Pages

Friday, August 31, 2012

MERDEKA Hanya Sekadar Laungan?


Apa itu Merdeka? Yang terlintas di kepala otak anda apabila mendengar perkataan Merdeka pasti lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman, jalur gemilang, wajah Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, perarakan perbarisan dan cuti umum bukan? Tidak lupa juga tema merdeka yang paling awesome sepanjang 55 tahun ini, Janji Dicapati. Di kalangan pelajar pula, Merdeka bermaksud bebas daripada azab exam. Adakah merdeka hanya sekadar laungan?

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu. Jadi, tidak hairanlah jika hari ini kita dapat lihat semakin banyak manusia yang bebas melakukan dosa dan maksiat kerana kita berada di negara yang merdeka. 'Merdeka' dari sistem pemerintahan dan undang-undang Islam. Jadi, buatlah dosa sekerap mungkin, semoga jalan ke neraka dapat ditempuhi tanpa sebarang halangan.

Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah :

“Berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”

Apa maksud sebenar erti kemerdekaan menurut perspektif Islam?

Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum :

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.


Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan Nabi?

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan zahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Jadi, adakah kita benar-benar sudah MERDEKA?

Kita megah melaungkan kalimah MERDEKA. Tapi, merdeka hanya menjadi sekadar laungan. Hakikatnya kita masih belum faham erti sebenar kemerdekaan. Kerana kita masih belum mencapai merdeka sebenar. Jiwa yang merdeka bukan terletak pada megahnya mengibarkan jalur gemilang semata-mata.







SZ : Dulu masa kecik, orang sebut "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!".. Tapi aku sebut "PENDEKAR! PENDEKAR! PENDEKAR!".

7 360 juta komen:

qasehraihan said...

SZ..bdk skolah saya tahu mrdeka bila abis exam..gamat wooooo..huhu

entry gambo raya..

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/entry-gambar-qasehraihan-julung2-kali.html

Tinta Asyraf said...

Salam perkenalan.

Silah berkunjung ke blog saya di www.tintaasyraf.com

Artikel baru saya : Apa Erti Kemerdekaan Buat Kamu?

Apalah sudi kiranya jika blog saya terdapat di blog list saudara/i.

Terima kasih banyak-banyak dan salam perkenalan.

Iffah Afeefah said...

tak merdeka sbb asyik sngt ikut tlunjuk org

cm balaci kan?

salam merdeka!

#adek sy dlu mendeka, mendeka hihi

Sunah Sakura said...

kalo saya lak, MENDEKA, MENDEKA, MENDEKA!!! =.=

merdeka dari perspektif Islam tu da sangat lengkap maksudnya...subhanallah...

nazirulhazwan~ said...

sekadar merdeka zahir.batin tak. minda tak. ape pon tak.

penjajahan adalah method untuk mengembangkan ideologi.

kita just bebas dari method. tapi ideologi masih terjajah. tambah pulak, orang luar dah tak perlu menjajah untuk menyebarkan ideologi mereke

Musafir Jalanan said...

alangkah bagusnye kalau artikel ini dibaca oleh orang2 mude kita. ye, artikel ini ade mesej penting yg perlu dibaca dan difahami . . . .

Terbang Bersamaku said...

Lebih parah jika sambutan merdeka sangat meriah, tapi maksud merdeka gagal difahami generasi masa kini..

Malah Erti merdeka disalah tafsirkan pula hingga bertindak bebas sesuka hati..padahal mereka tidak sedar yg mereka sendiri sedang terjajah mindanya dan keimanannya..