Pages

Friday, May 25, 2012

Salah Faham Konsep Hak Cipta Terpelihara

Ada yang merungut, kenapa sesetengah blog tidak membenarkan copy-paste. Kedekut ilmu ke hape? Blog yang menceritakan tentang Islam pun ada copyright? Tak ikhlas ke nak sampaikan ilmu? Nak kejar nama semata-mata la tu. Poyo perasan popular. Puiii!!!

Ehemm.. Harap bertendang kepada awak-awak yang ada kelebihan boleh baca fikiran dan judge isi hati orang tu. Itu adalah hak seorang penulis yang wajib dihormati. Mereka ada sebab tersendiri. Anda tiada hak untuk pertikai pendirian mereka. Jangan guna statement "hak cipta terpelihara hanya milik Allah" dan ayat "sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat" semata-mata nak menghalalkan perbuatan copy-paste bulat-bulat.

it's a copyright.. not your right to copy..


Kenapa Pentingnya Memberi Kredit?

Bagi memudahkan pembaca merujuk kepada penulis asal artikel tersebut. Dalam Islam pun dah diajar cara-cara yang betul untuk berkongsi ilmu. Lihat saja pada setiap hadis, dinyatakan siapa periwayat hadis tersebut dan diberitahu daripada siapa hadis-hadis tersebut diambil. Inilah disiplin ilmu dalam Islam. Sehinggakan sarjana-sarjana barat pun mengakui ketelitian disiplin ilmu dalam Islam. Itu yang mereka tiru dalam cara penulisan tesis mereka. Antara sebab berlambaknya hadis-hadis dhaif yang lemah tu, sebab kes tak 'credit' kepada sumber asal yang betul la. Itu yang hadis tu jadi lemah kerana perawi asalnya tidak jelas siapa. Nampak?


Hak Cipta Terpelihara hanya milik Allah?

Memang benar Hak Cipta Terpelihara hanya milik Allah SWT. Bumi ini juga hak milik Allah. Tapi adakah kita boleh sesuka hati pasang khemah dan buat unggun api kat kawasan rumah orang lain? Bolehkah kita sukahati kutip buah durian luruh di dusun orang dengan alasan hak cipta terpelihara hanya milik Allah? Sedangkan si pemilik dusun tu tanam, siram dan baja pokok tu sehingga berbuah selama bertahun-tahun lamanya. Kita pulak senang hati saja melahap tanpa izin. Lainlah pokok itu berada di hutan yang sememangnya tumbuh secara semulajadi.

Begitu juga dengan hasil penulisan. Adakah hasil tulisan dan karya seseorang itu terhasil dengan sendirinya? Penulis ada hak ke atas setiap artikel yang dihasilkan. Dengan masa yang terbuang berjam-jam buat research. Otak yang terseliuh berfikir nak hasilkan artikel menarik hatta tengah melabur pun otak berputar. Jari-jemari yang lenguh ketika terbongkok menaip. Kadang-kadang terpaksa menahan lapar dan bersengkang mata ketika gigih menyiapkan artikel. Kos elektrik dengan internet lagi. Ada yang terpaksa abaikan isteri dan anak-anak demi pembaca. Jadi, adakah mereka tiada hak di atas hasil usaha peluh mereka?


Salah Faham Konsep Hak Cipta

Cuba fikir. Kenapa kita mesti bayar sejumlah wang untuk mendapatkan senashkah Al-Quran? Bukankan itu kalam Allah? Sepatutnya boleh ambik macam tu jela kan kat kedai? Cuba fikir, kenapa semua buku-buku yang dijual ada label Hak Cipta Terpelihara? Sepatutnya disedekah macam itu sajala kan kepada orang ramai? Cuba fikir, kenapa cikgu-cikgu sekolah dibayar gaji. Sepatutnya, kenalah ikhlas kan nak sampaikan ilmu? Camtu?


Rasulullah SAW bersabda: “Perkara paling yang kamu boleh dibayar ialah Kitab Allah” bermakna mengajarnya. Oleh itu jika perkara paling baik kita boleh dibayar ialah mengajar Kitab Allah, maka apa salahnya jika kita dibayar untuk perkara-perkara yang lain selain dari pada Kitab Allah SWT. -halaqah.net


