Pages

Monday, January 30, 2012

Hinalah Maksiat Tapi Jangan Hina Si Pelaku Maksiat

Kamu langsung tidak dibenarkan menghina seorang pun daripada makhluk Allah. Hinalah maksiat tapi jangan kamu menghina si pelaku maksiat. Hinalah kekufuran tapi janganlah kamu menghina si kafir.

Kita ibaratkan maksiat itu sebagai bau busuk yang ada pada seseorang. Bau busuk tidak akan hilang jika semua hanya pandai mencaci maki semata-mata. Namun apa yang sepatutnya kita lakukan adalah dengan menunjukkan kepada seseorang yang punya bau busuk tersebut cara yang terbaik untuk mengeluarkan dirinya daripada bau busuk itu.


Adakah anda seorang yang baik atau perasan bagus? Kenapa anda melihat diri anda lebih baik daripada orang lain? Jom sama-sama kita renungkan...

Ada seorang abid (ahli ibadah) dari Bani Israil yang hidupnya selama 500 tahun hanya dengan beribadah sahaja. Pada suatu hari, si abid tersebut terlihat seorang fasik dari Bani Israil yang tidak pernah taat langsung kepada Allah. Si abid datang dari satu arah dan si fasik pula datang dari satu arah yang bertentangan. Bahawasanya, si abid tersebut mendapat karamah (kemuliaan) kerana kuatnya ibadah yang dia lakukan. Apabila datang mentari di waktu pagi, datanglah awan menaunginya apabila dia berjalan.

Ketika mana kedua-dua mereka ini bertembung di pertengahan jalan, berpaling muka kedua-dua mereka ke arah  lain. Tetapi atas sebab apa? Ahli ibadah ini berpaling atas sebab keangkuhannya terhadap orang yang bermaksiat itu. Dia menyangka Allah tidak mengampuni si fasik itu selama-lamanya atas maksiat yang dilakukan. Dia merasakan dirinya lebih bagus atas sebab ibadahnya. Dia berpaling dari si fasik  itu kerana takabbur dan berbangga dengan amalan ibadahnya.

Orang yang bermaksiat itu pula berpaling dari ahli ibadah. Tapi atas sebab apa? Kerana dia malu terhadap Allah Ta'ala. Ketika mana dia berpaling dari ahli ibadah itu, dia berkata, " Astaghfirullahalazim.. Siapalah aku ini untuk berjumpa dengan seorang yang baik lagi kuat beribadah sedangkan aku seorang yang fasik." Ketika mereka berpisah, awan yang berada di atas si abid itu terus meninggalkannya dan mengikuti si fasik lalu menaunginya selepas itu. Apakah sebabnya? Kerana si abid memandang si fasik dengan pandangan penghinaan.

Apa yang difokuskan di sini adalah tentang pandangan. Pandangan ahli ibadah pada si fasik itu dengan pandangan kesombongan. Dan berpalingnya si fasik itu kerana malu. Makna ibadah yang sebenar adalah ibadah yang akan menambahkan kita kerendahan diri dan sentiasa merasa kekurangan. Berjaga-jagalah wahai orang yang hendak menuju kepada Allah. Janganlah kamu melihat orang yang berdosa atau orang yang bermaksiat dengan pandangan penghinaan. Itu adalah suatu keadaan yang sangat bahaya. Pandangan sebegini adalah yang dilarang. Ia akan memberi kesan pada hati. Ia menzalimi hati disebabkan oleh pandangan sedemikian. Menyebabkan hati menjadi gelap.


Apakah dia hakikat kekufuran?

Hakikat kekufuran adalah orang yang mati dalam kekufuran. Tapi selagi mana dia masih hidup, dia tidak boleh dihina walaupun dia seorang yang kufur. Kerana anda tidak akan tahu bagaimana dia akan mati nanti. Samada dia mati dalam keadaan kufur ataupun sebagai seorang Islam. Ataupun dia mati setelah dia benar-benar bertaubat dan menyesali kejahilannya sebelum ini. Walaupun sekarang ini dia seorang yang jahil, tidak mustahil Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi dari anda suatu hari nanti. Kerana hidayah Allah itu luas. Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di luar jangkaan kita.

