Pages

Sunday, November 18, 2012

Kenapa Baru Sekarang Nak Kecoh?

Tanggal 1 Muharram 1434. Hari bermulanya tahun baru hijrah. Kita dikejutkan dengan berita serangan mendadak regim zionis ke atas Gaza. Seperti biasa, kebanyakan umat Islam bersatu menyuarakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut melalui pelbagai saluran. Ada yang berdemonstrasi di jalanan. Ada yang berkempen di laman-laman sosial.



Namun begitu, ada suara-suara yang mempersoalkan tindakan tersebut..

"Elehhhh.. Semangat kejap je kecoh pasal Palestin ni. Tak lama lagi senyap la tu."

"Kenapa baru sekarang semua orang nak sibuk cakna pasal Palestin? Kenapa baru sekarang sibuk nak berdemonstrasi? Kenapa baru sekarang nak kecoh berkempen tukar profile picture, cover photo, update status pasal Palestin? Kenapa baru sekarang sibuk nak berdoa supaya Palestin dibebaskan? Kenapa dah teruk kena serang baru semua orang semangat nak boikot MekDi, Koka-kola, Setarbak segala tu? Walhal rakyat Palestin diancam dan ditindas Zionis di tanah mereka sendiri setiap hari sejak berpuluh tahun dulu lagi."

Begitulah antara suara-suara kritikan tersebut.

Ya. Memang benar apa yang diperkatakan oleh suara manusia baik hati lagi prihatin yang cakna tentang Palestin setiap hari dan istiqamah mendoakan mereka setiap kali selepas solat 5 waktu tu. Memang benar sepatutnya macam tu.

Tapi kan.. Tapi kan...

Kau pun sama sebenarnya. Kenapa baru sekarang kau semangat nak sound macam tu? Kenapa sebelum ni tak sound hari-hari macam tu kat orang ramai? Kenapa tak beri peringatan setiap hari kepada manusia yang lalai macam kami ni? Kenapa? Katakanlahhhhh..

Biasalah tu. Lumrah manusia tipikal yang dah terhantuk baru nak terngadah. Dah kena sakit jantung baru nak berhenti merokok. Dah kena rogol, baru insaf nak tutup aurat dengan sempurna. Tapi bagus jugak. Ada kalanya sifat dah terhantuk baru nak terngadah ni berguna. Lebih baik terngadah jugak lepas terhantuk daripada tak terngadah langsung. Lebih baik dia berhenti jugak merokok daripada tidak serik-serik merokok sampai mati. Lebih baik dia tutup aurat selepas kena rogol daripada dia bunuh diri atau jadi pelacur. Lebih baik kecoh dan ambil tahu juga pasal Palestin sekarang daripada tak ambil tahu langsung sampai kiamat.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan. Tak semua manusia yang berada di zon kepupusan ini bagus macam anda yang baik dan prihatin tu. Jadi, tak perlulah nak pertikai usaha orang lain yang mungkin baru nak sedar. Sekurangnya tindakan mereka itu dapat juga menyedarkan orang lain yang tak pernah nak ambil tahu perkembangan dunia luar. Lebih baik daripada mereka buat bodoh seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Lebih baik mereka kecoh sekarang daripada tak kecoh langsung.

Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya.

Bila Palestin teruk diserang, bayangkan jika semua orang buat biasa macam tak ada apa yang berlaku. Alasan, kononnya masing-masing dah mendoakan kebebasan Palestin setiap kali selepas solat. Suara sumbang apa pulak bakal kedengaran nanti? Kempen pasal Gaza kena kritik. Kempen boikot hiburan yang melalaikan pun kena kritik. Apa pun tak boleh.

Yang sebenarnya, kita semua tak pernah abaikan pun saudara-saudara kita tu. Setiap kali solat jumaat kita mengaminkan doa yang dibaca tok imam atau khatib terhadap umat Islam Palestin, Syria, Rohingya dan yang sewaktu dengannya. Malah, dalam doa harian kita pun ada doa untuk seluruh muslimin dan muslimat. Yang tak baca tu, mungkin yang tak solat 5 waktu jela kot.

Kadang-kadang rasa malu pulak bila tengok orang kafir sendiri pun semangat berkempen supaya Palestin dibebaskan. Tapi segelintir umat Islam sendiri, asyik nak kritik saja usaha orang lain. Bertekak sesama Islam langsung tidak akan meredakan ketegangan di Gaza.





SZ: Nak kritik aku, kritik je.. Yang mana berkenaan, aku terima sebagai nasihat. Kritikan provokasi, lantak pi kat hang lah. Kisah pulak aku. Heh.

11 360 juta komen:

Mohamadazhan.com said...

Elok kecoh dari diam isi perut sendiri ja kan =)

Terbang Bersamaku said...

pasal isu nie, erm..dulu masa sy kat sekolah ada jugak pihak sekolah buat tabung derma utk kami pelajar2 menderma utk Palestin & ada jugak cikgu kami bagi briefing tunjuk slide pasal Palestine..

Lagipun dekat Malaysia nie, kt ade pertubuhan seperti Aman Palestin Malaysia sbagai badan sukarela yg aktif membela nasib Palestine..

Jadi sebenarnya usaha2 meyokong Palestine nie dah ada dari dulu lagi..cuma ia lebih banyak kelihatan pada masa ini..

Sy stuju dgn awk solihin, lebih baik lah kalau perihatin sekarang dari langsung tak ambil peduli..Pada sy takda istilah lambat sedar pasal isu Palestin nie, yg penting sama-sama lah kita berdoa & berusaha sedaya mampu untuk kesejahteraan mereka...

Taufik said...

aku ada tulis pasal satu idea
tukarkan kedai 1Malaysia kpd 1Gaza
untung dapat disalurkan kpd Gaza

macam off topik
tapi lantak la haha

AthirahJinal, said...

Bagus cadangan Taufik tuh.

~cik atin~ said...

setiap muslim itu bersaudara. bak cubit peha kanan pehe kiri terasa. tak kan nak pandang kesusahan saudara sendiri sebelah mata?

#kecil besar usaha yang diberikan bukan persoalan. yang penting usaha. moga usaha itu dinildai Allah :)

~~zana@pb~~ said...

Apa daya akak yg surirumah ni, hanya dgn doa......jom ramai2 solat hajat:-)

Shiqin Sunshine said...

heheh...igt nak kutuk org yg "dah terhantuk baru terngadah" =) nice wangg!!

Solihin Zubir said...

@Taufik : menarik idea hang tu. boleh diketengahkan. heheh..

Haris Khairuddin said...

bukan dari dulu xde usaha nak tolong.. cuma sekarang ni makin melampau perangai regim zionis laknatullah ni. dari dulu lagi dah disuruh boikot barang2 buatan Israel. cuma ada yang terlepas pandang je. dan banyak je NGO seluruh dunia cuba bantu Palestin.

Sunah Sakura said...

@Taufik

saya pun sokong idea ni...harap sangat Menteri Kewangan baca idea ni.. =.="

Hawa Faqihah said...

@Taufik
nice :)