Pages

Monday, March 12, 2012

Wanita Melamar Lelaki

Zaman sekarang ni, nak cari lelaki yang benar-benar soleh bukannya senang. Yang bernama Soleh, Mat Salleh dan Solihin pun belum tentu sesoleh namanya. (Ok, terasa..) Wanita solehah? Lagi lerrrr... Bagi gadis-gadis, memilih lelaki yang soleh dan berkualiti sebagai calon suami adalah amat penting kerana suami adalah nakhoda yang akan mengemudi bahtera rumahtangga. Jika nakhoda gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, bahtera pasti akan terumbang-ambing dan akan karam ke dasar lautan.

So, lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti barang yang rare. Susah mau dapat, talak juai punya. Jika ditakdirkan anda terjumpa sesuatu yang rare, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya. Jadi, apa yang perlu anda buat jika anda telah bertemu seseorang lelaki yang soleh dan berkualiti?

Jawapannya, LAMARLAH LELAKI ITU!




1. Bolehkah wanita melamar lelaki?
Dalam Islam, samada lelaki atau wanita, anda layak menyatakan hasrat untuk memperisteri atau mempersuami sesiapa sahaja yang anda berkenan asalkan belum lagi menjadi milik orang lain.

Contohilah Siti Khadijah yang terlebih dahulu melamar Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan suaminya setelah terlihat pada pandangan mata dan hatinya seorang lelaki yang layak dan dapat membimbing beliau. Dan ternyata perbuatannya itu amat menguntungkan, bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat.

2. Bagaimana cara hendak melamar lelaki?

Caranya ialah dengan menghantar wakil ataupun orang tengah menjumpai lelaki yang dihasratkan itu lalu menyatakan tentang niat yang mulia tersebut. Maksudnya di sini, pihak wanita yang terlebih dahulu meluahkan perasaannya. Jika pihak lelaki menerima hasrat si wanita yang ingin mempersuamikannya, maka pihak lelaki akan datang melamar si wanita sebagaimana adat masyarakat kita iaitu menghantar rombongan meminang serta langkah-langkah seterusnya mengikut adat kebiasaan.

3. Tidak jatuhkah maruah seorang perempuan jika mereka melamar lelaki?

Perbuatan melamar lelaki yang soleh dan berkualiti bukanlah suatu yang menjatuhkan maruah. Bahkan ia melambangkan bahawa wanita itu mempunyai maruah yang tinggi dan mahu maruahnya dibela oleh lelaki yang layak dan tinggi maruahnya. Dan insyaALLAH, maruah itu akan terus terjaga sampai Hari Akhirat.

Akan tetapi, jika lelaki tersebut menghina atau memerli wanita yang melamarnya, usah risau. Kerana anda tidak rugi satu sen pun kerana terbukti dia bukanlah calon suami yang berkualiti. Jika dia benar-benar soleh, pasti dia akan menghargai anda dan menganggap anda cuma mengikuti sunnah Ummu al-Mukminin, Siti Khadijah.

Tiada Istilah Perigi Cari Timba Dalam Islam! Jika masyarakat mahu ibaratkan juga ia sebagai perigi mencari timba, biarlah. Katakan kepada mereka bahawa perigi yang ada ini adalah perigi istimewa. Perigi yang suci. Perigi yang mulia. Dialah yang memilih timba mana yang layak untuk menimba kebaikan dari perigi itu. Bukan sewenang-wenangnya si timba datang mahu mengaut kebaikan di dalam perigi ini. Perigi ini perigi yang memilih timba, bukan perigi yang dipilih timba!

Katakan juga kepada mereka bahawa air dalam perigi ini bersih. Dia tidak mahu air dalam perigi itu dicemari dek timba yang kotor dan tidak mencapai tahap piawai yang ditentukan sendiri oleh si perigi. Justeru, sebab itulah perigi sendiri yang mencari timba.

Rujukan : muzir.wordpress.com

p/s : Yang SOLEH tidak datang bergolek tanpa usaha dari yang SOLEHAH.. Nak yang SOLEH, kena SOLEHAHkan diri tu dulu..

SZ : Nak cari lelaki yang solihin memang susah... Tapi kalau nak lelaki yang bernama Solihin, ni harrrr... ehem.. ehem..

28 360 juta komen:

Jue AbdRahman said...

masalahnyer yg soleh2 kebanyakkan dh berpunyer, yg solihin tu xtau le plak :D

Miss Lady Iena Nazir said...