*sumber rujukan daripada video Kuliah Al-Habib Ali Al-Jufri

SZ : Aku nasihat bukanlah kerana aku seorang yang bagus. Aku nasihat untuk diri sendiri yang masih belum bagus ini. Salah silap harap dimaafi atas segala kekhilafan lalu.

Friday, January 20, 2012

Hadiah dan Kenangan Bekas Kekasih : Simpan, Pulangkan atau Buang?

Pernah ada kekasih? Pernah putus cinta? Kalau pernah, mesti korang akan ada kenangan dengan bekas kekasih korang tu kan. Kenangan yang dimaksudkan di sini bukannya kenangan dalam otak korang tu. Tetapi, dalam bentuk hadiah, gambar, video ataupun apa saja barang yang mempunyai nilai sentimental kepada korang hatta sms, resit kedai makan mahupun tiket wayang sekalipun. Pernah tak?


Errr... Tak pernah? Bagusnya korang sebab tak pernah ber'couple'. Sejuk perut ibu mengandung. Heheh.. Ok, kalau tak pernah, anggap saja KALAU pernah.

Soalan : Jika anda pernah mempunyai bekas kekasih, apa yang anda akan buat dengan semua hadiah yang pernah diberi bekas kekasih anda itu ataupun barang yang mempunyai nilai sentimental sebelum anda berkahwin dengan lelaki atau wanita lain?

Berikut adalah poll yang aku buat di facebook 3 bulan yang lepas. Ye.. Selepas 3 bulan baru dapat buat entry ni. Janji tetap kena tunaikan walaupun lambat (mujur aku masih hidup). Seramai 194 orang responden telah membuat undian. Seperti yang kita dapat lihat di bawah, ada 3 pilihan telah disediakan. Majoriti memilih untuk menyimpannya sebagai kenangan. Selebihnya memilih untuk membuang dan memulangkan kembali kepada si pemberi.



**************************

Pendapat aku terhadap setiap tindakan tersebut.

1. Simpan buat kenangan.

Aku pun tak pasti. Kenapa korang masih nak simpan sebagai kenangan. Seolah-olah macam korang masih tak bersedia nak lepaskan dia dari hidup korang. Buat apa hendak dikenang bekas kekasih kita yang dah jadi milik orang lain? Korang pun dah nak kahwin. Bayangkan jika isteri atau suami anda terjumpa barang tersebut? Apa nak jawab? Takkan anda sanggup nak tipu pasangan anda dengan menyembunyikan perkara sebenar? Jika anda berterus-terang pula, pasti hancur luluh hati pasangan anda apabila mendapat tahu suami atau isterinya masih menyimpan kenangan bersama bekas kekasihnya dulu walaupun sudah berumahtangga. Tipulah kalau tak cemburu.

So, jangan simpan.

2. Pulangkan kembali

Teknik memulangkan kembali sebenarnya salah satu cara untuk kita menunjukkan kepadanya yang kita sangat kecewa. Dan mungkin juga boleh digunakan sebagai cara untuk membuatkan dia rasa bersalah kerana menghancurkan hati kita. Dengan memulangkan kembali barangan yang masih terjaga rapi itu pasti akan membangkitkan memori antara korang dengan dia dulu. Apatah lagi jika anda pernah mempunyai diari khas atau cacatan sms yang masih tersimpan rapi itu. Pasti dia akan rasa terharu membacanya dan mengenangkan betapa obsesnya korang dengan dia. Dan membangkitkan perasaan bersalah yang teramat sangat.

Yeah! Pulangkan kepadanya jika anda ingin melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dan ingin membuatkan dia rasa bersalah. Nak lagi sempoi, kirimkan sekali plastic sampah or lighter. Mintak tolong dia laksanakan langkah ketiga di bawah ni.