Hak cipta terpelihara juga diiktiraf dalam Islam. Kesatuan Ulama Fiqh sedunia telah bersidang pada tahun 1988 dan keputusannya bernombor 43 (5/5) mengiktiraf hak cipta, hak nama syarikat dan produk. Maka haramlah menjual dan meniagakan barangan yang telah didaftarkan atau di hebahkan sebagai hak cipta terpelihara kecuali setelah mendapat izin tuan milik hak itu. Hak ini termasuklah, karangan kitab Islam atau yang lainnya. Perbincangan ulama berkaitan hujah mereka yang tidak mahu menerima hak cipta dalam ilmu juga telah dibincangkan panjang lebar dan berakhir dengan terbukti kukuhnya hujah mereka yang mengiktiraf hak cipta termasuk kitab-kitab berkaitan Islam yang dikarang. -Ustaz Zaharuddin



Memang benar ilmu itu tidak boleh diniaga dan merupakan hak Allah. Tapi, jangan salah faham konsep hak cipta versi manusia ini. Hak cipta yang dilindungi itu bukannya ilmu. Yang dilindungi itu sebenarnya adalah cara menzahirkan ilmu tersebut samada dalam bentuk penulisan, lukisan, rupa bentuk, karya atau hasil kerja. Jadi, hak cipta yang dimaksudkan tersebutlah yang dimiliki oleh si penzahir tersebut. Segala keputusan sama ada nak kenakan harga, percuma, boleh di'copy’ atau tidak, ataupun diwakafkan, empunya hak itulah yang akan menentukan.

Contohnya, kau ada beli buku agama. Lepas habis baca, terpulanglah nak amalkan ilmu itu ke tak. Samada nak mengajar orang lain pulak dengan cara penyampaian kau tersendiri. Ini tidak. Berjam-jam dia mengarang, kau copy bulat-bulat senang hati je tak sampai 2minit. Dia ada selit cerita personal dalam tu pun kau sebat. Nampak bebenor pemalasnya. Entah kau baca ke tidak artikel tu. Jangan fikir nak untung kejar duit saja. Jangan salahguna hasil kerja orang lain. Gunalah hak mereka itu dengan cara yang betul mengikut saranan syarak dan juga undang-undang.

So, tak payah nak persoal keikhlasan orang lain. Soal ikhlas atau tidak, biar Allah yang tentukan. Keikhlasan seseorang tu, tak ada sesiapa pun yang tahu hatta dirinya sendiri. Ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap. Siapa yang boleh jamin dia solat khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah? Apakata, jika kau tu ikhlas sangat nak sebarkan ilmu, taiplah sendiri. Kalau diri tu dah pemalas sangat nak memikir dan menaip, mintak izin kat penulis asal untuk copy-paste. Ini bukan soal berkira atau kedekut. Ini soal adab.

*********************

Sebelum ini, aku pernah benarkan orang copy maklumat di sini tanpa perlu meminta izin pun. Tapi keizinan tersebut telah disalahguna oleh individu yang tak bertanggungjawab tidak mematuhi adab copy-paste. Terutamanya blogger yang hanya mengejar traffic dan wang semata-mata. Akibatnya, aku pernah difitnah kononnya mencuri hasil karya orang lain [rujuk sini!]. Padahal itu memang hasil karya aku. Aku tak kisah pada mulanya. Tapi siapa tak terkilan bila kena tuduh. Jadi, aku mengambil keputusan drastik untuk disable fungsi highlight di blog ini buat seketika.

Ye. Larangan copy-paste di blog ini sebenarnya hanyalah bersifat sementara. Kerana aku ada sesuatu yang aku ingin hasilkan sebelum bersara sebagai seorang blogger prolifik. Jadi, aku kena pelihara isi kandungan blog ini sebelum cita-cita aku tu tercapai. Tapi, kalau nak jugak, bagitau. Dan aku pernah bagi salinan tersebut kat orang yang mintak izin cara sepatutnya Aku bukanlah seperti apa yang disangkakan oleh awak-awak yang ada kelebihan boleh baca fikiran dan judge isi hati orang tu


p/s : Entry ini aku taip dari pagi semalam. Banyak kali juga aku edit dan susun balik nak bagi ringkas. Tapi, tak boleh. Sory buat yang malas baca panjang. Tapi, kalau nak baca panjang ni pun dah malas, ada hati nak judge orang? Ada hati nak copy-paste dengan 'ikhlas'? Heheh..


SZ : Nampak macam marah ka? Tak pun. Cuba baca dengan nada manja dan romantis. Heheh..

24 360 juta komen:

Terbelog said...

agree :)
bg le kredit kan
bkn susah pun

Qarr Jalil said...

terbaik la sZ..:-)

Qarr Jalil said...

terbaik la sZ..:-)

Muhammad Syahmi said...

Setuju. Kalau copy-paste bulat-bulat sekalipun, apa salahnya dilinkkan ke sumber asal.

