Pages

Friday, April 6, 2012

Jangan Hack Facebook Arwah Sahaja.. Hack Juga Mereka Ini!

Masyarakat facebook menjadi gempar bilamana tersebarnya akaun seorang remaja perempuan belasan tahun yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Rata-rata yang menyebarkannya, merayu supaya akaun facebook Allahyarhamah di'hack' atau di'report' dan seterusnya di'delete'. Kononnya kerana ibu arwah bermimpi yang beliau merayu-rayu agar akaun facebooknya ditutup kerana rohnya tidak tenteram akibat terlalu banyak gambar yang terdedah dan tidak menutup aurat.


p/s : Maaf.. Link akaun facebook Allahyarhamah aku tidak akan dedahkan di sini. Sebab selagi orang ramai klik dan tengok gambar-gambar dia, selagi itu dia tidak akan tenteram. Aku taknak tanggung dosa mempromosi aib si mati.


Cerita Allahyarhamah meninggal dunia akibat kemalangan itu memang benar serta telah disahihkan oleh ahli keluarga, teman rapat dan rakan sekolah beliau. Akan tetapi, hari ini muncul pula berita yang adiknya membuat penafian mengenai mimpi ibu arwah. Bagi aku, samada betul atau tidak khabar angin ibunya bermimpi, akaun arwah sewajarnya dihapuskan.

Ini kerana, selagi mana dosa (terutamanya dosa membuka aurat) yang dilakukan seseorang itu masih menjadi tatapan dan memberi kesan kepada orang lain di dunia, selagi itulah mereka terpaksa menanggung dosa walaupun sudah meninggal dunia.



Dan bukan facebook Allahyarhamah sahaja yang patut di'hack' dan ditutup.

HACK JUGA MEREKA INI!

1. Facebook lelaki dan gadis-gadis lain yang tidak menutup aurat walaupun masih hidup.

Ye.. Walaupun masih hidup, tetap kena hack. Kerana bukan saja mereka yang dapat dosa. Ayah dan orang yang tidak menegur juga mendapat dosa. Kita yang tengok juga dapat dosa. Bukan semua orang boleh tahan nafsu daripada terus klik mengkhatam semua gambar dalam album mereka. Maka, makin bertimbunlah dosa.

2. Facebook pasangan couple haram yang banyak gambar romantis (lah sangat).

3. Facebook artis-artis seksi.

Ini tak payah cakap la kan. Kesannya lebih besar. Gambar seksi mereka tidak akan pernah luput ditelan dek zaman. Kerana mereka adalah insan popular. (Nanti aku kupas pasal ni dalam entry lain.. Panjang beb kalau nak kupas.)

4. 10 jenis blog ini juga patut di'hack'. Nak tahu blog apa? Kalau berani terima kenyataan, boleh klik Apa Jadi Jika 10 Blogger Ini Meninggal Dunia?

5. ...................................... (Sila isi tempat kosong)

6. Hack juga hati mereka yang keras dan mungkin sudah gelap supaya kembali ke jalan yang benar. Dan apasalahnya hack jugak hati sendiri. Muhasabah diri.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah segala amalannya kecuali TIGA perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan anak soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)


SZ : AL-FATIHAH... Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di sana. Kita yang masih hidup ini patut ambil iktibar atas apa yang berlaku tersebut. Sentiasalah mencari bekal pahala ke akhirat. Bukannya bekalan dosa. Renung-renungkan.

22 360 juta komen:

nurdani said...

betul. patut sangat hackers buat macam tu untuk yang mendedahkan aurat.

mati takkan hidup kembali. sementara masih hidup, beringat2

shahjiehan said...

aku nak belajar jadi hacker laaaa!!

senang sikit kerja pembanterasan jenayah siber ni...

ahhahaha

azwa amani said...

nice post..moga2 yg membaca sedar :)

Bella Bell said...

betul gak tu ek.

Yuyu Ali said...

peringatan awal bagi yang masih hidup. tapi masih ramai buta kan mata, pekak kan telinga, keras kan hati bab2 aurat kan. =)

FasiHaH SupiaN said...

hmmm........tak sampai kot mesej masa dia hidup tu kan.......

adan said...

setuju entri ni.. ada ramai lagi akaun yg patut di ambil perhatian.. kes terbaru ni hanya sebahagiannya sahaja..

Mr X said...

hackers?

the family simply have to fill this form:

https://www.facebook.com/help/contact_us.php?id=305593649477238

kecoh betul

Solihin Zubir said...

@Mr X : ni mesti kes tak baca habis la ni.. lain kali kalau nk komen sgt, baca habis dulu.. baru faham apa yg nk disampaikan.. =.='

Nafisa81 said...

apasal entry tak update kat bloglist ekkk...

New Hope said...

Salam,

Takutnyaaa...

AWANG HITAM & CHINA DOLL BUAT DEGREE

Yatie Awang said...

akak pun setuju..kadang2 kita yg tengok ni terasa malu, bukan nak tengok pun, tapi bila dah buka fb, terpampang kat wall..jadi tertengoklah jugakkkk heee

LemonSusu Skyjuice said...

jom lah kite hack menghack,,oo yeahhh!~

pipoq said...

betul tu..tapi ada ke diorang nak ambik pengajaran ?

Norashiqin Kamaruzaman said...

owhhh..ha'ah yela kan...hehe hari tu share FB dak pompuan tu plak....=) thanx for the reminder...

Fariz Reza said...

seelok2nya kita past password ktia pada orng yg boleh dipercayai sementara masih hidup nih

delarocha said...

peringatan juga pemilik FB yang masih hidup... jangan sekali kali tayang gambar mendedah aurat di FB.

Solihin Zubir said...

@Nafisa81 : akak kena tukar nama.. kalau sekadar tukar link baru, dia akan lmbt update..

khairul said...

Selalunya yg x bole.. tu jgk yg didedahnya..

Syafiq Ahadin said...

aku ingat betul2 ibu dia mimpi, tapi tak sasih sangat pula.

huhu! weh, seminggu lagi aku exam....

WanDin said...

ya... banyak lagi akaun FB yang patut di hack, delete terus pun takpa.. :)

~~zana@pb~~ said...

peringatan utk diri sendiri dan kaum keluarga kita juga. Susah juga nak menasihati org lain sdgkan dlm keluarga sendiri pun kita tak bole kawal dlm bab2 aurat ni..
Mudah2an keluarga arwah ambil tindakan menutup akaunnya dgn segera.