghairah menekan kalkulator. Setiap kali aku berjaya menyelesaikan sesuatu soalan, satu tumbukan padu ke udara dilepaskan tanda aku puas dengan kejayaan memerah otak aku yang sentiasa terseliuh membuat kiraan.

Kemarau A Sejak Usia 9 Tahun Berjaya Ditamatkan

Pernah suatu ketika aku mencaci maki siapa yang mula-mula mencipta Matematik tanpa disedari orang itu adalah seorang Tokoh Islam, Al-Khawarizmi. Pernah ku merungut, apa gunanya topik Matematik yang tak masuk akal tu untuk digunakan ketika bekerja nanti. Kini baru aku tahu, Matematik tidaklah susah sangat seperti yang disemat di minda aku sebelum ini. Cuma perlu tanamkan minat dan dibajai sedikit kerajinan.

Semester kedua tersebut, aku berjaya maintain CGPA 4.00. Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya menamatkan kemarau A dalam Matematik sejak kali terakhir melakukannya ketika berusia 9 tahun. Yes! Aku dapat A! Kepuasan yang tidak terhingga melebihi kepuasan mendapat pointer keseluruhan 4flat. Serius! Syukur sangat.

Sekarang

Aku dah lupa apa yang aku belajar. K, bye... ZZZZzzzzz...

Math is Sexy!



SZ : Jangan benci Matematik. Bencilah diri sendiri yang bencikan Matematik..

Najib Cipta Sejarah Baru Di Sebuah Tandas Lelaki


Arghhhhh... What's wrong with this country? Ini macam pun boleh jadi sejarah ka? Siap catatan masa lagi tu. Inilah jadinya bila terlampau taksub dengan seseorang individu. Sama juga macam kes dapat bersalam tangan dengan artis, sanggup tak basuh tangan seminggu. Siap nak balut tangan lagi. Amboihhh..

Dalam hal ni aku kena professional. Haji Najib tak salah. Yang salah adalah orang yang tampal memo tu. Melainkan Najib yang bagi arahan macam tu. Haish... Sanggup memalukan pemimpin anda sendiri. Kalau dah nak membodek sangat, kenapa tidak disimpan sekali 'bahan buangan' tersebut dan di'frame'kan sebagai artifak? Boleh juga dipamerkan di Muzium Negara. Boleh juga dimasukkan ke dalam buku teks Sejarah.

Calon SPM 2012 dah boleh standby soalan ni...


Pada tarikh berapakah peristiwa Perdana Menteri Malaysia ke-6 menggunakan tandas berlaku sempena Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Parlimen Pasir Puteh?

A - 2 Julai 2011 , pukul 11.05pagi.
B - 2 Julai 2010 , pukul 11.00pagi.
C - 2 Julai 2009 , pukul 12.00malam.
D - Tiada satu pun jawapan yang betul.


Good Luck!



SZ : Menyokong jangan sampai tahap memuja...

Tuesday, March 20, 2012

Safi AbdelFatah : Pemain Import Kedah Yang Aku Kagumi

Safi AbdelFatah 

Biodata

Nama Sebenar: Abdelfatah Aftha Safi
Lahir : 23 May 1981 di Meaux, Perancis.
Agama : Islam
Asal : Maghribi
Warganegara : Perancis-Maghribi
Kediaman Tetap : Paris, Perancis.
Karier : Bermula di Perancis. 4 tahun lepas bermain di Timur Tengah.
Pasukan Semasa : Kedah FA
No Jersi : 10
Posisi : Attacking Midfielder

Safi AbdelFatah. Namanya kini semakin menjadi sebutan para pemerhati bola sepak berikutan aksi memukaunya di atas padang. Beliau merupakan pemain import baru pasukan Kedah yang menggantikan Danilo dan Baroni yang dihantar pulang kerana beraksi hambar sebelum ini. Lenggokan badan dan kelincahannya di atas padang pantas menjadikannya fenomena di kalangan peminat setia Hijau Kuning sehingga diberi jolokan 'Zidane Kedah'. Selain sifatnya yang merendah diri, penampilannya yang menutup aurat dan sentiasa menadah tangan berdoa sebelum memulakan perlawanan mengukuhkan lagi tempatnya di hati peminat.

