Pages

Sunday, April 29, 2012

Debat Bersih 3.0 (FAQ)

Sementara isu Bersih 3.0 yang berlangsung 28 April 2012 semalam masih hangat diperkatakan dan diperdebatkan, aku cuba gagahi dan rajinkan diri untuk membuat sedikit kupasan berkenaan Bersih 3.0 seperti yang dijanjikan. Tapi bukan kupasan menyeluruh. Lebih kepada perdebatan soal jawab. Menjawab persoalan-persoalan yang sering puak anti Bersih ajukan dan menjadikannya sebagai modal untuk condemn Bersih.

p/s : Sebelum tu, kalau nak baca Ulasan Bersih 2.0 dulu, dipersilakan. Ada point yang hampir sama.


1. Kenapa sokong Ambiga? Terang-terang dia tu pejuang LGBT. Bukankah itu menyokong maksiat? Sokonglah ketua kapir kau tu.

Mereka sokong Bersih. Bukan sokong Ambiga. Ambiga cuma pengerusi. Contoh mudah, adakah kalau kita sokong pasukan bola Malaysia, bermakna kita sokong K.Rajagopal? Jika kita respek keberanian Dr Mahathir menentang Yahudi, adakah bermakna kita sokong kelantangan dia menghina hukum hudud? Beginikah disiplin hukum agama? Kalau dia melakukan sesuatu untuk menegakkan dan mendapatkan keadilan, kita mesti sokong walaupun dia kafir. Kalau bercanggah dengan Islam kita tentang. Lagipun, pengerusi boleh bertukar pada bila-bila masa saja. Contohnya tahun ni, ada pengerusi bersama iaitu Dato A. Samad Said. Andai kata Najib Razak sudi jadi pengerusi Bersih sekalipun, mereka tetap akan sokong. Tapi, mahukah Najib pilihanraya yang bersih? Hilful Fudul juga diketuai oleh kafir Quraisy. Tapi Nabi Muhammad menyokong dan mengiktiraf idea yang dimulakan oleh orang kafir Quraisy tu. Baginda juga pernah menyertainya masa zaman sebelum dilantik menjadi Rasul (masa mudanya).

p/s : klik Perjanjian Hilful Fudhul

2. Perjuangan Bersih itu bukannya nak perjuang pilihanraya yang telus sangat pun. Lebih kepada propa pembangkang untuk menarik lagi ramai penyokong. Sebab tu nampak pembangkang saja yang pulun lebih.

Jika anda kata perjuangan Bersih itu propa pembangkang, menentang Bersih itu pula propa siapa? Propa BN untuk menarik perhatian rakyat memburukkan pembangkang? Ke guane? Dan dah tentulah pembangkang saja yang beria sokong Bersih sebab pembangkang saja nakkan pilihanraya yang telus. BN taknak kot. Sebab tu macam-macam taktik digunakan untuk menggagalkan Bersih.

3. Kalau betul Pilihanraya tak telus, macam mana PRU sebelum ni boleh tawan 5 negeri?

Kalau telus, bukan setakat 5 negeri. Pakatan Rakyat dah bertukar jadi kerajaan la. BN pulak jadi pembangkang kat Malaysia ni. Hehe.. Cuba fikir macam tu pulak.


4. Bersih? Bersih kejadahnya. Mengotorkan je. Penuh sampah atas jalan. Kesian abang DBKL.

Sampah yang peserta Bersih buat laju je korang nampak. Sampah masa konsert merdeka dan karnival Jom Heboh tu tak kisah pulak? Tak kesian pulak? Kalau bernasib baik, kena kutip kondom yang bersepah. Ada peserta Bersih yang tolong kutip sampah tu taknak petik pulak?

5. Aku tengok ada paderi bawa payung lambang salib ke perhimpunan Bersih. Apa nak jadi diorang ni. Tak sedar lagi ke tu agenda Kristian?