3. Buang atau bakar.

Biasanya orang ini sangat kecewa dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas kekasihnya tersebut samada sebab dia benar-benar tawar hati ataupun sebab bekas kekasihnya itu sudah bernikah dengan orang lain. Mungkin juga dia nekad tidak mahu bertemu lagi dengan bekas kekasihnya. Atau dengan kata lain, benci. Maksud buang di sini ialah biarkan barang tersebut lenyap daripada hidup anda. Tidak kisah la dengan apa cara sekalipun samada buang ke dalam tong sampah ataupun memberinya kepada badan kebajikan masyarakat mahupun menjualnya di kedai second hand. Tetapi, elakkan daripada memberinya kepada sahabat mahupun saudara terdekat anda kerana jika anda ke rumahnya atau melihat mereka menggunakan barang tersebut, pasti akan membangkitkan kenangan. Membakar pula mungkin kelihatan agak kejam tetapi anda pasti rasa lebih puas.

Jalan terbaik, sila tong sampahkannya.

p/s : Kalau hadiah seperti kereta, handphone, ipad, rantai emas dan lain-lain barang yang harganya ribu-riban, janganlah 'pandai' sangat pergi buang atau bakor. Gunala kalau tak malu. Peduli apa kan? Haha.. Tapi, seeloknya pulangkanlah. Kalau kejam, jual. Kalau tak cerdik, bakor.



**************************

Apa pula tindakan aku?

Kekasih Pertama : Pada mulanya aku berhasrat untuk memulangkan semua hadiah pemberiannya serta  kenangan aku dengan dia termasuklah sebuah buku khas yang mempunyai setiap SMS aku dengan dia dulu. Ye.. Aku mengaku aku sangat obses dengan dia dulu. Cinta pandang pertama merangkap pertama kali bercintalah katakan. (Eeeuuwwww..) Tapi, memandangkan dia bakal melangsungkan perkahwinannya ketika Raya Cina nanti, aku taknak 'spoil'kan mood perkahwinan beliau. So, aku ubah fikiran. Buang.

Kekasih Kedua : Yang ni, aku bakor mandatori.

Kekasih Ketiga : Bakal isteri aku yang masih belum diketahui siapakah gerangan beliau. Dia mungkin bukan kekasih pertama aku. Tapi yang pastinya dia adalah isteri pertama aku. Isteri terakhir tu belum pasti lagi. Heheh.. Aku nak couple lepas nikah setelah 3 tahun aku memegang status single tegar.

#SadMomentWhen ur ex is getting married but u r still single...

SZ : Single sebelum nikah is super seronok. Tapi, couple selepas nikah is super duper seronok.

Wednesday, January 18, 2012

Antara Lembu Bodoh dan Kebodohan Manusia

Sebodoh-bodoh lembu yang menang pertandingan lembu paling bodoh di dunia itu masih ada manfaatnya kepada manusia yang bodoh. Tetapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada lembu yang bodoh itu.

Lembu yang bodoh itu boleh disembelih. Daging lembu yang bodoh itu masih boleh dibuat makan. Susu lembu yang bodoh itu boleh dibuat minum. Tulang lembu yang bodoh itu boleh dibuat sup. Lembu yang bodoh itu boleh dijadikan lauk kenduri. Lembu yang bodoh itu boleh diternak dan dijual. Lembu yang bodoh itu juga boleh dijadikan sumber rezeki kepada manusia yang bodoh.

Tapi, manusia yang bodoh langsung tidak dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Manusia, hendak disembelih tak boleh. Hendak dimakan dagingnya, tak boleh. Yang boleh, mungkin cuma susu. Itupun jika dia wanita. Kepada sesama manusia pun tak dapat memberi manfaat. Apatah lagi kepada lembu yang vegetarian tu.

Antara Orang Paling Cerdik Dan Bodoh

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :

قال االرسول e :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh) [sumber]

Sementara itu...

"Macam lah binatang lain tu pandai sangat!", kata Encik Lembu.

SZ : Kenapa mesti lembu? Kasihan lembu... Sering diperbodohkan... lol

Bunyi Aneh Kota Samarahan : HAARP, Dajjal atau Kilang Sawit?

Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang dikatakan kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mula hangat dibincangkan di internet seluruh dunia. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia. Sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut?

Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu menjelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark. Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu. Dan pelbagai lagi tempat seluruh dunia.

Belum dengar bunyi tu? Klik Strange voice heard across Kota Samarahan

sekadar gambar hiasan

Berikut antara teori-teori yang telah dikaitkan dengan bunyi aneh tersebut.

1. Projek HAARP (High Frequency Active Auroral Research Programme)

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz. IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Jadi, mustahil atau tidak bunyi tersebut boleh terpantul hingga ke Malaysia?

2. Agenda Illuminati

HAARP juga dikatakan agenda illuminati untuk mengawal cuaca serta kejadian alam dan boleh menyebabkan berlakunya gempa bumi. Mungkin disebabkan itu dilaporkan gempa bumi berlaku setelah bunyi itu kedengaran.



Maklumat lanjut, boleh klik Do Devils Play This HAARP? The Peculiar Haïti Earthquake.
Nak tengok video, klik H.A.A.R.P Weapon - How to make Earthquake.

3. Bunyi dari kilang kelapa sawit

Berikut adalah komen seorang penduduk kampung berdekatan tempat bunyi kota samarahan tersebut dirakamkan. Dipetik dari ruangan komen artikel MyNewsHub.

Untuk pengetahuan anda, saya tinggal di sebuah kampung yang berdekatan dengan tempat rakaman bunyi diatas. Pada pertengahan hujung tahun 2011, saya pernah terdengar bunyi yang hampir sama dengan bunyi diatas. Lebih kurang jam 3.30-5.30 pagi, saya terjaga dari tidur dan seolah-olah bermimpi. Bunyinya kadang-kala kuat dan kadang-kala rendah. Sekejap hilang dan datang semula. Menimbulkan tanda tanya pada diri saya, apakah saya sedang bermimpi atau terjaga? Bunyinya seolah-olah bunyi kapal terbang.

Atas dasar ingin tahu saya telah keluar dari rumah dan saya dapati bunyi tersebut datangnya dari kawasan hutan belakang kampung. Sangat menghairankan, sedangkan kawasan tersebut tidak ada penghuni. Setelah lama saya menunggu, akhirnya pada jam 5.50 pagi saya terserempak dengan beberapa orang pekerja buruh ladang kelapa sawit yang hendak turun membaja kelapa sawit. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya adakah dia juga mendengar bunyi yang pelik itu tadi.

Dari situlah saya tahu yang bunyi tersebut sebenarnya adalah bunyi dari kilang memproses kelapa sawit yang terletak berdekatan dengan Kg Endap Kota Samarahan. Namun bunyi ini hanya akan kedengaran apabila tiupan angin kebetulan menghala ke kampung saya dan amat jarang terjadi. Saya difahamkan bunyi itu hanya kedengaran apabila keadaan yang betul-betul sunyi sahaja dan tiupan angin kebetulan menghala dari kilang ke arah kita sahaja. Saya harap kita tidak mudah melatah dengan perkara karut, yang boleh merosakkan aqidah kita dan saya percaya banyak lagi insan yang telah mendengar bunyi tersebut tetapi malas untuk tampil memberi penjelasan. Wallahualam...

4. Petanda dunia bakal huru-hara

Pernah baca artikel di bawah?

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

Tahukah anda. Hadis tersebut adalah hadis dhaif. So, tak payah nak memandai-mandai buat teori dan ramalan korang berpandukan hadis dhaif tu. Jangan nak tunjuk pandai melebihi kuasa Alah. Sila RUJUK SINI!

5. Teori merapu lawak bodoh

Ada yang cakap itu bunyi alien, bunyi tok imam berdengkur masa tidur kat masjid sebab terlupa tutup mikrofon, bunyi nafas naga sebab Raya Cina minggu depan, bunyi Darth Vader tengah nazak dan macam-macam lagi lawak bodoh yang kedengaran. Lantak anda lah nak buat lawak bangang macam tu pun. Tapi jangan buat bodoh dengan tanggungjawab anda sebagai hamba Allah kat muka bumi ni dah la. Kang menyesal tak sudah kalau diperbodoh oleh Dajjal untuk jadi pengikut dia nanti. Nauzubillah...

