Pages

Saturday, August 4, 2012

Bazir Ramadhan

Salam Ramadhan diucapkan. Janji diketupati.

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ketiga Ramadhan dah. Pejam celik pejam celik, lagi 14 hari nak raya. Pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih rupanya aku tak update blog. Pejam celik pejam celik, mujur mata aku tak pejam tak celik-celik dah. Tuhan masih bagi nyawa untuk aku bayar hutang dosa. Hang pun sama!

Untuk rekod, aku masih lagi bertahan tidak menjejakkan kaki di Bazar Ramadhan pada tahun ini. Malangnya rekod tersebut terpaksa dileburkan pada petang ini di bazar sekitar Sg Petani kerana aku akan menghadiri majlis iftar group Kami Blogger Utagha (KBU). Aktiviti ke bazar adalah sebahagian daripada tentatif program tersebut.


Bercerita mengenai Bazar Ramadhan, eloklah kiranya kita mengumpat mengenai keburukannya. Memandangkan bercerita tentang kebaikan pasti mengundang kebosanan. Manusia kan suka mengumpat yang buruk huduh ja. heheh.

Satu hal yang aku perhatikan sesetengah orang tu. Masa bulan lain, punyalah berkira dengan perut sendiri. Makan nasik sekali sehari saja. Makan waktu lunch pakej sekali dengan breakfast+dinner sekali hadam. Tapi, bila tiba bulan puasalah perut kita ni jadi macam orang mengandung, mengidam makanan pelik. Kalau bulan lain, nak cabut seringgit sehelai dari wallet pun fikir 18kali. Tapi, masa bulan puasa, kita dengan kayanya habiskan lebih dari RM10 hanya untuk sekali makan ketika berbuka. Padahal beli punya banyak tapi makan tak habis pun.


Kat bazar tu, melilau berjam-jam sebab rambang mata tak tahu beli yang mana selain sibuk mencuci mata. Suasana di bazar seperti yang kita sedia maklum sering dihiasi aweks cun yang malas masak berkeliaran membeli juadah. Tidak kurang makcik-makcik yang menjadikan anak gadisnya sebagai pelaris. Teringat pulak awek roti jala kat bazar Alor Gajah dulu. Aku tak pernah miss beli roti jala yang beliau buat. Walhal bukannya sedap sangat pun. Sedap mata memandang saja.

Kalau dah terlalu manjakan nafsu, Bazar Ramadhan dah jadi Bazir Ramadhan. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan untuk berjimat cermat bertukar sebaliknya dengan aliran tunai semakin deras. Bukan setakat bazir duit dan makanan yang tak habis. Malah membazir masa, tenaga dan pahala. Selain hikmah puasa itu sendiri untuk mendidik jiwa menghayati penderitaan orang-orang yang terpaksa hidup dalam kelaparan.



Nak lagi jimat, berbuka ja kat masjid. Malah berbuka di masjid lebih berdisiplin. Sebab kalau berbuka kat rumah, dah nak masuk isyak baru kalut nak solat maghrib. Oleh kerana terlalu leka terbongkang depan TV mengusap perut yang memboyot akibat mentekedarah melahap ketika berbuka.

ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isyra’, ayat ke 27)



SZ : Kurus puasa, tembam dosa.

26 360 juta komen:

bersama kak Es said...

eh ! sama la kita. kak es pun tak jejak kaki lagi kat bazar takut bazir

Aretikz said...

Siapa tak tahan hati, dinasihatkan jangan pergi ke bazar.. haha..

Aku bg kawan aku pergi bazar jak.. konfom ada lebihan, aku yg mkan.. haha.. pahala gak kawan aku dapt.. keh keh keh..

Abe Mirul said...

Betul3!

Saya pun belum menjejak kaki lagi ke Bazar ramadhan.

Bagi saya,memasak kat rumah adalah lagi baik kerna makanan lani semua mahal2. Tak padan dengan harga dan kuantiti.

azwa amani said...

kurus puasa tembam dosa.. :) amani suke tuuu.. :)

nurdani said...

saya tak gemar ke bazar sebab nak elak kebaziran. mengenangkan orang yang lebih susah tu memang dapat buat kita beringat-ingat.

berbuka makan mana yang ada pun dah mengenyangkan sampai ke sahur.

KY said...