Ini kelakar. Ler... Apa masalahnya paderi bawa payung lambang salib. Dah nama pun paderi. Normal la. Lainla yang pegang payung bersalib tu Islam. Boleh jugak dipersoalkan.

6. Melayu sama Melayu gaduh.

Sikit-sikit melayu. Sikit-sikit melayu. Peduli apa kalau melayu terpaksa berpecah. Janji Islam tertegak. Dalam Islam, ada melayu. Dalam melayu, ada yang bukan Islam. Kalau Melayu bersatu tapi di dalamnya penuh dengan kemunafikan, dan Islam keturunan saja apa faedahnya?  Kedaulatan dan hak orang Melayu lebih diutamakan. Islam jatuh nombor 2? Kat akhirat nanti Allah tak tanya la kau bangsa apa. Dia tanya kau agama apa. Kalau kau cakap kau agama Melayu, masuklah neraka. Mana ada agama Melayu. Hehe..

7. Malaysia dah tak aman.

Memang pun. Malaysia takkan aman selagi maksiat berleluasa. Maksiat itu sendiri adalah bala dari Allah kerana Malaysia terlalu aman buat pelaku maksiat.  Tunggu masa Allah nak turun bala yang lebih besar saja. Nauzubillah.

8. Menyusahkan jer.

Ha'ah.. Memang menyusahkan. Kerajaan sekarang ni tak kasihan ke tengok korang eh? Kenapa bantah sangat dengan Bersih? Laksanakan jela tuntutan Bersih tu. Habis cerita. Dah tak susah dah.

9. Perlu ke buat demo? Bincang secara aman tak boleh ke? Tak islamik langsung.

Sebab cara aman SPR buat bodoh. Buat demo sampai 3 kali pun tak ada apa-apa tindakan lagi yang diambil. Apa cerita? Nak kena buat Bersih 4.0 pulak? Errr.. Tak Islamik? Dahulu ulamak kata turun perhimpunan menentang Malayan Union wajib kerana menentang penjajah. Jadi, apa bezanya turun Bersih bagi menentang mereka yang meneruskan dasar penjajah? Dan ada juga ulamak hebat turun Bersih antaranya Tok Guru Haji Salleh, ulamak terkenal di Kedah. Dan ramai ilmuan agama yang menyokong Bersih. Yang tak sokong tu, kebanyakannya ular dalam semak je.

10. Peniaga rugi besar

Memang pun. Dah tutup, memanglah akan rugi besar. Tengoklah siapa yang buka kedai hari tu, untung besar woo. Heheh..

11. Peserta demo cetuskan huru-hara. Bukan polis.

Yeke peserta demo cetuskan huru-hara? Ataupun SB yang menyamar sebagai peserta demo yang mula melakukan provokasi? Lihat ini. Bukan aku cakap.


Dia ni bekas Setiausaha UMNO BANDAR TUN RAZAK. Cerdikkan dia ni sebab pecah rahsia kat facebook. Hehe.. Bukan edit ni. Aku dah tengok sendiri kat wall facebook dia. Apapun, aku tak cakap pun tu memang kerja SB. Maybe salah segelintir peserta Bersih jugak. Mungkin juga ada yang termakan provokasi SB. Al-maklumlah darah tengah mendidih. Semangat sedang membuak-buak. Bila dah ada yang buat buah mula, tunggu cangak lagi? Berderet-deretlah ikut.

12. Peserta Bersih kurang ajar

Tidak dapat dinafikan. Tak semua yang hadir tu bagus-bagus belaka. Dan memang mustahil dapat control sorang-sorang. Sama macam puluhan murid dalam kelas. Bukan senang seorang cikgu nak control. Inikan pula puluhan ribu umat. Orang macam tu, aku pun tak sokong. Sama-sama muhasabah diri balik. Belajar dari pengalaman.

