Pages

Wednesday, February 29, 2012

Asal-Usul Nama Teddy Bear

Siapa ada Teddy Bear? Golongan gegurl ni mesti ramai yang ada bebear kan. Yang beboy ada tak? Kalau ada, mai sini nak boh penampaq sedaih. Biasa nih! Wat malu kaum ja. Haha.. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana menatang patung beruang tu boleh lekat nama Teddy Bear? Kenapa bukan Mickey Bear, Donald Bear ataupun Abe?


Ceritanya begini..

Pada bulan November 1902, gabenor Mississippi telah mengajak Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt pergi berburu di Mississippi. Ramai jugak yang join. Dan pada masa tu ramai pemburu lain dah dapat tangkap dan bunuh binatang tu. Kemudian, pasukan Presiden tu pula dapat tangkap seekor beruang hitam. Lepas puas bertinju bertomoi dengan beruang tu sampai beruang tu dah lembik, diorang ikat beruang tu kat sebatang pokok. Lalu diorang panggil Presiden untuk tembak sendiri beruang tu sampai mati. Kiranya macam bagi penghormatan kat dia la sebagai seorang Presiden. Kalau tak, malu la dia sorang ja tak dapat tembak mangsa buruan. Dahla dia dulu hero masa perang kat Cuba dulu.

Colonel Theodore Roosevelt

Tapi, Presiden tu menolak dan mengangggap itu tak profesional dan tiada semangat kesukanan (keburuan). Lalu, dia mengarahkan diorang menembak sendiri beruang tu sebab taknak beruang yang dah lembik kena belasah tadi tersiksa. Peristiwa tersebut menjadi topik hangat di seluruh Amerika. Dan dijadikan kartun politik dalam paper The Washington Post. Ala.. Macam kartun dalam Utusan Meloya tu. Dalam kartun tu, beruang tersebut yang realitinya adalah seekor haiwan yang besar dan nampak ganas dilukis kecil dan nampak comel.

A 1902 political cartoon in The Washington Post spawned the Teddy bear name 

Seorang pemilik kedai mainan, Morris Michtom telah tertarik dengan kartun tersebut dan memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan menghantarnya kepada Presiden Theodore Roosevelt untuk meminta kebenaran menamakan patung beruang tu dengan nama samarannya, Teddy. Maka, lekatlah nama Teddy Bear dan popular hingga sekarang.

Al-kisah.... Tepuk.. Tepuk..

*rujukan : wikipedia

p/s : Bayangkan kalau Presiden Amerika pada masa tu bernama Barack Obama. Agak-agak kita semua panggil Teddy Bear apa ye sekarang? Barack Bear? Bama Bear? Ohmai...


SZ : i love u my 'Teddy Bear'.. Eh.. Eh.. i mean my future wife..

Tuesday, February 28, 2012

Berita Pelukis Kartun Nabi Muhammad Mati Terbakar Adalah Palsu

Masih ingat dengan Kurt Westergaard, kartunis kontroversi Denmark yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu? Hari ni kecoh di internet terutamanya facebook dengan penyebaran berita Kurt Westergaard telah mati terbakar oleh api yang datang entah dari mana walaupun dijaga rapi oleh pihak polis.

Lihat gambar yang aku screenshot di sebuah page di facebook ni. Amboiiiiii... Dah 11K++ orang share berita tu. Dah jadi budaya umat manusia di facebook suka share membuta-tuli berita seperti itu tanpa menyelidiki kesahihannya. Itu bukannya cara nak tunjuk anda sayangkan Rasulullah SAW.


Lihat gambar je pun dah mencurigakan. Aku pun tak pasti itu memang mayat lelaki yang rentung, seorang pesakit yang melecur atau hanya seseorang yang terjatuh ke dalam lumpur atau selut. Tapi aku yakin itu bukannya Kurt Westergaard berdasarkan bentuk fizikalnya yang tidak menyerupai Kurt. Bila dah kantoi gambar tu fake, tiba-tiba je si tukang sebar cakap itu gambar hiasan. Pulak dah.

Kalau di'klik' pada link sumber yang diberikan, (www.zimbio.com) anda boleh lihat pada tarikh artikel tersebut dipos. Ianya bertarikh 7 Mac 2010? Fuyyoh! Sudah terang lagi bersuluh. Dah 2 tahun berita palsu tersebut dipos tapi kenapa baru sekarang nak kecoh? Bila aku meng'google' dan terus meng'google', hanya laman web zimbio yang menyiarkan berita Kurt mati terbakar tu dan juga blog-blog Melayu kopi pasta.