Apakah kriteria wanita yang ingin melamar lelaki soleh?

Haruskah solehah?

Layakkah daku?

Calonnya ada. Tetapi malu dan terasa diri ini begitu kerdil.

Hewhewhew,.

Solihin Zubir said...

@Jue AbdRahman : yg solihin tu ntahla ada jual lg ke tak.. ;-p

Solihin Zubir said...

@Miss Lady Iena Nazir : nk lelaki soleh, kenalah berusaha ke arah solehah walaupun x bleh capai solehah.. jgn pulak pkai seksi meksi, tp nk ngorat Ustaz Don.. heheh..

B33HA B3n said...

dah jumpe..tp diri ini masih belum cukup solehah .. Cewah. Rasa rendah diri jep...

Oh sadis sungguh. Kui3x

simaa syaz said...

hehe..setuju dengan Cik Jue AbdRahman.. :)

izzah azhar said...

adakah entry ni nak bagi hint kat perempuan luar sana agar melamar awak encik solihin? :p

che sakinah said...

kenapa entah tibe2 sedih pula baca ni.. huhuhu

*kesian pula dekat wanita2 saperti saya. ehhh;p*

wanie_mn said...

tak habis2 nak market nama dia je. solihin solihin.. HAHA

Ca Cik Duyung said...

lelaki yg soleh boleh amik isteri yg kurang solehahnya menjadi isteri tp perempuan ak leh amik lelaki yg kurang kuat imannya sbgai suami..sbb tunggak rumahtangga mmg suami.. :)

cikpia said...

tak abes2 nak pomot nama sendiri...... ko nak kena tibai ngan timba ka nak kena lempar masuk perigi?

Gadis mutiara_Solehah said...

@Solihin Zubir haha,betul2x^^

Yatie Awang said...

Alhamdulillah...akak tak nak cari dah

Solihin Zubir said...

@izzah azhar : tak.. tp apasalahnya.. hahah.. *juz kidin

Solihin Zubir said...

@wanie_mn : dah tu, nak marketkan nama sapa? Lisa Surihani? Aaron Aziz? keh3..

Solihin Zubir said...

@cikpia : dua2 pun boleh..

Solihin Zubir said...

amboii.. semua dok komplen aku market nama sindri kenapa? amboiii...

tahukah anda, ada masa kita melawak, ada masa kita serius..

amboiii.. mencik taw!

Sunah Sakura said...

pernah buat..tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik...lelaki itu da memilih orang lain... :)

Anonymous said...

jd boleh kah sy melamar anda en.solihin zubir

Anonymous said...

Sama seperti diatas.

Sudikah awak? Saya melamar ni.

Solihin Zubir said...

amboi 2 org Anon kt atas ni..

dok menyamar nk pekena aku ka apa ni? haha..

AzwanRamli said...

wakaka.......

Afifah Yusof said...

nice entry... buat kita muhasabah balik diri kita... sudah cukup solehahkah kita utk mendapat seorang lelaki yang soleh?
terima kasih SZ untuk entry ni... ^^

Muhammad Syahmi said...

Nak tukar nama jadi Solihin gak lah...

Tentu ramai gadis solehah yg carik nanti hehehe...

Solihin Zubir said...

@Muhammad Syahmi : amboii.. pakay dok perli nama aku habih.. haha..

Solihin Zubir said...

@Afifah Yusof : sama2.. =)

Anonymous said...

macam mana kalo perempuan tue tak berapa solehah tapi nakkan suami yg soleh supaya boleh bimbing dia kearah kesolehan?

kalo lelaki tue menolak macam mana?kalo dia canangkan satu malaysia macam mana? Perempuan nie sifat pemalu dia lbh tebal dari lelaki dan lelaki plak ada sifat perasan yg sgt tinggi

Solihin Zubir said...

@Anonymous : tak kisahla tak berapa solehah ke, sampah masyarakat ke, x salah nk mengharap suami yg soleh.. tp kenala berusaha ke arah solehah wlupun sedikit..

takut dia canang 1 malaysia? lelaki yg betul2 soleh xkn buat mcm tu.. kalau dia tolak, dgn cara baik dan tak hebohkan..

kalau dia canang, maknanya dia bkn lelaki soleh.. dia cuma hipokrit.. tak rugi pun kalau dia tolak lamaran anda..