13. Kau lawan kerajaan, tapi kerja kerajaan. Minta bantuan kerajaan.

Ler.. Apa masalahnya. Dah memang itu tanggungjawab kerajaan. Ok, andaikata PR ambil alih kerajaan nanti pun, apa bezanya? Akan nama kerja kerajaan jugak. Orang takkan cakap kerja pembangkang. Haha.. Adeyhhh.. Dan bila masa Bersih lawan kerajaan BN? Bersih lawan SPR. Yang BN nak terasa lebih apahal? Jeng..Jeng..Jeng.. Smell something fishy right there..

14. Tak bersyukur langsung. Tak mengenang budi atas apa yang kerajaan dah bagi.

Contoh, abah kau rogol kau. Tapi disebabkan terkenangkan budi yang abah kau dah bela kau sejak baby, maka kau lepaskan dia macam tu je tanpa sebarang tindakan. Camtu? Memang budi patut dikenang. Tapi, jangan disebabkan budi yang telah ditabur, kita nak biarkan macam tu saja penyelewengan yang mereka dah buat.

15. Memang patut pun polis pukul diorang. Kurang ajar sangat.

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya.”(Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani)

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)."  (Riwayat Ahmad - dinilai hasan oleh Albani)

Part polis aku malas komen banyak-banyak. Kang ada yang emo suruh aku report bomba kalau abang aku kena rogol. lol. Hye polis! Love u!

*********************

Ok, cukuplah setakat 15. Aku malas nak kupas panjang-panjang dan buat kepala Conan siasat itu ini. Sedangkan yang betul-betul pergi demo pun tersilap fakta dan maklumat. Inikan pula yang tak pergi tapi hanya tahu nak mengutuk saja kat rumah tu. Suka sangat buat fitnah kan? Dan ada yang cuba provok aku kat facebook tu pun, aku buat bodoh saja. Malas nak layan. Kecuali yang dirasakan sesuai.

Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". -Imam Syafie

p/s : Korang boleh baca Pandangan Hilal Asyraf Berkenaan Bersih. Mantap!

Aku kesian yang percaya bulat-bulat media pro-BN. Bila tanya apa itu Bersih pun tak tahu. So, rajinkanlah diri baca penjelasan di bawah sebelum mengutuk mengkhinzir buta.

                 Penjelasan Lengkap Apa Itu Bersih 3.0 (Part 2)

Mereka pohon besar. Akar mereka kuat sehingga sukar untuk diubah. Maafkan mereka, mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih, malah fasik guna kata. Kita jangan jadi macam mereka. Malas membaca, malas mengkaji. Hanya tahu membuat andaian sendiri. Tidak berpaksi pada realiti. Mencarut memaki sana sini.

SZ : Ni last aku update pasal Bersih. Hang ingat senang ka nak buat research? Terlalu banyak fakta yang beraneka macam. Haha.. Kalau nak update pun, aku update kat 2nd blog. Salah-silap harap dimaafi.

212 360 juta komen:

«Oldest   ‹Older   201 – 212 of 212
tira azhar said...

Salam pencelahan.

saya terfikir, sudah tentu PRU kali ini akan dimenangi pembangkang sekiranya pihak SPR menurut tuntutan yang lapan.

ya, manusia punya undang-undang tiada yang begitu telus. tetapi cuba saudara fikirkan, bagaimana agaknya situasi negara selepas dimenangi pihak pembangkang? sedangkan sistem yang dikatakan tidak telus pun pihak pembangkang mampu menang 5 negeri, walaupun akhirnya tiada sebarang perubahan, apa pula 14?

walau ada yang kuat agama, tetapi lemah mentadbir kerajaan, tidak dapat menyediakan apa yang kerajaan sekarang sediakan, maka reformasi dan revolusi itu telah gagal.

yang kita perlu perubahan dalam kerajaan semasa, bukan mengubah kerajaan sekarang pada kerajaan lain. siapa pemangkin perubahan? kita, golongan muda.

mesir setelah kebangkitan masih belum mendapat apa-apa. mungkin saudara boleh tanyakan pada rakan-rakan di sana sewaktu kebangkitan, dan selepas kebangkitan. hingga sekarang mereka masih tidak tahu demonstrasi mereka tujuannya apa.

demonstrasi bersih adalah bersifat subjektif, mungkin saudara melihatnya sebagai agenda bebas politik... tapi niat sebenar penganjur hanya Allah yang tahu.

yang penting, saya belajar, saya tetapkan matlamat sendiri, saya tidak ambil bahagian untuk berdemonstrasi.

nasib negara seperti telur di hujung tanduk. mahu perubahan? andaikata diberi, adakah puas dengan perubahan itu pasti?

