Pages

Monday, November 19, 2012

Kerana Sebiji Burger Free di MekDi

Isu boikot-memboikot ni dah berlanjutan sejak seminggu lalu sehingga mewujudkan dua puak iaitu yang memboikot dan yang tidak memboikot. Produk yang paling laris sekali diboikot ialah MekDi kerana disahkan menyalur saham keuntungan kepada Israel. Maka bermulalah perang keyboard di laman sosial antara penagih MekDi dan pemboikot MekDi. Bermulalah juga episod melayu gaduh sama melayu, yahudi tepuk tangan. Heh.

Pagi tadi Mekdi ada buat jamuan brekpes free secara tiba-tiba sejak kempen boikot MekDi rancak berkumandang. Tapi, ramai jugak yang sanggup beratur panjang semata-mata sebiji Egg McMuffin free yang rupanya lebih kurang macam burger telur mata kerbau saja lagaknya atau dalam bahasa burgernya, benjo. Mulanya aku ingat keseluruhan juadah kat Mekdi tu free hari ni. Rupanya mereka cuma perlu merasuah seketul burger free untuk menguji iman kita semua?


Tapi, jangan terus salahkan mereka. Berikut mungkin antara sebab mereka sanggup beratur panjang semata-mata hanya kerana seketul burger free tu.

1. Mereka sedang kebulur. Lebih kebulur daripada rakyat Palestin yang sedang kebuluran. Kesempitan wang disebabkan kos sara hidup yang tinggi. Maklumlah tengah-tengah bulan ni. Menyebabkan mereka tiada pilihan lain dan terpaksa mengambil burger free tersebut demi mengalas perut yang diikat dengan batu.

2. Kemaruk benjo tahap kritikal pada pagi tadi sehingga boleh menyebabkan kematian. Nak beli burger Ramly tepi jalan, malam karang baru brader burger buka kedai. Nak goreng telur makan dengan roti tak pandai.

3. Kat rumah takde internet. So, diorang nak guna WIFI free kat Mekdi sebab nak update pasal Gaza. Sambil-sambil tu, diorang ambil burger free tu untuk dijual kembali. Duit hasil jualan tersebut digunakan untuk menderma ke tabung bantuan Gaza.

4. Nak kurangkan kos kerugian perbelanjaan mereka di MekDi sebelum ni. Kiranya macam nak tebus balik la duit diorang dulu dengan burger free tu.

Bersangka baiklah. Bukan diorang taknak boikot kan. Heh.


Walau bagaimanapun, tahniah kepada yang masih teguh untuk meneruskan boikot walaupun telah dirasuah dengan hanya seketul burger telur mata kerbau. Harap boikot anda bukan sekadar bermusim. Nak boikot, boikotlah selama-lamanya. Memang tak mati pun kalau tak makan Mekdi. Malah mematikan lagi adala makan fast food ni. Kalau boleh, kena belajar kurangkan makan fast food dari sekarang. Kalau nak tahan nafsu makan fastffod pun tak mampu, macam mana nak berjihad kan?

Makanan segera yang dicipta untuk MENGAUT KEUNTUNGAN merosakkan manusia. Kaya dengan garam, lemak, pewarna dan gula. Disediakan TANPA kasih sayang. Yang mereka mahukan cuma WANG, WANG , WANG. Inilah salah satu punca manusia makin 'keras' hatinya. Penuh dengan dengki, busuk hati dan sebagainya. Makanan mereka tidak segar dan berkhasiat. -Sheikh Hamza Yusof



Kepada yang tak boikot, tahniah sebab menyelamatkan periuk nasik pekerja Mekdi yang kalau boleh memang taknak pun kerja kat situ sebenarnya. Oleh kerana duit BR1M hanya cukup untuk membayar saman AES, mereka terpaksa. Tapi, tak perlu rasanya nak keluarkan statement, "Kalau nak boikot, boikot semua produk Yahudi. Ini satu lagi hal. Tak dapat bezakan lagi ke antara produk Yahudi dengan produk yang salurkan keuntungan kepada Israel?

Misalnya, kalau pesbuk boleh digunakan sebagai senjata untuk jatuhkan Israel, apa salahnya? Takkan nak pakai surat layang untuk sebarkan pasal kekejaman Israel terhadap Gaza? Dalam hal MekDi pulak, kalau burger Big Mac tu boleh buat bom baling letupkan kereta kebal Israel ke, air coke tu boleh buat water canon sembur kat muka tentera Israel ke, aku pun takkan boikot MekDi tu sebab boleh menghancurkan Israel. Masalahnya tak boleh kan? Kemon!