Dan kalau dilihat pada dahinya yang hitam, aku yakin beliau seorang yang menjaga solat. Membuatkan aku bertambah kagum dengan beliau. Pertama kali aku jumpa pemain bola sepak berdahi hitam. Ustaz-ustaz yang main bola petang-petang tu belakang kira la nowh.. Yang aku maksudkan pemain bola sepak professional. Ye, aku tahu tak semestinya dahi hitam tu tak pernah tinggal solat. Tapi, bersangka baik kan bagus.


Ketika Sesi Temuramah bersama HijauKuning.com, 3 soalan yang menarik perhatian aku ialah :

1. Kenapa Memilih Pasukan Dari Malaysia?
Saya sedia bermain di mana saja. Ada mendapat tawaran dari kelab rantau Asean yang lain. Tetapi lebih suka bermain di negara Islam seperti Malaysia.

2. Siapakah Pemain Idola Anda?
Saya tidak memuja mana-mana pemain kerana haram. Tetapi, antara Messi, Zidane dan Maradona, Maradona adalah terbaik.

3. Adakah Anda Akan Memilih Isteri Dari Kedah?
Saya bermain di Kedah untuk bola sepak. Tidak pernah terfikir untuk memilih isteri lagi. Mungkin selepas musim 2012 berakhir, saya akan memikirkan semula mengenai calon isteri.

p/s : Jeng... Jeng... Jeng... Anak dara kedah dah boleh start isi borang.. haha..

Baguih Safi ni..

**Ikuti Video Penuh Temuramah bersama Safi di HijauKuning.comTV

SZ : Sekarang ni aku tengok ada player Kedah yang lain dah mula tutup aurat macam Safi. Mohon lepas ni semua dapat main bola tutup aurat. Bukannya susah pun nak tutup kepala lutut tu.

Sunday, March 18, 2012

10 Ayat Pedas Bagi Alasan Kubur Masing-Masing

Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni.

Memanglah Kubur Masing-Masing. TAPI....

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri.

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau.

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond.

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa.

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka?

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur.

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau.

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu.

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya.


p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing-masing kau tu.




SZ : Ramai yang lebih takut hantu kubur dari siksa kubur...

Friday, March 16, 2012

Macamlah Kau Bagus Sangat Nak Nasihat Aku!

"Hek eleh... Macamlah kau bagus sangat nak nasihat aku woi! Cermin diri tu dulu.. Diri sendiri pun jalan macam ketam, ada hati nak suruh aku jalan straight. Macamlah aku tak kenal perangai kau tu macam mana sebelum ni. Jahat nak mampos! Sekarang ni nak berlagak ustaz pulak nak bagi nasihat kat aku. Pergi mati lah woi!"

Fuh! Kalau bab agama, orang kita memang pantang ditegur. Habis disumpah seranahnya kita. Dikaji-selidik pula kesalahan kita dan mengungkit kisah-kisah silam terutamanya yang pernah terlanjur dalam kancah maksiat sebelum ini. Mungkin dia merasakan orang yang memberikan nasihat itu tidak layak untuk menasihat dirinya. Mungkin kerana seseorang itu kurang baik akhlaknya mahupun cakap tak serupa bikin.


Ini kerana dalam diri itu wujud perasaan ego dan sombong untuk menerima nasihat daripada orang lain.

“Kesombongan itu menolak kebenaran dan merendahkan martabat manusia.”-HR Muslim

“Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah.”-HR Muslim

Dalam Islam, jika kita melihat seseorang melakukan maksiat, wajib untuk kita menegurnya walaupun kita masih melakukan dosa kerana setiap Muslim itu adalah pendakwah. Kita juga bukannya maksum seperti Rasulullah SAW. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan. Kenapa mahu diungkit sejarah hitam seseorang yang sudah insaf? Dia memberi nasihat mungkin kerana tidak mahu kesilapan tersebut diulangi insan lain. Dan tidak perlu tunggu jadi ustaz baru hendak memberi nasihat.

