Pages

Thursday, March 29, 2012

Suria KLCC Terbakar (Gambar)


KLCC terbakar? Seriously? Bila dengar saja berita KLCC terbakar, dalam kepala korang mesti terbayang-bayang macam dalam gambar di atas kan. Sebenarnya, hanya kebakaran kecil yang berlaku di dapur restoran Chinoz On The Park di aras bawah Suria KLCC petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.20 petang tu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah tu.

Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit. Alhamdulillah...

*Maklumat lanjut Berita Harian

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dapat diambil. Gambar yang di atas tu, photoshop je. Cuma sekadar bayangan yang bermain di minda orang ramai bila dengar berita, "KLCC terbakar! KLCC terbakar!". Mahu tak kecoh. Yang terbakar cuma dapur restoran di Suria KLCC je sebenarnya. Yang di bawah ni gambar sebenar di tempat kejadian.




SZ : Entry ini telah di'updated' semula selepas Isya' dgn berita lebih lengkap. Petang tadi quick update sebab dah nak Maghrib, kena offline.

9 360 juta komen:

Anonymous said...

hahaha tertipu den...ingt pic 1st

Syafiq Ahadin said...

gambar klcc terbako awan hitam kat atas tuu, menakutkan!
peringatan kepada kita, jangan lagi wat konsert.

mrsz nana said...

ape pun...semua kene hati2 la..tpt2 gitu tggi2 pulak bangunannye.. :)

Kesilapan Dalam Filem CINTA KURA KURA (klik) said...

cntik tol ... mcm filem gambar atas tu

man yusoef said...

cait!!! ada latihan kebakaran jek tuh...haha

Yatie Awang said...

akak terkejut jugak gambar yg atas tu...wah buat suspen je..gambar tu macam nak lempar bom je heee

[wani_mn] said...

tertipu eden dgn gmbr 1st tu. dah mcm gmbr dlm babak movie omputih :D

che sakinah said...

bekepol-kepol juga hah asap diaa.. tak bahaya ke?

naqiah said...

seramm.. jgn mcm pentagon sudah