Unknown said...

@Anonymousjangan lahh nak dunakan agama hanya untuk politik. kalau nak hujah guna alquran or hadith, nyatakan sumber hadith tu, diriwayatkan oleh siapa. kalau alquran, nyatakan ayat keberapa, surah apa. please, jgn la state pasal agama untuk politik kalau kita tak sahih tentang semua tu ok.

Anonymous said...

minta maaf saudara solihin, tp sy mmg tk sukakan saudara..idealogi saudara yg mengaitkan agama dengan politik sdg saudara tidak besar dan tinggi ilmunye..saudara yg tidak pernah bersyukur dgn keamanan yg saudara kecapi hingga ke saat ini...hnya inginkan perubahan kepada PARTI PEMBANGKANG yg tidak pernah menyumbang apa-apa...maaf saudara, SAYA MEMANG TK SUKAKAN ANDA DAN TULISAN ANDA....


ps : Moga satu hari nnti persepsi saudara akn berubh....INSYA ALLAH...

syukran...!

Solihin Zubir said...

@Anonymous : amboii.. cukuplah anda benci penulisan saya.. jgn benci saya..

bencilah maksiat, jangan benci si pelaku maksiat. bencilah kekufuran, jgn benci si kafir.

Anda benci diri saya kerana penulisan sy. Jadi, saya langsung tak respek.

tp kalau nk benci saya jugak, terpulanglah.. haters gonna hate.. hehe..

syukran. Alhamdulillah..

Fea I'llyana said...

Alhamdulillah dapat jugak cari ni. Sakit menadah telinga dengar orang cakap pasal ayah pergi Bersih .. Kutuk habis2an.. Bak kata my mom .. Memang susah nak bercakap dengan orang tak ada ilmu..Kena banyak bersabar dan terus bersabar. Just doakan saja supaya one day diorang akan tahu mana yang putih mana yang hitam.

Fea I'llyana said...

Sorang ustaz pernah share satu kisah - Sedang anda duduk..datang dua orang lelaki. Seorang nya Muslim dan sorng nya Kafir. Si Muslim mengajak anda ke sebuah pusat perjudian dan mengajak anda berjudi bersamanya. Manakala si kafir mengajak anda menganggkat sebeban bahan makanan untuk diberikan kepada beberapa org miskin yg sedang kelaparan dan membantu ia darinkezaliman majikannya. Seruan yg mana akan anda ikut?... Setiap seorg berikan alasan atas jawapannya.
Ada seorang bagi jawapan macam ni - Tentulah si kafir..kerana si kafir mengajak buat kebaikan bahkan kebaikan tu umum untuk orang2 yang kurang kemampuan, malah anjuran buat kebaikan, agama mana2 sekalipun dianjurkan,dan digalakkan.tambahan pulak agama islam lagi2lah dituntut. manakala si islam tadi yang mengajak berjudi,adakah kerana keislamannye. kita ikut ajakan berjudi dengan nya, sedangkan judi itu haram ,mana satu kita nak ikut?????? lebih baik kita bersahabat dengan orang kafir yang suka membuat kebaikan dan mengajak orang buat baik,walaupun kafir tidak merosakkan orang lain daripada bersahabat dengan orang islam yang suka mengajak kearah kebinasaan,membinasakan diri sendiri malahan juga orang lain..

Anonymous said...