Mana dia berita arab yang dikatakan melapor berita asal tu? Laman web lain pula masih menyiarkan berita mengenai Kurt pada tahun 2011. Maksudnya dia masih hidup. So, celah mana dia mati pada Mac 2010? Laman web zimbio.com juga bukanlah laman web yang boleh dipercayai sebab dia pun dapat berita tu dari blog uwillreadnews.blogspot.com yang mana blog tersebut sudah tidak wujud lagi. Itu bukanlah dari sumber yang sahih. Tidak syak lagi. Sekali lagi umat Islam diperbodohkan.


Yang aku kesal, ada yang mempertahankan, walaupun berita tersebut palsu atau tidak sahih, kita kena ambil pengajaran dan percaya kuasa Allah? Beb! Kenapa mesti nak menipu atas nama Allah dan Rasulullah? Itu bukan caranya kita nak bagi pengajaran kepada orang lain. Jika berita tersebut tidak sahih, itu dah jadi fitnah. Menyebarkan fitnah untuk memberi pengajaran? Mazhab mana kau ikut?

Dan aku tak nampak orang yang share berita tersebut mengambil pengajaran. Yang aku nampak hanyalah kata-kata makian, carutan, cemuhan kepada Kurt. "Padan muka!", "Hambik kau bodoh", "Go to the hell" dan caci maki yang tak layak aku papar di sini. Cuba renung balik. Semasa hayat Nabi SAW dulu, walaupun baginda teruk dicerca dan dibaling najis, adakah Nabi memaki-hamun mereka? So, kita ni siapa? Caci-maki saja yang kau tahu. Jauh sekali hendak berselawat ke atas Nabi.

Sepatutnya anda merasa kesal kerana gagal menarik orang kafir memeluk Islam. Sepatutnya anda mendoakan agar dia diberi hidayah atas perbuatannya itu. Hidayah tu hak Allah. Allah berhak memberi dan menariknya daripada siapa sahaja. Kita tiada hak untuk memaki hamun dan menghukum sesama manusia. Hinalah Kekufuran Tapi Jangan Hina Si Kafir. Tambahan pula yang emo lebih-lebih tu, default pic pun tak tutup aurat. Kenapa masih tak sedar diri. Ini menunjukkan anda lebih teruk daripada kafir. Sebab anda tahu hukum tapi tak melaksanakannya.

Sudah-sudahlah tu dengan tabiat mudah percaya dan taksub dengan berita sebegini yang diragui kesahihannya. Jika terbukti palsu, anda dah dapat dosa memfitnah. Bila dah tersebar meluas, berganda-gandalah dosa yang diperolehi.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]

SZ : Rajin-rajinlah selidik kesahihan sesuatu berita sebelum menyebarnya. Jangan tahu nak mohon share je.

Monday, February 27, 2012

Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

Loo Jo Yee adalah seorang gadis berusia 18 tahun dari etnik Cina di Malaysia. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee sebenarnya telah memeluk Islam ketika masih berusia 17 tahun. Disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula umur 18 tahun sahaja, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan tersebut sehingga umurnya mencecah usia 18 tahun sekarang.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang ini, seseorang muallaf sudah tidak perlu menukar nama kepada nama Islam, dan hanya perlu ber'binti'kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa. Maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Loo Jo Yee ketika ditemubual di TV Al-Hijrah

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

*********************************

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

*disunting dan dipetik drp page KBSB.

p/s : untuk download video, KLIK SINI!

SZ : Orang bukan Islam pun boleh tertarik dengan Islam. Kenapa kita ni masih lalai dan jauh dari-Nya? Adakah kita hanya Islam sebab keturunan? Nauzubillah...

Thursday, February 23, 2012

Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?