Wallahu'alam.. Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui.

***************************

p/s : Seperti yang aku cakap dalam entry sebelum ni, jangan gelabah takutkan kiamat sampai terlupa nak takut mati yang entah 2,3 minit lagi pun kita tak tahu. Jangan tunggu besok nak kiamat baru nak bertaubat. Selanjutnya, klik Benarkah Kiamat 2012?

SZ : Ada yang menarik nafas lega ke bila baca entry penyedap hati ni? Kalau ada, nampak sangat korang hanya takut dengan bunyi tu. Bukannya benar-benar ikhlas takutkan Allah. Sama-sama muhasabah diri.

Tuesday, January 17, 2012

Pelbagai Perkara Aneh Dah Berlaku.. Benarkah Kiamat 2012?

Di sebuah kedai makan ketika lunch hour, dua orang rakan sekerja sedang berbual sementara menunggu makanan yang di'order' sampai.....

Kiah : Oit Mat! Kau rasa kan, bila agaknya kiamat eh? Betul ke kiamat 2012?

Mat : Ish! Mana la aku tahu. Yang kau pandai-pandai cakap kiamat 2012 ni kenapa?

Kiah : Bukan apa. Sekarang ni macam-macam perkara pelik berlaku. Tanda-tanda kecil kiamat pun dah lengkap sempurna katanya.

Mat : Yeke? Apa tanda-tanda kiamat kecil tu?

Kiah : Antaranya, zina berleluasa, alat muzik bermaharajalela, banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, fitnah berleluasa dan macam-macam lagilah.

Mat : Perkara pelik yang kau cakapkan tu pulak?

Kiah : Kau tak tahu ke? Sekarang ni tengah heboh pasal bunyi aneh ala-ala darth vader tu. Macam alien nak serang bumi pun ada.

Mat : Haish! Kau ni main-main pulak.

Kiah : Bukan aku. Orang yang cakap. Aku pun baru je dengar tadi. Video bunyi aneh kat Kota Samarahan tu.

Mat : Yang tu pun aku dah tengok. Macam fake je sebab gelap. Entah-entah bunyi member sebelah tidur berdengkur.

Kiah : Aku rasa tak. Sebab sebelum ni sepanjang 2011 pun dah jadi fenomena seluruh dunia pasal bunyi-bunyi aneh tu. Kat Ukraine, Siberia, Russia, US dan macam-macam lagilah. Entah-entah bunyi Dajjal tak? Kalau kau nak dengar, kau KLIK SINI!

Mat : Tapi, ada orang cakap bunyi-bunyi tu cuma rekaan ataupun hoax. Ada jugak yang cakap bunyi misteri dan aneh tu datangnya daripada projek HAARP iaitu suatu Kajian Saintifik Ketenteraan Teknologi daripada Amerika Syarikat. Wallahu'alam la..

Kiah : Ish.. Aku takut la wey.. Aku rasa ramalan kiamat 2012 tu memang betul la. Nostradamus, si peramal tersohor Perancis tu pun meramal 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet. Para ahli astrologi China dari Dinasti Chang pun cakap akan berlaku bencana besar tahun ni. Lepas tu NASA cakap ada meteor nak hentam bumi apakebenda ntah.

Mat : Ish.. Kau tahu tak apa hukum meramal kiamat? Tidak boleh bagi kita, umat Islam ataupun sesiapa jua manusia untuk meramal hari kiamat kerana ia adalah urusan Allah SWT. Hari kiamat hanya Allah saja yang tahu. Sesiapa jua sama ada malaikat, sekalian Rasul malah baginda Nabi Muhammad SAW sendiri tak tahu bila kiamat akan berlaku. So, wajarkah kita hamba yang dhoif ni nak ramal kiamat? Jatuh akidah kau nanti! Cukuplah kita hanya tahu akan gambaran kiamat dan beriman dengannya.

