Pages

Saturday, April 21, 2012

Islam Akan Menang Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat

Jika melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika, hampir mustahil umat Islam mampu menewaskan mereka seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Akan tetapi, Yahudi boleh dikalahkan jika umat Islam seluruh dunia mampu keluar solat Subuh berjemaah sama seperti mereka keluar solat Jumaat yang seminggu sekali itu.

Seperti mana kita semua tahu, solat subuh adalah solat yang paling sukar ditunaikan. Kerana waktu subuh yang masih gelap dan dingin membuatkan ramai yang sedang enak tidur menjadi liat untuk bangun. Jika solat subuh yang paling sulit itu dapat ditunaikan secara berjemaah sama seperti solat jumaat, pasti solat yang lainnya akan mudah ditunaikan. Maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu mereka tidak boleh bermaharajalela lagi. Sebab itu Yahudi melakukan pelbagai cara supaya umat Islam leka dan meninggalkan solat 5 waktu.

Memang tiada nas yang jelas bahawa Israel akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat.

Bantuan Allah tidak akan datang kepada umat Islam jika masing-masing hanya membina senjata canggih tetapi tidak senjata iman. 



SZ : Aku pun masih merangkak lagi Solat Subuh berjemaah ni... T_T

4 360 juta komen:

Amira Anorah said...

Ada orang cakap dekat saya,

"kalau nak cari suami, cari yang senang bangun Subuhnya, dari situ kita boleh tahu, dia tu rajin solat ke tak"

=)

Syafiq Ahadin said...

kat kampung ni aku tengah bercuti, bangun tu tetap awal, tapi nak gerak kaki entah nape cam ade besi yang melekat menggari kaki ni. huhu! T__T

bai baizura said...

setuju! huhu.sama2 berusaha bangun subuh berjemaah:)

Aretikz said...

Sedangkan Nabi pun kata orang munafik merangkak jika tahu kelebihan solat subuh.. (termasuk isyak dalam hadis tersebut)