Kenapa Nabi Muhammad SAW boleh beristeri lebih daripada empat sedangkan Islam hanya mengehadkan poligami kepada 4 orang isteri sahaja pada satu masa? Mungkin jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja sebagai pesuruh Allah s.w.t. Namun begitu, ada perspektif berbeza dalam memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Perbuatan Nabi berkahwin lebih daripada empat sebenarnya bukanlah menghalalkan apa yang diharamkan kepada sekalian umat manusia lain. Tetapi sebenarnya, ketika itu syariat masih belum menghadkan perkahwinan kepada empat orang isteri dalam satu masa. Pada masa itu, sudah menjadi amalan penduduk Arab berkahwin ramai lebih daripada empat, mengikut kepentingan dan hawa nafsu tanpa ada garis panduan tentang kebajikan isteri dan keluarga. Sehinggalah Allah mensyariatkan supaya dibenarkan seorang lelaki berkahwin hanya empat wanita saja dalam satu masa demi menjaga kebajikan para isteri.

Setelah turun ayat Al-Quran yang menghadkan bilangan isteri kepada empat orang pada akhir tahun ke-8 hijrah, hanya 3 tahun sebelum kewafatan Nabi S.A.W. para sahabat diminta memilih isteri yang mereka mahu kekal bersamanya sekadar empat dan menceraikan selebihnya. Oleh kerana syara' juga mengharamkan para sahabat untuk berkahwin dengan bekas isteri Rasulullah kerana mereka dianggap Ummahaatul Mukminin (ibu sekalian orang beriman), maka Nabi tidak menceraikan mereka supaya tidak menzalimi mereka dan tidak berkahwin lain selepas itu.

Jadi, Nabi diizinkan beristeri lebih daripada empat bukan kerana semata-mata pengkhususannya sebagai seorang Nabi Allah. Tetapi kerana perkahwinan telah berlaku dan perbuatan menceraikan isteri-isteri Nabi boleh menzalimi para Ummahaatul Mukminin kerana akan meninggalkan mereka hidup tanpa suami selepas Nabi.

sekadar gambar hiasan

Golongan barat juga pernah menuduh Nabi S.A.W. sebagai 'pedophile' kerana berkahwin dengan Aishah ketika berumur 9 tahun. Sedangkan sebenarnya amalan tersebut bukan khusus untuk Nabi S.A.W. Malahan amalan masyarakat Arab zaman itu. Jika dilihat kepada isteri Nabi yang lain semasa mengahwini Nabi, mereka sudah bergelar janda semasa berumur 17, 21 atau 25 tahun. Bermakna mereka sudah berkahwin lebih muda daripada itu. Malah ada yang pernah berkahwin sebelum itu lebih daripada sekali.

Sehingga sekarang, di tanah Arab masih ada amalan mengahwinkan anak seawal 13, 14 tahun. Kita tidak berhak menghukum tindakan mereka salah kerana itu sudah amalan mereka. Begitu juga dengan amalan masyarakat kita yang sudah menjadi kebiasaan anak-anak dara masih belum berkahwin sedangkan umur sudah mencecah 30 tahun. Sehingga timbulnya gelaran andartu. Mungkin amalan kita pula yang menjadi satu kepelikan bagi mereka.

Wallahua'lam.....


Senarai Isteri Rasulullah SAW dan Sebab Baginda Menikahi Mereka

ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW

1. Siti Khadijah binti Khuwailid.
Manusia pertama masuk Islam. Rasulullah tidak berpoligami semasa hayat Siti Khadijah. Berusia 40 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling terhormat di kalangan kaumnya dari segi keturunan, kekayaan dan kepintaran. Meninggal tahun ketiga sebelum hijrah.

2. Saudah binti Zam'ah.
Wanita pertama dinikahi selepas kewafatan Siti Khadijah. Berusia 65 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Rasulullah meminangnya untuk menjaga anak-anak Rasulullah dengan Khadijah.

3. Aisyah binti Abu Bakar.
Satu-satunya isteri yang dikahwini semasa anak dara. Rasulullah mengahwininya bagi merapatkan lagi hubungan dengan Sayidina Abu Bakar. Berusia 9 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Wanita paling alim dalam pengetahuan agamanya.

4. Hafsah binti Umar.
Untuk merapatkan hubungan baik dengan bapanya, Sayidina Umar, dan memuliakan suaminya yang syahid dalam perang Uhud. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Pandai menulis dan berbahasa.

5. Zainab binti Khuzaimah.
Rasulullah menikahinya demi memuliakan suaminya yang syahid dalam Perang Uhud. Berusia 29 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau digelar ummu al-Masakin (ibu orang-orang miskin) kerana sikap penyayang dan kelembutannya terhadap mereka.

