Pages

Thursday, November 15, 2012

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia

Sperma. Tidak pasti apa penjodoh bilangan yang sesuai baginya. Seekor sperma atau seorang sperma? Merupakan makhluk yang menginap secara berjemaah di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang homosapien yang bergelar lelaki. Namun setelah tiba masanya, para sperma telah dipaksa keluar dari kediaman mereka. Saat itu, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing. Mereka telah berhijrah ke dalam tubuh seorang wanita melalui kaedah pancutan.

Di tempat atmosfera baru tersebut, kaum sperma terpaksa berlumba sesama sendiri menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi untuk menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati si ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terlanggar divider jalan dan terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.


Setelah sperma dan ovum bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Tanda hatinya sudah dimiliki dan tertutup rapat buat sperma-sperma lain. Sperma yang terpilih itu pun bersenyawa dengan ovum dan menjadi zigot. Setelah membesar, bertukar pula menjadi embrio, lalu berhijrah ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi sehingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.

Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan nyaman. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan akan terus membesar dan membesar lagi menjadi seorang manusia.


Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...

"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)



p/s : SILA KLIK Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran



SZ : 1 Muharram merupakan ulangtahun penghijrahanku ke alam dunia dari alam rahim . Mak aku cakap, aku lahir pada 25 Ogos bersamaan 1 Muharram. So, hari ni ulangtahun kelahiran aku dalam bulan Islam. :D

23 360 juta komen:

Aishah Zin said...

indah betul proses pembentukan sorang manusia tu kan.

SALAM MAAL HIJRAH SZ :)

naqib faiz said...

insyaallah. jom sama-sama berhijrah. nice entry der. haha

Syafiq Ahadin said...

pembetulan. kat fb sya cakap 20hb, tapi sebenarnya tolak sehari kan. so 19 Rabiul awal la saya dilahirkan ke dunia. kalau ikut kalender islam, saya dah umur 19. tua nyaaa~~ :(

Happy befday yg ke doploh lima untuk tahun islam.! :)

Husna AOmar said...

baca tiub fellopia pastu konpius jap. Laa fallopian tube kan. Ni salah satu kesan blajo science dlm bhs inggeris :D

Anyway, SANGAT SANGAT GOOD ENTRY! Boleh jadi cerpen lah, i think
Saya sgt suka perkataan2 tu bermain cantik dalam susunan ayat yg dikarang ;)

Eh saya 26 Ogos! Dan..11 RabiulAwal :) Sanah helwah
Nice jugak birhday 1Muharam, boleh jadi lambang penghijrahan

dayah said...

semoga berubah lebih baik ok ?

NURUL NADIAH MAMAT said...

Selamat Hari Lahir......hehe.... ;p

Bella Bell said...

salam maal hijrah kawan! :)




*ada baca status ko kat facebook. hehe ^^

Fakhri Ahmed said...

betul ke kejadian sperma tu urutan dia camtu?... source?.. juz nk tau

haney said...

salam maal hijrah. selamat hari lahir SZ :)

eQuRlz said...

sz..ada orang search keyword 'umur solihin zubir' kat blog eqa :p hehehehe.. maknanya ada org nk tau umur awak :)

p/s:sorry komen xbkaitan entry..

Solihin Zubir said...

@Fakhri Ahmed itu apa yg sy ingat ketika belajar di Sains Tingkatan 3 dahulu ala.. heheh..

Tuan boleh rujuk entry ni kalo tuan nk tahu proses kejadian manusia berdasarkan Al-Quran..

http://szlihin.blogspot.com/2011/11/proses-kejadian-manusia-menurut-al.html

Solihin Zubir said...

@eQuRlz : haha.. camnala keyword tu bleh tersesat msuk dlm bloq Eqa plak..

Solihin Zubir said...

terima kasih semua... smoga kita semua dpt berhijrah ke arah yg lebih baik drp sebelum ni.. InsyaAllah..

Dr Zatiel Ismail said...

hi. sy bukan pganas eh, ihihi..umm,..nice entry, and sy syka gambar ukiran baby tu. impress sgt!

Amoi MiyaSya said...

salam maal hijrah jugak :D

azwa amani said...

amani nak tahu juga amani lahir brape aribulan dalam islam.. xde mak yg nak bgtau.. :(

Hansyirah Takezur said...

14 Muharram saya pulak. haha... :P

sanah helwah & salam maal hijrah SZ.

May Allah bless n semoga tahun ini lebuh baik dari tahun sebelumnya..

Semoga bahagia dunia akhirat... Amin... :)

aimaniman said...

salam maal hijrah... syok baca entri yang berinformasi macam ni.. tahniah

IzyanKaher said...

salam maal hijrah too .
best entry !(:

#new entry : http://supersapienstory.blogspot.com/2011/11/wawasan-2020-tokdet-8-years-2-months.html

reenapple said...

penghijrahan satu kepastian..=)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

sungguh tersentuh....dan2 rasa nak peluk mak kakD ketat2...

Anonymous said...

haduuuh,bahasanya bahasa melayu semua...saya tidak paham sama bahasanya,because saya orang indonesia..hheheheh

Terbang Bersamaku said...

dulu2 bila ada masaalah yg berat pernah jugak terfikir "kenapa sy mesti lahir kat dunia nie...?"

bila dah baca entry awk nie, buat sy terfikir yg kita smua nie beruntung sbb dpt lahir ke muka bumi ni..setiap yg berlkau pasti ada hikmahnya kn..

selamat hari lahir juga buat kamu..=)