Kiah : Bukan apa. Aku takut sangat kalau betul kiamat berlaku tahun ni. Aku ni dahla banyak dosa. Amal ibadat pun masih tunggang-langgang.

Mat : Lerr... Kalau betul kiamat 2012 pun, ada lagi 4,5 bulan kau nak prepare. Mati yang entah-entah 2,3 minit lagi, tak pun besok lusa, kau tak nak risau plak? Nak paranoid pun, agak-agak la. Jangan nak tunggu kiamat baru kau nak berubah. Jalankan tugas kita sebagai hamba Allah setiap masa. Habis tu, kalau diorang ramal kiamat 2050, dah tua baru kau nak bertaubat ke? Berubahlah sekarang sebelum malaikat Izrail jemput kau.

Kiah : Errrr... Ok.. Jom pi masjid.

Mat : Amboi.. Terus ajak pi masjid. Makan la dulu. Makanan dah sampai ni.

Benarkah? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

SZ : Aku pun.. Banyak sangat-sangat dosa..

Monday, January 16, 2012

Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

Sekarang ni ramai yang dah mula obses dengan fotografi. Kamera DSLR menjadi impian ramai orang samada muda remaja mahupun tua belia termasuklah aku yang hanya mampu memiliki kamera handphone 5.0 megapixel buat masa ini. Bukan setakat menjadi hobi. Malah ada yang menjadikan bidang fotografi sebagai sumber pendapatan.

Tapi, dalam keghairahan kita bergambar, mengambil gambar dan menyebarkan gambar, kita terlupa mengenai hukum-hakam fotografi dalam Islam yang kita telah langgar samada secara sedar ataupun tidak sedar mahupun pura-pura tak sedar.


1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.

2. Apa hukum mengambil gambar model yang tidak menutup aurat?
Haram samada model lelaki, wanita ataupun khunsa. Apatah lagi jika gambar yang diambil adalah gambar bogel.

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?
Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?
Tidak halal. Mengikut kaedah fiqh, yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya. Contoh lain, jika minum arak itu haram, haram juga kita menjualnya walaupun kita tidak minum arak. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

7. Saya hanya ingin berkarya. Saya hanya perlukan kritikan terhadap hasil karya tersebut.
Kembali kepada Islam samada kita ini fotografer, model ataupun siapa saja. Tunjukkan kepada orang lain bahawa gambar yang cantik tak semestinya model yang tidak menutup aurat atau yang haram dilihat. Islam tidak menghalang fotografi cuma kita perlu mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

*rujukan : komuniti iluvislam , media.isnet , iniwootwoot , digitalmukmin

p/s : Hentikanlah menyebarkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat sekalipun gambar tersebut bukan gambar anda. Menyebarkan gambar selebriti barat yang tidak menutup aurat pun berdosa, apatah lagi jika gambar orang Islam sendiri.

SZ : Terbukti manusia yang degil tidak mahu menutup aurat ni memang sangat menyusahkan semua orang. Tu je sebenarnya.

Sunday, January 15, 2012

Beza Hari Keputeraan Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong

Hari ini, 15 Januari 2012 merupakan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Walaubagaimanapun, ada yang keliru dan menganggap hari ini juga merupakan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Sebenarnya, walaupun Sultan Kedah memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong sekarang, sambutan Hari Keputeraannya tidak sama.

Tarikh rasmi Hari Keputeraan YDP Agong

Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, tidak mengambilkira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.

Bagi tahun 2012 ini, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.

Hari Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya dilahirkan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.

*rujukan : wikipedia , carigold


Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pada hari Ahad, 15 Januari 2012 bersamaan 21 Safar 1433H. Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku. Ikhlas dari patik.

SZ : Semoga entry ini dapat membantu menjawab persoalan kepada pihak yang bertanya tentang kekeliruan ini. So, tiada cuti ganti pada hari Isnin besok bagi rakyat negeri lain ok. Heheh..