6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah.
Berusia 34 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memecah tembok permusuhan dengan kabilah Bani Makhzun terhadap Islam dan memadamkan kebencian mereka. Wanita pertama hijrah ke Habsyah. Paras cantik dan akal pintar.

7. Zainab binti Jahsy.
Seorang yang sangat kuat beribadah, paling banyak bersedekah dan memuliakan orang miskin. Berusia 35 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Perkahwinan dengan Rasulullah adalah perintah langsung daripada Allah.

8. Juwairiyah binti Al-Harith.
Tawanan perang bani Mustalaq yang dibebaskan oleh Rasulullah dan kemudian dinikahi Baginda. Berusia 21 tahun ketika berkahwin dengan Nabi. Banyak berpuasa dan beribadat.

9. Safiyyah binti Huyai.
Pembebasan daripada tawanan perang. Berusia 17 tahun dan sudah menjanda ketika berkahwin dengan Nabi. Beliau bersifat lemah lembut dan bersikap benar.

10. Ummu Habibah Ramlah binti Abu Sufiyan.
Berusia 31 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi memperbaiki hubungan dengan Abu Sufiyan. Berhijrah ke Habsyah bersama suaminya dan suaminya meninggal di sana. Nabi meminang beliau menerusi raja Najasyi.

11. Maimunah binti Al-Harith.
Berusia 25 tahun ketika berkahwin dengan Nabi bagi menyebarkan syiar Islam. Paling bertakwa dan bersungguh-sungguh menyambung silaturahim.

12. Mariah binti Syam'un.
Hadiah daripada Raja Muqawqis. Satu-satunya isteri yang mempunyai zuriat selepas Siti Khadijah.


ANAK-ANAK NABI
1. Zainab (hayat - 31 tahun)
2. Al-Qasim (hayat - kurang setahun)
3. Ruqaiyyah (hayat - 24 tahun)
4. Ummu Kalthum (hayat - 28 tahun)
5. Fatimah (hayat - 29 tahun)
6. Abdullah (hayat - kurang setahun)
7. Ibrahim (meninggal semasa kecil)
(Kesemua adalah hasil perkongsian dengan Siti Khadijah, kecuali yang ketujuh. Ibrahim adalah hasil perkongsian dengan Mariah binti Syam'un)

ANTARA CUCU NABI
1. Al-Hassan bin Ali (hayat - 46 tahun)
2. Al-Husain bin Ali (hayat - 55 tahun)

Nota: Maklumat dipetik daripada buku 'Muhammad Rasulullah' oleh Mohd Khalil Haji Nordin dan Wan Hassan Wan Ahmad, dan 'mengenal Rasulullah saw' oleh Ustaz Johari Yaman. Wallahu'alam...

credit : Kerajaan Rakyat

sekadar gambar hiasan

p/s : Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Rasulullah boleh beristeri lebih daripada 4? Dan kenapa Rasulullah menikah dengan Aishah yang baru berusia 9 tahun ketika itu? SILA KLIK SINI!


Wednesday, February 22, 2012

Bukti Menutup Aurat Bukan Penghalang Muslimah Bersukan

Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan? Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a.

Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang? Gambar di bawah adalah buktinya...


Siapa cakap berkuda kena pakai seluar ketat?
Ruqaya al-Ghasara tak perlu pakai spender sewaktu berlumba lari untuk meraih pingat emas di sukan Asia.  
Tinju..
angkat berat? seriously?
wushu.. (psssttt.. comey..)
main basketball pakai jubah.. apa ada hal..
main bola sepak..
ragbi!
tak pakai bikini pun still boleh berenang..
tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet..
lawan pedang
tahik kwando..
Ini paling awesome! ninja muslimah..
err.. ni bersukan ke? tapi still hebat!

*Gambar-gambar disedut melalui google images. Ada banyak lagi... Boleh cari sendiri..


Dah nampak? Tiada sebab dan alasan untuk tidak menutup aurat. Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk kata 'belum bersedia' atau 'belum sampai seru' sedangkan arahan tu datang daripada ALLAH. Sudah-sudahlah memberi alasan tipikal tu.

SZ : Lelaki pun sama.. Malu la sikit.. Perempuan pun boleh tutup aurat ketika bersukan walaupun aurat diorang lebih berat daripada kita..