Tu penjelasan bodoh, sesiapa yg terima samalah bodah... Matlamat menghalalkan cara, belajar Dari yahudi lahanat

Anonymous said...

Adik jgn terpengaruh dakyah yahudi ni... Dunia akhir zaman

Anonymous said...

Dlm kata bahasa KASAR!!!sape yg buat statement ni mmg bodoh na mmpos!!!!memutar belitkan keadaan dan kebenaran!!!!
sedar r ckit.....bukak r mata!!!!!anda ni dah DIPERGUNAKAN dgn owg TERTENTU!!!!aplg kowg xpuas ati?????kowg na kerajaan CAMPAK duit segunung kt mata kowg bru r kowg kata KERAJAAN tu bgus????halo abang!!!!!KERAJAAN hanya mmbantu..yg MENETUKAN nasib kita ADALAH KITA SENDRI!!!!sedar r weiii org yg ko sokong tu JENIS MANUSIA APA??????

Fea I'llyana said...

@Anonymous Mana dakyah yahudi ?

Anonymous said...

6. Melayu sama Melayu gaduh.

"Sikit-sikit melayu. Sikit-sikit melayu. Peduli apa kalau melayu terpaksa berpecah. Janji Islam tertegak. Dalam Islam, ada melayu. Dalam melayu, ada yang bukan Islam. Kalau Melayu bersatu tapi di dalamnya penuh dengan kemunafikan, dan Islam keturunan saja apa faedahnya? Kedaulatan dan hak orang Melayu lebih diutamakan. Islam jatuh nombor 2? Kat akhirat nanti Allah tak tanya la kau bangsa apa. Dia tanya kau agama apa. Kalau kau cakap kau agama Melayu, masuklah neraka. Mana ada agama Melayu. Hehe.."

nauzubillah... igt lah saudara, apa yg kamu tulis ni.. kamu yg tanggung kat akhirat nt,


Jawapan saya : Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu..
Syarat bg menjadi org Melayu itu sendiri ada tiga,

1. BERAGAMA ISLAM (Islam masih yg pertama, tak jatuh pun no 2)
2. BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU
3. MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT ORG MELAYU (walaupun sedikit)

ada ckp pasal bangsa? takda kan? bermakna apa pun bangsa kamu, kamu LAYAK MENJADI MELAYU , ISLAM.

Isu Munafik, ia sudah menjadi norma, Allah juga telah menyebut tentang perkara ini, siapa kita ni nak pertikaikan? itulah tanda ketidak sempurnaan kita sebagai manusia, untuk sentiasa kembali bertaubat padaNya.. apa penulis ni sendiri maksum ke?.. renungkan hadis ini..

"Demi nyawaku di tanganNya, sekiranya kamu tiada dosa, maka Allah akan hapuskan kamu dan didatangkan satu kaum yang berdosa, lalu mereka meminta keampunan Allah, dan mereka diampun oleh Allah ( Riwayat Muslim)"


kecuali kita sendiri tidak MengEsakanNya,
erti kata lain MURTAD.

MURTAD bermakna bukan lg Melayu, fahamkan...


ambil perhatian sahabatku sekalian, perkara ini adalah "doktrin" yg sedang agresif disuntik, disebar, di propaganda..pada setiap inbox anak2 muda termasuk saya sendiri oleh ejen2 yahudi.. bangkit dan sedar, bila mereka MEMPERTIKAIKAN MELAYU, BERMAKNA MEREKA MEMPERTIKAIKAN ISLAM!

baca dan fahamkan, mereka sedang meruntuhkan Ukhuwah.. jgn butakan hati.. ketepikan politik sementara..

sebarkan, jgn terpengaruh, jgn TAKUT UNTUK PERJUANGKAN BANGSAMU.. kerana pabila kamu PERJUANGKAN MELAYU, KAMU PERJUANGKAN ISLAM! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

Harga minyak dh naik... TQ pengundi BN!!! love Najib~

«Oldest ‹Older   201 – 212 of 212   Newer› Newest»