Pages

Monday, May 14, 2012

Manchester United Nyaris Champ20ns

loading failed

Manchester United nyaris muncul juara EPL dan hampir memalukan para haters yang sudah mula orgasm sejak 2 minggu yang lalu dengan penyebaran gambar yang menganjing fans MU. Menunjukkan betapa desperatenya mereka kerana bukan selalu dapat bahan fans MU yang bongkak dan kacak. Akan tetapi, mereka lupa yang bola itu bukannya bulat seperti yang selalu diperkatakan oleh Hasbullah Awang. Kerana guru matematik mengajar bahawa bola itu sebenarnya berbentuk sfera. Pelbagai kejutan boleh berlaku. In football, never speak too soon. Dan ini terbukti dalam perlawanan terakhir semalam. Yang mana ianya turut mencetuskan debar di kalangan fans Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang sudah semestinya ingin melihat kegagalan pasukan hebat MU.

Disebabkan sudah terlalu biasa menjulang trofi pada setiap musim, tiada apa yang mampu menggambarkan kekecewaan penyokong setia Manchester United pada musim ini. Perasaan fans MU telah diperkotak-katikkan oleh QPR yang memberi harapan palsu sebelum dimusnahkan oleh 2 gol pantas Edin Dzeko dan Kun Aguero pada masa kecederaan. Tambah pedih apabila hanya tewas dengan jumlah perbezaan gol dengan Manchester City. Sekaligus menjadikan penentuan kejuaraan liga musim 2011/12 ini yang paling epik, klasik, penuh dramatik dan mendebarkan sehingga ke wisel penamat perlawanan terakhir. Tidak hairanlah jika EPL dilabel sebagai liga paling menghiburkan di dunia.


Kekecewaan yang dialami membuatkan sesetengah peminat lupa bahawa MU sebenarnya telah pun menjulang piala 'cap talam' pada awal musim iaitu Community Shield. Sekurang-kurangnya boleh juga talam tersebut digunakan untuk makan nasi secara berjemaah sekaligus merapatkan ukhuwah di kalangan para pemain dan pegawai. Selain itu, para pemain MU bolehlah mengadakan gotong-royong menggilap trofi yang memenuhi kabinet. Manchester United bukanlah abang yang kejam. Niat suci murni memberi peluang kepada adiknya Manchester City merasa memegang trofi EPL setelah 44 tahun kempunan adalah satu tindakan yang wajar diberi pujian dan layak mendapat Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) oleh Sultan England.

Di sini aku tidak mahu bercerita tentang kejayaan Liverpool menduduki tangga ke-8 liga. Bukan juga ingin bercerita tentang kejayaan Chelsea menduduki tangga ke-6 dan bakal tewas kepada Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara nanti. Apatah lagi ingin bercerita tentang almari trofi Arsenal yang bersawang sejak 7 tahun lalu dan sudah mula dipamerkan di Mudah.my untuk dijual. Tetapi, ingin mengucapkan tahniah kepada fans Man City yang kebanyakkannya terdiri daripada lalang mahupun adik-adik yang baru hendak mengenal erti bola sepak. Kerana jika anda mengaku bahawa anda adalah penyokong setia Man City sejak bayi adalah tidak masuk akal. Tahniah diucapkan buat Manchester City. Mereka beraksi hebat musim ini. They deserved it!



Semoga kegagalan MU pada musim ini akan menyedarkan Pak Alex bahawa duit bukannya boleh dibawa masuk kubur. Usah terlalu kedekut berbelanja untuk membawa masuk pemain hebat. Kerana itu semua telah dibuktikan dengan keborosan Pak Arab di Etihad. Mereka membuktikan bahawa falsafah 'Money can buy trophy' bukan omong kosong.

Walauapapun berlaku, kami di Manchester United mempunyai falsafah.

Man Utd will always be the winner in our heart. Once a red, always a red. We will always keep the red flag flying high. United we stand, divided we fall. We will never give up. We will be back next season. Even stronger than before! Respect! Believe! Glory-glory Man United!


p/s : Tergelak tengok orang yang emo gaduh pasal bola sampai ajak bertumbuk kat luar. Saiko-menyaiko ni best beb. Tapi jadi cacat bila ada yang cacat otak sampai maki hamun mak bapak apa cita? Janganlah Suarez sangat. Berperang saraflah secara profesional. Why so serious? Why so butthurt? Chill la...



SZ : Boring la lepas ni bila EPL cuti. Tak sabar nak layan Euro pulak.

9 360 juta komen:

Miss F said...

Man U always the best..
sekali sekala beralah dengan adik, okay what?
yang penting piala still dekat Manchester!
glory glory Man United

Fz27 said...

makan hati ulam jantung, la kecewa sebab tak menang.... well itu hanya sebuah permainan tak da apa yang perlu di banggakan sangat..

diana said...

epl memang menghiburkan..
tapi kan semalam akak tengok ada la status2 pelik..minat bola tapi tak minat nak tonton liga luar.suka tengok liga malaysia je..entah apa2 je..kalau dah namanya minat tengok bola jangan dok mohong la kata tak minat tengok liga luar.

time kalah kata tak minat.cer bila menang kemain status dia..tak spoting langsung macam tu..

HafizRahman.com said...

aceceee...ayat penyedap ati sendiri nampak..hahahhahaaa

Aretikz said...

Suarez? (Itu yg terkait dgn liverpool yg aku tersensitif.. haha)

Aku ucap tahniah kepada Man City yg menyaspenkan kemenangan EPL dengan aksi menghiburkan..

Aku ucap tahniah juga kepada Man Utd, sebab permulaan slow leh catch up dgn Man City.. memang power tu beb..

Aku ucap tahniah kepada Chelsea sebab menang FA Cup dan melayakkan diri ke Final UCL, semoga berjaya biarpun bukan favret tuk menang..

Aku ucapkan tahniah kepada team aku, Liverpool, paling kurang menang juga Carling Cup biarpun kepayahan.. hehe.. (korang nak bahan aku, aku stedy jak.. haha..)

Dan Arsenal, sila cuba lagi season depan.. hehe..

Team lain, yg aku paling suka tgk, Swansea, amazing.. Bolton, aku suka juga tp dah jatuh, dan Newcastle, aku kagum dengan beliau yakni Papiss Cisse.

Oh, panjang sungguh komen aku, saja menyemak ucapan2 yang lain.. haha..

Next season, hope Liverpool will going up ^^

Hansyirah Takezur said...

paling takleh blah tgk MU nak lega dah bila QPR nmpk mcm nak mng. skali hamik.. 3 sumbat.

i like it! thanks Man city. keh3.

Mohamadazhan.com said...

aku simpati dgn hg...hehe

pena rozie said...

Kepada peminat MU jgn kecewa...

khai mustafa said...

haha.camtu la sikap manusia kak. bile senang, ramai-ramai kerumun. bile susah, sekor-sekor lari. ;D