Nyam-nyam.. Enaknya MekDi!


Lagi satu, kenapa asyik nak boikot saja? Setakat boikot produk tapi tak solat, tak berdoa pun tak guna jugak. Apa kata guna alternatif lain selain boikot memboikot ni? Misalnya, kita cipta rokok jenama 1Gaza khas buat perokok tegar. Duit keuntungan hasil jualan rokok tersebut boleh disalurkan sebagai derma kepada rakyat Palestin. Sekurang-kurangnya mereka masih boleh merokok sambil menderma. Walaupun mulut bau longkang, gigi kuning terang, tapi hati masih cute. LOL!

p/s: baca cadangan bernas rakan saya pasal alternatif lain selain boikot ni. KLIK SINI!

update: Kenapa Perlu Usaha Boikot Produk Israel Walaupun Sedikit? KLIK SINI!



SZ: Mek Fluri tu feveret aku dulu. Sekarang kena belajar buat Mek Fluri sendiri. Ataupun minta Mek aku buat nanti. Eh.

17 360 juta komen:

D i n said...

betul tu kita boleh guna fb untuk dakwah :D

Taufik said...

harom seram gila pokcik mekdi tu makan orang

btw tq bro!

misz aisya said...

aku pon macam dah xde nafsu nak makan McD. buka elok sgt pon fast food ni.

yg beratur pnjg tu mungkin xtahu kot..hmm entah... :)

miss fluffy said...

kwn sy suruh deactivate fb sbb dia ckp ni yahudi punya...xpe dia bijak..sggup derma duit utk bom saudara sendiri drpd kebulur xmkn mekdi..

miss fluffy said...

kwn sy suruh deactivate fb sbb dia ckp ni yahudi punya...xpe dia bijak..sggup derma duit utk bom saudara sendiri drpd kebulur xmkn mekdi..

shah said...

mentaliti masih di tahap rendah... hahha...

hang punya penerangan mmg bagus... gua suka

yana said...

lagi satu yg pi mekdi tu mungkin jugak tak tahu menahu sgt isu boikot2 ni....mungkin depa takdak fb yg mana menjadi wadah penyampaian isu boikot ni...skdr tgk berita kat TV tu aura tak sampai sngt kot.

Muaz Faris said...

pelik cadangan nak buat rokok 1gaza tu brader.. huhu

nurdani said...

saya memang dah lama tak makan mcd. burger telur mata kerbau tu boleh buat sendiri kat rumah.hehe.

Haris Khairuddin said...

dulu pon ada gak kempen boikot mekdi kalau masih ingat. time tu pon disogok dgn beger seketul.. n keluar plan McValue Lunch. ingat tak?

kalau boikot mekdi pon apa ada hal? berlambak lagi fast food lain buleh tibai.. ye tak??

the malay male said...

Boikot bermusim.... Susah nak istiqomah.


Tapi klu burger tu free, awat tak makan je? Kasi ramai2 serbu sampai mcD bankrupt.... Huhuhu.

Mohamadazhan.com said...

“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”. Syeikh Mohammad Abduh

Cik Tomorrow said...

Dulu , aku peminat tegar Mekdi , orang kata kipas susah mati ...


sekarang tak minat dah .... mmg Mekdi ni ada kaitan dengan diorang , bukan Mekdi jer , byk lagi produk diorang kat negara kita ni ...

Kenapa tak jadi macam China , buat produk sendiri walupun tahu dh x berkualiti tapi masih diguna oleh kita ...

Malaysia belajarlah sesuatu dari negara lain ....

ahsfantasy24 said...

tak ada perasaan pun nak pegi mcDsekarang,
moga2 istiqamah :D

saifudin said...

kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

Jimi Rashdan Jamaludin said...

membazir je beli kat mekdi, tepi jalan berger murah lagi sedap citarasa malaysia, burger bakar pun dah banyak..

Jimi Rashdan Jamaludin said...

buat apa membazir sedangkan burger tepi jalan lagi murah dan sedap mengikut citarasa malaysia.. buger bakar pun dah banyak.. nyam2..