Pages

Monday, July 2, 2012

Pemenang Hadiah Jersi Sepanyol


Tahniah Sepanyol kerana berjaya menjuarai Euro 2012 dengan penuh bergaya. Tak sia-sia aku sokong Spain sejak bayi.


Oklah. Takmau cakap banyak. Cuma nak umum keputusan siapa Juara Liga Fantasy Football anjuran aku ni yang mendapat hampir 50 penyertaan.


1. Kategori Classic Leagues

Juara : Crow Empire


Ulasan : Di awal saingan, team aku kelihatan gah dan bongkak di kelompok atasan. Gara-gara Jerman tumpas mengejut di tangan Italy, terus lingkup!


2. Kategori Head-To-Head Leagues

Juara : Rombongan Cik Kiah


Ulasan : Team aku hanya tewas disebabkan perbezaan skor. Juga gara-gara Jerman tewas mengejut. Dan ketika final, aku dah tahu yang Spain memang ada kelebihan besar untuk muncul juara. Tapi aku predict yang Italy bakal melakukan kejutan. Maka, aku memilih Pirlo sebagai kapitan walaupun pada awalnya aku sudah melantik Jordi Alba. Malangnya telahan aku tidak mengena. Jordi Alba pulak skor. Kalau tak, aku dah boleh hadiahkan jersi kat diri sendiri. Haha..

Sebenarnya, kalau aku muncul juara kedua-dua liga pun, aku tetap akan bagi jersi kepada pasukan di tangga kedua. Sebab niat aku dari awal memang untuk memberi hadiah.

So, seperti yang dijanjikan. Juara liga akan mendapat hadiah sehelai jersi pasukan yang bergelar juara Euro 2012, SPAIN! 1 Sepanyol Janji Ditepati. lol


Lawa kan. Mujur Spain yang menang. Kalau tak, dapat hadiah jersi huduh Italy. Haha..

Kepada yang juara tu, tunggu apa lagi? Cepat tinggalkan Nama, Alamat, No Telefon dan Saiz Baju (M/L/XL) di ruangan komen ataupun terus email ke solihin258@yahoo.com dengan kadar segera sebelum 14 Julai 2012. Lambat, kira burn. Kejam kan. Biaq pi.


Kepada yang loser tu, sila cuba lagi dalam Liga Fantasy Football versi EPL yang bakal membuka tirainya Ogos nanti.


SZ : Qiamullail Euro dah tamat. Boleh standby Qiamullail Ramadhan pulak kot nowh..

14 360 juta komen:

Hansyirah Takezur said...

Nama: Hansyirah Takezur
alamat: malaysia, bumi
no tepon: 0123456789
saiz baju: M


cepat send! hahaha

Solihin Zubir said...

@Hansyirah Takezur : gggrrrrrrrrrrr....

steffany daph said...

sya sokong spain juga :P gembiraaa gila la mereka mnang, 3 kali berturut2 juara. hoho.

deno said...

wah best dapat jersi!!!!! jeles deno.. deno suka jugak jersi ni..:)

p/s: lama tak jenguk solihin.. apa khabar dan sekarang solihin buat apa ya...? :)

New Hope said...

Salam,


kiter pun sokong German tpi kalah..

KLIK ISU MATRIKULASI DAN PELAJAR PANDAI

blog-tips-kurus said...

tu jersi cap apa? hihi!!

*dan dan sokong Spain dari bayi. ceh!! tak 1Malaysia.... ;)

KY said...

wahhh...samalah kita minat dr masih bayi hahaaa

Nafisa81 said...

waa..seronoknya....tp tak reti..

Aretikz said...

Cis.. Berani kau kata jersi Italy huduh??? haha..

Dari bayi? kalau Man Utd konfom dari kandungan lagi ho? haha..

Aien Zainal said...

Kite tak minat SPAIN, kite minat yang lagi 1 tu...
Alaa, yang '1 SEPANYOL JANJI DITEPATI' tu....bhahahaha

Norashiqin Kamaruzaman said...

Nama: kat belah kiri ni haa
alamat: dekat2 dengan umah ronaldo
no tepon: 0134734444
saiz baju: agak2 berat 55kg boleh pakai...

hahaha...

the malay male said...

tahniah kepada pemenang..untung laaa

visitme@FaTiN cOrNeR said...

peh! best gila dpt jersey free..

Fz27 said...

nama:Pali
alamat:kedah darul peace
no fon:celcom

ok nak hantaq p hantaq kat giant sp nnt adik aku p ambik. ok set!!