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

‎"Barangsiapa yang memberi nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat kesalahan. Dan barangsiapa yang memberi nasihat, kerana apa yang diucapkan adalah kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat kesalahan."(Ibnu Athailah-Al Hikam).

Apa sahaja yang dikatakan oleh seseorang yang dapat memberi manfaat mahupun kebaikan kepada kita, ambil dan simpan sebagai pedoman hidup. Apa yang buruk dan tak berfaedah daripadanya, kita buang jauh-jauh. Walaupun seorang pencuri menasihati kita supaya jangan mencuri!

Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."

Akan tetapi, jangan pula cakap tidak serupa bikin. Sedang kita sedap ber'pung-pang' menegur orang lain, tapi kita masih di tahap itu juga, pun orang tidak akan respek.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" (Surah As-Saff 61 : 2-3)

Seeloknya, sambil kita memperbaiki diri, sambil itu juga kita menyeru orang lain turut berubah bersama kita dan sama-sama buat kebaikan. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang? Nak bagi nasihat juga, biarlah berhikmah. Manusia tak sempurna. Maka sempurnakanlah mereka dengan teguran yang membina. Bukan yang menjatuhkannya.

Yang ditegur itu pula, usahlah melenting. Anda sepatutnya bersyukur kerana Allah telah menghantar seseorang untuk menegur dan memberi peringatan kepada anda daripada terus hanyut ke dalam lautan noda. Amatlah rugi jika seseorang itu tidak mahu menerima teguran kerana dikhuatiri Allah akan terus menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati itu. Nauzubillah...



SZ : Don't judge me by past... I'm not in the past anymore.. Accept me for who I am today..

Wednesday, March 14, 2012

3 Kategori Blogger Penjenayah Mata Duitan

Apa tujuan asal anda berblogging? Sekarang ni ramai yang dah mula menjadikan aktiviti blogging sebagai lubang duit. Memang tak dapat dinafikan, dengan hanya berblogging dapat menjana pendapatan yang lumayan. Disebabkan itu, tidak hairanlah ramai blogger yang berlumba-lumba mengejar traffic yang tinggi ke blog. Kerana ianya sangat penting untuk menaikkan rating blog dalam usaha menarik mana-mana syarikat menyewa tapak iklan di blog.

Tetapi, akibat terlalu ghairah mengejar wang ringgit, ada blogger yang langsung tidak ambil peduli apa jenis isi kandungan blog mereka asalkan traffic naik mencanak. Bagi mereka, "Peduli apa, asalkan pakcik kayo".


Tidakkah mereka sedar bahawa cara mereka mencari rezeki tidak ubah seperti penjenayah-penjenayah di dunia realiti. Contohnya seperti...

1. Blogger Ibu / Bapak Ayam
Blogger yang menjadikan blognya sebagai 'sarang pelacuran' untuk menjana keuntungan. Caranya dengan mengeksploitasi gambar-gambar wanita seksi terutamanya selebriti popular sebagai 'pelacur' dalam usaha bapak ayam menjana pendapatan yang tinggi. Seperti mana yang kita ketahui, keyword lucah sememangnya sentiasa mendapat rating yang tinggi disebabkan ramainya masyarakat gila seks terutamanya pemuja 'berhala moden' yang suka berfantasi dan obses dengan selebriti popular yang digilainya. Terima kasih bapak ayam kerana menyediakan medium buat mereka menjadikan blog anda sebagai modal melampiaskan nafsu serakah di sarang pelacuran anda.

2. Blogger Perompak
Boleh juga digelar lanun cetak rompak. Blogger ini kerjanya mencuri dan merompak hasil karya orang lain, mengkopi-pasta secara bulat-bulat tanpa sebarang credit apatah lagi meminta keizinan. Ibarat mencuri beras di kedai runcit Pak Abu dan menjualnya di kedai runcit sendiri. Sumber rezeki hasil barang curi adalah tidak halal. Dia juga tidak menghiraukan samada berita tersebut sahih ataupun tak, tidak dikaji terlebih dahulu. Hinggakan kadang-kadang dia sendiri tak habis baca pun artikel yang panjang lebar tu terutamanya artikel keagamaan. Laksana menjual VCD ceramah agama cetak rompak yang dia sendiri belum tengok. Dia tidak kisah, asalkan traffic yang masuk ke blognya meletup dengan artikel hasil rompakannya yang berjaya 'dijual' dengan laris.

