Pages

Saturday, May 5, 2012

I'm HOT... So, Please Do Not Touch Me!


Semalam aku ada posted gambar kat atas ni di facebook. Nampak gayanya ada jugak yang tak faham maksud tersirat gambar tersebut. Ada juga yang salah faham. Tak mengapa. Meh sini nak explain.

I'm HOT : Ramai yang pelik bila seorang muslimah yang lengkap menutup aurat sempurna dan berpurdah dilabelkan sebagai 'hot'. Sebab istilah hot sering dikaitkan dengan hot chick yang seksi-meksi tu.  Hot yang dimaksudkan dalam gambar di atas adalah 'kepanasan api neraka'. Maksudnya, jangan sentuh dia kalau tak nak merasa panas api neraka.

Anonymous : Lelaki yang pakai topeng Anonymous tu pula bagi menggambarkan seseorang yang tidak dikenali. Bila dah tak dikenali, secara automatik ia akan dilabel sebagai bukan mahram. Maka haramlah bersentuhan antara bukan mahram. Tengoklah gayanya seperti ingin menyentuh muslimah tersebut.

"I'm hot. So, please dont touch me because you are anonymous. Not my husband."

Kadang-kadang, kita tengok perempuan yang lengkap menutup aurat itu masih tidak menjaga batas pergaulannya dengan lelaki bukan mahram. Sebab itu wujudnya persepsi negatif masyarakat yang tak bertudung terhadap wanita bertudung. Sebab itu juga wujudnya alasan tipikal wanita yang degil tidak mahu menutup aurat  yang mengatakan "bertudung tak semestinya baik".

"Harap tudung je labuh, tapi perangai....?"

Kenapa perlu disalahkan tudung bila si pemakainya yang buat perangai? Tegurlah si pemakai tudung, bukannya tegur tudung. Mereka juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan. Sekurang-kurangnya mereka dah terlepas dari azab siksa tidak menutup aurat. Memang benar yang bertudung itu tak semestinya baik. Tapi, orang yang baik pasti akan menutup aurat. Sebab, tidak ada istilah baik bagi orang yang ingkar arahan Pencipta-Nya.

Memakai pakaian sexy itu HOT.. Memakai purdah itu BEAUTIFUL..
Neraka itu HOT.. Syurga itu BEAUTIFUL..

p/s : Idea nak edit gambar di atas diperolehi selepas baca entry di blog akak Nailah Azman. Kebetulan pula aku terjumpa gambar muslimah dengan lelaki pakai topeng anonymous tu, rasa macam sesuai pulak dengan tagline tu. Lalu terdetik idea nak create poster tersebut. Kalau nak, bolehla print and tampal di dahi.


SZ : Bagi aku, yang berpurdah memang nampak hot pun. Lebih hot daripada yang seksi-meksi tu.

8 360 juta komen:

luqman zakaria said...

entry yang menarik dengan gambar yg penuh makna~

bai baizura said...

ngeh3.membawa makna yg tersurat dan tersirat di sebalik gambar tu:)like2:D

Haz said...

tegurlah si pemakai tudung bukan tegur tudung..
suka ayat ni..
terbaik!

Hansyirah Takezur said...

gamba tu osem!
semoga org amik ibrah. :)

term len yg digunapakai selain hot untuk wanita ada dalam video nie --> http://www.youtube.com/watch?v=PFrOHnLk53M

Iffah Afeefah said...

ermm suke

i like perumpamaan gni

Faiqah Umaira said...

bagusnya ada kempen macam ni! I'll be definitely spread this campaign, Insyaallah! :)

Solihin Zubir said...

@Hansyirah Takezur : Seksi? Yeah.. hehe.. thanx bg link video tu..

~~zana@pb~~ said...

kesilapan diri, salahkan tudung, apa maknanya tu?
Sama la...salah org nmpk, salah sendiri......buat tak tau je.