Pages

Saturday, September 15, 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari

Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.



Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!





SZ : Aku pun sembang ja kencang. Pakat-pakat muhasabah diri la kan.

27 360 juta komen:

KY said...

KY setuju dengan pandangan SZ, tapi tak berani nak menyentuh lebih banyak..cuma berharap kita sama2 muhasabah diri..

D i n said...

betul tu tindakan kita yang ganaz s tu yg hina agama kita sendiri .sepatutnya kita balik kepada islam

Raudzah Zahari said...

setuju 100% komen yang sgt positive sebagai peringatan..sebenarnya banyak perkara yang berlaku tanpa kita sedari dan kadang kala yang jauh kita nampak and yang di depan mata sukar untuk kita fahami..

: husna : said...

woot2..sentap sampai ke dasar jantung... btw, setuju 101% dgn artikel nie.. kdg2 diri tu kena jgk tembak sekali dua. barulah terasa nak buat check up iman balik.. thanks

eddy syrol said...

saya sgt suka entry ini..mohon copy... thx

Norashiqin Kamaruzaman said...

huhu...pape pun marilah muhasabah diri...mungkin mereka/kita ni tak sedar tindakan mereka/kita yg barangkali menjatuhkan umat Islam itu sndiri...mungkin ada agenda di sebalik semua ini...wallahua'alam...

Sara said...

hmmm setuju tu tp bila dh time marah ape pun boleh jadi jd btol la kite ni menghina Nabi tnpa sedar..

Yan Saflina said...

SZ..sy dah t'share entry awak tadi kat FB..harap awak x marah..:D

sephia sophia said...

something yg boleh memuhasabah diri, sgt2 berguna..mengingatkan diri yg selalu alpa.

eimah siti said...

betul2....cik siti sokong sgt....tak berani nak cakap lebih2...ilmu di dada belum mencukupi...huhu

shraqs said...

Dalam banyak2 post/blog yang membincangkan isu ini. Inilah satu2 nya post yang aku jumpa betul2 berkualiti dan melihat isu ini secara waras dan mendalam. Tahniah! BTW, aku cukup setuju dengan pandangan penulis.

Dalam usaha kita sebagai umat Islam mempertahankan agama, jangan sesekali kita bertindak dengan cara yang bertentangan dengan agama Islam itu sendiri.

faiz helmi saja=3 said...

memang betol...
tapi kita lebih suka tengok salah orang dari salah kita...

Ultrazoomzz said...

Info yg bagus saudara SZ..

Azri Fathurrahman said...

setuju setuju! ;(

Taufik said...

bukan aku tak masuk blog hang ni
tapi segan nak komen hohoho
blog peymes ni :P

btw, aku pon tengah tulis something buleh la aku curi input dr hang skit hehe

KA! said...

tanpa sedari @ tidak sedari. Tapi terus terang video selama 14minit di Youbtube benar2 menaikkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Tapi wajarkah kita umat Islam berdiam diri duduk terkurung didalam rumah, main blog? Ya Rasullulah aku sanggup mati keranaMU.

Embun Melati said...

Ya ini juga yang saya bincang dengan sahabat2..iman dan amal jauh lagi dari dalam diri kita..

Sama2 kita berubah ke arah yang lebih baik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah..:)

Iffah Afeefah said...

cakp je reti buatnye tak tak gune jugak

so sme pkir n renungkan sejauh mne cinta kita pada Nabi dan Allah

kan encik solihin...


#segan nk jmpe retis wuwuwuuu

Nasz said...

Betul. Saya setuju sangat. Saya pun kena muhasabah diri juga.

From,

Nasz

MOHD NASER.COM

Sanji Ngatmi said...

selawat ..

kiera'sakura said...

setuju tue.. mcm mana orang kafir nak pandang mulia agama Islam kalau org Islam sendiri dah menjurus menyerupai sifat dan sikap mereka..

unGu said...

Apa yang penulis cuba sampaikan ialah jika kita alert atau marah terhadap satu2 isu yang menghina ISLAM. Caranya tak lain dan tak bukan adalah dengna mengikuti sunnah rasulullah... barulah ada namanya keberkatan. Baru Allah nak tolong. Kalau setakat menang sorak, xyahla.. mambazir boreh...

http://www.jejakaterhangat.com/2012/07/sunnatullah-adalah-kasihnya-allah-pada.html

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol....sangat setuju!

de guns said...

jgn beritahu mereka yg kita ni umat islam, tp tunjukkan yg kita ini umat islam..

Puteri Iqa Izyan said...

tak salah pun rasenye nk demonstrasi bagai tu. tp, mslhnye duk maki hamun tu. dalam Islam pun tak ajar kite kasar2 mcm tu.

kdg2 kite teruja sgt nk protes bila ada orang nak jatuhkan Islam. tapi, dlm masa yg sama kite tak terfikir pulak yg kite pun lalai dlm menaikkan Islam.

Wallahulam.

:)

adanaberkat said...

Hina islam dan nabi..bila maulud nabi kita kemain berarak keliling kampung menyatakan kecintaan kepada agama dan nabi,tapi lepas tu..apa yang kita juga kepala negara buat..ya seperti diatas tu le..aku harap aku x munafik..

Phat said...

itu la penting nya untuk kita sentiasa muhasabah diri kita..