Pages

Monday, April 23, 2012

Jus Poligami

Minggu lepas, setelah aku menyetelkan hal kerja aku di Menara Sentosa, aku terasa sangat dahaga dan kelaparan yang menggetarkan jiwa. Kebiasaannya jika ke Alor Star, aku akan lepak membuncitkan perut di gerai cendol pulut berdekatan Shahab Perdana. Cendol pulut kat situ memang power. Aku pernah sapu bersih tiga mangkuk sekaligus. Punyalah sedap tak hingat. Malangnya kedai tu tutup lah pulak. Terpaksalah aku bertukar lokasi.

Ayam Penyet Wong Solo tempat dituju. Restoran Indonesian ni memang feymes kat area KL dan Selangor. Tapi, ini kali pertama aku menjejakkan kaki di cawangannya yang terletak di Kompleks Perniagaan Utama Sultanah Sambungan, Alor Star. Bersebelahan dengan Restoran Tat Nasi Ayam yang mana kesedapan nasi ayamnya menjadi buah mulut penggemar nasi ayam di seluruh cakerawala.

Melangkah masuk, aku teruja melihat kombinasi warna hijau dan hitam dinding restoran tersebut yang merupakan kombinasi warna idaman tema perkahwinan aku nanti. Sebaik saja aku melabuhkan punggung ke atas kerusi, aku dihulurkan buku menu. Tanpa berfikir panjang, aku terus meng'order' dua mangkuk bakso. Manakala minuman pula aku tertarik ingin mencuba jus poligami yang aku hanya pernah dengar sahaja namanya sebelum ini.

Lima minit berlalu, jus dihidangkan. Tanpa niat untuk mencuri resepi, aku menebalkan muka meringankan mulut bertanya kenapa jus tersebut dinamakan Poligami? Seperti dijangka, ianya merupakan kombinasi empat jenis isteri buah. Buah betik, mangga, nanas dan limau madu di'blended' sama rata ibarat membahagi kasih seadil-adilnya.

Nampak sedap. Tapi bagaimana pula rasanya?



Tak sedap sangat pun! Aku tak pasti samada motif jus poligami tersebut ingin memberi gambaran ketidaksedapan berpoligami ataupun mungkin jus tersebut dibuat oleh tukang bancuh air amatur kerana tukang bancuh professional sedang cuti sakit. Sesiapa yang pernah minum jus poligami, mohon beri maklum balas. Tapi, dia punya air buah memang awesome. Kecur air liur aku teringatkan kesedapan air buah tersebut.


SZ : Orang pompuan minum jus monogami ja kot.. Depa tak suka poligami-poligami ni.. Haha..

6 360 juta komen:

diana said...

KENAPA AKAK TAK TAU RESTORAN NI YE??KAT MANA??/BALIK KEDAH NANTI NAK KENA PUSING2 NI..RESTORAN NASIK AYAM TU PUN AKAK TAK TAU...KAT KAWASAN MANA TU??

Solihin Zubir said...

@diana : kat jalan sultanah sambungan.. otw nk ke mergong.. takpa, nnt sy bawak akak pi naa.. :D

FasiHaH SupiaN said...

kalau tembikai laici tu poligami ke monogami ek?hehehe

azwa amani said...

huhuhu..nama nak laris je..

haney said...

pndai kedai ni market dia pnye air. nama nk best aje. hahahah

Nafisa81 said...

mak aii...nama menu aje dan bikin kontroversi...