Pages

Sunday, September 9, 2012

Opp Opp Opp Aku Pang Hang Lagi Style

Opp Opp Opp.. Biasanya digunakan oleh kita sebagai isyarat berhenti atau stop. Sebagai contoh, brader-brader yang jaga parking akan cakap "Opp Opp Opp" sebagai isyarat kepada driver yang tengah reverse kereta nak masuk lot parking supaya stop takut terlanggar tembok atau kereta lain. Begitu juga jika rakan kita menuang air ke dalam gelas kita, kita akan cakap "Opp Opp Opp.." kalau kita hanya mahu minum setengah gelas sahaja. Selain digunakan oleh pihak polis dalam operasi mereka mencegah jenayah, misalnya Opp Opp Ops Statik dan Opp Opp Ops Sikap. Juga biasa terpacul dari mulut orang yang terkejut atau melatah, "Opp Opp Oppocot, Opp Opp Opah kau.." Upsssss.. Terlebih sudah aku melalut.

Syawal baru-baru ini yang sepatutnya diiringi dengan laungan takbir sebagai tanda kemenangan umat Islam, tiba-tiba dilanda fenomena Oppa Gangnam Style yang tak berapa nak stai sangat sebenarnya di seluruh pelusuk dunia. Aku pada mulanya malas nak ambik port sangat dengan benda alah macam ni sebab aku bukanlah peminat muzik k-pop yang menjadi kegilaan gadis-gadis. Sebab aku cuma layan lagu-lagu berunsurkan kemelayuan seperti keroncong, ghazal dan etnik kreatif sahaja. *mata ke atas, tangan ke dada*


Disebabkan tidak mahu dikatakan ketinggalan keretapi kononnya, aku pun menekan butang search di YouTube bagi mendengar lagu tersebut buat pertama kalinya pada Hari Raya ke-7. Bila ada yang cakap kat aku, "Baru nak kecoh pasal Gangnam? Benda tu dah lama la. Masa bulan puasa lagi." Cewah.. Bajetnya beliau. Maka, aku pun dengan bongkaknya meng'reply', "Aku sibuk beribadat bulan puasa lepas. Nak online internet pun tak sempat. Dok online dengan Tuhan." Heheh.. Kelihatan agak riak, takbur dan ujub di situ kan. Walhal aku sibuk tidur ja. Heheh.. Aku pun tak tahu apa benda yang dia mencarut dalam lagu tu. Bila tengok video klip tu, standard lagu k-pop la kan kena tonggek tayang bontot. Lantas aku memalingkan pandangan ke arah jalan yang benar. Ok, fine. Nampak benor nipunye. Keji betul.

Tidak lama selepas itu, muncul para-para ostad tampil membidas fenomena Gangnam yang melanda umat Islam kerana boleh merosakkan akidah katanya. Ya.. Memang benar apa yang diperkatakan oleh para ostad tersebut. Tapi, bagi aku bukan Gangnam sahaja yang merosakkan akidah. Kebanyakkan lagu dan video klip lain juga merosakkan akidah terutamanya lagu-lagu dari barat yang anak muda kita hanya tahu menyanyi dan menghafal lirik tanpa mengetahui maksud lagu tersebut. Biasalah. Jika kita umat Islam ada lagu nasyid yang berunsur ketuhanan, orang kafir juga ada lagu 'nasyid' mereka sendiri yang memuji tuhan mereka. Tapi, kita yang lurus bendul ni, ikut sahaja menyanyi terkinja-kinja macam beruk.

Kemudian, golongan yang taksub mengkaji maksud-maksud tersirat berkaitan Yahudi, Freemason dan Illuminati ini juga tidak mahu melepaskan peluang mencuri perhatian dengan dakyah mereka. Katanya, "Oppa Gangnam Style" tu bermaksud "Saya Seorang Yahudi." Aku syak, itu cuma permainan trollers yang nak troll bebudak yang paranoid dengan benda-benda macam tu. Dan yang terbaru, seperti di bawah ini :


Har.. Mai sini aku nak bagi pendapat..

