Pages

Wednesday, April 11, 2012

Hukum Lelaki Memakai Rantai dan Gelang Untuk Tujuan Kesihatan


“Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Syeikh al-Islam Zakariyya al-Anshari Rahimahullah pula berkata: “Dan daripada apa yang haram ialah gelang tangan dan gelang kaki untuk dipakai oleh orang lelaki dan orang khuntsa (orang yang mempunyai dua jantina).”


Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa :

a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita.

b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat:

i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).

ii. Tidak terdapat unsur najis padanya.

iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.

iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.

v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit.

c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

sumber : e-fatwa.gov.my
              ibnushukran.com
Hambek kau! Gedabak...

Kesimpulannya :

Lelaki tak payah la pakai rantai atau gelang. Huduh ya amat aku tengok. Lihat saja fatwa yang dikeluarkan. Haram dipakai walaupun dengan tujuan perubatan. Apatah lagi yang memang pakai untuk bergaya. Dan berapa ramai yang betul-betul niat pakai untuk tujuan kesihatan saja? Aku rasa ramai yang hanya menggunakan alasan kesihatan tersebut untuk bergaya. Muda-muda lagi dah kena pakai rantai kesihatan? Amboiii..

Dan jika anda seorang pemimpin negara Islam, tak payah la pakai rantai. Kan dah menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat. Aku pun pernah pakai rantai dulu masa zaman baru nak up. Huduh ya amat bila aku tengok gambar aku pakai rantai tu. Konon cool n gangster la? Puih!

SZ : Biaq hanjeng dah la pakai rantai.

20 360 juta komen:

bai baizura said...

yups.betol tu.senang tak payah pakai rimas kot nengoknya:) jimat pon jimat tak payah nak abeh duit beli gelang rantai tu:)

Nera Kun-tut said...

hakhakhak.... biaq hanjeng pkai rantai...

Jue AbdRahman said...

btol3.. tak kenan la lelaki pakai rantai.. nmpk cam gangster huhu.. menakutkan..

nursayidatina said...

Sangat sedih melihat anak muda lelaki memakai rantai. Kelihatan seperti tidak matang.

Terkejut mula mula tengok ' wajah ' baru blog.

azwa amani said...

huhuhu, biaq hanjeng pakai rantai dah laa..nak tambah sekoq lagi bule... monyet.. huhu...

sz, mana tagline 'ada masa kita melawak, ada masa kita serius'???.mcm xde ummphh je amani tegok.. sorii ekk.but just nice

lynnaiza said...

hoip senior.
header osem!haha. *tetiba komen header*

btw,sabtu lepas terrrperasan kt NLKO toknajib pakai rantai berkilat2 lg habaq hang.tp taktau la kot2 mata ni silap tgok ke apa.hewhew

Syafiq Ahadin said...

hoii!! aku dulu dah minta hang watkan header tuk aku.... smarttttttttttt!!!!!!! huarghhh!!

btw, sangat2 lah rmai lelaki yang pakai gelang. dan pasal untuk perubatan tuu pun harem, aku baru tau.. thanks! nak kene kaji lagi pasni... huhu!

cincin bagus pakai sebelah mana ek? tangan kiri ke kanan?

Nafisa81 said...

dah la pakai rantai...gantung CD pulak tuh..

Solihin Zubir said...

@azwa amani : errr.. nak kena letak jugak ka tagline tu? hehe.. xtau nk letak ktna sbnrnya.. hehe.. takpa2.. akan dipertimbangkan..

Solihin Zubir said...

@lynnaiza : entry ni mmg utk Najib pun sbnrnya.. saja mls nk letak gmbr beliau pkai rantai tu.. =)

Solihin Zubir said...

@Syafiq Ahadin : Memakai cincin hukumnya harus di tangan kanan dan juga tangan kiri...

Spanar Buruk said...

assalam abg SZ..lama tak dtg umah Spanar Buruk..kat sni rupanya dia..cari punya cari umah SZ..ni ada hdiah utk SZ :

http://spanarburuk.blogspot.com/2012/04/segmen-bestnya-blogwalking.html

Tag byk btol nama SZ..

Cik mama said...

Yerlaaa cik mama pun rasa tak molek pun laki duk pakai gelang & rantai tu... biarlaaa kaum wanita yg m'peragakanya.. ^_^

http://pinkpurplemerah.blogspot.com/

diana said...

kalau yang muda pun nampak huduh pakai rantai apa lagi yang tua..

Nana said...

lelaki pakai rantai sangat buruk..x suka..

As Nawi said...

yang pelik nyer, diorg xrimas kew pakai gelang/rantai... kalo diorg tu nampak lagi hensem/macho xpela..
ini dah nampak mcm kaum hawa adelah...

http://muhdasnawi.says.com/recommendations/segi-roadshow-a

infoserius™ said...

Besar gilak rantai tu bro.HAHA

FaKArePa!n said...

Dah lain yer blog bro sekarang ni.. nampak sangat memang dah lama saya tak masuk sini..hihi

BTW, saya memang pandang sinis lelaki yag pakai rantai ni..

dayah said...

jadila diri sendiri..umur brapa SZ nak up dlu..haha ape jela

Amira Anorah said...

ayah marah betoi lelaki yang pakai rantai..lagi lagi rantai kaler hitam yang lekat dekat leher tu..katanya macam hanjeng...haha