Thursday, January 12, 2012

Kalau Tak Sebarkan Bermakna Sayang Syaitan?

Assalamualaikum wbt... Hari ni Abam nak bagi teguran kat 'adik-adik' yang rancak dan ghairah menyebarkan status-status atau gambar-gambar seperti di bawah atau yang sama waktu dengannya di laman-laman sosial.

Kalau sebar, sayang Allah. Kalau abaikan, bermakna sayangkan syaitan?


Apakebenda semua ni?  Kalau tak sebar, terus di'cop' sayang syaitan? Giler ape wahai 'adik-adik'?

Katakanlah, kita tukarkan sikit ayat tu. "Siapa Islam, sila klik LIKE dan share." Kalau tak buat, terus jatuh murtad? Macam tu ke?

Kita tukar lagi.. "Kalau sayang ibu anda, sila sebarkan. Kalau tak sebarkan, anda anak derhaka." Ceh! Terus masuk neraka?

Siapalah agaknya yang mula-mula cipta ajaran sesat macam ni. Itu dah kira macam kiriman berantai. Seolah-olah memaksa orang lain turut menyebarkannya. Apa motif? Merosakkan akidah. Kesian kat 'adik-adik' yang kaki like, kaki share dan kaki retweet tu. Main ikut je dakyah ni macam lembu kena cucuk hidung.


Itu bukannya cara nak tunjuk kasih sayang pada Allah

Tahukah 'adik-adik'? Nak tunjuk kasih sayang kat Allah, bukan macam tu caranya. Jangankan kerana sebar benda macam tu dah boleh nilai kasih sayang kita pada Allah sedangkan perkara lain yang dituntut-Nya kita tak buat. Ini Abam tengok yang galak menyebarkan ni terdiri daripada 'adik-adik' yang free hair, tomboy, kaki mencarut, kaki gedik dan lain-lain lagi jenis perangai mintak kaki.

Nak tunjuk kasih sayang kat Allah, kenalah buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Contohnya, rajin solat, berzikir, berpuasa, menutup aurat, dan memperjuangkan amar maaruf nahi mungkar. Bukannya sebarkan benda macam tu. Yang dah besau panjang tu, tolonglah jangan jadi 'adik-adik' sangat ok! Tahu nak share jeeeee.. Mencik taw nengoknye..

SZ : Entry yg sepatutnya dipublish hujung tahun lepas.. Tapi, sebab domain buat hal, baru dpt publish skrg.. Selamat dtg ke domain baru.. LOL!

Friday, January 6, 2012

Alasan Berhingus Daripada Amalina Yang Genius

Pada mulanya, aku malas hendak ambil port sangat dengan isu Nur Amalina Che Bakri yang dikatakan mengalami kejutan budaya tu. Bagi aku, itu dah jadi macam perkara biasa sebab memang dah biasa sangat berlaku. Cuba check kat kolej or universiti masing-masing. Berapa ramai student yang rosak? Bukan setakat cara pemakaian yang menjolok mata. Malah budaya ber'couple', pergaulan bebas, ber'clubbing', minum arak, zina dah berleluasa di mana-mana IPT. Itu belum lagi belajar kat oversea, dah jadi macam-macam.

So, apa nak dikecohkan sangat dengan kes Amalina? Owhh... Mungkin sebab beliau pelajar genius yang pernah menggemparkan negara dengan rekod pencapaian cemerlangnya dalam SPM dengan keputusan 17A1? Maka, pelajar-pelajar yang bengang kerana guru-guru asyik menyuruh mereka supaya menjadikan Amalina sebagai role model suatu ketika dulu, sekarang sudah dapat tersenyum dengan sinisnya. Terasa ingin bertemu dengan guru tersebut dan menunjukkan kepadanya bagaimana Amalina yang sekarang. "Ini ke Amalina yang cikgu suruh kitorang jadikan contoh dulu?". (Sekadar contoh)

Memandangkan mental aku tengah down gara-gara domain aku dicuri dan terpaksa menggunakan domain sementara, aku sebenarnya dah malas nak update blog. Tetapi, disebabkan aku tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amalina dan ibunya di akhbar, malah siap ada sidang video dalam TV semalam, aku terpanggil untuk memberi komen.