Alasan yang diberi bila ditegur, "Aku tak kira samada berita tu betul ke tak. Janji aku dah sebarkan untuk kebaikan umat Islam." Walhal, dia yang sebarkan itu sendiri sedang menghina dan menjatuhkan Islam. Bagaimana? Memaparkan default picture yang tidak menutup aurat. Bukankah itu juga menghina Nabi dan Allah? Kerana tidak patuh ajaran yang disampaikan oleh Nabi SAW serta diperintah oleh Allah SWT. Nampak?

Berita bohong sama sahaja dengan fitnah. Matlamat tak menghalalkan cara. Menyebar cerita bohong macam tu hanya mengundang ketawa terhadap umat Islam. Menampakkan umat Islam terlalu paranoid, lemah dan senang ditipu. Aku dah tengok terjemahan lirik lagu tu. Celah mananya yang hina Nabi dan sebut perkataan Yahudi? Yang aku tahu, lirik lagu tu berkenaan gaya hidup orang Korea di sebuah bandar bernama Gangnam yang kononnya sebuah tempat highclass macam kat Bukit Bintang misalnya. Highclass sebab banyak tempat maksiat. Heheh.. Rujuk Maksud Lirik Oppa Gangnam Style

Eh. Aku bukan nak back up Gangnam Style tu. Aku cuma nak tegaskan di sini, lagu Gangnam style patut dipulau bukan kerana kononnya menghina Nabi, ada kaitan dengan Buraq, Yahudi dan segala bagai tafsiran mengarut tu. Tapi kerana ia mempunyai unsur maksiat dan gerak-geri lucah. Tambahan banyak video parody yang menampilkan gadis beragama Islam terkinja-kinja berbaju kurung membuat tarian menunggang kuda ala Gangnam Style. Sesuaikah dengan adab sebagai muslimah? Wajarkah ianya menjadi ikutan? Gangnam secara tak langsung dah menjahanamkan kita semua. Dok Opp Opp.. Aku pang hang baru tau. Lagi stai..

Kononnya Korea nak menjatuhkan Islam? Jangan kerana Gangnam menjadi fenomena, baru kita hendak bertindak memulaunya. Ianya lebih kelihatan seperti hendak mendengki. Bukan sahaja lagu Gangnam yang patut difokus. Lagu-lagu lain juga yang berunsur maksiat patut dipulaukan. Bukan sahaja Korea, seluruh negara dan masyarakat bukan Islam sedang berusaha menjatuhkan Islam secara halus dengan hiburan yang melalaikan. Tetapi kita masih leka dan sibuk dengan hiburan duniawi. Terpukau dengan wajah mereka yang konon jambu dan tarian-tarian yang tak style pun sebenarnya.

Benar. Susah juga sebenarnya nak hidup tanpa lagu di akhir zaman ni. Aku sendiri pun dok melayan jugak lagu-lagu omputeh ni. Tak payah nak muhung la kan cakap aku dok dengar nasyid dengan bacaan ayat Al-Quran saja. Nampak benor bajet alimnya. Tapi, belajarlah untuk berpada-pada dan tidak berlebihan sehingga melalaikan. Dan jangan ghairah menyebar cerita bohong dan fitnah walaupun dengan niat untuk menyedarkan. Sedarkan dengan hujah yang benar.

p/s : Kadang-kadang, ada antara kita ni lebih sibuk mengkaji maksud tersirat berkenaan Yahudi, Illuminati dan Freemason berbanding mengkaji agama sendiri yakni ISLAM!




SZ : Aku jarang update. Tapi sekali update, tudiaaa punya meleret panjang. Biaq pi..

17 360 juta komen:

D i n said...

org kita sibuk duk kaji freemason lah apa lah . tapi org kafir kaji al-quran utk mncari kelemahan org islam.
terlampau paranoid .

lebih baik kaji mcm mana nk tingkatkan iman kita haha

fRaMe+LenSeS said...

Setuju ng ang. Sibuk la dok kaji y x ptt tu. Pdhal y patut tu x pndg pn

[wani_mn] said...