3. Blogger Pembunuh
Pada mulanya, ingin saja aku menamakan Blogger Melodi. Tapi hal ini bukan saja melibatkan dunia artis. Blogger ini sanggup mendedahkan aib orang lain dan menjaja gosip-gosip liar dunia selebriti demi kepentingan diri. Sanggup mendedahkan aib orang lain dan sebagainya dalam usaha menarik pembaca yang gemarkan gosip-gosip panas seumpama itu. Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh. Dengan fitnah, anda dapat membunuh jiwa dan kehidupan orang lain secara tidak langsung. Suka menyebarkan berita yang berunsurkan fitnah atau berita palsu yang diragui kesahihannya juga membunuh minda dan memperbodohkan orang lain. Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil. Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Anda sanggup membunuh demi duit?

p/s : Maaf di atas penggunaan bahasa yang mungkin kedengaran agak kasar. Sekadar ingin memberi perbandingan situasi tersebut dengan jenayah di dunia luar. Betulkan niat asal anda berblogging. Kerana anda tidak ubah seperti penjenayah-penjenayah tersebut. Carilah keberkatan dengan rezeki yang halal. Kaya di dunia tapi miskin di akhirat, tiada gunanya. Saham akhirat jangan dilupakan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.” -Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani

**Baca ini juga : Apa Jadi Jika 10 Blogger Ini Meninggal Dunia?

SZ : Lepas 3 bulan start blogging, baru aku tahu blog boleh jana pendapatan dengan iklan. Jakun kan?

Tuesday, March 13, 2012

InfoGrafik : Projek Lynas Malaysia

i like this pixca.. source : mollycoddle


SZ : L.Y.N.A.S = Loji Yahudi 'n' Amerika Syarikat? Keh3...

Monday, March 12, 2012

Wanita Melamar Lelaki

Zaman sekarang ni, nak cari lelaki yang benar-benar soleh bukannya senang. Yang bernama Soleh, Mat Salleh dan Solihin pun belum tentu sesoleh namanya. (Ok, terasa..) Wanita solehah? Lagi lerrrr... Bagi gadis-gadis, memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai calon suami adalah amat penting kerana suami adalah nakhoda yang akan mengemudi bahtera rumahtangga. Jika nakhoda gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, bahtera pasti akan terumbang-ambing dan akan karam ke dasar lautan.

So, lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti barang yang rare. Susah mau dapat, talak juai punya. Jika ditakdirkan anda terjumpa sesuatu yang rare, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya. Jadi, apa yang perlu anda buat jika anda telah bertemu seseorang lelaki yang soleh dan berkualiti?

Jawapannya, LAMARLAH LELAKI ITU!




1. Bolehkah wanita melamar lelaki?
Dalam Islam, samada lelaki atau wanita, anda layak menyatakan hasrat untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang anda berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.

Contohilah Siti Khadijah yang terlebih dahulu melamar Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya setelah terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan dapat membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu amat menguntungkan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

2. Bagaimana cara hendak melamar lelaki?

Caranya ialah dengan menghantar wakil ataupun orang tengah menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu menyatakan tentang niat yang mulia tersebut. Maksudnya di sini, pihak wanita yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya. Jika pihak lelaki menerima hasrat si wanita yang ingin mempersuamikannya, maka pihak lelaki akan datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita iaitu menghantar rombongan meminang serta langkah-langkah seterusnya mengikut adat kebiasaan.

3. Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?

Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.

Akan tetapi, jika lelaki tersebut menghina atau memerli wanita yang melamarnya, usah risau. Kerana anda tidak rugi satu sen pun kerana terbukti dia bukanlah calon suami yang berkualiti. Jika dia benar-benar soleh, pasti dia akan menghargai anda dan menganggap anda cuma mengikuti sunnah Ummu al-Mukminin, Siti Khadijah.