Kan segak kalau maintain macam ni  sampai sekarang..

Berikut adalah antara komen berhingus Amalina yang aku sangat tidak berpuas hati :

“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama. Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar.”

Yaaa... Aku akui yang aku pun pernah tengok gambar Amalina free hair di akhbar dalam sisipan khas yang menceritakan tentang kejayaan beliau ketika dulu. So, aku tak hairan sangat kalau dia free hair. Cuma sekarang ni berkarat je. Berkenaan seluar yang dipakai, lantaklah legging tu warna coklat atau kelabu tahi anjing sekalipun, pemakaiannya tetap haram kerana menampakkan bentuk tubuh.

Alasan yang mengatakan seluar itu pemberian ibunya, cukup memeranjatkan. Aku pun tak pasti samada memang betul itu pemberian ibunya ataupun sekadar ingin cover line keterlanjuran anaknya. Cumanya, aku berharap agar para ibu bapa lebih tegas memberi didikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Bukannya mendorong mereka melakukan perkara yang ditegah agama.

Ini kalau aku kat tempat Amalina, mati aku dikerjakan ayah aku. Confirm kena berhenti belajar, balik Malaysia serta merta. Lepas tu kena lempang, kena pulau dengan orang kampung kerana memalukan keluarga dan masyarakat. Kalau tak kena halau dari rumah, mesti kena hantar masuk sekolah pondok. Yeah.. Itulah yang bakal aku alami kalau aku di tempat Amalina sekarang. Pasti!

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil."

Ini alasan tipikal yang kita semua dah biasa dengar oleh wanita yang ego tidak mahu menutup aurat. Amalina memandang remeh suruhan Allah tersebut. Adakah dia over confident yang beliau akan terselamat daripada siksaan api neraka tanpa perlu menutup aurat? Cukup dengan hanya bersolat dan membaca Yassin? Amalina, anda perlu tahu. Orang yang benar-benar menghayati solat dan ayat Al-Quran, pasti akan menurut segala perintah Allah.

“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya.”

Berpeluk dengan lelaki bukan mahram belum dikira melampaui batas? Bersosial dengan pergaulan bebas seperti itu adalah cara untuk melepaskan tekanan? Terbaeklah! Lepas ni boleh la mohon kat kerajaan supaya mewujudkan kelab malam di setiap ipt di Malaysia dan mewajibkan parti-parti liar diadakan di setiap hujung minggu. Kerana ianya bagus untuk meredakan tekanan sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar kita dalam pelajaran. Nice! Ini kaedah terbaik dalam mencorak anak muda sebagai bakal pemimpin masa hadapan.

* Kenyataan Amalina tersebut dipetik daripada akhbar Sinar Harian

Pesanan buat blogger gila traffic

Sebenarnya, aku malas nak bagi pesanan. Semua dah besar panjang ada otak. Cuma aku nak tanya. Agak-agak korang la kan. Halal tak duit iklan yang korang dapat tu dengan cara mendedahkan aib orang, menjaja gambar wanita yang tidak menutup aurat, memaki hamun, dan menfitnah tu? Halal tak? Halal tak? Kalau dah gila traffic tu, confirm la sebab duit kan. Fikir sendiri lah apa tindakan anda seterusnya.

Cuma, sebaiknya kita bersangka baik saja. Sama-sama kita mendoakan supaya Nur Amalina Che Bakri diberi hidayah agar menjadi seorang muslimah yang sejati supaya kepintaran yang dianugerahkan kepadanya dapat digunakan sebaik mungkin demi memartabatkan maruah Islam. Aminn...

p/s : Tiada guna kalau kita sekadar genius ilmu dunia tetapi berhingus ilmu akhirat.

SZ : Entry pemanas badan. Pening jugak nak fikir nama domain baru sebelum kembali aktif berblogging.