Tuesday, February 21, 2012

Wall Facebook = Dinding Ratapan

Seringkali kita menggunakan facebook sebagai tempat meluahkan perasaan. Apabila kita ada masalah saja, kita update status mengadu dan merintih. Bila sedih, kita update status meratap. Jika marah, kita update status maki-makian. Sehinggakan sahabat-sahabat kita terasa anoyying dengan status-status tersebut. 'Attention whore' ke hape? Yess! i mean 'KITA' sebab sejujurnya aku pun pernah terjebak dengan gejala tersebut.

Sepertimana yang kita tahu, pengasas facebook tu Yahudi. Yahudi ni bijak dan licik. Tak mustahil antara tujuan dia cipta facebook adalah untuk membuatkan umat Islam leka daripada mengingati-Nya. Tahukah anda, kenapa di facebook ada WALL? Atau dalam bahasa melayu disebut dinding? Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau Dinding Ratapan.



Dinding Ratapan adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S. Bagi umat Islam, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.

Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Sakinah) yang bermaksud kehadiran Illahi. Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.


Disebut “Dinding Ratapan” kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan. Mereka juga meletakkan doa mereka yang ditulis pada sepotong kertas yang disisipkan pada celah-celah dinding itu.



Bagi aku, tak salah kalau nak luah perasaan kat facebook ke, twitter ke, myspace ke or whatever. Itu korang punya pasal la. Forever Alone lah katakan. Luah kat facebook pun jadi. Heheh.. Tapi, status facebook yang terlalu mengikut perasaan juga mencerminkan kebodohan. Mungkin juga tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di facebook daripada mengadu kepada ALLAH SWT yang Maha Mendengar itu. Lebih banyak berdoa di facebook daripada berdoa di sejadah.

p/s : So, gunalah laman sosial sebaik mungkin. Jangan jadikannya sebagai dinding ratapan. Diulangi, LAMAN SOSIAL! Bukan facebook je. Dinding ratapan yahudi tu juz sebagai info je.

*Lagi info dan gambar : isuhangat

SZ : Nak kena convert ke ' facebook timeline' ke ni? Heheh.. Memang tak lah. Tetap akan kekal guna Wall. Timeline fb tak best. Timeline twitter je best.

Monday, February 20, 2012

Perang Akhir Zaman Bakal Menggunakan Senjata Tradisional?

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.


Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? SILA KLIK Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?


Wallahu'alam....




Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca buku kat bawah ni :
ARMAGEDDON : Peperangan Akhir Zaman Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil.

SZ : Sebelum sibuk nak perang, siapkan diri dengan iman dan amal dahulu supaya mendapat redha Allah.

Sunday, February 19, 2012

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” [Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Samada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? Seriously?

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.


Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.


Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Bersabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

**Rujukan : mrsmgemencheh.com , muhdhazrie.wordpress.com , skudai.wordpress.com

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah."- Louis Lord Mountbatten

**Nantikan entry berkenaan perang akhir zaman pula selepas ini!

SZ : Ini tidak.. Asyik bersukan n berperang depan PC je.. :D

Sunday, February 5, 2012

Keindahan Rupa Paras dan Fizikal Rasulullah SAW Menurut Hadis


Berikut adalah beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal, sifat-sifat akhlak dan cara kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah SAW secara agak terperinci.

Hadith 1 :

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 2 :

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”

(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)

Hadith 3 :

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.”

(HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Hadith 4 :

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.”

(HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Hadith 5 :

Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:

“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.”

(HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)

Hadith 6 :

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:

“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 7 :

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.

Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.

Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”

(HR at-Tirmidzi)

Hadith 8 :

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:

“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).

Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya putih kemerah-merahan.

Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).

Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.

Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.

Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.

Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.

Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.

Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.

Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”

(HR at-Tirmidzi)

**Hadis ini dipetik daripada kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Maklumat lanjut boleh klik muzir.wordpress.com

SZ : Semoga kita tergolong di kalangan orang yang berpeluang melihat Rasulullah secara live di syurga kelak. Aminnn..

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul : Detik Kelahiran Rasulullah SAW


Kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Irhas dikategorikan kepada tiga :

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan  yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Pertama, semasa Rasulullah SAW berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu, kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Al-Quran Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia." Semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan, "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik". Selepas itu, awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Sesetengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Selain itu, di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda-tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Manakala, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama 1000 tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan mahsyur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Saadiah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Wallahu'alam....

*Ditaip semula daripada salah satu artikel di dalam buku Perancangan Eksekutif Islam.




SZ : Salam Maulisur Rasul.. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat di akhirat kelak. Amin..