Pages

Thursday, October 11, 2012

Apa Itu Buku Jalanan?




Soalan-soalan yang sering ditanya mengenai Buku Jalanan. (FAQ)

1.Buku Jalanan ni apa dia?
Buku jalanan ni adalah sebuah aktiviti di bawah kelolaan kolektif anak-anak muda yang mengelarkan diri mereka rakan kepada Mas Joko. Ianya merupakan sebuah perpustakaan yang tidak mengamalkan birokrasi sebagaimana yang kebiasaannya bagi sebuah perpustakaan tipikal di Malaysia. Atau dalam bahasa mudahnya, perpustakaan terbuka atau street library. Pengunjung buku jalanan boleh membaca serta meminjam buku dengan percuma tanpa ada sebarang komisen dan duit kopi yang perlu diberikan buat pengerak buku jalanan.

2. Habih tu macam mana hangpa nak bagi pinjam?
Peminjaman dilakukan kepada pengunjung atas dasar percaya. Peminjam hanya perlu meninggalkan nombor telefon dan nama sebagai rekod kami.

3.Sapa yang nak pinjam buku hangpa?
Kami mensasarkan remaja-remaja, pelajar-pelajar, peminat-peminat buku dan juga penduduk setempat yang kebiasaannya beriadah di sekitar lokasi buku jalanan. Tidak lupa juga pasangan kapel dan mat-mat rempit yang berkeliaran di situ.

4.Bila nak bagi balik buku?
Pemulangan buku biasanya dibuat dua minggu selepas buku jalanan yang sebelumnya, di tempat yang sama. Namun, tiada masalah sekiranya pengunjung ingin meminjam lebih lama daripada tempoh itu. Tapi kalau dah dekat setahun pun baca tak habis lagi, hang mengeja ka?

5.Hangpa bagi pinjam buku-buku tu takdak orang curi ka?
Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pengunjung dan pembaca di buku jalanan. Bagi kami, orang yang membaca adalah orang yang bertamadun dan mencuri buku adalah sesuatu yang patut dimalukan.

6.Hangpa dapat mana semua buku tu?
Kebanyakan buku-buku ini adalah koleksi peribadi penggerak-penggerak buku jalanan dan juga sumbangan orang awam dan penulis-penulis buku itu sendiri.

7.Hangpa selalu buat time bila?
Kebiasaannya akan dijalankan di waktu sekitar 5 petang hinggalah ke senja bergantung kepada cuaca. Kekerapan yang biasa diamalkan adalah setiap dua minggu sekali.

8.Buku jalanan ni kat mana lagi ada?
Buku jalanan mempunyai banyak cawangan lain seperti di Jitra, Ipoh, Shah Alam, Padang Kota, Dataran Pahlawan, Kota Kinabalu, Seremban, Buku Jalanan TITI, dan Kuching. Hangpa jangan dok buat main. Ingat lekeh ka?

9.Dalam semua buku jalanan, yang mana paling ramai abang-abang hensem?
Sudah pasti buku jalanan Tasik Jitra.

10. Saya dah taktau nak tanya apa dah, saya stop tanya boleh dak?
Tak boleh. Hang kena tanya lagi satu soalan.

11. Abang Solihin Zubir pi dak Buku Jalanan ni?
Aku takdak abang. K,bai.

p/s : Sumber asal FAQ di atas dipetik dari geng Buku Jalanan Padang Kota bagi memberi penjelasan kepada yang tertanya-tanya apa menatang Buku Jalanan tu. Ditokok tambah oleh aku untuk lebih kesan dramatik.


Jadi, aku dengan sukacitanya ingin memaksa kalian semua untuk menghadirkan diri ke Buku Jalanan Jitra 3.0 pada Hari Sabtu ini bersamaan 13 Oktober 2012. Lokasinya di Tasik Darulaman, Jitra. Event kali ini agak menarik kerana melibatkan kolaborasi bersama ZineSatuMalam menganjurkan Puisi Satu Petang Jitra #2. Kali ini bertemakan zombie makan otak-otak secara santai. Maklumat lanjut, pi ushar kat blog sahabat saya yang merupakan orang kuat Buku Jalanan Jitra, Taufiking.

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, tiada ajal mendatang, aku akan pi Buku Jalanan Jitra 3.0 Sabtu ni. Sapa yang nak bergambar or mintak sain aku tu, tolong sedia duit sorang 10 ringgit. Mintak tolong beratuq, jangan berebut. Jangan risau, semua dapat.

Todiaaaa.. Punyala bajet! Kah! Kah! Kah!




SZ : Daripada dok pi jadi ulat bulu atau kutu kat tepi tasik tu, lebih baik jadi ulat buku.

13 360 juta komen:

Syakir Rahman said...

ahahaha... nice one... =D

Iffah Afeefah said...

xpenah g lak

eee ade zine satu malam eh

kim salam la kat ayin yusof kalo die ade eh

Aien Zainal said...

Nak gi..???
Boleh tolong tengok kan tak, ade ke tak buku 'Usamah bin Zaid', Nnti roger ea...
Banyak kedai dah cari tapi x de, X jmpa nk bli pnjam jd la... =D

Taufik said...

Tq bro hehehe
mai jangan tak mai :D

haney said...

wahh mcm best! tak tau plak kt shah alam ade. tp kt mn?

Terbang Bersamaku said...

bestnya ade xtviti mcm nie...at least ia boleh memupuk minat mebaca utk budak2 remaja..lagi baik buat karnival baca2 buku dari konsert lagu2...

Buku jalanan nie mmg buat kat utara je ke takde ke kat johor..?

Embun Melati said...

errr kalau dekat shah alam,kat seksyen berapa ada buku jalanan?

Wan Zulqhairi said...

Depa bagi pinjam ja ka? boleh beli dak?

Solihin Zubir said...

@haney tak pastila pulak kt shah alam tu area mana.. kena tanya crew sana la.. hehehe..

Solihin Zubir said...

@Embun Melati : maaf. sy pun tak pasti. kena tanya crew diorg.. hehe..

Solihin Zubir said...

@Terbang Bersamaku : kat Johor belum ada yg sukarelawan nak buat ni kot.. apa kata awk anjurkan? hehe..

Solihin Zubir said...

@Wan Zulqhairi : boleh pinjam ja. takleh beli. sama mcm hang pi public library. ada depa bg beli? hahaha..

iAmCekbolat said...

bulan doblas rituhh ? alahaii awat aku tatau . hmm masa tu cuti sem . hmm

hye ! saya blogger kedah gak . kbai :P