Pages

Friday, April 27, 2012

1001 Tuntutan Bersih 3.0 Duduk Bantah

Sebenarnya ini bukan cerita Bersih 3.0 Duduk Bantah di Dataran Merdeka 28 April 2012. Ini bukan cerita Bersin atau Bisul 3.0 Duduk Bantal or whatever. Ini adalah tuntutan bersih yang kita semua wajib duduk bantah dengan sekeras-kerasnya sebelum kita dibantai di akhirat nanti. Tak bantah, kena bantai!


1. Bersihkan dataran merdeka, taman klcc atau apa saja jenis tempat daripada couple yang memadu asmara.

2. Bersihkan longkang dan tong sampah daripada menjadi tempat pembuangan bayi.

3. Bersihkan kelab malam dan sarang pelacuran daripada terus beroperasi.

4. Bersihkan kaca TV daripada rancangan hiburan yang melalaikan seperti Mentor, Idola Kecil, Pilih Kasih.

5. Bersihkan majalah, surat khabar dan blog-blog yang menjaja gosip dan gambar artis-artis seksi.

6. Bersihkan pilihan raya yang kotor dan tidak telus.

7. Bersihkan menteri-menteri daripada rasuah dan skandal seks.

8. Bersihkan isteri-isteri menteri yang tidak menutup aurat. (Kau pun sama! Bukan isteri menteri je kena tutup aurat!)

9. Bersihkan menteri-menteri yang boros berbelanja dan pecah amanah.

10. Bersihkan perut daripada memakan hasil daripada sumber yang haram.

11. Bersihkan rumah orang tua-tua daripada dihuni ibu-bapa yang diabaikan anak mereka.

12. Bersihkan mulut daripada mencarut, mengumpat dan memfitnah.

13. Bersihkan kemaluan daripada melakukan zina.

14. Bersihkan mata daripada melihat perkara lucah dan maksiat.

15. Bersihkan kaki daripada melangkah ke clubbing, sarang pelacuran, tempat perjudian dan tempat maksiat yang lain.

16. Bersihkan telinga daripada mendengar perkara tidak baik.

17. Bersihkan tangan daripada mencuri dan mengambil harta orang lain.

18. Bersihkan hidung dari taik hidung. (k, tak kelakar...)

19. Bersihkan tangan sebelum makan. (pun tak kelakar kan?)

20. Ok, dah cukup 1001. Aku tak larat taip dah. Seminggu pun tak habis kalau nak senarai semua perkara mungkar sebab banyak sangat. Aku pun dah mula blur and start merapu.



p/s : Senang cerita, bersihkanlah hati dan jiwa. Secara automatiknya, kita dapat bersihkan diri daripada melakukan dosa-dosa kecil dan besar.

Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya, di dalam ucapanku cahaya, pada pendengaranku cahaya, jadikanlah pada penglihatanku cahaya, jadikanlah dari belakangku cahaya, dan dari depanku cahaya, dari atasku cahaya dan dari bawahku cahaya. Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya, dan jadikanlah aku cahaya. ( HR. Muslim Abu Daud )


SZ : Bumi sakit.. Sakit dengan dosa-dosa manusia...

5 360 juta komen:

azri johan said...

mantop

Fz27 said...

bersihkan gambar-gambar dan cerita mengarut di blog-blog (termasuk ngan aku jugak)

Anonymous said...

TOTALLY RIGHT :) May ALLAH bless ;)

Syafiq Ahadin said...

super duper hyper like!!!!

Hansyirah Takezur said...

nice...
join ke bersih nnt?