KY dah pergi jugaklah sekali dua, memang akan kelabu mata bila berada disana..kalau difikir2kan..memang mengundang pembaziran

Fazrol said...

buka kat masjid best.. dulu masa kat t'ganu aku ada buat camtu .

laskar pelangi said...

Tak dapat nak masak-masak lah.Sebab stay kat kolej,jadi kena terjah bzar selalu. Tp,mmg berwaspada lah time nak beli makanan.Kalau ikutkan nafsu makan,semua nak belikan...Hihi~

qasehraihan said...

Saya tiap2 ari masak.saya rajin..lalalala..pangg!plempang sedaih..hehe

sz nk kopi umpatan ni bleh?hahaha

Muhammad Syahmi said...

Alhamdulillah, tahun ni belum berkesempatan untuk ke bazar Ramadan sebab terlalu sibuk...

Hari-hari buka dengan family di rumah...

kartikel.com said...

erm.btol.
elakkan pembaziran..

Cik Z@i Pen@nG said...

Sm la kita...jap lg pecah tradisi nk p pasar ramadan posa kali ni sbb iftar KBU....errrr....

faie mohamad said...

bazir ramadhan..
hehe kelakar..
tapi betul jugak. kalu pegi sana sume nak beli..huhu

JaNnaH said...

sampai hari ni..blum jejak kaki kat bazar lagi.. huhuhu

Layyinul Harir said...

kalau pergi bazaar sebab memang kerja kat sane camane?=_=

liyana said...

nice...
masak sdiri lg sedap dri bli mknn kt bazar..!

Terbang Bersamaku said...

Dalam tahun nie belum jejakkan kaki lagi ke bazar..tak berapa nak suka sbb keadaan yg sesak, nak parking pun susah..

utk bln puasa nie lbih baik masak sendiri kat rumah...& jgn mebazir..=)

amal hayati said...

since last ramadhan, our target is still continue for this year of blessing month of ramadhan...never ever...ever...ever...wasting your food and money as well. Alhamdulillah our mission is going smooth until now and hopefully till the end .

bazar ramdhan kadang-kadang menjadikan kita membazir, rambang mata dan beli dengan banyak sekali, harga makanan di bazaar ramadhan belum tentu murah...rasanya belum tentu sedap, membeli sewaktu lapar memang strategi untuk kita membeli dengan lebih banyak lagi. Alhamdulilah saya bukan penggemar ke bazaar ramadhan ,beside,bazaar ramadhan sangat crowded.

Iffah Afeefah said...

ahh xnk jdi sedare setan

grrr

mmg bazir sbb asik tak abis makan je

kiera'sakura said...

errrkkk maaf dah terpaksa memecahkan rekod anda.. hukhukhuk..

pergi bazar boleh tapi belajar kawal nafsu tue sama.. jgn terlalu ikutkan nafsu tanpa akal yg dipandu..

diana said...

tahun ni akak memang pecah rekod la.tetiap hari paksa abg lan pi beli kuih kat bazar ramadhan sebAB tak larat masak.nampak nya lain kali kalau nak mengandung kena plan betoi2 la supaya tak kena bulan posa.hahahha

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Puasa mengajar kita untuk bersederhana.. dalam apa pun..

tetapi ramai yg "kalah" sebelum tiba waktunya =)

salam kunjungan
www.shahrulhairy.com

~~zana@pb~~ said...

Bazar Ramadhan tempat org cari rezeki....jgn salahkan bazar..hehe..
Akak pegi juga tapi takde selera nak beli pelbagai sb akak dah set dlm otak, beli yg nak di makan saja. Dan tidaklah mengusap perut dpn tv...kekenyangan...set dlm otak, dulukan solat maghrib baru sambung balik makan yg teringin tu.

Fz27 said...

setakat ni alhamdulilah.. tak pecah lagi rekod aku untuk tidak berbuka di masjid

Mohamadazhan.com said...

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin :-)

Sunah Sakura said...

sedihnya tengok gambar pelarian tu makan tak kisah tempat... T_T

alhamdulillah sejak duk umah sewa ngan kengkawan, da boleh rancang belanjawan bulan puasa dengan baik...da kurangkan ke bazar2 ramadhan ni sebab makanan yang dimasak sendiri lebih terjamin insya'Allah...