Tiada Istilah Perigi Cari Timba Dalam Islam! Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!

Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.

Rujukan : muzir.wordpress.com

p/s : Yang SOLEH tidak datang bergolek tanpa usaha dari yang SOLEHAH.. Nak yang SOLEH, kena SOLEHAHkan diri tu dulu..

SZ : Nak cari lelaki yang solihin memang susah... Tapi kalau nak lelaki yang bernama Solihin, ni harrrr... ehem.. ehem..

Monday, March 5, 2012

Bukan Lintah Gergasi.. Tapi Ular Karung Guni..


Sekarang ni tengah hot tersebar gambar 'lintah gergasi' di atas yang dikatakan ditemui ketika banjir di Perak. Biar betul tu lintah? Gedabak besar macam ular. Nak cakap gambar photoshop, memang nampak real. Ini kalau betul wujud, mungkin ramai pesawah pencen awal sebab takut mati kena hisap darah. Maka seluruh umat manusia terpaksa makan maggi setiap hari disebabkan proses pengeluaran beras terbantut. Ini tidak boleh dibiarkan. Maka aku pun cuba buat research demi menegakkan kebenaran.

Adakah lintah boleh membesar sehingga saiz gedabak macam tu? Takkan lah tiada had tumbesaran? Berapa ratus tahun umur dia? Mungkin lintah yang dikacuk dengan ular sawa?

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi daripada website Industri Lintah. Lintah hanya boleh membesar 6 hingga 10 kali ganda dari saiz asal. Tempoh matangnya pula ialah 4 hingga 6 bulan. Jika dilihat pada gambar di atas, entah berapa ratus kali ganda pun aku tak tahu.

Dan aku jumpa lagi gambar yang berkaitan dengan 'lintah gergasi' di atas. Ternyata itu bukanlah LINTAH GERGASI seperti yang digembar-gemburkan. Itu sebenarnya ialah seekor ular yang dipanggil Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk. Nama saintifiknya tidak diketahui.

Ular Karung Guni adalah spesis ular air tawar. Ular ini tidak berbahaya kerana tiada bisa, mata buta atau tiada mata. Tetapi boleh menggigit. Makanannya adalah ikan. Aku pun tak pasti fakta mengenai ular ni tepat atau tak. Sebab aku pun dapat dari blog kurakusakti. Siapa yang ada fakta lain pasal ular ni, bolehlah share.

Gambar di bawah adalah bukti yang haiwan itu adalah ular, bukannya lintah..




SZ : Terungkai sudah segala persoalan. Tudia la.. Suka sangat dok wat pala tau. Kesian ular tu. Kena fitnah jadi lintah. Jatuh kredebiliti beliau sebagai seekor ular yang baik hati. K, tak kelakar..

Thursday, March 1, 2012

Surat Minta Izin Untuk Berkahwin (Edisi Wanita)

Assalamualaikum wbt...

Mak.. Abah.. Mula-mula sekali, Zaza nak minta maaf. Mesti mak dan abah rasa pelik bila baca surat ni rupanya datang dari Zaza. Memang pelik kalau dapat surat dari seorang anak yang duduk sebumbung, hari-hari bersemuka, makan semeja, pun nak hantar surat kan?

Takpe.. Mak dan Abah jangan risau. Zaza masih waras lagi dan bukannya buang tebiat. Selalunya kalau ada apa-apa, Zaza terus cakap direct dengan Mak Abah. Tapi kan, kali ni mulut Zaza rasa berat sangat nak luahkan pada Mak Abah apa yang bermain di minda Zaza. Jadi, Zaza rasa inilah cara terbaik untuk Zaza sampaikan hasrat yang terbuku di hati ni. Zaza harap Mak dan Abah tak salah faham dan berkecil hati.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Jadi, terus-terang Zaza ingin meminta redha dari mak dan abah untuk bernikah. Mungkin mak dan abah terkejut bila Zaza cakap macam ni. Zaza nak kahwin ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain tu, Zaza akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Pesan Nabi yang kita kasihi: “Nikah adalah sunnahku (jalanku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunnahku itu”. (Abu Ya’la)

Zaza nak gandakan amalan dengan pahala berumahtangga. Sebab, bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Sebab kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. Itu belum lagi dikira pahala Zaza melayan suami, menghiburkan hatinya, memasak, pahala mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak, membesarkan anak dan banyak lagi cara mudah untuk Zaza mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat setelah bergelar isteri dan ibu.


