Pages

Monday, April 16, 2012

Kebodohan dan Kebiadapan Mahasiswa Berdemo

Rileks naa.. Jangan marah naa.. Aku bukan nak sentuh isu mansuhkan PTPTN tu. Itu hangpa semua punya pasai la kan. Bagi aku, kalau nak mansuh, mansuhkan bunga ptptn tu pun sudah memadai sebab kita tahu riba itu haram. Tapi, kalau nak bagi pendidikan percuma dan biasiswa pun apa salahnya. Kan lebih bagus daripada berhutang. Cuma aku nak komplen tentang kebodohan dan kekurangajaran geng mahasiswa tersebut ketika berdemo. Matlamat tak menghalalkan cara.


1. Tindakan mengalungkan 'bunga malai' pada potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai simbolik bahawa 'demokrasi telah mati' bukanlah satu tindakan yang cerdik. Sebagai seorang mahasiswa, anda patut tahu yang tindakan tersebut sangat menyentuh sensitiviti agama. Ye, walaupun Najib sendiri memang pernah pakai bunga tu. Tapi, tolonglah cerdik sikit. Itu hanyalah memberi kelebihan kepada pihak lawan sebagai modal untuk melakukan serangan.



2. Jika dilihat dalam video di bawah, ketika mahasiswa yang berkumpul dan memasang khemah di Dataran Merdeka diarahkan bersurai oleh DBKL, ada perkara yang tak sepatutnya berlaku.


Abang berbadan besar atau dalam istilah lain iaitu gemuk (bukan mahasiswa.. aku tak kenal siapa dia..) sedang tunjuk hero berdebat dengan pegawai DBKL. Dia marah bila ada pegawai yang dah mula bengang sedikit meninggikan suara. Padahal dia yang start tinggikan suara menengking pegawai tersebut dengan hujah hak berhimpun dan perlembagaan tu. Anoyying betul dengar dia berpot-pet. Siapa tak hilang sabar beb. Kalau aku jadi pegawai tu pun aku boleh hilang sabar bila ada orang tengking dan buat provokasi.

Tapi aku respek dengan ketua pegawai yang sentiasa tenang berbicara membuat penjelasan kepada abang badan besar dan para mahasiswa. Sedikit pun dia tak melenting walaupun riak wajah tuanya menggambarkan dia dah mula penat menyerap tekanan. Kamon la mahasiswa. Mana disiplin dan akhlak hangpa? Jangan biarkan emosi menguasai akal. Gunakan hak berfikir sebelum hak bersuara. Hak bersuara bukannya tiket untuk hangpa memaki hamun dan membuat provokasi.


Ok,lah. Aku malas nak taip banyak-banyak. Lagipun hangpa bukan nak baca sangat panjang-panjang. Aku pun tak nak buang masa. Banyak lagi benda lain yang lebih berfaedah aku nak buat. Tengoklah video di bawah ni dan nilailah sendiri. Berikan komen anda.





Hikmah juga bermaksud ketepatan. Hikmah menjadikan menurut tidak membuta, melawan tidak mencela. Menyokong tidak mengampu, membantah tidak menjarah. Jadilah manusia yang berhikmah, agar hubungan dengan Allah sama cemerlang di sisi hubungan dengan hamba-hamba Allah. -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil


p/s : Mari baca pandangan Dr Maza pula tentang isu ini. KLIK SINI!

SZ : Aku pun tak bayar habis lagi hutang ptptn. Ada balance lagi 20sen.

25 360 juta komen:

Cik Sara said...

setuju sesangat....

Innanie | Ariffin said...

malu malu malu

yg berbadan besar itu junior aku!!!

Eyzan Encha said...

hapuskan bunga pun dh cukup sebenarnye. =.=

naqib faiz said...

seperti biasa. akal letak kat lutut. buat la perbincangan ilmiah ke. debat secara depan-depan ke. ni tak buat kacau macam nak lepas tension final exam. blaja entah ke mana. aku emo pasal mahasiswa ni. damn. haha

Nafisa81 said...

nasib baik zaman akak takde demo2 ni semua..tak puas hati bakar jer...

Syasya Johan said...

saya ni memang dikira bawah umur bab u ni,tapi kenapa melayu je yang sibuk berdemo :/

Mohamadazhan.com said...

biasalah...mungkin kdg2 kesabaran tu hilang juga...byk sgt tekanan...sebenarnya bukan bunga dalam PTPTN tetapi servis caj...dalam Islam tak larang kenakan sevis caj kepada sesuatu pinjaman...tapi mungkin ada syrat2 tertentu yang menekan pelajar...

Mohamadazhan.com said...

benda ni kalau UMNO buat xdak jadi macam ni...

