Pages

Saturday, June 2, 2012

Suasana Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Darulaman Kedah (My Story)


Semalam, 1 Jun 2012 telah berlangsungnya Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darulaman, Alor Star, Kedah. Sebagai seorang anak jati Kedah yang mana rumah aku hanya setengah jam dari stadium, maka tidak wajar rasanya untuk aku melepaskan peluang menghadiri perhimpunan tersebut. Yelah.. Nak pergi perhimpunan 'aman' sempena Hari Belia di Putrajaya tempoh hari, aku tak mampu sebab jauh sangat. Demi memantapkan akidah, aku nekad untuk pergi.

Selepas solat asar, dengan berpakaian serba hijau, aku pun bertolak ke stadium dengan menaiki kereta bersama 4 orang adik aku yang beria betul nak pergi. Semangat anak mudalah katakan. Depa nak sangat dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus secara live. Jadi, aku terpaksa menolak ajakan rakan-rakan aku yang mengajak aku berkonvoi dengan mereka demi meraikan adik-adik aku sempena cuti sekolah ni. Disebabkan jalan sesak yang teramat sangat, kami terpaksa parking kereta di Taman PKNK dan berjalan kaki selama 15minit menuju stadium. Kami bernasib baik kerana masih lagi sempat mendengar kuliah asar Ustaz Azhar yang sudah sampai ke penghujungnya.

Pada sebelah malamnya, orang ramai mendirikan solat maghrib secara berjemaah di padang stadium. Kemudian disusuli solat hajat dan solat isya' berjemaah. Tidak kurang, ada juga yang terpaksa solat di merata-rata di perkarangan stadium disebabkan bahagian dalam stadium terlalu sesak. Setelah solat, aku mengambil peluang untuk meronda di gerai-gerai perkarangan stadium bagi membeli makanan untuk mengalas perut. Alangkah malangnya nasib kami kerana yang tinggal hanyalah karipap sardin. Karipap pun karipaplah.

Setelah membeli karipap dan secawan milo ais, kami pun melangkah masuk ke dalam stadium dengan harapan dapat menyaksikan konsert K-Pop seperti yang disajikan sempena Hari Belia di Putrajaya tempoh hari. Disamping mahu mencuci mata melihat awek-awek seksi berkeliaran bersama pasangan masing-masing. Walaubagaimanapun, niat kami untuk memantapkan akidah dengan nasyid Kepop tidak kesampaian. Niat untuk mencuci mata juga dibantutkan dengan ribuan muslimat yang bertudung labuh dan berpurdah. Yang lelaki pulak berkopiah dan berserban. Kami juga hanya disajikan dengan ceramah agama dan politik. Kah Kah Kah. ;-p

Suasana di dalam stadium tersangatlah awesome mengalahkan perhimpunan agung Umno di stadium Bukit Jalil. Jika menurut kiraan matematik Dr Rais Yatim dan laporan TV3, pasti yang dilaporkan hadir cuma sekitar 10ribu orang sahaja. Tapi, realitinya ratusan ribu orang. Itu belum lagi dikira umat manusia yang berada di perkarangan stadium kerana tidak dapat menembusi pintu stadium yang sangat sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu masuk. Aku pula, hanya mampu berdiri dengan gagah di bahagian tempat duduk bertentangan astaka utama.

Oklah. Cakap banyak pun tak guna. Ni ada secebis gambar dari kamera henpon cabuk aku beserta video dari video cam murah aku. Seperti biasa, sila klik gambar untuk tumbesaran sihat.



Berjalan kaki menuju stadium dari Taman PKNK disebabkan jalan sesak ya amat.

Akhirnya sampai ke destinasi

perkarangan stadium pada sebelah petang yang agak mendung

tak ramai pun kan.

Eh.. Awat kosong ni? Hujan rintik2 bukanlah penghalang.

Kuliah asar Ustaz Azhar Idrus

Sebelah malam..

Aku cuba kira. Ada dalam 2, 3 ratus orang je.

Tak ramai pun kan.

Kelihatan bendera palestin di situ.

ketika melafazkan ikrar berbaiah sumpah setia dengan perjuangan Islam.

Laksa Bersih. Duduk dan makan! Jangan Bantah!

Todiaa... Ayahanda segala printing.

Ketika majlis selesai tepat jam 12malam.








Sekian saja dari saya..



SZ : Dah seminggu aku tak online. Online ni pun sebab nak update pasal Hijau ni. Haha..

10 360 juta komen:

Aretikz said...

Pergh ~ ramai woo ~ saspek2.. hehe.. Salute ^^

ayiel said...

wahhh! aku pun pergi, tapi duduk sebelah tempat utama. jauhnya duduk seberang sana.

ntah2 masa kat gerai-gerai kita ada terserempak tapi tak kenal hehe

shahjiehan said...

last aku g tgk bola 2007 kat stadium darulaaman...

hahaha...hebat la org kedah...

[wani_mn] said...

Haritu masa pi ustaz azhar buat kuliah maghrib dkt masjid negeri shah alam pun jam diaa ya rabbi. Itu baru hny uai je yg kasi kuliah.

P/s : ingatkan himpunan ni bwt dkt klantan. Kedah rupanya.

pena rozie said...

ade ati ek nak tengok K pop. hahahahaha....

Anonymous said...

sy konvoi dari trg ke kedah!
tak lepas peluang malahan puas hati sungguh... takbir!!!

Mohamadazhan.com said...

mmg org ramai bro..aku mai 3.30 ptg...smp pkul 11.15 aku rasa penat da...magrb isya aku solat kat pkarangan petronas depan stadium...semua tmpat penuh...

hana said...

erm..
x dapat g pn..
jauh sgt..
tp macam sonok je dpt pergi..
mayb next time..

Halimatun Sa'adiah said...

fmly sy siap bkampung kt alor setar tu..tp x sempat dgr UIA

Sunah Sakura said...

psst..masa kuliah ustaz azhar tu kami duk kat tepi trek tu, bawah skrin besaq tu la... sila klik imej untuk sesi lost n found... :p