Pages

Wednesday, April 25, 2012

Telekung Bukan Uniform Wajib Ketika Solat


Pemakaian telekung bagi wanita ketika bersolat hanyalah budaya umat Islam di nusantara. Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masakini. Kerana ada wanita yang menjadikan alasan terlupa membawa telekung sebagai punca mereka mengabaikan solat ataupun melengahkan solat kerana menunggu giliran mengguna telekung di surau.

Pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Maknanya, tidak kisahla anda memakai jubah, baju kurung, blaus atau seluar sekalipun, solat itu tetap sah. Asalkan pakaian tersebut menutup aurat dengan sempurna iaitu tidak menampakkan bentuk badan, tidak menampakkan warna kulit, longgar dan sebagainya seperti yang digariskan syariat.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda rasa was-was untuk mendirikan solat dengan pakaian yang dipakai pada ketika itu, ini bermakna anda masih belum menutup aurat dengan sempurna. Maka, perbaikilah cara pemakaian anda. Pakailah stokin dan jangan pakai tudung yang menampakkan leher atau dagu. Yang memang free hair dan berpakaian seksi tu, apatah lagi.

Jika anda keluar rumah menutup aurat dengan sempurna, tidak perlu memberatkan beg dengan telekung pun tidak mengapa. Tapi, pasti akan ada yang memandang pelik jika anda solat tanpa memakai telekung. Kerana Malaysia bukan berada di Timur Tengah. Tapi, peduli apa? Lelaki solat tak pakai kain pelekat dan baju melayu orang tak cakap apa pun. Heheh...


p/s : Entry ini bukan berniat untuk 'mengharamkan' pemakaian telekung. Sekadar ingin menggambarkan Islam itu mudah. Tiada alasan untuk tidak solat.

Rujukan : imam muda asyraf

SZ : Walaupun cara pemakaian aku taklah macam ustaz sangat, tapi aku suka tengok awek bertudung labuh or berpurdah.

7 360 juta komen:

Yuu Hidayu said...

yess.. betul tu.. kadang2 tu, telekung kat surau awam berdaki , bertaik lalat.. nak pakai pun tak senang je rase nya.. telekung sendiri tak bawak.. so, yuu lagi selesa kalau tak pakai telekung.. Tapi, org memang slalu pelik pun bila kita tak pakai telekung ni..dah jadi budaya kan.. hee..

OUTBOUND TRAINING DI MALANG said...

selamat siang sahabat
berbagi sedikit inspirasi pagi..^_^
"Kesuksesan itu tidak memandang siapa kita, dari mana kita, dan bagaimana kita.
Tapi kesuksesan itu hanya melihat doa dan kesungguhan kita saja.."
semoga hari ini lebih baik dari kemarin..^^
ditunggu kunjungnnya sob http://www.nolimitadventure.com/

encik cool said...

memang benar!! islam memang mudah..

Aien Zainal said...

memang pun orang selalu anggap pelik kalau solat tak pakai telekung... selalu jugak la kalau solat kat surau orang pndang pelik, yang paling tak bley blah nye, siap cuit kawan2 sblh lagi suruh tengok orang solat tak pakai telekung...

Sarardienar said...

alahmdulillah ade jugak akhirnya org ckp pasal ni in the most simple manner. selalu perempuan terkial2 nak cari telekung time nak solat and at the same time dorg tau pakaian dorg tak menutup aurat sbb tu tak boleh solat dlm keadaan mcm tu. hai adik, kakak, makcik sekalian jomlah tutup aurat..kan seng nak solat dan segala2nya pun mudah :)

Hareitta Naz said...

Haha,,btol,,kelakar tol insdn tu,,

Hareitta Naz said...

Haha,,btol,,kelakar tol insdn tu,,