Fz27 said...

aku suka ngan komen dari bekas mufti perlis Dr. Mohd Asri.. ni link dia pakat-pakat la kongsi pandangan http://drmaza.com/home/?p=1860

Yuu Hidayu said...

kenapalah jadi sampai macam ni.. malu gak tengok.. tak nampak macam mahasiswa dah.. dah macam org yg takde pelajaran pulak yuu tgk.. adess.. nak berdemo pun mesti cara bodoh camni ke? fuhh

Hansyirah Takezur said...

huih, dah tukar layout + header?
dah lama tak mai cni. busy. kwa3

btul, radikal skalipon, xyah la berkhemah bagai.

mana letaknya maruah plaja yg intelektual.

kita tgk bersih 3.0 nnt. tema: duduk membantah. harap2 bjaya. lg havoc dr 2.0 kot. :p

azwa amani said...

matlamat tak menghalalkan cara... that true bro..

pi bayaq hutang lagi 20 sen tu.. :D

hasanah said...

btol3.. stuju.. nmpk sgt kalo buat cmni mmg mahasiswa tsebut x educated.. blaja tggi2 tp buat rusuhan kt ngara sdri... xpatot2.. & patutnya kerajaan sewajibnya mansuhkan bunga dia.. kalo pinjam 15000 byr pn 15000 la.. beban pelajar sbb nk byr bunga 2 je.. 2 blom masuk lewat byr.... (tbeban sbb blom byr abeh lg.. :'( )

nawwar_hanifah said...

betul...malu bila ada mahasiswa yg berfikiran singkat cmni...sbb sy pun mahasiswa, even xbuat tapi tetap terasa..

orang dah pandang tinggi kat kita sebab dapat masuk U jgnlah pulak bg diorg pndg buruk kat kita sbb segelintir yg berakal pendek tu..

Terbang Bersamaku said...

Negara kt ada je bagi biasiswa kat students2 yg dpt result exam yg gempak2..lgpn PTPTN tue kalau diorg dpt dean list, PTPTN tue bertukar jadi biasiswa jugakkn..?

kalau tak puasa hati lebih baik buat rundingan + perbincangan secara damai daripada buat perhimpunan mcm nie..d

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

lepa tu memang dah melampau...agak2 la nak buat demo pun...memalukan...

imantizz_truper said...

@Terbang Bersamaku
betul tu...kalau tak nak bayar balik,bagi dapat result yg gempak..

bai baizura said...

yups,setuju!jgn jd macam NIcolo Machiavelli, matlamat menghalalkan cara buat macam tu:)

delarocha said...

nak benda free punya pasal..mcm2 sanggup buat...Ilmu letak tak mana tak tau la....

hana said...

semakin tak paham dengan isu yg di bangkitkan...
hermm

deno said...

malu betul bila jadi mcm nie... dah la semua tu melayu.. menjatuhkan maruah bangsa je... satu hal lagi, kenapa sampai mcm tu? kalau dah tanak ptptn tu, tak payahlah amik.. tak pyh buat pinjaman! mereka nie mmg tak tahu bersyukur... deno sangat pelik dengan pemikiran mereka nie... kerajaan dah bantu dgn pinjaman ptptn tu taktau nak bersyukur.. biadap dan kurang ajar ada la... apa nak jadi manusia zaman skrg....

Anonymous said...

Ada pelajaran tapi otak d lutut, dah d bg pinjam utk belajar bayar la balik bila dah habis belajar... Jgn la jadi kacang lupakan kulit

Faiqah Umaira said...

diorang ni mudah sangat terpengaruh,kalau nak berpolitik pun, biar belajar nombor 1, politik nombor 2.

uneducated person :) said...

bergelar mahasiswa sepatutnya menggunakan akal fikiran lebih cerdik, memandang lebih jauh..

Miss Meen said...

sedih sedih tgk akhlak melayu mcm nie..
huhuu..dua dua pihak ada salahnyaa..
dah laa malaysia nie ranking negara yang tak selamat pasal kemalangan..
Hurm..berhajat menjadi mcm Mesir kah?
Fenomena di Mesir sebenarnya membuatkan mahasiswa ini belajar dgn sendirinya
Ya...inilah yang kita mahu kan...melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan... :P
Bila dah belajar ilmu psikologi, undang2, perlembangaan,hak asasi, semua perkara boleh duga..
Perlembangaan..hihii xnak tukar jadi mcm KSBM KSSR ke?? hehhe penambahbaikan.. :P
Tak salahlah seandainya Tuhan itu menurunkan bala bencana..
Mengingatkan manusia..melututkan manusia..dari ats hingga bwh :)