Pages

Monday, April 9, 2012

Anugerah Bintang Popular Dunia Akhirat

Syukur Alhamdulillah, saya telah mendapat anugerah ini. Tapi saya tahu, anugerah ini tidak akan membantu saya di akhirat sana, termasuklah anda yang menyokong kebatilan yang saya lakukan. Kamu sokong saya, bermakna kamu sokong kebatilan yang dilakukan. Saya berharap, ada peminat yang memberi nasihat yang baik kepada saya. Kepada keluarga, maaf kerana tidak membimbing kamu ke arah yang baik, kepada rakan-rakan yang baik, bimbinglah saya. Sekian terima kasih.

Popular? Famous amos? Glamour? Retis? Semua itu tiada gunanya jika...

Kita berjaya memenangi hati juri, tapi kita gagal memenangi hati malaikat di kanan dan kiri. Terjerit-jerit kita menyanyi, meraung-raung kita dijilat api. Terkinja-kinja kita di atas pentas, tergedik-gedik kita di lautan api. Berpakaian seksi-meksi, terseksa-meksa kita di akhirat nanti.

Kita bangga mendapat pujian daripada tuan director atas lakonan kita yang hebat. Tapi kita gagal menurut arahan 'tuan director' besar di atas sana. Filem lakonan kita berjaya mendapat box office, tapi filem kita di panggung wayang akhirat hancur tiada nilainya. Kita menjadi pujaan gadis dan jejaka, tapi langsung tidak dipandang bidadari apatah lagi menjadi ketua bidadari di syurga.

Kita berjaya menggondol berpuluh trofi piala tapi bukannya trofi pahala. Kita mengejar anugerah dan gelaran tetapi mengenepikan anugerah syurga. Kita dapat ganjaran wang berjuta-juta, tapi di akhirat kita mengemis meminta-minta. Kita berjalan megah di atas karpet merah, tapi kita rebah ketika melintas titian siratulmustaqim sana. Kita nampak gah berpakaian glamour ditaja ribuan ringgit, tapi di padang mahsyar nanti telanjang bulat juga kita.

Jadi, apa gunanya jika kita popular di dunia, tapi hanyalah picisan di akhirat? Alangkah lebih baik kita tidak dikenali di dunia, tapi kita disanjung di akhirat kelak. Bertambah bagus lagi jika kita popular di dunia, popular juga di akhirat. Pasti anugerah yang bakal diterima lebih besar nilainya di sisi Allah SWT.


Dan insan yang paling layak memegang gelaran Anugerah Bintang Paling Paling Paling Popular Di Dunia dan Akhirat sudah semestinya Rasulullah SAW. Bagindalah yang sepatutnya menjadi selebriti idola kita semua.

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W.

SZ : Fuyooo.. Retis.. Untungla popular... Pffttt.. Nyampah aku dok panggil2 macam tu.. Haha..

21 360 juta komen:

shahjiehan said...

pergh..brader ni dah PR3...

dasyat la...



setuju..rasullulah adalah idola kita yang sebenarnya..bukan nya AAAAArroon... hehehe

FasiHaH SupiaN said...

hmmm.....yg jadi bekal amal, amal amal amal.. bukan nama bukan gelaran~

adan said...

ngammm.... entri ni bagus..

bai baizura said...

yups. betol tu. mudah-mudahan kita semua diberi petunjuk dan hidayah dalam melakukan kebaikan :D

[wani_mn] said...

minat kena bpada2. jgn obses sgt smp lupa sapa yg spatutnya djadikan idola. Nice sharing SZ sbb entri ni sdkt sbyk buat sy tersentap. Hahaha

Nana said...

makan dalam entri nihh..

Ana Farhana said...

nak copy letak kt entry blk tuu ? ske! ^^

Syazwan Che Deraman said...

aku tak tengok tadi, tak ada TV.

kita tengok dan jumpa di hari perhitungan nanti.

good entry ;)

Aretikz said...

Sejak bila aku jadi Mat Haron ni? haha..

Jadilah popular di kalangan Allah dan penghuni langit.. ^^

Yatie Awang said...

Allah hu akbar...padat sekali entri ni..akak suka

Norashiqin Kamaruzaman said...

hahah....nak nak nak gak jadi retis glamour fames amous!! hohoho...

kat akhirat nanti =) insyaAllah

azwa amani said...

coklat famous amos sedap... huhuhu :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

syabas bete....

GreenAppleKu.com said...

Terbaekkkk....

Hansyirah Takezur said...

insaf dunia industri hiburan kalau mat harun tu betul2 wujud.

sepatutnya mat lihin instead of mat harun. :D

El-Janna said...

nice entry. cubaa tag semua artis tu^^

naqib faiz said...

serius terbaik brah.. hahaha..

Yuyu Ali said...

D U N I A.

pena rozie said...

suka... Terbaik

Yasmin Aris II said...

like like like entry nii !! Hihi :))

nurdani said...

suka betul ucapan kemenangan tu.hehe