Pages

Wednesday, September 12, 2012

Bom Kelab Malam dan Bunuh Kaki Maksiat

Kisah yang ingin dikongsi ini disampaikan oleh Syeikh Muhammad Metwally Al Shaarawy..


Pernah pada suatu hari, aku berdialog dengan seorang pemuda yang mengikuti aliran ‘pelampau’ dalam memahami Islam (Golongan Mutasyaddid) dan aku bertanya padanya :

“Perbuatan mengebom pusat hiburan yang beroperasi pada malam hari yang wujud di negara-negara umat Islam seluruh dunia, halal atau haram hukumnya?”

Anak muda itu pun menjawab kepadaku : “Ya,sudah pasti ianya halal! Membunuh mereka yang berada di dalamnya juga halal hukumnya!”

Aku bertanya lagi padanya : “Apakah kesudahan mereka sekiranya ketika engkau membunuh mereka itu mereka berada dalam keadaan sedang melakukan maksiat pada Allah?"

Pemuda itu lantas menjawab : “Pastilah neraka buat mereka!”

Aku teruskan pertanyaanku padanya : “Ke manakah syaitan bermatlamat untuk membawa mereka?

Dia menjawab : “Sudah semestinyalah matlamat syaitan untuk membawa mereka ke neraka!”

Lantas aku pun berkata padanya : “Kalau begitu, kumpulan kamu dan syaitan sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang satu iaitu memasuk dan menjerumuskan manusia ke dalam neraka!”


Sabda Rasulullah s.a.w : Ketika lalunya jenazah seorang Yahudi di hadapan Rasulullah s.a.w maka Baginda pun menangis.

Lalu ditanyakan kepada Baginda s.a.w : Apakah yang telah membuatkan Engkau menangis wahai Rasulullah?

Baginda s.a.w menjawab : “Satu nyawa telah terlepas dariku dan telah pergi ke neraka”.


Aku nyatakan pada anak muda itu : “Lihatlah perbezaan yang amat ketara antara kamu semua dengan Baginda Rasulullah s.a.w yang bersungguh-sungguh berusaha untuk menyampaikan Hidayah kepada manusia dan menyelamatkan mereka dari api neraka!

Sesungguhnya kamu sedang berada di satu lembah dan Kekasih Agung Junjungan kita Rasulullah s.a.w pula berada di lembah yang lain dari kumpulanmu!"


sumber : facebook

***************************

Nampak? Tapi, ada antara kita bila tengok orang buat maksiat saja, kita maki hamun dan hina dia. Jika ada yang buat maksiat mati kena belasah misalnya, kita cakap padan muka. Walhal kita sepatutnya malu kerana gagal berdakwah kepada mereka. Kita sepatutnya sedih kerana tidak sempat menyelamatkan saudara seagama kita daripada dilemparkan  ke neraka.

Renung-renungkan. Jangan sampai termenung.




SZ : Lagi bagus, haramkan saja pusat hiburan, kelab malam dan segala aktiviti yang mempunyai unsur maksiat ni.

15 360 juta komen:

Crew Fathi said...

sepatutnya harakan terus aja club nieh... baru la aman skit.. x ada dah org mabuk sana sini.. huhu

~~zana@pb~~ said...

Baca abis ni...
Manusia, begitulah keadaannya. Bukan senang nak didik hati kita supaya kasih pada semua org, namun itu tak bermakna kita patut rasa suka bila mereka yg bermaksiat/melakukan dosa masuk neraka. Doakan supaya mereka di beri hidayah.

Anum said...

macam2

Sunah Sakura said...

Allah...muhasabah diri sekejap... :(

Haris Khairuddin said...

kadang2 kita terasa diri lebih mulia dari yg lain sampaikan kita tak mengendahkan mereka. sesungguhnya umat Islam yg beriman dgn sebenar-benarnya adalah sebaik-baik umat & akan menjadi saksi di atas umat manusia yang lain...

nurdani said...

bagus entri ni. jangan mudah maki hamun dekat orang yang berbuat dosa. kalau betul tegurannya, insya Allah mereka akan jadi lebih baik. harap2. amin.

Musafir Jalanan said...

kadang2 dalam tak sedar, dipengaruhi bisikan bisikan dalam hati sampai menyangka diri sendiri ini lebih drpd org lain, memang itu kesilapan dalam diri sstengah org yg berdakwah, sampai terpesong dan terlencong niat asal dakwah . . . . nauzubillah, moga-moga kita dijauhkan drpd keadaan mcm ni, . . . . .

Iffah Afeefah said...

bru nk termenung heeeee

azwa amani said...

kadang2 kita rasa kita buat tu betul dah, tapi sebenarnye kita ikut telunjuk syaitan.. syaitan la ni bijak sungguh noo, die bukan dok hasut kita buat jahat minum arak semua tu, die dok pekena kita mcm ni lah, dalam ibadah2 kita.. sebab tu ikut Al-quran dan sunnah rasul, xkan tersesat selama2nya

blog-tips-kurus said...

muhasabah diri..

Mohamadazhan.com said...

salam bro...kisah menarik dari seorang ulama besar. ibrah mata hati alim ulama luar biasa dari skop pemikiran insan biasa.

KY said...

betul tu, sebenarnya orang kita sekarang, nak tunjuk yg diri dia baikkan, sbb tu dia nak mengaibkan orang lain pulak...bukan nak bagi nasihat

unGu said...

Ini sebenarnya konsep Kafir Zimmi dan Kafir Harbi. Adalah yang WAJIB ditentang itu adalah Kafir Harbi manakala kepada Kafir Zimmi, tunjukkan Akhlak kita yang paling baik sekali agar mereka tertarik dengan ISLAM..

Apakah itu Kafir Zimmi dan Kafir Harbi? Sila gugel

etuza said...

http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/

terjah nak kenal blog ni..hebat ..tahniah

Puteri Iqa Izyan said...

sebelum ni pun suka sgt duk kate padan muka bile jd mcm2.
tp bila fikir balik, tak sepatutnya kite ckp mcm tu. lebih baik mendoakan mereka. kan? :)

tp kdg2, terlepas jugak :/