Soal calon, mak dan abah jangan risau, sebab Zaza dah ada pilihan hati sendiri. Zaza bukan apa. Zaza taknak simpan atau tangguh lama-lama. Zaza taknak jadi macam orang lain yang ibu-bapa mereka tak kisah anaknya bercouple dan bercinta lama-lama. Bertunang pun Zaza taknak lama sangat. Sebab, tu bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Zaza bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi Zaza nak mak dan abah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat kerana pernikahan merupakan pelindungan paling kuat bagi manusia dari melakukan dosa besar, yakni zina.

Apabila sudah sah menjadi pasangan yang halal, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah terhapus. Kalau Zaza telefon dia, dapat pahala. Zaza rindu kat dia, Zaza dapat pahala. Zaza bagi hadiah kat dia, Zaza dapat pahala. Malahan kalau Zaza keluar berdua-duaan berpegangan tangan dengan dia pun dah tak jadi masalah. Kan itu lebih baik dari mereka yang ber'couple'. Sekurang-kurangnya, Zaza dah bebas dari zina mata, hati dan mulut dengan dia. Jadi, Zaza nak tanya pada mak dan abah, adakah mak dan abah sanggup untuk membiarkan anaknya bergelumang dengan dosa dan membuatkan syaitan ketawa kerana menghalang perkahwinan?

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Mesti mak dan abah tertanya-tanya latar belakang calon pilihan hati Zaza tu kan. Apa yang boleh Zaza bagitau, gaji dia tidaklah sebesar mana tetapi cukuplah untuk sara Zaza. Tahap pengajian dia pun tidaklah setinggi mana, tapi itu tak bermaksud dia bodoh tanpa sijil dunia.  Bagi Zaza cukuplah dia seorang yang berakhlak dan beragama. Keturunan dia pun baik-baik.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Untuk pengetahuan mak dan abah.. Mak dan ayah dia dah tahu pasal kami. Zaza bercadang nak bernikah selewat-lewatnya hujung tahun ni. Mak ayah dia setuju dan merestui hubungan kami. Mereka yang cadang supaya Zaza berbincang terlebih dulu dengan Mak dan Abah samada setuju atau tidak dengan pilihan hati Zaza ni. Lepas tu, baru mereka akan datang meminang. Sebagai anak perempuan, Zaza kena minta izin sebab abah yang harus jadi wali dalam pernikahan nanti. Zaza taknak belakangkan mak abah dalam membuat keputusan.

Tujuan Zaza menulis surat ini juga bukan bertujuan memaksa mak dan abah menerima pilihan hati Zaza ni. Jauh sekali sebagai paksaan untuk memberi keizinan kepada Zaza mengakhiri zaman anak dara. Apa saja keputusan mak dan abah, Zaza akan terima dengan hati terbuka. Kerana jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Sehebat mana kita merancang, hebat lagi perancangan-Nya. Cumanya, Zaza akan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Sekian, salam sayang daripada anakandamu yang tercinta..

Anakmu,
Zaza


p/s : Sebab apa perempuan? Bagi aku, lelaki tak perlu tulis surat kat mak ayah. Be gentle la kan. Face to face. Lagipun, sebenarnya yang versi lelaki dah ada orang pernah buat.  So, aku buat versi gadis plak. Boleh jugak calon-calon bini aku jadikan sebagai rujukan. Heheh.. Selalunya yang jadi masalah nak bagitau kat ibubapa pasal kahwin ni adalah anak perempuan. Ye tak? Perempuan kan macam malu sikit. Ke guane? Ke lagi rakus? Tak kisah lah. Yang penting ambik point penting dalam surat tu.

SZ : Aku tak payah minta izin dah. Mak ayah aku memang dah suruh kahwin sangat dah. Haha..