Pages

Thursday, April 19, 2012

Samseng Serang Mahasiswa di Dataran Merdeka (Video & Gambar)

Kira-kira jam 2.30 pagi semalam, sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng telah menyerang perkhemahan mahasiswa yang melakukan protes mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki terpaksa dihantar menaiki ambulans ke hospital manakala beberapa orang termasuk mahasiswa, ditendang, ditampar dan ditumbuk. Kumpulan samseng itu dibiar bermaharaja lela walaupun balai polis bergerak terletak hanya 10 meter dari lokasi perkhemahan. Dilaporkan pihak polis enggan memberi bantuan dengan alasan takut nyawa mereka terancam?

gambar samseng merobohkan khemah yang sempat diambil

“Saya sedang tidur dalam khemah sebelum terjaga apabila muka saya ditendang dari luar,” kata penuntut sarjana Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Ruqayyah Abdul Rahman yang berpurdah.

kumpulan mahasiswa tetap kekal bertahan di situ walaupun diserang.

p/s : Video original telah di'remove' oleh YouTube.. Mujur ada yang download dan upload kembali. Lebih baik tengok cepat2 sebelum di'remove' kembali..


Jika dilihat dalam video di atas, akan nampak seorang mamat yang berbadan besar pakai baju yang sama dengan mamat di bawah ni. Yeahhh.. Mereka adalah orang yang sama. Samseng jalan kebun yang pernah top dalam kejadian serangan sebelum ini.


Nak tahu siapa mamat tu? KLIK SINI!

p/s : Kronologi Serangan, KLIK SINI!

SZ : Gua pun gangster jugak... Gua Hun Hing Society punya olang.. Gua punya brader, Chan Ho Nam. Brader Causeway Bay. lol

12 360 juta komen:

Anum said...

ada udang di sebalik mee nie

Ryu on ahsfantasy24.com said...

Mohon jangan ada keganasan.
Ya Allah tunjukkanlah perjuangan
dalam kebenaran meskipun tiada kemenangan..

azwa amani said...

bingung dok dalam keadaan mcm ni..

Edy Fee said...

mahasiswa skrg ni advance..suka sgt buat tunjuk prasaan..ikut barat.hahaha

Aretikz said...

Banyak aku tidak setuju beberapa tindakan mahasiswa dalam melakukan demonstrasi ini.. Termasuk seperti yang dirimu nyatakan sebelum ini.. Lagipun, bagi aku, setelah menimbang tara apa yang berlaku dalam demonstrasi, seharusnya mereka perlu memikir alternatif lain dalam menyuarakan pendapat..

Namun, apa yang samseng2 yang mengaku cintakan tanah air itu lebih terkutuk, menyerang orang tanpa berfikir dengan bijak.. Kalau aku ada sana, biarpun bukan salah seorang ahli dmonstrasi itu, aku tetap lawan.. mungkin sebab darah aku tengah hot tengok bnda ni..

Hal ini aku kira berlaku kerana tindakan2 mahasiswa yang sebelum ini melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya.. Ya, memang mahasiswa itu salah pada awalnya, tetapi samseng2 ini yang tidak bertamadun lebih ikut kepala sendiri lagi jelas kesalahannya..

Apapapun, aku tinggalkan persoalan kepada Mahasiswa dan juga Samseng2 tercela itu.. Kalaulah Rasulullah masih ada, apakah yang akan dilakukan dalam menangani hal sedemikian rupa?

Ahh, mungkin persoalan ini mereka tidak terlihat, yang penting dahulukan Allah dari sentimen2 ketidakpuashatian itu..

Buat kita yang hanya memandang dari jauh isu ini, jika ada peluang untuk mendekati isu ini dengan lebih telus, gunakan pendekatan berilmiah, bukannya pendekatan darah muda yang sengaja didihkan oleh nafsu kebencian..

Syaitan membuka 99 pintu kebaikan supaya kita melakukan 1 kejahatan. Begitulah kreatifnya Syaitan.

Wallahualam

steffany daph said...

tak sangka sampai mcm ni sekali. hope tak berulang lagi.

AmenoWorld said...

Design blog neh makin kemas der.. adeh cemburu lak tengok blog orang lain makin lama makin cun.. muahahaa...

Ismi Azraf said...

Gengster diguna bila "buah hujah tiada ditangan".

Miss Meen said...

Kadang kala bagus juga demonstrasi ini..
Kat sekolah pun buat demonstrasi juga..hihii amali sains..
Erm..isu isu mcm nie kdg2 buat masyarakat berfikir dan mengkaji
Boleh katakan kajian dr segi ilmu masyarakat, sahsiah, sistem kapitalis, pendidikan, sains politik, kekuasaan, dll
Bagus utk masyarakat bijak pandai membuat kajian..
Tetapi sedih utk masyarakat yang semakin hilang sahsiah diri dan kes0panan dalam diri.. :)

Setiap perkara pasti ada baik dan buruk... :)

pena rozie said...

Nape sangat suka ukut perasaan...

paksu said...

macam macam hal .... sekarang ni...
KOMPUTER LAPTOP TERPADAM – CARA BAIKI PC PANAS | Perkongsian Maklumat Bermanafaat

samanosuke_04 said...

huhu, betol ke samseng? sampai polis pun tanak masuk campur.. nampak cam kerja orang dalam jer.. hahaha