Bayangkanlah kalau kitab muktabar kita copy-paste bulat-bulat, pastu kita letak nama kita, pi jual. Agak-agak boleh tak...?

Mereka juga ada kos yang perlu dibayar atas usaha mereka. Tidak salah untuk mengambil sedikit keuntungan untuk menampung kos tersebut. Kalau semua nak free, rasanya Islam susah nak berkembang pada zaman yang serba-serbi perlukan duit...

Norashiqin Kamaruzaman said...

eyhh macam pernah baca pasal kredit to the original ni...kat ne eykk?? rase dalam blog ni gak sbb ade isu pasal SZ kena tuduh curi hasil kerja org lain...huhu


dejavu kowt..hehhe, igtkan nak cite "kenapa nak ade copyrite? semua milik Allah, share jelah dengan ikhlas"

rupa2nya, nak cite pasal pentingnya kredit kepada asal...heheheh.. =D

Kakzakie said...

Bab copyright ini kakak ada dengar dalam satu slot di radio IKIM yg dihujahkan Ust Zaharudin. Betul memang boleh jatuh haram hukumnya seandainya ia tidak ada keizinan apa lagi menjadikan ia seolah-olah hak dari hasil dirinya sendiri (macam kura-kura dalam perahu - pura-pura tak tahu).

Ambil iktibar dari yg telah terjadi dik... bagus disable aje...

bai baizura said...

betol3 :)

Che Sakinah said...

aku copy paste lagu.. meaning best sangat. hahaha *tetibe*

yup. paham maksud kau.. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

mereka ni dah copy tak tau nak bg kredit kat kita..last2 ngaku dia punya. kita punya sakit otak pk nak taip apa..dia 3-4 minit je dah up entri.ngan perkataan LM dalam entri kita pun dia ngap dan publish sama..kah3..nampak sgt main copy semacam sampai lupa nak edit.

nurdani said...

saya menyokong tuan seratus peratus. segalanya dah jelas di sini. heheh

diana said...

setakat ni entry akak tak de sapa nak copy..tapi dia curi2 isi sikit tu adalah.
nak marah pun tak boleh sebab bukan dia copy semua.kalau berbalah pun dia akan kata "tak sama pun.."heheh..

apa pun kalau copy ke,rujuk sikit2 ke tetap la kena bagi credit.tak la kita di cop menulis tanpa fakta..nanti orang anggap apa kita tulis tu tak betul..

maklum la...manusia ni lebih percaya cerita2 yang disampaikan dari satu pihak ke pihak lain..macam berantai la..klau idak,kita dituduh mereka2 cerita je..hahah

pena rozie said...

:)

nabByla said...

sabar2... heee...


hmmm lama x sggh sini..

ingt lagi tak kite? :D

Nightroad said...

good artikel bro.... - Arsenal Fans

Hansyirah Takezur said...

plagiarism. ksian kat pnulis kalo copy bulat2 then tak credit.

sabor je la bila ada yg ckp dia la yg tulis. org cmni tak blaja la tu internet etiquette.

Edy Fee said...

lepas ni takyah la g mohon hak cipta sebab semua Dia punye.hehehe

Cik Penguin_Solehah said...

ya betul.. Laen kali detak credit macam kalau ada ayat best yang solehah baca and then share,solehah akan bagitau tahu sumber asal tu^_^..
# terima kasih dari Solehah buat Solihin ,btw,tq=)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

orang tu nak keja senang sebab tu copy n paste jer...

maleh nak pikiaq ar tu...


**sehabis baik baca dengan cara yg romantis keh3

eiela said...

tulis-tulis pun bagi credit apa salahnya kan.

Nana said...

betul tu..x salah kan kalau nk copy tu,mintak kebenaran dulu..apa salahnya kredit pada penulis..kan..

Nafisa81 said...

akak suka share kat fb akak..takyah bg kredit2..leceh..bg link ajer terus...tinggal nak klik jer...

Fz27 said...

ada juga ka yang marah sebab tak leh nak copy hehe... kalau betul dia nak sampai kan ilmu tak perlu nak marah sebab tak leh copy dia leh wat research sendiri... kalau yang marah tu sebenarnya nak popular la tu

Yatie Awang said...

akak setuju..kalau kita ambil hak orang, kalau tak bagi tahu pun letaklah link mereka tanda berterima kasih kan?

Sunah Sakura said...

penjelasan yang cukup baik untuk orang2 yang tak faham nape kita pentingkan kredit ni...kalo tak faham gak, tak tau la..huhu