Suka dengan entri ni. Setuju. K bai, tu je nak komen :D

jannah said...

dalam byk2 ulasan ttg oppa ni.. ulasan ni yg plg aku boleh trima..

Muhammad Syahmi said...

Opp... jangan tampar saya... saya dengar je...

Hehehe...

Terbang Bersamaku said...

sekarang mmg tgah musim lagu2 korea...hari2 boleh dgr lagu tue kat radio kowt sekarang nie...=,="

tak tahulah camner dak2 kt boleh suka padahal lirik takpaham pun...uhuhu...

nk minat muzik boleh, tapi jgn terlalu taksub....

Musafir Jalanan said...

kpop pun ada unsur maksiat jugak, . . . . . kpop pun tak boleh ditengok, malahan cerita melayu kat TV Malaysia ni pun dah banyak unsur maksiat, . . . . aku takut aku tak kuat iman, tak mampu nak hadapi serangan2 nafsu melalui mata, . . . . . . ternampak awek cun yg solehah pun aku boleh angau, inikan pula ternampak yg lain, . . . . buat aku rasa macam nk cepat kawen je, . . . opps, silap ayat aku ni, . . . nikah dulu le baru kawen, hihik :P OPPAH HANG MEMANG STYLE . . . . hehe :D

Musafir Jalanan said...

kpop pun ada unsur maksiat jugak, . . . . . kpop pun tak boleh ditengok, malahan cerita melayu kat TV Malaysia ni pun dah banyak unsur maksiat, . . . . aku takut tengok sbb aku tak kuat iman, tak mampu nak hadapi serangan2 nafsu melalui mata, . . . . . . ternampak awek cun yg solehah pun aku boleh angau, inikan pula ternampak yg lain, . . . . buat aku rasa macam nk cepat kawen je, . . . opps, silap ayat aku ni, . . . nikah dulu le baru kawen, hihik :P OPPAH HANG MEMANG STYLE . . . . hehe :D

~~zana@pb~~ said...

anak akk pun sibuk gak dgn oppa gangnam ni...skjp je jd fenomena. Bila nmpk fanatik sgt, akk sound juga...tau ke maksud lagu tu, jgn main 'like' je.
Setuju dgn hang, kaji al quran tu lg baik. Nk kaji yg lain pun boleh tapi......

nurdani said...

ramai sangat share benda tak betul tanpa usul periksa. saya mengaku, memang saya pun suka lagu tu. tapi taklah ke tahap taksub. alhamdulillah. cuma tarian dia tak elok. terutama part sexy lady.

haniesaad said...

setuju! bkn lagu ni ja yg ada unsur tak patot, lagu omputih pun sama ja tapi tak plak kata haram. haisy~

Miss Yaty said...

thanks 4 info di atas..

sy pun pelik nape lagu ni jadi fenomena..sedangkan video nye berunsur lucah...yg lg tak patut penyanyi mesia boleh buat lagu n gaya cm dorang plak...

Sunah Sakura said...

actually raya hari tu la baru kenal lagu ni sebab kebetulan adik tengah bukak tv, si PSY tu tengah mengajar cara nak menari lagu tu...akhirnya jadi bahan lawak kitorang adik beradik nak mengejek satu sama lain, lama2 melekat pulak...terus kena 'tuduh' peminat oppa gangnam style..=.="

sepatutnya, kita umat Islam ni belajar buat video Islamik yang catchy untuk upload kat youtube dan capai 100 juta views macam oppa gangnam style ni jugak...baru stai......kannnnnnnnn

Syafiq Ahadin said...

pekebende nate ni? hahahahaha

Fz27 said...

aku pon tak sure apa yang best sangat pasai benda ni...
adakah aku akan dilabel out of date sebab tak suka menatang ni biaq pi la..
oppang hang baru tau

sephia sophia said...

sy pn ade try tgk video klip tu ms hari raya aritu..video klip die cm lucah, ntah pape.

kiera'sakura said...

kalau lah kafirun tue boleh terpengaruh dengan stai nasyid kita mcm org kita yg dok terpengaruh dengan gangnam nie kan bagus.