Pages

Friday, September 28, 2012

Halalkah Darah Kafir Yang Menghina Islam Dibunuh atau Diserang?

Isu hina Islam terus hangat diperkatakan. Dan yang terbaru, seorang pemuda India didakwa mengeluarkan statement menghina Allah dan Rasul yang boleh dianggap sangat keterlaluan. Maka sejurus selepas itu, muncul sekumpulan pemuda yang mendakwa diri mereka 'pejuang fisabilillah' mula bertindak ganas melancarkan serangan ke rumah pemuda India tersebut. Maka, habis binasalah harta benda di rumah si penghina Islam tersebut termasuklah 'rumah Tuhannya'. Mujur suspek tiada di rumah. Jika tidak, pasti lunyai juga pemuda bernama Gopi tersebut dikerjakan sekumpulan 'gangster beriman' kononnya itu.


Antara hujah dan dalil yang digunapakai oleh 'pejuang fisabilillah' ini bagi menghalalkan perbuatan ganas mereka adalah seperti di bawah :

"Ali bin Abi Thalib menuturkan bahawa ada seorang wanita Yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi SAW. Oleh kerana perbuatannya itu perempuan tersebut telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah SAW menghalalkan darahnya". [Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud].

Berdasarkan hadis di atas, halalkah darah kafir yang menghina Islam dibunuh atau diserang?

Berikut adalah fatwa Sheikh Hussein Halawa, Ketua Setiausaha Majlis Fatwa Eropah merangkap Timbalan Pengerusi kepada Sh Yusuf Qardhawi berkenaan isu ini :

Kisah tersebut berlaku di zaman Ummah ditadbir & dipimpin Khalifah Ali r.a dan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Bentuk hukuman itu sesuai untuk zaman dan persekitaran tersebut. Saya telah duduk berbincang dengan para ulamak dan kami tidak setuju dengan tindakan menyerang atau membunuh mana-mana kafir yang menghina Islam di zaman kini. (Di dalam khutbah Jumaat 14/09/2012 Sheikh Hussein Halawa telah berpesan kepada Ummah agar melakukan protes secara aman dan tidak sekali melakukan apa-apa tindakan ganas terhadap provokasi video menghina Nabi Muhammad saw).

Kenapa Ummah perlu serang atau membunuh mereka yang jahil sedangkan sudah terang di dalam Al-Quran bahawa kaum-kaum ini memang akan memaki hamun Islam dan RasulNya tetapi kita hendaklah bersabar dan mengambil tindakan susulan penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan.

"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." [Ali Imran:186]

Sh Dr. Muhammad Ibrahim timbalan Sh Hussein Halawa mencelah dan menambah kepada hujah mengapa kafir yang jahil tidak boleh diserang atau dibunuh berdasarkan firman :


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [An Nahl:125-128]


Kesimpulannya, memang Rasulullah SAW ada mengarahkan sahabat baginda membunuh, tetapi ada juga yang baginda tidak mengarahkan berbuat sedemikian. Orang-orang yang menghina Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW arahkan, atau benarkan bunuh, mereka adalah orang yang masyarakat mereka sendiri tidak hairan jika dia dibunuh. Mungkin kerana sikapnya yang memang buruk, bukan sahaja kepada Rasulullah SAW.

Namun bagi mereka yang memang lemah, hanya sekadar mampu berkata-kata, atau mereka yang jika dibunuh akan menimbulkan fitnah semula kepada Islam, atau pada zaman di mana jika ummat Islam membunuh orang yang menghina Rasulullah SAW, maka Islam yang akan mendapat keburukannya, (contohnya seperti sekarang ini umat Islam dilabel sebagai terrorist) maka Rasulullah SAW jelas tidak mengarahkannya dan melarangnya.

Kerana itu, ketika Sumayyah RH dibunuh, Rasulullah SAW tidak benarkan sesiapa menuntut bela. Sebab itu kala Abdullah ibn Ubay bin Salul hendak dibunuh oleh para sahabat, baginda melarangnya.

Ini semua menunjukkan ada situasi-situasinya, dan kita perlu bijak menilai di manakah situasi kita.


**Rujukan : FB Ameno World dan Hilal Asyraf


Apa hikmah Nabi tidak membenarkan kafir yang hina Islam dibunuh dan perlu berdakwah dengan kasih sayang terhadap orang kafir? Tunggu next entry..



SZ : Nak berjihad atau nak tunjuk gangster?

5 360 juta komen:

Taufik said...

try google pasal kes ka'ab al asyraf
nabi membenarkan dia dibunuh gak
kristian guna dalil ni utk lipat umat Islam yg lemah
kononnya nabi tak mengamalkan freedom of speech

nurdani said...

itulah yang berlaku sekarang. ramai jugak ambil langkah menyerang sampai tahap ada yang mati. contohnya duta yang dibunuh dekat luar negara tu.

sephia sophia said...

macam mana kalo seorang muslim, tp menghina agama islam sndiri?

Solihin Zubir said...

@sephia sophia Menurut mazhab Shafie, sesiapa yang menghina Nabi s.a.w., dia akan jatuh murtad. Hukuman baginya sama sprt org yg murtad iaitu diberi peluang utk bertaubat dan jika dia degil dan tetap dengan pendiriannya, maka hendaklah dihukum bunuh.

azan said...

Ada terdengar ke org islam menghina ugama org lain? kalau dibiarkan org menghina agama islam, jawabnya lagi ramai lah yang menghina agama islam. Baik banteras awal2.